#1

BENTERAS POLITIK LUCAH DAN POLITIK SELAK KAIN UMNO

>> Isnin, Mac 28, 2011

Inilah asas perjuangan UMNO.  Politik lucah dan politik selak kain diamalkan oleh pemimpin UMNO.  Siapakah yang mencipta video ini?  Yang mencipta video ini adalah dari kalangan itu juga.  Rahim Tamby Chik dari UMNO pernah dakwa dengan isu lucah dan selak kain.  P Vajindran pemimpin MIC juga  pernah didakwa dengan dakwaan politik lucah dan selak kain.  Begitu juga dengan Soi Lek - MCA juga didakwa dengan politik lucah dan selak kain.

Kenapa orang Melayu masih menyokong BN? Parti yang sudah terbukti mengamalkan politik lucah dan selak kain.  Apakah orang melayu sudah hilang sensitivitinya?  Kalau melayu sudah hilang sensitivitinya brmakna sebahagian Melayu sudah seperti bangsa firaun yang siap untuk diabdikan oleh firaun.  Oleh yang demikian dasar kerajaan yang mesti dilawan oleh Melayu seperti

Saman Ekor - Melayu mesti menentangnya
kenaikan harga minyak - melayu mesti melawannya
kenaikan harga barang - melayu mesti melawannya
politik lucah - melayu mesti melawannya
politik selak kain - melayu mesti memandangnya jijik
politik yang bertentangan dengan Islam - melayu mestilah menentangnya
politik sekular UMNO - melayu mestilah menentangnya

FIKIR-FIKIRKAN. JANGAN DIRI TERUS DIJADIAKN ABDI OLEH BN

Read more...

PANTUN PLOT SEKS KE 3 UMNO - BACA DAN SEBRKAN

>> Sabtu, Mac 26, 2011

pantun 2 kerat

PLOT SEKS SATU, DUA, TIGA,
SOKONG UMNO TAK MASUK SYURGA

PLOT SEKS ONE, TWO, THREE, FOUR
SOKONG UMNO MELAYU TUMPO

PLOT SEKS TAMBY CHIK
SOKONG UMNO MELAYU PANIK

PLOT SEKS 3,  HINA
SOKONG UMNO MELAYU HINA

PLOT SEKS 3 TAK JADI
SOKONG UMNO MELAYU JADI ABDI

PLOT SEKS 3 TIADA MARUAH
SOKONG UMNO MELAYU TAK BERMARUAH

PLOT SEKS  3 HARAM
SOKONG UMNO HARAM

PLOT SEKS 3 RAKYAT BANGKIT
TENTANG UMNO MELAYU KENA BANGKIT

PLOT SEKS 3 DI CARCOSA NEGARA
SOKONG UMNO MERUGIKAN NEGARA

PLOT SEKS 3 DIJAGA POLIS
SOKONG UMNO  NEGARA MUFLIS

PLOT SEKS TIGA
SOKONG UMNO ORANG GILA

Read more...

UMNO - POLITIK FIRAUN, seks DAN KEBINATANGAN

>> Rabu, Mac 23, 2011

Inilah amalan UMNO.

POLITIK FIRAUN - UMNO menentang kebenaran Al-Qur'an.  Yang paling gengster dalam alam ini ialah Firaun.  Allah Taala menyebut nama Firaun dalam Al-Qur'an ialah sebanyak 74 kali.  Kejahatan firaun sangat terserlah.  Menggunakan kuasa untuk kepentingan diri, memperkayakan kroni dan melakukan kezaliman.  Firaun menggunakan kuasa untuk menakutkan rakyat.  Firaun gunakan kuasa untuk menguasai harta negara.  Semua ini ada pada UMNO

UMNO juga menggunakan seks untuk kepentingan politiknya.  Ini sudah berlaku ketika Nabi Yusuf.  Nabi Yusuf dituduh dengan tuduhan berzina dengan baju koyak di belakang.  Anwar Ibrahim juga dituduh liwat tutuh dari belakang tetapi air mani pada zip saiful.  Macamana hentam dari jubur tetapi air mani kat zip.  Lebih kurang dengan tuduhan zina oleh Nabi Yusuf dengan baju koyak di belakang.

UMNO guna seks untuk memalukan Anwar Ibrahim.  Vedeo seks yang ditayangkan jelas teori matlamat menghalalkan cara di buat oleh UMNO.  Inilah cara UMNO dalam politik KEBINATANGAN.  UMNO sudah bersifat kebinatangan.  Seks adalah sifat utama haiwan.  Yang paling banyak seks ialah burung.  UMNO sudah berfikir dengan cara kaedah seks.

Politik UMNO bukan lagi berhujah.  Jahiliyah zaman Nabi Muhammad saw masih berhujah.  Abu Jahal dan Abu Lahab menegakkan kebenaran mereka dengan berhujah di hadapan Nabi Muhammad saw.  UMNO lebih jahat dari jahiliyah.  UMNO lebih terus daripada Abu Jahal dan Abu Lahab.

Wahai orang UMNO tinggalkan lah UMNO yang sudah bersifat dengan POLITIK KEBINATANGAN.

Read more...

MEMPERTAHANKAN PERKARA MUNGKAR, UMNO - BUTA DIAKHIRAT

>> Sabtu, Mac 19, 2011

Sesiapa yang mempertahan mungkar atau UMNO diakhirat nanti buta dan tidak dapat melihat Allah.  Tunjukkan satu hadis yang Nabi Muhammad saw mempertahankan Abu Jahal, Abu lahab.

Abu Jahal orang Arab sebangsa dengan Nabi Muhammad saw tetapi tidak dibantu oleh Nabi Muhammad saw.  Ketika Abu Jahal mati dalam perang Badar lalu Nabi Muhammad saw dan seluruh sahabat membuang mayat Abu Lahab di satu sumur.  Nabi bertanya kepada seluruh mayat orang kafir "Apakah yang kamu pertahankan di Mekah sekarang menyenangkan kamu mengadap Allah?"

Abu Lahab diceritakan oleh Allah dalam surah masad kejahatan dan kecelakaan Abu Lahab disisi Allah.  Ayat 1 dalam surah masad makna firman Allah "CELAKA SEGALA USAHA DUA TANGAN ABU LAHAB"  Abu L:ahab adalah bapa saudara Nabi Muhammad saw.  Dimanakah Abu Lahab kini? Abu Lahab diletakkan oleh Allah dalam neraka.

Inilah contoh dua nama hebat zaman Nabi Muhammad saw yang tidak dipertahankan oleh Nabi kedudukan mereka.  Perjuangan bangsa,  disisi Allah tiada nilai.  Apa lagi perjuangan bangsa Melayu.  Mahathir Mohamed perjuangannya yang berasaskan bangsa.  UMNO perjuangannya berasaskan bangsa.  Perjuangan berasaskan bangsa ditolak oleh Allah.

Yang diterima Allah ialah perjuangan yang berasaskan taqwa.  Marilah masuk perjuangan berasaskan taqwa dengan menolak perjuangan berasaskan bangsa.

Janganlah ada yang berhujah siapa buat jalanraya? siapa bagi biasiswa? siapa buat sekolah?  Ini semua adalah tanggungjawab kerajaan.  Sesiapapun memerintah dia mesti melaksanakan pembangunan.  Kepada pejuang bangsa mereka kena bertanya siapa dapat projek buat jalanraya?  Bukankah UMNO?  Siapa menjadi Lembaga PTPTN, bukankah orang UMNO?  siapa dapat projek buat sekolah, bukankah orang UMNO?
Kalau jawapannya adalah UMNO mka inilah perjuangan bangsa namanya.

Udah le Yop, saya ajak tinggalkanlah UMNO yang tiada apa disisi Allah.

Read more...

PENGISYTIHARAN DEWAN BAHASA 10 RABI'ULAKHIR 1432H

>> Rabu, Mac 16, 2011

Satu deklarasi telah berlaku di sebuah warung di tepi DBP.  Mendahului deklarasi ialah bacaan Yasin oleh jemaah yang hadir untuk menyelamatkan DBP.  Penswastaan DBP sedang mengalami kerugian dan mungkin muflis.

Perjuangan bahasa sekali lagi tidak wajar diswastakan dan dikorporatkan.  Kepentingan bahasa adalah cukup besar.  Bahasa adalah jiwa bangsa.  Perjuangan bahasa adalah sebahagian dari perjungan agama.  Bahasa yang tinggi adalah membina ILMU.  Termasuk perjuangan bahasa ialah perjungan membentuk tulisan.  Tulisan bangsa Melayu ialah jawi.  Sekarang tulisan jawi sudah merudum menuju kehancuran dan penghapusan.  Begitu juga bahasa Melayu juga sedang menuju kehancuran.  Jati diri sesuatu bangsa adalah pada bahasa dan tulisannya.

DBP sebagai institusi yang menjaga kepentingan bahasa dan tulisan bangsa Melayu telah di korporatkan pada tahun 2002.  5 sektor penswastaan dikenalpasti.  Kini penswastaan itu sedang mengalami kerencatan.  Sesuatu perjuangan apabila diswastakan maka yang dikira ialah wang dan ringgit.  Apabila inilah perkiraannya maka budaya Qarun sedang melanda DBP.

Inilah kehancuran apabila pemimpin itu bukan dikalangan yang mahu hendak memikul amanah.  Yang sedang melebar ialah budaya Qarun.  Sejauhmana wang dapat dikaut daripada institusi ini.  Inilah budaya UMNO.  Pemegang amanah ini telah khianat dengan wang daripada rakyat.  Laknatlah mereka wahai Allah.

Read more...

HAPUS SAMA EKOR - BANTU PR UNTUK KE PUTRAJAYA

>> Isnin, Mac 14, 2011

Hari ini sempat menghadiri taklimat oleh KASE (kempen anti saman ekor).  Ini adalah kisah antara POLIS dengan JPJ.  Polis - Kementerian Dalam Negeri,  JPJ - Kementerian Pengangkutan.  Dua ini tidak ada kaitan tetapi bekerjasama untuk menekan rakyat.

Notis saman dikeluarkan oleh POLIS.  JPJ tukang kutip cukai jalan dan tiada ada kaitan dengan notis saman. Tetapi Polos telah menggunakan JPJ untuk menekan rakyat. Bila ramai orang yang tidak membayar saman maka JPJ digunakan.  Kalau nak roadtax 1 tahun maka kena selesaikan sama.  Nanti akan berlaku kalau nak apa sahaja perkhidmatan kerajaan maka kenalah diselasaikan bayaran saman.

Sekarang di perbadankan 2 syarikat oleh kroni Umno-BN.  2 syarikat itu ialah Beta Tegap dengan Commercial circle.  Dengan 2 syarikat ini maka saman diperbadankan. Satu syarikat mengesan kenderaan yang melanggar peraturan lalulintas, satu lagi syarikat mengeluarkan saman.  Inilah cara UMNO-BN mengkayakan kroni.  Saman pun UMNO guna untuk mengkayakan kroni.  Inilah kegilaan.  Bangkitlah wahai rakyat.  Tentangl;ah kezaliman.

Read more...

NASIHAT UNTUK MAHATHIR - Mantan Presiden UMNO

>> Jumaat, Mac 11, 2011

Negeri akhirat adalah negeri kehidupan yang kekal dan panjang.  100 tahun umur anda di dunia itu masih pendek jika mahu dibandingkan dengan negeri akhirat.

Buku terbaru doktor dalam rumah yang termuat kisah anda adalah hebat.  Buku ini lagi hebat kalau tiada 20 m.s yang mengandungi tuduhan anda terhadap DS Anwar Ibrahim.  Dakwaan anda akan kekal hingga hari qiamat.  Selepas ini anda akan mati dan tiada siapa yang dapat memadamkannya.

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud

Siapa yang yang muflis.  Sahabat menjawab mereka yang ketiadaan wang.  Nabi Muhammad saw menjawab Yang muflis ialah mereka yang membawa pahala yang banyak ke negeri akhirat pahala solat, puasa, zakat, haji sedeqah dalan lain-lain tetapi terpaksa membayar pahalanya itu kepada mereka yang dia zalimi.  Sudah habis pahala yang dibawanya maka terpaksalah orang yang melakukan kezaliman mengambil dosa daripada orang yang ia zalimi,  akhirnya orang itu dihumban ke dalam neraka"

Nabi Muhammad saw bersabda

Ada orang beramal dengan amalan syurga, syurga dengannya hanya sejengkal. tetapi dihujung hayatnya beramal dengan amalan neraka maka ia dimasukkan dalam neraka. Ada orang yang beramal dengan amalan neraka.  neraka dengannya hanya sejengkal.  tetapi dihujung hidupnya ia beramal dengan amalan ahli syurga maka dimasukkan ke dalam syurga

Read more...

Ceramah Maulidur Rasul & Malam Kesenian Islam di Taman Meru 2B

>> Ahad, Mac 06, 2011

Majlis diadakan pada 5 Mac 2011 di Surau An-Nuriah Taman Meru 2B, Ipoh.

HMS Abu Bakar memulai dengan pantun dan sajak

Ust Wan menyampaikan ceramah Maulidur Rasul

Tetamu jemputan Dato A Samad Said

Kumpulan Nasyid Syifa'



Read more...

RAYUAN KEPADA SELURUH PENGUNDI DUN MERLIMAU DAN KERDAU - UNDI PAS

>> Sabtu, Mac 05, 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan perubahan maka kami merayu kepada seluruh pengundi DUN Merlimau dan DUN Kerdau untuk mengundi kepada perubahan yang lebih baik bersama dengan Pakatan Rakyat.  Khusus dalam PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau di wakili oleh PAS.

Para pengundi janganlah ragu dan bimbang.  Persoalan asas yang dibawa oleh PAS ialah keadilan.  Kenapa di DUN Kerdau masih ketinggalan?  Ini kerana persoalan ketidakadilan.  Bagi mengatasi keadilan ini janganlah mengundi calon BN dalam PRK kali ini.  Selain daripada persoalan keadilan yang turut sama diperjuangkan oleh PAS ialah kebenaran.  UMNO dan BN menegakkan kemungkaran.

Undi di DUN Kerdau dan Merlimau adalah penting.  Undi anda mungkin

1)     menahan kenaikan kali ke-2 RON 95
2)     menahan kenaikan diesel yang sedang dikaji oleh kerajaan
3)     menahan kenaikan harga barangan asas keperluan rumah
4)     menangguhkan tekanan terhadap rakyat seperti pembayaran saman traffik

dan bermacam-macam lagi.  Inilah kegunaan undi.  Undilah yang memberi keuntungan kepada rakyat.  Keuntungan kepada ialah dengan mengundi Pakatan Rakyat iaitu PAS

 

Read more...

UMNO-BN - TAKDE DUIT - DISKAUN SAMAN DITERUSKAN 10/3/11

>> Khamis, Mac 03, 2011

Inilah apabila undang-undang sudah jadi barangan permainan.  Saman ekor ikut suka UMNO.  Polis sudah berjaya mengutip hampir 30 juta lebih duit saman ekor. Kini meneruskan usaha mengutip wang rakyat melalui penerusan tarikh pembayaran saman sehingga 10 mac 11.  Inilah peraturan UMNO.  Mereka membuat sesuka hati.

Wahai semua pengundi PRK Dun Merlimau dan kerdau, jangan undi UMNO dalam PRK masing-masing.  Menang UMNO bermakna penswastaan saman akan berjalan dan terus menindas rakyat.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP