#1

NASIHAT UNTUK MAHATHIR - Mantan Presiden UMNO

>> Jumaat, Mac 11, 2011

Negeri akhirat adalah negeri kehidupan yang kekal dan panjang.  100 tahun umur anda di dunia itu masih pendek jika mahu dibandingkan dengan negeri akhirat.

Buku terbaru doktor dalam rumah yang termuat kisah anda adalah hebat.  Buku ini lagi hebat kalau tiada 20 m.s yang mengandungi tuduhan anda terhadap DS Anwar Ibrahim.  Dakwaan anda akan kekal hingga hari qiamat.  Selepas ini anda akan mati dan tiada siapa yang dapat memadamkannya.

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud

Siapa yang yang muflis.  Sahabat menjawab mereka yang ketiadaan wang.  Nabi Muhammad saw menjawab Yang muflis ialah mereka yang membawa pahala yang banyak ke negeri akhirat pahala solat, puasa, zakat, haji sedeqah dalan lain-lain tetapi terpaksa membayar pahalanya itu kepada mereka yang dia zalimi.  Sudah habis pahala yang dibawanya maka terpaksalah orang yang melakukan kezaliman mengambil dosa daripada orang yang ia zalimi,  akhirnya orang itu dihumban ke dalam neraka"

Nabi Muhammad saw bersabda

Ada orang beramal dengan amalan syurga, syurga dengannya hanya sejengkal. tetapi dihujung hayatnya beramal dengan amalan neraka maka ia dimasukkan dalam neraka. Ada orang yang beramal dengan amalan neraka.  neraka dengannya hanya sejengkal.  tetapi dihujung hidupnya ia beramal dengan amalan ahli syurga maka dimasukkan ke dalam syurga

Read more...

Ceramah Maulidur Rasul & Malam Kesenian Islam di Taman Meru 2B

>> Ahad, Mac 06, 2011

Majlis diadakan pada 5 Mac 2011 di Surau An-Nuriah Taman Meru 2B, Ipoh.

HMS Abu Bakar memulai dengan pantun dan sajak

Ust Wan menyampaikan ceramah Maulidur Rasul

Tetamu jemputan Dato A Samad Said

Kumpulan Nasyid Syifa'



Read more...

RAYUAN KEPADA SELURUH PENGUNDI DUN MERLIMAU DAN KERDAU - UNDI PAS

>> Sabtu, Mac 05, 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan perubahan maka kami merayu kepada seluruh pengundi DUN Merlimau dan DUN Kerdau untuk mengundi kepada perubahan yang lebih baik bersama dengan Pakatan Rakyat.  Khusus dalam PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau di wakili oleh PAS.

Para pengundi janganlah ragu dan bimbang.  Persoalan asas yang dibawa oleh PAS ialah keadilan.  Kenapa di DUN Kerdau masih ketinggalan?  Ini kerana persoalan ketidakadilan.  Bagi mengatasi keadilan ini janganlah mengundi calon BN dalam PRK kali ini.  Selain daripada persoalan keadilan yang turut sama diperjuangkan oleh PAS ialah kebenaran.  UMNO dan BN menegakkan kemungkaran.

Undi di DUN Kerdau dan Merlimau adalah penting.  Undi anda mungkin

1)     menahan kenaikan kali ke-2 RON 95
2)     menahan kenaikan diesel yang sedang dikaji oleh kerajaan
3)     menahan kenaikan harga barangan asas keperluan rumah
4)     menangguhkan tekanan terhadap rakyat seperti pembayaran saman traffik

dan bermacam-macam lagi.  Inilah kegunaan undi.  Undilah yang memberi keuntungan kepada rakyat.  Keuntungan kepada ialah dengan mengundi Pakatan Rakyat iaitu PAS

 

Read more...

UMNO-BN - TAKDE DUIT - DISKAUN SAMAN DITERUSKAN 10/3/11

>> Khamis, Mac 03, 2011

Inilah apabila undang-undang sudah jadi barangan permainan.  Saman ekor ikut suka UMNO.  Polis sudah berjaya mengutip hampir 30 juta lebih duit saman ekor. Kini meneruskan usaha mengutip wang rakyat melalui penerusan tarikh pembayaran saman sehingga 10 mac 11.  Inilah peraturan UMNO.  Mereka membuat sesuka hati.

Wahai semua pengundi PRK Dun Merlimau dan kerdau, jangan undi UMNO dalam PRK masing-masing.  Menang UMNO bermakna penswastaan saman akan berjalan dan terus menindas rakyat.

Read more...

MERLIMAU DAN KERDAU - UMNO KENA MENANG UTK KEKAL KERAKUSAN KUASA

>> Isnin, Februari 28, 2011

Pilihanraya adalah lambang sokongan, kata UMNO.  Oleh itu mereka berusaha sedayanya untuk memenangkan BN dalam 2 PRK serentak - Merlimau dan Kerdau.  SPR sudah tidak berkecuali.  SPR menyebelahi parti pemerintah.  Oleh kerana kedua-dua kerusi adalah UMNO punya maka SPR ternyata berat sebe;ah.  Bukti hari penamaan calon - Sabtu, mengundi dalam PRK Ahad.  Semuanya berjalan dalam suasana yang meragukan.

  Polis juga bersikap tidak profesional.  Tempoh kempen adalah 7 hari,  Ceramah mesti ada permit.  Apa jenis negara ini.  Sudah diumumkan pilihanraya tetapi ceramah mesti ada permit.  Sekadar ingatan, jangan ada banyak sekatan kerana sekatan akan menyebabkan rakyat bangkit.

Read more...

AWAS PENGUNDI DI DUN MERLIMAU DAN KERDAU!! RON 95 NAIK KALAU BN MENANG

>> Rabu, Februari 23, 2011

Pengundi di DUN Kerdau dan Merlimau mestilah berhati-hati kerana kecenderungan UMNO-BN adalah untuk menaikkan RON 95.  Mereka menunggu masa yang sesuai.  Masa yang sesuai itu ialah kemenangan dalam PRK Kerdau dan Merlimau.

Undilah PAS untuk menahan kenaikan RON 95.

Read more...

JAMINAN PAS UNTUK BANGSANYA IALAH AL-QUR'AN DAN SUNNAH

>> Selasa, Februari 22, 2011

Tiada apa jaminan yang hendak dibrikan PAS kepada kebangkitan bangsanya Melayu melainkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Inilah Jaminan PAS dalam Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS.  Pas tidak menjaminkan bangsanya dengan projek dan kemewahan harta negara tetapi meletakkan jaminan itu untuk semua manusia kembali tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul.

Inilah qada' Allah yang azali iaitu semua makhluk mestilah tunduk dan patuh kepada Allah. Justeru dengan itu maka PAS mengajak seluruh masyarakat diilmukan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  Tugas dan tanggungjawb mereka yang sedar untuk mengilmukan masyarakat supaya masyarakat tidak terus dibodohkan oleh UMNO-BN yang ada pad hari ini.

JK Pemandu JPM menyatakan bahawa negara akan muflis pada 2019, tetapi kenapa harga getah kini melambung tinggi?  Ada penoreh getah terpaksa dibantu oleh RELA untuk mengelakkan kecurian.  Negara akan  muflis 2019 tetapi kenapa harga kelapa sawit melambung tinggi?  Adalah diyakini apabila UMNO-BN menang dalam PRU 13 harga komiditi ini getah dan sawit akan merudum turun.  Inilah bentuk penipuan UMNO-BN yang dihancurkan.

Cukup-Cukup le.  Masyarakat mesti diselamatkan dari bentuk penipuan dan diperbodohkan oleh UMNO-BN.  Hanya dengan Al-Qur'an dan Sunnah manusia tidak akan tertipu.

JAUHI BN. KEJAHATANNYA SUDAH TERSERLAH.  DOSA-DOSA UMNO BN JUGA SUDAH TERSERLAH.

Read more...

BEZA WALA DAN TAHALLUF

>> Isnin, Februari 21, 2011

Apakah beza antara wala (memberi kepatuhan) dengan tahalluf siyasi (persefahaman politik)

wala - memberi kepatuhan.  Islam tidak sama sekali membenarkan orang yang beriman untuk memberi wala kepada orang kafir.  Itu sebab apabila datang wawaran daripada orang kafoir quraisy kepada Nabi Muhammad saw berkongsi penyembahan maka perkongsian ini ditolak Nabi Muhammad saw.  Tidak dibenarkan sama sekali orang kafir menentukan bentuk penyembahan orang yang beriman.  Begitu juga dengan lain-lain hal yang sudah jelas dalam sunnah Nabi Muhammad saw.

Tahalluf siyasi - kerjasama politik.  Bekerjasama dalam hal yang ada kepentingan bersama seperti menjatuhkan kerajaan yang zalim, berusaha untuk melaksanakan keadilan dan menegakkan kebenaran.  Tindakan ini tiada kaitan dengan bentuk penyembahan.

Nabi Muhammad saw telah bekerjasama dengan orang Yahudi Madinah (kafir) untuk mempertahankan Madinah daripada diserang oleh orang Quraisy.  Salahkah PAS hari ini bertahalluf siyasi dengan DAP, PKR untuk menjatuhkan kezaliman UMNO?  Sendiri mau jawab.

Read more...

CINTAI LAH NABI MUHAMMAD UNTUK KE SYURGA ALLAH

>> Khamis, Februari 17, 2011

Sempena dengan kedatangan Maulid Nabi Muhammad saw, kami mengajak seluruh umat Islam mencintai Nabi Muhammad saw sehingga menjadi kekasih utama dalam kehidupan.

Sifat kekasih - buat hanya yang disuruh.  Yang tidak mahu dan dibenci kekasih akan dihindarkan.  Sebagai kekasih kepada Nabi Muhammad saw maka yang disuruh Nabi Muhammad saw sahaja yang dibuat.  Yang dibenci oleh Nabi Muhammad saw sudah pasti dijauhi.  Kenapa sesuatu perkara dibuat maka sudah pasti kekasihnya yang menyuruhnya.  Kenapa sesuatu perkara dijauhi maka sudah pasti kerana kekasihnya tidak menyukainya.  Inilah cinta yang telah diterjemah oleh seluruh para sahabat Nabi Muhammad saw.

Ada juga yang mencintai Nabi Muhammad saw.  Tetapi cinta mereka membawa ke neraka.  Abu Lahab sangat sayang p[ada Nabi Muhammad saw.  Tetapi Abu Lahab dihumban oleh Allah ke neraka.  Kenapa  Abu Lahab ke neraka?
1.   Melawan Nabi Muhammad saw dan syariat yang dibawa Nabi Muhammad saw
2.   Menentang Nabi Muhammad saw dengan mengatakan kepada Nabi Muhammad saw sebagai pemecah belah masyarakat
3.   Abu Lahab menuduh Nabi Muhammad saw membawa ajaran baru
Ini adalah antara kesesatan Abu Lahab yang membawanya ke neraka.  Sedangkan yang paling seronok dengan kelahiran Nabi Muhammad saw ialah Abu Lahab.

UMNO macam mana?  Cinta pada Nabi seperti sahabat atau seperti ABU Lahab?  Jauhi UMNO.  Mereka adalah spesis dari Abu Lahab yang menentang Al-Qur'an dan Sunnah.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP