#1

TABIK KETUA WANITA MCA - PERTAHAN PRINSIP KEHIDUPAN, WANITA UMNO MACAMANA?

>> Sabtu, April 10, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 44

UMNO GAGAL PERTAHAN
PRINSIP PERJUANGAN KEHIDUPAN, 
MALU KEPADA WANITA MCA DAN TABIK KEPADA 
KETUA WANITA MCA



DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH


"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN


FIRMAN  ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 8



Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. 
Chinese
有 些人說:「我們已信真主和末日了。」其實,他們絕不是信士。 
Tamil
இன்னும் மனிதர்களில் "நாங்கள் அல்லாஹ்வின் மீதும், இறுதி(த் தீர்ப்பு) நாள் மீதும் ஈமான் (நம்பிக்கை) கொள்கிறோம்" என்று கூறுவோறும் இருக்கின்றனர்; ஆனால் (உண்மையில்) அவர்கள் நம்பிக்கை கொண்டோர் அல்லர்.
 (2:8)


   Dari firman Allah diatas jelas bahawa sifat berpura-pura adalah ciri dan sifat utama orang munafik.  Di hadapan manusia mereka mengaku beriman sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman kepada Allah.  Inilah jenis manusia yang tidak berprinsip.  Kebenaran mereka lawan dan tolak.  Kebathilan mereka sokong dan puja.  Ini kerana kebathilan ada ganjaran manusiawi.  Mereka mahu menipu manusia lain tetapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.
     Jenis manusia seperti ini adalah manusia yang matlamat utamanya adalah kehidupan, pangkat dan darjat.  Asalkan matlamat hidup mereka dapat maka mereka akan  melakukan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram.  Segala kerja mereka adalah halal dan tiada haram disisi mereka.  Golongan ini adalah golongan yang tidak berpendirian.  Golongan ini tidak mengira sama ada pemimpin mereka itu ada skandal atau tidak, itu tak kisah, asalkan pangkat, derjat, kedudukan dan makanan mereka  dapat.
    Inilah jenis manusia UMNO.  Tidak ada pendirian.  Pemimpin-pemimpin UMNO ada skandal

1)    bunuh dan para ahli UMNO mengetahuinya
2)    pembelian kapal dengan komisyen jutaan ringgit, ahli UMNO mengetahuinya
3)    sudah terbukti bahawa kerajaan sedang menerima nasihat dari APCO, ahli UMNO mengetahuinya
4)    rasuah yang sudah menjadi barah dalam UMNO, semua hli UMNO mengetahuinya

     Semua ahli UMNO tahu bahawa UMNO bergelumang dengan kemungkaran.  Tetapi ahli UMNO tetap mendukung UMNO.  Wahai ahli UMNO contohilah Ketua Wanita MCA.  Bila Presiden MCA yang dipilih secara kolektif dalam mesyuarat agung maka Ketua Wanita MCA meletakkan jawatan. Semua jawatan dalam parti dan kerajaan!!!.  Betapa wanita ini berprinsip.  Tidak mahu dirinya diletakkan dibawah kepimpinan yang ada skandal.  Ketua wanita MCA meletakkan jawatan

1)    sebagai Ketua Wanita MCA
2)    sebagai senator
3)    sebagai Timbalan Menteri

   Bukankah Ketua Wanita MCA ini berprinsip?  Tabik.

    UMNO macam mana?  Ketua Wanita UMNO nak letak jawatan ke? kerana mempertahankan prinsip kebenaran dan keadilan?  Wahai orang UMNO terutama di Hulu Selangor contohilah Ketua Wanita MCA.  MCA komponen BN.  Jangan undi calon BN kerana undi anda akan meneruskan pemimpin ini berskandal. Katakan Sayonara UMNO/ Selamat Tinggal UMNO/Kume getik dengan UMNO!!!!!!

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP