PENGISYTIHARAN DEWAN BAHASA 10 RABI'ULAKHIR 1432H
>> Rabu, Mac 16, 2011
Satu deklarasi telah berlaku di sebuah warung di tepi DBP. Mendahului deklarasi ialah bacaan Yasin oleh jemaah yang hadir untuk menyelamatkan DBP. Penswastaan DBP sedang mengalami kerugian dan mungkin muflis.
Perjuangan bahasa sekali lagi tidak wajar diswastakan dan dikorporatkan. Kepentingan bahasa adalah cukup besar. Bahasa adalah jiwa bangsa. Perjuangan bahasa adalah sebahagian dari perjungan agama. Bahasa yang tinggi adalah membina ILMU. Termasuk perjuangan bahasa ialah perjungan membentuk tulisan. Tulisan bangsa Melayu ialah jawi. Sekarang tulisan jawi sudah merudum menuju kehancuran dan penghapusan. Begitu juga bahasa Melayu juga sedang menuju kehancuran. Jati diri sesuatu bangsa adalah pada bahasa dan tulisannya.
DBP sebagai institusi yang menjaga kepentingan bahasa dan tulisan bangsa Melayu telah di korporatkan pada tahun 2002. 5 sektor penswastaan dikenalpasti. Kini penswastaan itu sedang mengalami kerencatan. Sesuatu perjuangan apabila diswastakan maka yang dikira ialah wang dan ringgit. Apabila inilah perkiraannya maka budaya Qarun sedang melanda DBP.
Inilah kehancuran apabila pemimpin itu bukan dikalangan yang mahu hendak memikul amanah. Yang sedang melebar ialah budaya Qarun. Sejauhmana wang dapat dikaut daripada institusi ini. Inilah budaya UMNO. Pemegang amanah ini telah khianat dengan wang daripada rakyat. Laknatlah mereka wahai Allah.
0 komen:
Catat Ulasan