#1

Tindakan yang serba tak kena oleh kerajaan BN

>> Selasa, Disember 31, 2013


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memotong RM1,698 elaun keraiannya sebulan berbanding peruntukan berjumlah berbilion ringgit untuk program-program berbentuk kempen politik, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).
Menurut Rafizi, daripada sejumlah RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada Najib untuk projek-projek berbentuk kempen politik, tiada sesen pun dipotong melalui dana fasilitasi sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat (RM900 juta), program mesra rakyat (RM665 juta), program pembangunan (RM1.1 bilion) dan projek khas (RM202 juta).

"... sedangkan perbelanjaan sebeginilah yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," tegas Rafizi dalam kenyataan medianya hari ini.

Walaupun mengalu-alukan pengumuman mengenai langkah-langkah untuk mengurangkan belanja kerajaan oleh Najib, beliau menyifatkan langkah penjimatan itu sebagai berat sebelah dan tidak menyentuh perkara-perkara besar yang menjadi punca bebaban kewangan yang ditanggung rakyat.

Menurutnya, sungguhpun pemotongan elaun keraian sebanyak 10 peratus adalah satu isyarat bahawa pentadbiran Najib sedar tentang kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan BN, ia sedikit pun tidak membantu menghentikan pembaziran dan keborosan sedia ada.

"Saya juga ingin menegur Dato’ Seri Najib kerana langkah-langkah penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah, seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran beliau.

"Langkah-langkah seperti menjimatkan elektrik, mengurangkan penggunaan kain rentang dan lain-lain memberi gambaran seolah-olah beliau menyalahkan kakitangan kerajaan di atas kegagalan beliau sendiri mentadbir kewangan dengan baik," ujarnya

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP