#1

SIRI 7 - AHLI SIHIR FIR'AUN BERTAUBAT, AHLI UMNO BILA NAK BERTAUBAT?

>> Rabu, September 29, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 172




AHLI SIHIR FIR'AUN BERTAUBAT
AHLI UMNO BILA NAK BERTAUBAT?  KELUARLAH DARI UMNO

Allah Taala berfirman dalam surah al-'Araf ayat 123



Fir'aun berkata: "Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu?, sesungguhnya (perbuatan ini) adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya dari padanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini);

     Inilah gambaran pada ketika hidayah telah didatangkan Allah.  Ahli sihir fir'aun bertaubat dan beriman dengan Allah - Tuhan Nabi Musa dan Harun.  Episod bertaubat ahli sihir ini dimulai dengan tawaran hadiah oleh Fir'aun kepada ahli sihir.  2 tawaran fir'aun hadiah yang lumayan dan ahli sihir akan menjadi kroni kepada fir'aun.

     Ketika ahli sihir Fir'aun melemparkan tali yang kemudiannya bertukar menjadi ular maka giliran Nabi Musa pula melemparkan tongkatnya.  Bila tongkat Nabi Musa di lempar maka terjadilah suatu mukjizat iaitu tongkat bertukar menjadi ular yang besar dan memakan semua ular kecil yang dilemparkan oleh ahli sihir itu.  Melihat kejadian yang luar biasa ini maka seluruh ahli sihir bertaubat dan beriman dengan Allah.

     Ahli sihir Fir'aun tahu bahawa Nabi Musa tidak mampu untuk mengadakan ular yang sebesar itu.  Ahli sihir tahu bahawa Nabi Musa adalah pembawa kebenaran langit dan yang membodohkan mereka ialah Fir'aun.  Melihat keadaan ahli sihir sudah beriman dengan Allah maka Fir'aun memberi amaran iaitu akan dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang.  Apa jawapan ahli sihir " kami tak kira kami akan kembali kepada Tuhan yang memerintah sekelian alam"

     Demikianlah ahli sihir Fir'aun yang sempat bertaubat.  Ahli UMNO bila nak bertaubat?  Apakah ahli UMNO tak tahu bahawa

1)     UMNO menolak hukum Allah
2)     UMNO tak nak kepada Islam

Seperti juga ahli sihir Fir'aun mereka tertarik dengan fir'aun kerana tawaran hadiah.  Melayu yang masih dengan UMNO sekarang bukan kerana perjuangan tetapi kerana tawaran-tawaran hadiah dan kekuasaan oleh UMNO.  Jadi ahli UMNO boleh dapat projek.  Jadi ahli UMNO boleh jadi Pengerusi JKKK.  Begitulah seterusnya.

     Jauhi UMNO kerana ahli UMNO tahu UMNO tak mahu hukum Allah dan UMNO tak nak melaksanakan Islam dalam negara.  Menyokong UMNO dalam PRU 13 bermakna menyokong mungkar.

     SOKONG DAN BERILAH UNDI KEPADA PAS, PKR, DAP UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP DAN MEMILIKI KEBAJIKAN SEPERTI DI KELANTAN, KEDAH, PP DAN S'GOR

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP