#1

UMNO PENGAMAL TENUNGAN NASIB YANG DILARANG ISLAM

>> Jumaat, April 23, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 57

PERINGATAN PARA PENGUNDI DI P094 HULU SELANGOR
JANGAN UNDI CALON BN, 
BN MENGEKALKAN KEMUNGKARAN MENENTANG HUKUM ALLAH, 
BN ZALIM TERHADAP RAKYAT PERAK DENGAN RAMPASAN KUASA, 
BN ZALIM TERHADAP RAKYAT KELANTAN DENGAN TIDAK MEMBERI ROYALTI KEPADA KERAJAAN KELANTAN
TOLAK BN, JANGAN BERI UNDI PADA CALON BN

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN

UMNO PENGAMAL TENUNGAN NASIB YANG DILARANG OLEH ISLAM


FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH MAIDAH AYAT 90



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. 
Chinese
信道的人們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
(5:90)

     Daripada firman Allah diatas jelas perkara ketiga yang terus menerus di amalkan oleh UMNO ialah tenung nasib pada sesama manusia dan melepaskan diri daripada ikatan Allah.  Amalan bertenung nasib jelas bertentangan dengan Islam.  Kenapa ianya bertentangan dengan Islam?  Ini kerana terputusnya hubungan ikatan dengan Allah.  Tidak lagi bersandar dengan Allah.  Tidak lagi bergantung dengan Allah.
    Amalan bertenung nasib adalah amalan jahiliyah.  Justeru itu adalah Allah mengikat manusia yang beriman untuk sentiasa berpasrah kepada Allah.  Firman Allah 

" Sesudah kamu berazam maka bertawakkallah kepada Allah,  Sesungguhnya Allah sangat suka kepada orang yang bertawakkal kepadanya"

     Dalam UMNO tenung nasib adalah amalan kebiasaan pemimpin UMNO.  Pemimpin UMNO bila nak bertanding sama ada di peringkat bahagian atau apa sahaja peringkatnya maka bomoh adalah sandaran mereka.  Kisah-kisah UMNO dan perbomohan bukanlah suatu yang rahsia.  Satu pemimpin UMNO pernah kena kerat 18 hanya bersandar kepada manusia bomoh.  Mantan PM (Presiden UMNO) yang lalu, apabila ditanya tentang tarikh pilihanraya maka mereka menjawab tiada ilham lagi.  Sebenarnya sandaran pemimpin UMNO itu bukan lagi kepada Allah yang menjadikan mereka.  Sandaran mereka adalah pada manusia.  Inilah politik keji UMNO yang diamalkan turun temurun.  

     Wahai UMNO dan ahli UMNO amalan ini adalah jahiliyah yang dimurkai Allah. Jauhilah UMNO dan binalah kehidupan baru yang bersandarkan kepada Allah.  Sayonara UMNO dan selamat tinggal UMNO.

     Jangan beri undi pada calon BN kerana

1)     UMNO-BN menentang hukum Allah
2)    UMNO-BN rampas kuasa di Perak.  UMNO-BN melakukan kezaliman kepada rakyat Perak
3)    UMNO-BN rampas duit royalti minyak Kelantan.  UMNO-BN melakukan kezaliman kepada rakyat Kelantan
4)    UMNO-BN dalang dalam rampasan ahli parlimen yang bertukar dari PKR ke Bebas

oleh itu tolak UMNO-BN, tolak 

UMNO-BN, Tolak UMNO-BN



4 komen:

Tanpa Nama,  23 April 2010 pada 9:20 PTG  

ustaz...ayat al-maidah ke 90 tu terang-terang pada wakil PKR yang ustaz sokong..minum arak, main judi..benarlah penyokong PR ini semua buta hati...BUTA HATI!

Tanpa Nama,  23 April 2010 pada 9:49 PTG  

ceteknya pemikiran ustaz wan.... "Mantan PM (Presiden UMNO) yang lalu, apabila ditanya tentang tarikh pilihanraya maka mereka menjawab tiada ilham lagi.." apa kaitan dengan tenung nasib? tiada yang salah dengan kenyataan tersebut. aduh...malulah nak mengaku bekas pelajar ustaz wan ahmad tarmizi. retorik politik saja lebih.

Tanpa Nama,  23 April 2010 pada 9:56 PTG  

pada mata ustaz..apa yang UMNO lakukan semuanya buruk belaka. Apa yang PAS,PKR dan DAP buat semuanya halal...memang buta hati ustaz ni. Haram salam dengan org kafir (PAS yang cakap), tapi orang PAS sendiri salam dengan orang DAP. Halal la pula..Nizar Jamaluddin salam dengan perempuan bukan muhrim, halal pula... ini apakah ini... orang bodoh yang cetek akal je ikut politik kotor PAS ini. sudah-sudah la tu ustaz wan ahmad tarmizi. lebih baik ajar orang agama daripada sesatkan orang.

Tanpa Nama,  23 April 2010 pada 9:57 PTG  

PAS for all = Israel for all

ni siapa tiru siapa?? ludah ke langit jatuh ke muka sendiri.

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP