Isnin, Mac 17, 2014

keluarga juruterbang MH370 hilang sehari sebelum .............

Keluarga Kapten Zaharie hilangkan diri Sebelum MH370 Hilang?

Dilaporkan, anak isteri Kapten Zaharie keluar dari rumah itu sehari sebelum pesawat MH370 hilang. Atau dengan kata-kata lain, beberapa jam sebelum Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun kepada Anwar Ibrahim.
Pembantu rumah berusia 38 tahun itu dalam keterangannya, memberitahu dia tidak tahu ke mana anak isteri Kapten Zaharie ‘hilang’.
Sehari sebelum mereka menghilangkan diri, isteri dan tiga orang anak Kapten Zaharie bermalam di rumah kedua mereka di Subang.
mana_anak_isteri
Semakin menarik dan semakin kuat syak wasangka terhadap Kapten Zaharie yang telah disahkan oleh R.Sivarasa dan Saifuddin Nasution bahawa Kapten Zaharie adalah ahli fanatik dan merupakan penyokong tegar PKR dan Anwar Ibrahim.
Persoalannya, mengapa ‘persediaan’ untuk menyorokkan anak isterinya telah dibuat lebih awal sebelum MH370 dihilangkan? Di mana isteri dan ketiga-tiga orang anak Kapten Zaharie sekarang?
Persoalan kedua kenapa pihak dari Amerika Syarikat seperti Al-Gore yang diketahui merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, bersuara dan menyatakan ketidakpercayaan terhadap Malaysia menyelesaikan isu kehilangan MH370? Apakah semua ini adalah kebetulan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.