kos sara hidup meningkat 2014, memadaikah tindakan kerajaan?
>> Selasa, Disember 31, 2013
11 langkah yang diumumkan PM tidak mencukupi, kata Saifudin Abdullah
Antara saranan yang diberikan bekas timbalan menteri itu termasuk untuk kerajaan menggunakan sepenuhnya Teknologi Pengurusan Pembelanjaan.
Beliau menyifatkan sistem seperti e-perolehan dan e-bidaan sebagai cara sistematik menjimatkan kos serta membendung rasuah.
Beliau bagaimanapun berkata rakyat perlu percaya bahawa tahun 2014 boleh dilalui dengan tenang.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah yang disifatkannya boleh membendung perbelanjaan kerajaan mulai tahun 2014.
Antaranya termasuk pemotongan elaun hiburan pemimpin dan pegawai kerajaan serta bajet elektrik Putrajaya.
Langkah itu adalah untuk menunjukkan bahawa kerajaan juga sama-sama menanggung beban rakyat sempena kenaikan kebanyakan harga barang mulai esok.
Tahun 2014 telah diibaratkan ramai pihak sebagai tahun kenaikan kos sara hidup, berikutan kenaikan harga bagi tol, ais, alat tulis, cukai pintu DBKL, kadar elektrik dan tambang bas. - 31 Disember, 2013
0 komen:
Catat Ulasan