Britain
telah membatalkan lima lesen eksport ke Mesir disebabkan berlakunya
kematian para penunjuk perasaan yang ingin menaikkan kembali presiden
yang digulingkan, Muhammad Mursi.
Setiausaha Perniagaan Vince Cable berkata beliau telah mengambil
keputusan untuk menarik balik lima lesen eksport individu setelah
mendapatkan nasihat daripada Pejabat Luar.
"Kami amat bimbang akan keadaan yang berlaku di Mesir dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kematian penunjuk perasaan."
"Semua lesen untuk mengeksport barangan kawalan ke Mesir telah dinilai
kes demi kes berdasarkan apa yang telah dipersetujui oleh peringkat
antarabangsa, kriteria yang ketat juga telah diambil kira semasa
permohonan lesen itu dibuat."
"Bagaimanapun, akibat daripada
keadaan yang berubah-ubah di Mesir, kami telah menjalankan kajian
terhadap lesen-lesen eksport UK ke negara ini."
"Walaupun kita
tidak mempunyai laporan peralatan British digunakan dalam rusuhan di
Mesir, kami telah mengambil keputusan untuk membatalkan lima lesen
tersebut."
Sumber : ITV News , AlJazeera
#mesirkin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.