Kenyataan Al-Azhar As-Syarif tentang keadaan semasa Mesir.
Sesungguhnya Al-Azhar As-Syarif sebagai sebuah institusi ilmu dan nasional,amat mengambil berat persoalan nilai,berusaha untuk menyatupadukan anak-anak negaranya kesemuanya,sepanjang tarikhnya yang lamanya.
Al-Azhar As-Syarif menujukan seruan ini kepada seluruh warganegara
kesemuanya : individu dan kumpulan,pihak penguasa dan
aktivis,parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan bebas,Al-Azhar
As-Syarif menujukan sepuluh nasihat ini :
1. Telah bersepakat
seluruh aliran perkumpulan dalam negara Mesir : samada perkumpulan
Politik,Pemikiran dan Agama terhadap kandungan deklarasi Al-Azhar
selepas Revolusi 25 Januari - bahawasanya bentuk negara yang diinginkan
oleh semua warga Mesir dan disokong oleh Syariah Islamiah - adalah
sebuah negara Moden Nasional,Berpelembagaan dan Demokratik.
Keadaan sementara yang bermula dari 4 Julai yang lalu,yang terhasil dari
gerakan terakhir rakyat dan dinilai oleh kebanyakan perkumpulan
nasional keperluan untuk diambil keputusan sebegitu - akan tetapi perlu
diingatkan bahawasanya 'dhorurat itu dinilai dengan kadarnya' - maka
dingatkan dan ditegaskan bahawasanya tempoh peralihan sementara ini
tidak boleh melebihi kadar yang diperlukan sahaja - untuk pindaan
perlembagaan,dan untuk dijalankan pilihanraya parlimen dan pilihanraya
Presiden dengan telus dan bersih,supaya dapat segera kembali kepada
keadaan asal biasa yang demokratik dan berpelembagaan yang diredhai
rakyat.
2. Al-Azhar mendesak dan menuntut agar dibebaskan
dengan kadar segera kesemua tahanan politik,para aktivis siyasah,dan
kepimpinan parti-parti politik Mesir.
Al-Azhar juga mendesak agar
segera dibayar gantirugi kepada ahli keluarga para Syuhada' yang telah
meningggal dunia diseluruh medan-medan di Mesir dari kedua-dua belah
pihak (penyokong dan pembangkang),atas dasar kedua-dua belah pihak
adalah warganegara dan anak Mesir,walau sejauh mana berbezanya pendapat
dan sudut pandang politik mereka.
3. Tidak boleh tidak,bagi
sebarang plan damai nasional yang hakiki antara aliran-aliran politik
dan pemikiran - untuk dibina dan ditegakkan pendamaian itu di atas asas -
Mesir adalah hakmilik semua warganegara Mesir,tanpa dipencil
dikecualikan mana-mana pihak.
Begitu juga,mestilah kesemua
Media untuk berpegang teguh dengan 'etika',dan segera berhenti dari
menimbulkan kebencian dan permusuhan,dan mencetus perbalahan.
Al-Azhar juga mengutuk penutupan sebahagian saluran TV keagamaan atau
selainnya - walaupun ada perbezaan sudut pandang Al-Azhar dengan kaedah
penyampain mereka.
Mestilah segera dijalankan dakawaan dan
siasatan perundangan ke atas mana-mana pihak yang cuai yang telah
menjadi punca syahidnya 20 lebih mangsa dikawasan tugu di dataran
An-Nahdhah Mesir semata-mata kerana mereka keluar untuk menyatakan
pandangan mereka secara aman - yang mana Al-Azhar menyatakan kebenaran
perhimpunan aman kepada semua rakyat.
Begitu juga dengan
mangsa-mangsa yang telah terkorban diseluruh negeri di Mesir dan
bandar-bandarnya,walau apa sahaja aliran dan keterlibatan mereka.
4. Al-Azhar As-Syarif juga ingin menyatakan kekecewaan yang amat dalam
terhadap tindakan sebahagian pihak yang menyeleweng yang telah menyerang
pihak yang berjanggut dan wanita-wanita yang memakai niqab diibu negara
Mesir,pusat Islam,yang memiliki seribu menara azan dan tanah tempat
Al-Azhar As-Syarif.
Al-Azhar juga menyatakan kekecewaannya atas serangan ke atas tentera dan anggota keselamatan Mesir.
Kita mesti membezakan antara mengamalkan ajaran Agama - dan semua warga
Mesir beramal dengan ajaran Agama - Alhamdulillah - ianya mestilah
dibezakan dengan memilih kaedah keganasan dan jenayah untuk berhadapan
dengan rakyat dalam negara.
5. Tidak wujud sebarang tempat dan
keperluan terhadap tindakan-tindakan pengecualian (seperti tangkapan
khas dan lain-lain : pent) dalam Negara Mesir setelah Revolusi,dalam
keadaan seluruh dunia diisi dengan Demokrasi,bahkan negara-negara yang
menikmati hak demokrasi di Eropah dan Amerika menyaksikan gerakan
membangun,dan Mesir setelah revolusi tidak boleh dikecualikan darinya.
Hasil terbesar dari Revolusi kita adalah ianya telah berjaya memecahkan tembok ketakutan rakyat.
Menjadi kemestian buat semua untuk meletakkan perkara ini dalam penilaian mereka.
Rakyat kita adalah rakyat yang terpuji,yang tidak kurang sedikitpun
dalam memelihara kebebasan dan demokrasi berbanding bangsa-bangsa
selainnya.
6. Al-Azhar As-Syarif menegaskan bahawasanya ketuanan adalah milik rakyat,dalam linkungan perlembagaan dan undang-undang.
Dan Tentera Nasional kita mengetahui tanggungjawabnya dan risalahnya yang tinggi - iaitu memelihara sempadan negara.
Bagi Politik dan pengurusan negara orangnya,begitu juga bagi perang ada
orangnya,dan bagi perundangan dan kehakiman itu ada orangnya,begitu
juga bagi Ilmu itu ada pakarnya.
Kita meletakkan tangan
sokongan kita terhadap tentera Mesir yang patriotik yang
bersungguh-sungguh dan berterusannya mereka untuk menjauhi aktiviti
politik,walaupun wujud sebahagian pihak yang cuba menarik mereka untuk
melibatkan diri padanya. Bahkan tentera kita terus menjauhinya.
7. Al-Azhar menegaskan hak bagi setiap parti politik Mesir termasuklah
Parti Al-Hurriyah Wal 'Adalah untuk terus terlibat dalam aktiviti
politik secara terbuka.
Pihak Kerajaan bertanggungjawab untuk
menjaga dan memelihara hak ini bagi semua pihak,dan memadamkan setiap
tindakan yang mencetus dan membina kebencian antara semua kuasa politik
rakyat dan setiap aliran pemikiran,demi untuk menjamin keamanan sosial
dan menjamin kebebasan.
8. Mestilah diumumkan segera nama-nama
anggota suruhanjaya plan damai nasional,dan kesemua jawatankuasa yang
wujud padanya kepada seluruh rakyat,dengan kadar seberapa segera dan
penuh ketelusan,agar rakyat dapat menyatakan pandangan mereka sejauh
manakah anggota-anggota itu memiliki sifat telus dan berkecuali.
Begitu juga,inisiatif untuk mendirikan kerajaan (Perdana Menteri dan
Jemaah Menteri) 'teknokrat' yang tidak berparti,untuk menggerakkan
semula roda pelaburan,dan menegakkan undang-undang dan perlaksanaan
hukuman,supaya tersebarnya demokrasi dan madani disegenap pentas Politik
tanahair.
9. Mestilah pembentukan lajnah untuk mengkaji semula
pindaan beberapa kandungan perlembagaan,yang disepakati untuk diubah
dan dibaiki, menggambarkan kehendak seluruh warga Mesir dari pelbagai
bentuk aliran dan pemikiran mereka,tanpa dikecualikan dan diasingkan
mana-mana pihak.
Tidak boleh dibiarkan kepada individu
tertentu sahaja. Kita sedang berada pada zaman Demokrasi dan
Ketelusan,dan diperingat dan ditegaskan supaya kandungan perlembagaan
yang menyatakan jatidiri negara khususnya bahagian berkaitan Syariah
Islamiah dan bahagian saudara dari bukan Muslim tidak - tidak disentuh
dan diganggu sama sekali.
10. Wajib ke atas semua pihak untuk segera menghentikan sebarang tindakan ganas dari semua pihak.
Mestilah dijauhi tuduhan mengkafirkan pihak lain,atau dakwaan khianat
terhadap pihak lain,dan mestilah dihormati darah seluruh warga Mesir
yang bersih,dan digunakan uslub politik sahaja dalam menyelesaikan
segala perbalahan politik. Ini semua agar tidak terhasil kesan darinya
bahaya yang boleh menghancurkan maslahah negara.
Ini adalah
pendirian Al-Azhar dan kalimahnya,yang akan dipertanggungjawabkan
dihadapan seluruh rakyat Mesir,agak dapat terlaksana tugas yang
ditanggungnya,dan menegakkan peranan kenegaraannya yang selama ini
dipegangnya sepanjang sejarah,dan Al-Azhar sama sekali tidak akan
berpaling dari tugasnya ini.
Allah S.W.T menyatakan Al-Haq,dan Allah S.W.T lah yang menunjukkan jalan.
Dikeluarkan pada : 25 Syaaban 1434
Bersamaan : 4 Julai 2013
Syaikhul Azhar - Ahmad At-Tayyi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.