Isnin, September 09, 2013

Pemudan Pas Pusa setuju TP ulama

Pemuda setuju ulama jadi timbalan presiden
  • Nasrudin Hasan Nasrudin Hasan
1 / 1
SHAH ALAM – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mencerminkan hasratnya untuk menyaksikan ulama mengisi jawatan timbalan presiden parti itu tidak bermakna beliau mengetepikan pihak lain.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berpendapat, memandangkan parti itu memperjuangkan Islam, maka jawatan tersebut perlu diisi dengan calon yang mendalami Islam.

“Jawatan presiden dan timbalan presiden adalah tunjang parti. Sebab itu ia perlu digalas oleh mereka yang betul-betul mendalami Islam.

“Saya setuju dengan cadangan yang beliau utarakan. Tapi bagi saya cadangan itu juga tidak membawa sebarang maksud  memperkecil atau mengetepikan peranan pihak lain yang ada dalam parti,” katanya pada Sinar Harian semalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.