PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

REGIM ZALIM HUSNI TUMBANG, UMNO BILA LE AGAKNYA

>> Sabtu, Februari 12, 2011

Egyptians celebrate the news of the resignation of President Hosni Mubarak

AKHIRNYA regim zalim husni mubarak tumbang di tangan rakyatnya sendiri.  Kebangkitan rakyat sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.  Apabila daripada Dataran Tahrir para demonstrasi mahu berarak ke Istana Presiden, Husni Mubarak mengambil tindakan untuk melarikan diri.

Orang UMNO sampai bila pun tidak dapat memahami kenapa orang arab mesir bangkit menentang pemimpinnya.  Husni Mubarak orang arab, rakyat mesir juga orang arab.  Kenapa arab dengan arab berlawan.  Orang UMNO tak akan faham kerana pemikiran politik orang UMNO adalah bersifat perkauman.  UMNO akan memastikan bahawa hanya Melayu yang akan berkuasa.  Tak kira sama ada Melayu yang rasuah atau tidak.  Yang penting bagi UMNO ialah Melayu.  Inilah pemikiran politik yang bersifat dengan pemikiran bangsanya sahaja.

Itu sebab Melayu masih selesa menerima beras sekampit, kain pelekat, biskut, kopi-tea, kemudiannya mengundi UMNO-BN. Melayu tak kira pemimpin yang rasuah atau tidak,  pembunuh atau tidak,  ikut agama atau tidak, atau apa sahaja asalkan bangsanya maka ia akan diundi oleh Melayu.

Sedangkan politik tinggi yang berlaku di Mesir ialah politik menuntut keadilan dan kebenaran.  Inilah yang sepatutnya diikuti oleh bangsa Melayu.  Semoga berubahlah wahai bangsaku!!!!

Read more...

NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MENGIKTIRAF MAKSIAT BANGSANYA, UMNO MACAMANA?

>> Rabu, Februari 09, 2011

Nabi Muhammad saw tidak pernah mengiktiraf kejahatan bangsanya.  Tiada hadis yang mengiktiraf kejahatan Abu Jahal,  tiada hadis yang mengiktiraf kejahatan Abu Lahab,  Tiada hadis yang Nabi Muhammad saw mengiktiraf kegiatan rasuah dan perjudian bangsa arab,   tiada hadis Nabi Muhammad saw yang mengiktiraf kegiatan riba bangsa arab, tiada hadis Nabi Muhammad saw yang mengiktiraf kegiatan tanam anak perempuan hidup-hidup oleh orang arab.  Semuanya kemungkaran itu tidak diiktiraf oleh nabi Muhammad saw.

Orang UMNO kata mereka adalah pengikut setia Nabi Muhammad saw kenapa

1)    masih duduk dalam parti yang mengamalkan rasuah
2)   masih bergelumang dengan perogol
3)   masih bersama dengan perasuah-perasuah

Keluarlah dari menyokong parti yang menentang Islam dan Iman.  Jauhi UMNO.

Read more...

NABI MUHAMMAD SAW BEBASKAN DIRI DARI KETUANAN ARAB, UMNO MACAMANA?

>> Isnin, Februari 07, 2011

12 Rabi'u;awal tarikh umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw.  Peribadi hebt yang mengungguli semua zaman hidup manusia.  Manusia yang dicintai Allah.

Pda ketika Nabi Muhammad lahir budaya Arab adalah bersifat jahiliyah.  Tanam anak hidup-hidup adalah kemuncak tamadun arab yang memusnahkan kemanusiaannya.  Selain dari itu pelbagai khurafat seperti bunyi burung hantu, ancak dan tepung tawar dan lain-lain adalah juga budaya orang arab.

Namun tidak ada satu hadis nabi pun yang meraikan perbuatan yang bertentangan dengan nilai yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.  Nabi Muhammad saw tidak pernah mengiktiraf perbuatan menanam anak perempuan hidup-hidup.  Nabi Muhammad saw tidak pernah mengiktiraf perbuatan jahiliyah Abu Lahab dan Abu Jahal.

Kalau Nabi Muhammad saw tidak pernah mengiktiraf Abu Jahal dan Abu Lahab maka bagaimanakah orang melayu mengiktiraf perbuatan jahat para pemimpinnya?  Rasuah bertentangan dengan Islam.  Allah murka terhadap orang yang memberi dan menerima rasuah.  Kenapa melayu masih menyokong pemimpin yang rasuah? Menutup aurat adalah wajib,  banyak isteri pemimpin UMNO yang tidak menutup aurat, kenapa orang melayu masih menyokong pemimpin UMNO?

Wahai orang UMNO sekiranya kamu adalah pengikut Nabi Muhammad saw maka segeralah bebaskan diri anda dari perkauman Melayu kerana Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mengiktiraf apa yang dilakukan oleh Abu jahal dan Abu Lahab

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP