#1

aktif umno ok...klu aktif pr maka ,,,,,,,

>> Khamis, Jun 13, 2013

n's photo.
Bagaimana guru2 yg aktif Umno?

Setiap warganegara Malaysia berhak menyokong mana2 parti politik sepertimana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Cikgu Habsah Mohd Salleh adalah salah seorang dari sejuta Kakitangan Awam yg menyokong Pakatan Rakyat atau BN atau tidak berparti.

Ada pihak tertentu yg sakit hati melihat 'penonjolan' Cikgu Habsah masa PRU 13 baru2 ini. Tambahan pula suaminya, Sdr Zailani adalah pimpinan PAS Kawasan Tenggara yg proaktif.

Mereka2 ini mengedarkan poster dan menaikkan kain banner di Felda Pasir Raja dengan tujuan memalukan Cikgu Habsah dan memberikan tekanan kpd Pejabat Pelajaran Negeri dan Daerah agar mengambil tindakan kpdnya.

Mereka silap, kerana dalamasa yg sama, ada ramai cikgu2 Umno yg sama2 aktif berkempen dan memegang jawatan di pkt cawangan dan bahagian. PAS Kawasan Tenggara boleh senaraikan mereka2 ini. Tidak cukup di luar sekolah, dalam sekolah pun berkempen. Pelajar2 yg tak tau apa2 pun di kempen sama dalam bilik darjah!

Ada cikgu Umno yg aktif berkempen hingga abaikan tugas rutin di sekolah, hadir program BN, pergi Perhimpunan Agong Umno, bertanding jawatan dlm Umno dgn membazirkan masa berbulan2 melobi ke sana ke mari. Masa PRU 13, ada cikgu Umno jadi PACA pulak lagi!

Apa tindakan yg dilakukan Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD?
Lebih menjolok mata, sesetengah PPD, jadi sarang Umno!

Cikgu Habsah adalah contoh penyokong PAS yg aktif di luar waktu sekolah. Itu hak dia. Dia pernah dapat anugerah guru terbaik kerana prestasi dan pertanggungjawabannya dalam perkhidmatan.

Selaku Yang DiPertua Pas Kawasan Tenggara, saya dukacita dengan gelagat sesetengah pihak yg berpolitik separuh masak, sehingga lupa kepada kelambu mereka sendiri.

Sekiranya mereka terus bertindak keterlaluan, saya tidak teragak2 mendedahkan butiran lengkap penglibatan melampau cikgu2 Umno di Felda Pasir Raja khususnya dan Parlimen Tenggara umumnya

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP