PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

MEMPERTAHANKAN PERKARA MUNGKAR, UMNO - BUTA DIAKHIRAT

>> Sabtu, Mac 19, 2011

Sesiapa yang mempertahan mungkar atau UMNO diakhirat nanti buta dan tidak dapat melihat Allah.  Tunjukkan satu hadis yang Nabi Muhammad saw mempertahankan Abu Jahal, Abu lahab.

Abu Jahal orang Arab sebangsa dengan Nabi Muhammad saw tetapi tidak dibantu oleh Nabi Muhammad saw.  Ketika Abu Jahal mati dalam perang Badar lalu Nabi Muhammad saw dan seluruh sahabat membuang mayat Abu Lahab di satu sumur.  Nabi bertanya kepada seluruh mayat orang kafir "Apakah yang kamu pertahankan di Mekah sekarang menyenangkan kamu mengadap Allah?"

Abu Lahab diceritakan oleh Allah dalam surah masad kejahatan dan kecelakaan Abu Lahab disisi Allah.  Ayat 1 dalam surah masad makna firman Allah "CELAKA SEGALA USAHA DUA TANGAN ABU LAHAB"  Abu L:ahab adalah bapa saudara Nabi Muhammad saw.  Dimanakah Abu Lahab kini? Abu Lahab diletakkan oleh Allah dalam neraka.

Inilah contoh dua nama hebat zaman Nabi Muhammad saw yang tidak dipertahankan oleh Nabi kedudukan mereka.  Perjuangan bangsa,  disisi Allah tiada nilai.  Apa lagi perjuangan bangsa Melayu.  Mahathir Mohamed perjuangannya yang berasaskan bangsa.  UMNO perjuangannya berasaskan bangsa.  Perjuangan berasaskan bangsa ditolak oleh Allah.

Yang diterima Allah ialah perjuangan yang berasaskan taqwa.  Marilah masuk perjuangan berasaskan taqwa dengan menolak perjuangan berasaskan bangsa.

Janganlah ada yang berhujah siapa buat jalanraya? siapa bagi biasiswa? siapa buat sekolah?  Ini semua adalah tanggungjawab kerajaan.  Sesiapapun memerintah dia mesti melaksanakan pembangunan.  Kepada pejuang bangsa mereka kena bertanya siapa dapat projek buat jalanraya?  Bukankah UMNO?  Siapa menjadi Lembaga PTPTN, bukankah orang UMNO?  siapa dapat projek buat sekolah, bukankah orang UMNO?
Kalau jawapannya adalah UMNO mka inilah perjuangan bangsa namanya.

Udah le Yop, saya ajak tinggalkanlah UMNO yang tiada apa disisi Allah.

Read more...

PENGISYTIHARAN DEWAN BAHASA 10 RABI'ULAKHIR 1432H

>> Rabu, Mac 16, 2011

Satu deklarasi telah berlaku di sebuah warung di tepi DBP.  Mendahului deklarasi ialah bacaan Yasin oleh jemaah yang hadir untuk menyelamatkan DBP.  Penswastaan DBP sedang mengalami kerugian dan mungkin muflis.

Perjuangan bahasa sekali lagi tidak wajar diswastakan dan dikorporatkan.  Kepentingan bahasa adalah cukup besar.  Bahasa adalah jiwa bangsa.  Perjuangan bahasa adalah sebahagian dari perjungan agama.  Bahasa yang tinggi adalah membina ILMU.  Termasuk perjuangan bahasa ialah perjungan membentuk tulisan.  Tulisan bangsa Melayu ialah jawi.  Sekarang tulisan jawi sudah merudum menuju kehancuran dan penghapusan.  Begitu juga bahasa Melayu juga sedang menuju kehancuran.  Jati diri sesuatu bangsa adalah pada bahasa dan tulisannya.

DBP sebagai institusi yang menjaga kepentingan bahasa dan tulisan bangsa Melayu telah di korporatkan pada tahun 2002.  5 sektor penswastaan dikenalpasti.  Kini penswastaan itu sedang mengalami kerencatan.  Sesuatu perjuangan apabila diswastakan maka yang dikira ialah wang dan ringgit.  Apabila inilah perkiraannya maka budaya Qarun sedang melanda DBP.

Inilah kehancuran apabila pemimpin itu bukan dikalangan yang mahu hendak memikul amanah.  Yang sedang melebar ialah budaya Qarun.  Sejauhmana wang dapat dikaut daripada institusi ini.  Inilah budaya UMNO.  Pemegang amanah ini telah khianat dengan wang daripada rakyat.  Laknatlah mereka wahai Allah.

Read more...

HAPUS SAMA EKOR - BANTU PR UNTUK KE PUTRAJAYA

>> Isnin, Mac 14, 2011

Hari ini sempat menghadiri taklimat oleh KASE (kempen anti saman ekor).  Ini adalah kisah antara POLIS dengan JPJ.  Polis - Kementerian Dalam Negeri,  JPJ - Kementerian Pengangkutan.  Dua ini tidak ada kaitan tetapi bekerjasama untuk menekan rakyat.

Notis saman dikeluarkan oleh POLIS.  JPJ tukang kutip cukai jalan dan tiada ada kaitan dengan notis saman. Tetapi Polos telah menggunakan JPJ untuk menekan rakyat. Bila ramai orang yang tidak membayar saman maka JPJ digunakan.  Kalau nak roadtax 1 tahun maka kena selesaikan sama.  Nanti akan berlaku kalau nak apa sahaja perkhidmatan kerajaan maka kenalah diselasaikan bayaran saman.

Sekarang di perbadankan 2 syarikat oleh kroni Umno-BN.  2 syarikat itu ialah Beta Tegap dengan Commercial circle.  Dengan 2 syarikat ini maka saman diperbadankan. Satu syarikat mengesan kenderaan yang melanggar peraturan lalulintas, satu lagi syarikat mengeluarkan saman.  Inilah cara UMNO-BN mengkayakan kroni.  Saman pun UMNO guna untuk mengkayakan kroni.  Inilah kegilaan.  Bangkitlah wahai rakyat.  Tentangl;ah kezaliman.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP