#1

nik Amar bertanding

>> Isnin, November 11, 2013

Nik Amar bertanding untuk suburkan demokrasi

Rizal Tahir, 10 Nov 2013



KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.

Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim,  tengahari tadi.

Amar berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menentang penyandang, Mohamad Sabu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, November ini.

“Kebetulan Datuk Tuan Ibrahim menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, jadi saya bersedia menawarkan diri.

“Andainya Tuan Ibrahim masih bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan itu,” ujarnya.

Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, keputusannya untuk bertanding juga bertujuan menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.

Beliau juga berhasrat untuk  membantu Presiden dan parti bagi menghadapi cabaran besar pada masa akan datang.

Menurutnya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU)  lalu, PAS adalah parti gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

“Kita kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu sendiri tentu ada sebab kenapa yang perlu kita cari penyelesaiannya.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh mengambil alih kedudukan Umno dalam negara sekiranya kita tidak menarik sokongan orang Melayu Islam dalam negara ini terlebih dahulu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, isu-isu yang berlaku perlu dinilai semula untuk persiapan pada masa akan datang sebagaimana yang diputuskan dalam Multaqa Ulama’ baru-baru ini.

Bagaimanapun jelasnya, ramai yang tidak memahami keputusan yang dicapai dalam Multaqa Ulama’ sehingga beranggapan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.

“Tetapi kita melihat dari sudut keberkesanan kita bila berada dalam Pakatan Rakyat, kenapa undi orang Melayu kepada PAS merosot walaupun kita memerlukan juga undi kaum lain untuk menang,” ujarnya.

Menurutnya,  undi asas orang Melayu tidak boleh dipandang ringan dalam membentuk kerajaan di negara ini.

0 komen:

Catat Komen

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP