Kemenangan kami dirp\ompak SPR - anwar
>> Rabu, Mei 08, 2013
'Kemenangan kami dirompak', dakwa Anwar
7 Mei 2013
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
keputusan pilihan raya umum kelmarin sepatutnya menyebelahi Pakatan
Rakyat (PR) tetapi "telah dirompak."
Anwar mendakwa, PR
sebenarnya adalah pemenang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun berlaku
unsur penipuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga
menyumbang kepada kekalahan perikatan itu.
"Kita sudah menang
tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," ujar beliau dalam wawancara
khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya, semalam.
Ketika ditanya peningkatan kerusi kali ini berbanding, Anwar yang juga
Ketua Umum PKR menegaskan, "ini bukan (soal) tambah kerusi, tapi kami
menang... (sudah) menang."
Menurut Anwar, bukti besar berlakunya penipuan adalah menerusi undi awal dan pos.
Pihaknya mengesyaki sesuatu apabila PR hanya memperoleh sekitar 12 peratus undi pos dan awal.
"Tak kan 12 peratus sahaja diberikan kepada kita?
"Kalau kita lihat undi luar negara, itu 70 hingga 80 peratus (nampak)
memihak PR daripada apa yang dimaklumkan tetapi bila buka undi, kita
dapat 12 peratus, 15 peratus," ujar beliau.
Untuk rekod, seramai 272,387 daripada 13.3 juta pemilih berdaftar di negara ini ialah pengundi awal.
Mereka menunaikan tanggungjawab mengundi pada 30 April lalu.
Penipuan ini katanya, diperkukuhkan dengan lagi dengan kemunculan
pengundi mencurigakan didakwa warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan
sebagainya.
"... pegawai SPR mengeluarkan kertas undi keluar
yang ditangkap dengan dokumen ada dalam video seperti, yang kita
tayangkan sebahagian semalam, pemadaman lampu...
"Seperti kes di Lembah Pantai, terpaksa dikawal dengan begitu keras sekali. Kalau tidak, Nurul Izzah akan tewas. Ini apa?
"Ini lambang penipuan dan politik samseng," tegas Anwar.
Keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR malam semalam, Barisan
Nasional menang dengan 133 kerusi seterusnya berjaya membentuk kerajaan
Persekutuan sementara PR bertambah sembilan kerusi menjadikan jumlah
kerusi yang dimenangi 89 kesemuanya.
Beberapa negeri menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan di peringkat negeri manakala selebihnya kekal.
'Kemenangan kami dirompak', dakwa Anwar
7 Mei 2013
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya umum kelmarin sepatutnya menyebelahi Pakatan Rakyat (PR) tetapi "telah dirompak."
Anwar mendakwa, PR sebenarnya adalah pemenang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun berlaku unsur penipuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyumbang kepada kekalahan perikatan itu.
"Kita sudah menang tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," ujar beliau dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya, semalam.
Ketika ditanya peningkatan kerusi kali ini berbanding, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan, "ini bukan (soal) tambah kerusi, tapi kami menang... (sudah) menang."
Menurut Anwar, bukti besar berlakunya penipuan adalah menerusi undi awal dan pos.
Pihaknya mengesyaki sesuatu apabila PR hanya memperoleh sekitar 12 peratus undi pos dan awal.
"Tak kan 12 peratus sahaja diberikan kepada kita?
"Kalau kita lihat undi luar negara, itu 70 hingga 80 peratus (nampak) memihak PR daripada apa yang dimaklumkan tetapi bila buka undi, kita dapat 12 peratus, 15 peratus," ujar beliau.
Untuk rekod, seramai 272,387 daripada 13.3 juta pemilih berdaftar di negara ini ialah pengundi awal.
Mereka menunaikan tanggungjawab mengundi pada 30 April lalu.
Penipuan ini katanya, diperkukuhkan dengan lagi dengan kemunculan pengundi mencurigakan didakwa warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan sebagainya.
"... pegawai SPR mengeluarkan kertas undi keluar yang ditangkap dengan dokumen ada dalam video seperti, yang kita tayangkan sebahagian semalam, pemadaman lampu...
"Seperti kes di Lembah Pantai, terpaksa dikawal dengan begitu keras sekali. Kalau tidak, Nurul Izzah akan tewas. Ini apa?
"Ini lambang penipuan dan politik samseng," tegas Anwar.
Keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR malam semalam, Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi seterusnya berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara PR bertambah sembilan kerusi menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi 89 kesemuanya.

0 komen:
Catat Ulasan