Tahniah Pendirian PAS Kedah
PAS tak mahu sekongkol, Mahfuz jawab Mukhriz
Muhammad Faizal, 25 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Persuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar meminta agar
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi keadilan serta
menghormati wakil Pakatan Rakyat yang dipilih opada pilihan raya umum
yang lalu.
Jelas beliau,
pemberian jawatan exco bukan satu penyelesaian dan PAS tidak mahu
bersekongkol dalam kegagalan mahupun penyelewengan yang berlaku dalam
pentadbiran sekarang.
"Bagi saya menawarkan jawatan exco itu
bukan satu penyelesaian dan kita dari PAS tidak mahu bersekongkol dengan
kerajaan BN dalam penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan hari ini.
"Jika Muhkriz telus mereka perlu berikan keadilan kepada wakil-wakil
dari Pakatan Rakyat terutama dalam menjadi sebagai wakil yang boleh
menentukan 'check and balance' pentadbiran kerajaan terutamanya dari
soal memberi pendapat dan cadangan," jelas beliau.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pernah
membayangkan ingin melantik Adun PAS ke dalam barisan exco negeri itu
ketika awal kemenangan Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu,
Mahfuz juga mengesa agar kerajaan turut menyediakan peruntukan kepada
kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan setiap
aktiviti serta pembangunan dapat dijalankan di kawasan tersebut.
"Kerajaan Kedah juga perlu menyediakan peruntukan kepada
kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat agar rakyat yang memilih
calon dari pembangkang akan turut sama dapat menikmati pembangunan.
"Kita tidak boleh menganaktirikan mereka yang mengundi, sebagai negara
demokrasi hak mereka perlu kita penuhi, Muhkriz perlu menjadi contoh
kepada negeri-negeri BN yang lain," sambung beliau.
Mahfuz yang
secara berseloroh sempat menyatakan sepatutnya Mukhriz menawarkan
jawatan Menteri Besar bukannya exco kepada PAS, agar adun Umno tidak
terpilih memegang jawatan exco tidak berasa kecewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.