ikhwanisasi
BERITA
TERBARU --> Berita pelik dari penjara Mesir, satu keajaiban: Berita
Pelik Dari Penjara Mesir ..Satu Keajaiban Berlaku..Sila Baca
Ikhwanisasi Penjara
Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas
alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.
Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di
penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan,
rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini
diseksa secara mental dan fizikal.
Namun keajaiban terjadi.
Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan
politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan
jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam,
tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang,
para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk
shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.
Kini penjara Mesir terjadi
Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah
"madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau
buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.
*gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam penjara Turrah (salah satu penjara di Mesir) suatu ketika dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.