#1

NASIHAT UNTUK MAHATHIR - Mantan Presiden UMNO

>> Jumaat, Mac 11, 2011

Negeri akhirat adalah negeri kehidupan yang kekal dan panjang.  100 tahun umur anda di dunia itu masih pendek jika mahu dibandingkan dengan negeri akhirat.

Buku terbaru doktor dalam rumah yang termuat kisah anda adalah hebat.  Buku ini lagi hebat kalau tiada 20 m.s yang mengandungi tuduhan anda terhadap DS Anwar Ibrahim.  Dakwaan anda akan kekal hingga hari qiamat.  Selepas ini anda akan mati dan tiada siapa yang dapat memadamkannya.

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud

Siapa yang yang muflis.  Sahabat menjawab mereka yang ketiadaan wang.  Nabi Muhammad saw menjawab Yang muflis ialah mereka yang membawa pahala yang banyak ke negeri akhirat pahala solat, puasa, zakat, haji sedeqah dalan lain-lain tetapi terpaksa membayar pahalanya itu kepada mereka yang dia zalimi.  Sudah habis pahala yang dibawanya maka terpaksalah orang yang melakukan kezaliman mengambil dosa daripada orang yang ia zalimi,  akhirnya orang itu dihumban ke dalam neraka"

Nabi Muhammad saw bersabda

Ada orang beramal dengan amalan syurga, syurga dengannya hanya sejengkal. tetapi dihujung hayatnya beramal dengan amalan neraka maka ia dimasukkan dalam neraka. Ada orang yang beramal dengan amalan neraka.  neraka dengannya hanya sejengkal.  tetapi dihujung hidupnya ia beramal dengan amalan ahli syurga maka dimasukkan ke dalam syurga

2 komen:

dankuala.com 11 Mac 2011 pada 6:50 PG  

Ustaz orang berilmu. Tetapi hadis tentang orang muflis telah ditafsir secara tidak lengkap dan salah berdasarkan keperluan ustaz.

Takutlah kepada ALLAH. Jangan gunakan Islam untuk kepentingan peribadi.

Penditakainsingkat 12 Mac 2011 pada 1:33 PG  

"Buku ini lagi hebat kalau tiada 20 m.s yang mengandungi tuduhan anda terhadap DS Anwar Ibrahim. Dakwaan anda akan kekal hingga hari qiamat. Selepas ini anda akan mati dan tiada siapa yang dapat memadamkannya.

Bagaimana kalau apa yang ditulis itu benar, tiada yang tidak benar melainkan benar?

Ustaz janganlah terpedaya dengan golongan yang kurang faham agama. Janganlah bercampur dengan golongan yang memperalatkan agama untuk keuntungan politik.

Ustaz sendiri janganlah menghina diri dengan mengeluarkan pandangan seperti orang yang tidak beragama.

Malulah pada kaum bukan Islam jika membaca tulisan dan tafsiran ustaz ni.

Kalau ustaz rasa tidak malu pada manusia, malulah pada Allah.

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP