#1

Ya Allah kembalikan Morsi utk Presiden Mesir

>> Rabu, Julai 17, 2013

[Penolakan Abdullah Gul dan Erdogan terhadap Baradei dan Mansour : Kami tidak mengenali presiden Mesir kecuali Mursi]

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menolak permintaan untuk bertemu dengan Muhammad Al-Baradei, anggota Barisan Penyelamat, dan salah seorang dari pengkomplot rampasan kuasa tentera ke atas presiden sah Mesir Dr Muhammad Mursi .

Turut tertulis dalam keratan akhbar "Aksham" Turki, Erdogan menolak pertemuan itu kerana mengira bahawa ianya adalah salah satu percubaan bagi menghalalkan rampasan kuasa tentera ke atas presiden Mursi, dan sudah pasti itu adalah sesuatu yang tidak dipersetujui oleh Erdogan dengan bantahan yang keras, beliau juga mengesahkan bahawa Turki tidak mengenali presiden sah Mesir kecuali Dr Mursi.

Tambahan, bahawa presiden Turki Abdullah Gul telah pun menolak pelawaan bertemu mereka pada hari Isnin yang lepas selepas menerima surat daripada Adly Mansour-yang telah dilantik oleh As-Sisi yang diterima dari kedutaan Mesir di Ankara.

Penolakan ini adalah sebagai bantahan dari mengiktiraf kelangsungan kerajaan baru di Mesir. Mereka menegaskan "Kami tidak mengenali presiden Mesir selain Mursi"

Sumber : IkhwanOnline

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP