PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

KERJA SPR BERTAMBAH, TENANG BELUM BERMULA MATI DUN MERLIMAU

>> Jumaat, Januari 21, 2011

PENAMAAN CALON DUN TENANG 22/1/2011.  Belum pun penamaan calon ini bermula mati pula DUN Merlimau.  Zaman Najib sebagai PM ditandai dengan kematian sj.  Najib ambil jawatan PM pun atas kematian orang.  Tuduhan yang belum dibersihkan dalam mahkamah.

Mari berdoa dan bermunajat untuk memenangan PAS/PR di DUN TENANG. Implikasi kalau

PAS/PR menang maka pilihanraya Umum akan terus dilambatkan.  BN-UMNO akan ketiadaan tarikh untuk melaksanakan pilihanraya.  Macam-macam cara dibuat oleh SPR untuk memenangkan UMNO-BN.  Belum sempat pilihanraya kecil DUN TENANG berjalam menunggu SPR untuk merancang pula macamana kaedah untuk memenangkan UMNO-BN di Merlimau.

SPR tidak akan dapat untuk melawan kuasa Allah.  SPR mesti berpegang dengan kebenaran dan kejujuran.  Selagi kejujuran dan kebenaran tidak menjadi pegangan SPR maka selagi itulah SPR akan terus diuji.  SPR gagal melaksanakan pilihanraya di DUN Seputih, Kedah, DUN Klang


Malam ni berangkat ke Tenang.  terimakasih semua penyumbang yang membiayai perjalanan kami ke TENANG.  Semoga sedekah dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang besar.

Read more...

BENARKAH DALAM AL-QUR'AN DIBENARKAN PERKAUMAN (UMNO-KETUANAN MELAYU)

>> Selasa, Januari 18, 2011

Betapa dangkalnya ilmu yang ada mereka yang mengaku Melayu-Islam.  Rujuk surah Ar-Ra'd makna ayat "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".  Kaum dalam ayat ini jelas merujuk kepada bangsa yang sudah sesat.  Kesesatan yang ada pada sesuatu hanya akan pulih bila kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah.

Ada pengikut UMNO menyatakan bahawa ayat ini jelas membenarkan perjuangan Ketuanan Melayu.  Inilah masalah dalam UMNO.  Kontek fahaman ayat dibuat berdasarkan kepada hawa nafsu.  Penafsiran ayat Al-Qur'an menstilah berdasarkan sunnah kerana Nabi muhammad saw sahaja yang selayaknya menafsirkan Al-Qur'an.

Bangsa arab yang sebegitu tidak bertamadun ditukar oleh Allah menjkadi pemimpin kepada tamadun dunia kerana mengikuti Al-Qur'an.Ikut Al-Qur'an sahaja akan datang kemuliaan.  Syariaat Islam membenarkan

1.    mempertahankan agama
2.   mempertahankan nyawa
3.   mempertahankan keturunan - bagaimana mendapatkan zuriat yang baik - pernikahan
4.   mempertahankan aqal
5.   mempertahankan  harta

Dalam konteks ayat surah Ar-Ra'd tiada perkauman.  Begitu juga tentang syariat juga Islam tidak mengamalkan perkauman.  Ada sahabat Nabi yang bernama

Salman Al-Farisi - dari Parsi
Abu Dzar Ghifari - Bani Ghifari
Abu Hurairah - Bani taif

Semua mereka bersatu bersama panji Islam. UMNO sampai Al-Qur'an pun nak di perkaumkan.  Nas yang bukan nas perkauman dikatakan perkauman.  Begitulah usaha UMNO nak mengabsahkan perjuangan mereka yang sudah tidak laku dan tidak mendapat sambutan rakyat.  Tinggalkan UMNO

Read more...

UMNO DIPERINGAT OLEH SULTAN KEDAH

>> Isnin, Januari 17, 2011

SULTAN KEDAH bertitah jangan seret Sultan ke kancah politik.  Demikianlah peringatan Sultan Kedah kepada UMNO.  Ini jelas dalam isu Perak dan Selangor Sultan terus digunakan oleh UMNO untuk meraih sokongan politik dari rakyat.

UMNO seperti biasa terus menggunakan 3 isu yang berkaitan dengan institusi raja, perkauman dan agama.  UMNO sudah tidak ada isu lagi.  Isu azan perlahan atau kuat juga dimainkan oleh UMNO.  Zaman UMNO kuat tak timbul isu kuat azan atau tidak.  namun apabila UMNO sudah terdesak maka isu azan turut juga dimainkan oleh UMNO.  Sekiranya UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara maka sudah pasti isu azan kuat diluar tidak menjadi perkara yang diisukan.

Begitu juga kecenderungan yang sudah jelas dilihat oleh Sultan Kedah bahawa UMNO Kedah juga turut akan menggunakan institusi raja untuk meraih sokongan politik bangsa Melayu.  Pada tahun 1993 UMNO mengubah kekebalan raja dan menghapuskannya.  KIni UMNO sudah terdesak.  Strategi UMNO kini sudah makan tuan.  Bila pula Sultan menjadi ketua eksekutif negeri?  Yang menjadi ketua eksekutif Negeri ialah MB.  Tetapi UMNO yang terdesak tidak kira depan siapa sahaja dan siapa sahaja yang mereka boleh gunakan akan tetap mereka gunakan.

JAUHI UMNO.  UMNO PERKAUMAN, UMNO MENGGUNAKAN AGAMA DAN UMNO MENGUNAKAN INSTITUSI RAJA UNTUK MERAIH SOKONGAN DARIPADA RAKYAT

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP