hukum valentine day - Majlis Fatwa Keb
>> Isnin, Februari 10, 2014
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
- 16562 reads
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah
membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day.
Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih
sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan
Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan
tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur
dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak
ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai
unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi
meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal
kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya
meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini
berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan
Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam.
Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi
umat Islam akan datang.
0 komen:
Catat Ulasan