NASIHAT UNTUK MAHATHIR - Mantan Presiden UMNO
>> Jumaat, Mac 11, 2011
Negeri akhirat adalah negeri kehidupan yang kekal dan panjang. 100 tahun umur anda di dunia itu masih pendek jika mahu dibandingkan dengan negeri akhirat.
Buku terbaru doktor dalam rumah yang termuat kisah anda adalah hebat. Buku ini lagi hebat kalau tiada 20 m.s yang mengandungi tuduhan anda terhadap DS Anwar Ibrahim. Dakwaan anda akan kekal hingga hari qiamat. Selepas ini anda akan mati dan tiada siapa yang dapat memadamkannya.
Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud
Siapa yang yang muflis. Sahabat menjawab mereka yang ketiadaan wang. Nabi Muhammad saw menjawab Yang muflis ialah mereka yang membawa pahala yang banyak ke negeri akhirat pahala solat, puasa, zakat, haji sedeqah dalan lain-lain tetapi terpaksa membayar pahalanya itu kepada mereka yang dia zalimi. Sudah habis pahala yang dibawanya maka terpaksalah orang yang melakukan kezaliman mengambil dosa daripada orang yang ia zalimi, akhirnya orang itu dihumban ke dalam neraka"
Nabi Muhammad saw bersabda
Ada orang beramal dengan amalan syurga, syurga dengannya hanya sejengkal. tetapi dihujung hayatnya beramal dengan amalan neraka maka ia dimasukkan dalam neraka. Ada orang yang beramal dengan amalan neraka. neraka dengannya hanya sejengkal. tetapi dihujung hidupnya ia beramal dengan amalan ahli syurga maka dimasukkan ke dalam syurga











