#1

MUFTI UMNO SANGGUP HARAM TARIAN POCO-POCO, VIDEO SEKS?

>> Jumaat, April 01, 2011

Inilah kerja mufti UMNO.  Antara mana lebih awlawiyat - mengharamkan tarian poco-poco atau mengharamkan  video seks?

Kita tabik le ilmu para mufti.  Tetapi antara mengharamkan tarian dengan mengharamkan video, yang manakah lebih mesti mendapat keutamaan para mufti?

Mengikut kaedah qawaid fiqhiyyah maka yang mendatang kemudaratan lebih mestilah mendapat keutamaan para mufti untuk bertindak.  Kalau kedua-duanya mudarat maka segerakan pengharaman keduanya.  Kalau hendak dipilih salah satu maka sudah pasti yang mendatangkan kemudaratan lebih mestilah segera diharamkan.  Menari tarian itu berapa oranglah gamaknya yang terlibat.  Sedangkan video seks tayangannya sangat menjejaskan rupa dan wajah politik hari ini.  Ini melibatkan keseluruhan rakyat negara ini.

Kalau begitu kenapakah video ini  tidak disegerakan.  Kenapa tarian yang tidak menjadi topik perbincangan rakyat pula diharamkan oleh para mufti?  Orang sedang menanti hukum pengharaman tayangan video seks.  Tetapi jadi hambar apabila yang diharamkan ialah tarian.

Fikir-fikirkan.  Mufti pun ada takut.  Tak takut pada hukum Allah.  Itu sebab golongan yang pertama dihumban ke neraka ialah para ilmuan bisu yang tidak bercakap kebenaran.

1 komen:

Laksamana Bentan 1 April 2011 pada 12:35 PTG  

Salam Ustaz,

Saya rasa mushkil...mengapa lagu "najib altantuya" sentiasa bermain dibibir Anuwar dan penyokong Pas tetapi tidak diberi perhatian? Bukankah itu juga fitnah yg maha dahsyat?

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP