Selasa, Disember 31, 2013

Addin: Pemimpin Umno Pasti Bengang Dengan Kenyataan Bekas...

Addin: Pemimpin Umno Pasti Bengang Dengan Kenyataan Bekas...: Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin ...

kos sara hidup meningkat 2014, memadaikah tindakan kerajaan?

11 langkah yang diumumkan PM tidak mencukupi, kata Saifudin Abdullah

December 31, 2013
Saifuddin berkata tidak hairan memahami kegelisahan rakyat berikutan rentetan beberapa masalah seperti kenaikan kos dan kebebasan media. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013.Saifuddin berkata tidak hairan memahami kegelisahan rakyat berikutan rentetan beberapa masalah seperti kenaikan kos dan kebebasan media. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013.Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates, Datuk Saifudin Abdullah berkata kerajaan perlu berbuat lebih dari 11 perkara yang diumumkan Perdana Menteri semalam sebagai langkah meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi tahun 2014.
Antara saranan yang diberikan bekas timbalan menteri itu termasuk untuk kerajaan menggunakan sepenuhnya Teknologi Pengurusan Pembelanjaan.
Beliau menyifatkan sistem seperti e-perolehan dan e-bidaan sebagai cara sistematik menjimatkan kos serta membendung rasuah.
"Dengan kemungkinan kenaikan kos sara hidup, masalah keugamaan yang tak dapat diselesaikan dan kekurangan kebebasan media massa, serta isu mengenai hak asasi manusia, memang mudah untuk memahami kegelisahan rakyat menjelang tahun 2014." kata Saifudin.
Beliau bagaimanapun berkata rakyat perlu percaya bahawa tahun 2014 boleh dilalui dengan tenang.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah yang disifatkannya boleh membendung perbelanjaan kerajaan mulai tahun 2014.
Antaranya termasuk pemotongan elaun hiburan pemimpin dan pegawai kerajaan serta bajet elektrik Putrajaya.
Langkah itu adalah untuk menunjukkan bahawa kerajaan juga sama-sama menanggung beban rakyat sempena kenaikan kebanyakan harga barang mulai esok.
Tahun 2014 telah diibaratkan ramai pihak sebagai tahun kenaikan kos sara hidup, berikutan kenaikan harga bagi tol, ais, alat tulis, cukai pintu DBKL, kadar elektrik dan tambang bas. - 31 Disember, 2013

Tindakan yang serba tak kena oleh kerajaan BN


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memotong RM1,698 elaun keraiannya sebulan berbanding peruntukan berjumlah berbilion ringgit untuk program-program berbentuk kempen politik, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).
Menurut Rafizi, daripada sejumlah RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada Najib untuk projek-projek berbentuk kempen politik, tiada sesen pun dipotong melalui dana fasilitasi sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat (RM900 juta), program mesra rakyat (RM665 juta), program pembangunan (RM1.1 bilion) dan projek khas (RM202 juta).

"... sedangkan perbelanjaan sebeginilah yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," tegas Rafizi dalam kenyataan medianya hari ini.

Walaupun mengalu-alukan pengumuman mengenai langkah-langkah untuk mengurangkan belanja kerajaan oleh Najib, beliau menyifatkan langkah penjimatan itu sebagai berat sebelah dan tidak menyentuh perkara-perkara besar yang menjadi punca bebaban kewangan yang ditanggung rakyat.

Menurutnya, sungguhpun pemotongan elaun keraian sebanyak 10 peratus adalah satu isyarat bahawa pentadbiran Najib sedar tentang kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan BN, ia sedikit pun tidak membantu menghentikan pembaziran dan keborosan sedia ada.

"Saya juga ingin menegur Dato’ Seri Najib kerana langkah-langkah penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah, seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran beliau.

"Langkah-langkah seperti menjimatkan elektrik, mengurangkan penggunaan kain rentang dan lain-lain memberi gambaran seolah-olah beliau menyalahkan kakitangan kerajaan di atas kegagalan beliau sendiri mentadbir kewangan dengan baik," ujarnya

Isnin, Disember 30, 2013

Addin: Berita Ini Membuatkan Polis Terkedu..

Addin: Berita Ini Membuatkan Polis Terkedu..: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran memberi tempoh 48 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan beber...

Kedahkini: TERKINI KEMAS KINI 30 DIS 13 ! BANJIR DI BINTULU, ...lepas ni Konabatangan

Kedahkini: TERKINI KEMAS KINI 30 DIS 13 ! BANJIR DI BINTULU, ...: KEMASKINI 11.35PM : Amaran ribut petir di beberapa perairan negara Jabatan Meteorologi Malaysia KUALA LUMPUR - Ribut petir yang berl...

Jumaat, Disember 27, 2013

SEDAKA Sejahtera™: BERAPI!!! Dua Adun BN Perak Bakal Hilang Kerusi Di...

SEDAKA Sejahtera™: BERAPI!!! Dua Adun BN Perak Bakal Hilang Kerusi Di...: Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, ...

Isnin, Disember 23, 2013

Omak Kau!!!!: SUATU KEPUTUSAN GRED "A" TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAH...

Omak Kau!!!!: SUATU KEPUTUSAN GRED "A" TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAH...: Apabila Mahkamah Persekutuan membuat suatu keputusan bertaraf gred "A" maka sudah pasti Zahid Hamidi kini sudah mula pening kepa...

Haramain Salaat Recordings: 25th Muharram 1435 ~ 28th November 2013

Haramain Salaat Recordings: 25th Muharram 1435 ~ 28th November 2013: Madeenah Maghrib ( Surah Qassas: Ayaah 83-88 ) Sheikh Budayr Download 32kbps Audio Download 128kbps Audio Watch on Daily Mo...

Haramain Salaat Recordings: 25th Muharram 1435 ~ 28th November 2013

Haramain Salaat Recordings: 25th Muharram 1435 ~ 28th November 2013: Madeenah Maghrib ( Surah Qassas: Ayaah 83-88 ) Sheikh Budayr Download 32kbps Audio Download 128kbps Audio Watch on Daily Mo...

Addin: Anwar Gagal Sekali Lagi..

Addin: Anwar Gagal Sekali Lagi..: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam cubaan untuk mengetepikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagap pendakwaraya dalam kes l...

Biaqpila™: 15 PERKARA YANG MENURUNKAN BALA

Biaqpila™: 15 PERKARA YANG MENURUNKAN BALA: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. bersabda; "Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, ia...

Khamis, Disember 19, 2013

Addin: Akuan Bersumpah Mat Zain Dedah Najib Sembunyi Sala...

Addin: Akuan Bersumpah Mat Zain Dedah Najib Sembunyi Sala...: Datuk Mat Zain Ibrahim didalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah secara sengaja dan sedar meny...

Rabu, Disember 18, 2013

populariti Najib Merudum - Merdeka Center

KUALA LUMPUR: Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Menurut Malaysian Insider, kajian Merdeka Center juga menunjukkan isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada responden yang ditanya.

Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka.

Sejumlah 54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaan ekonomi negara.

Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan  kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.

Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos  2013.

Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.

Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.

Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala  1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013

Selasa, Disember 17, 2013

Addin: Anwar Dedah Punca Shafee Abdullah Dakwa Beliau

Addin: Anwar Dedah Punca Shafee Abdullah Dakwa Beliau: Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes li...

Addin: Petanda Terbaru Akhir Zaman Muncul.. Gambar Sebaga...

Addin: Petanda Terbaru Akhir Zaman Muncul.. Gambar Sebaga...: Sesuatu yang janggal terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi per...

Isnin, Disember 16, 2013

Addin: Dr. Asri Belasah Zamihan KDN

Addin: Dr. Asri Belasah Zamihan KDN: Dr. Asri dalam kenyataan dalam media sosial mempertikaikan kredibiliti usaha KDN mengumumkan beberapa bukti penglibatan tokoh polit...

Sabtu, Disember 14, 2013

Addin: (Gambar) Sekitar Solat Jenazah As-Syahid Pemimpin ...

Addin: (Gambar) Sekitar Solat Jenazah As-Syahid Pemimpin ...: Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla,Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh..

Khamis, Disember 05, 2013

Addin: Diskriminasi Bantuan Banjir.. Ini Buktinya

Addin: Diskriminasi Bantuan Banjir.. Ini Buktinya: Menteri cakap tiada dikriminasi.. tetapi mesyuarat MKN berkenaan banjir pun pemimpin tidak di panggil. Ini belum cerita lagi berkenaan a...