PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PM UMNO PERTAHAN ADUN UMNO

>> Sabtu, April 02, 2011

Kesalahan rasuah oleh UMNO memang tak de ape-ape.  Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman terhadap ADUN Lenggeng , namun PM UMNO mempertahankannya.  PM UMNO kata beliau masih ADUN yang sah. Kenapa masih mempertahankan rasuah?  Sepatutnya ADUN tersebut sudah tak perlu merayu lagi.  Inilah cara UMNO berjuang.

Dalam UMNO ada perasuah, dalam UMNO ada perogol,  dalam UMNO ada tarian dan mungkar, kenapa UMNO masih disokong orang Melayu?

Read more...

MUFTI UMNO SANGGUP HARAM TARIAN POCO-POCO, VIDEO SEKS?

>> Jumaat, April 01, 2011

Inilah kerja mufti UMNO.  Antara mana lebih awlawiyat - mengharamkan tarian poco-poco atau mengharamkan  video seks?

Kita tabik le ilmu para mufti.  Tetapi antara mengharamkan tarian dengan mengharamkan video, yang manakah lebih mesti mendapat keutamaan para mufti?

Mengikut kaedah qawaid fiqhiyyah maka yang mendatang kemudaratan lebih mestilah mendapat keutamaan para mufti untuk bertindak.  Kalau kedua-duanya mudarat maka segerakan pengharaman keduanya.  Kalau hendak dipilih salah satu maka sudah pasti yang mendatangkan kemudaratan lebih mestilah segera diharamkan.  Menari tarian itu berapa oranglah gamaknya yang terlibat.  Sedangkan video seks tayangannya sangat menjejaskan rupa dan wajah politik hari ini.  Ini melibatkan keseluruhan rakyat negara ini.

Kalau begitu kenapakah video ini  tidak disegerakan.  Kenapa tarian yang tidak menjadi topik perbincangan rakyat pula diharamkan oleh para mufti?  Orang sedang menanti hukum pengharaman tayangan video seks.  Tetapi jadi hambar apabila yang diharamkan ialah tarian.

Fikir-fikirkan.  Mufti pun ada takut.  Tak takut pada hukum Allah.  Itu sebab golongan yang pertama dihumban ke neraka ialah para ilmuan bisu yang tidak bercakap kebenaran.

Read more...

BENTERAS POLITIK LUCAH DAN POLITIK SELAK KAIN UMNO

>> Isnin, Mac 28, 2011

Inilah asas perjuangan UMNO.  Politik lucah dan politik selak kain diamalkan oleh pemimpin UMNO.  Siapakah yang mencipta video ini?  Yang mencipta video ini adalah dari kalangan itu juga.  Rahim Tamby Chik dari UMNO pernah dakwa dengan isu lucah dan selak kain.  P Vajindran pemimpin MIC juga  pernah didakwa dengan dakwaan politik lucah dan selak kain.  Begitu juga dengan Soi Lek - MCA juga didakwa dengan politik lucah dan selak kain.

Kenapa orang Melayu masih menyokong BN? Parti yang sudah terbukti mengamalkan politik lucah dan selak kain.  Apakah orang melayu sudah hilang sensitivitinya?  Kalau melayu sudah hilang sensitivitinya brmakna sebahagian Melayu sudah seperti bangsa firaun yang siap untuk diabdikan oleh firaun.  Oleh yang demikian dasar kerajaan yang mesti dilawan oleh Melayu seperti

Saman Ekor - Melayu mesti menentangnya
kenaikan harga minyak - melayu mesti melawannya
kenaikan harga barang - melayu mesti melawannya
politik lucah - melayu mesti melawannya
politik selak kain - melayu mesti memandangnya jijik
politik yang bertentangan dengan Islam - melayu mestilah menentangnya
politik sekular UMNO - melayu mestilah menentangnya

FIKIR-FIKIRKAN. JANGAN DIRI TERUS DIJADIAKN ABDI OLEH BN

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP