#1

UMNO AKAN TERUS MAIN ISU PERPADUAN UMNO-PAS

>> Selasa, Januari 11, 2011

UMNO menggunakan Agung untuk melaksanakan agenda politiknya.  Pertemuan 24 Disember 2010 terus digunakan UMNO.  Kali ini menggunakan Agung.  Inilah perangai UMNO untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat PAS-PKR-DAP.  Pimpinan 2 Tok Guru jawab iaitu PAS terus setia dengan Pakatan Rakyat.  DS Anwar Ibrahim hari ini dalam sinar menyatakan bahawa isu pertemuan 24 Dis versi UMNO dah selesai.

UMNO bersifat kesyaitanan.  Syaitan suka menimbulkan keraguan.  UMNO mahu menimbulkan keraguan di peringkat rakyat dan penyokong PR supaya dengan keraguan yang banyak akan menimbulkan perpecahan.  Bila PR berpcah maka akan menanglah lagi UMNO.

Rakyat sekelian waspadalah permainan politik machievelle UMNO.  UMNO pragmatik dan jahat.

JAUHI UMNO.  JANGAN UNDI CALON UMNO-BN DALAM PRU 13 SUPAYA HARGA BARANG TURUN.  UNDI LAGI UMNO-BN BARANG AKAN TERUS NAIK.

Read more...

AWAS UMNO AKAN MAIN 3 R - RELIGION, RACE, ROYAL

>> Isnin, Januari 10, 2011

UMNO sudah berada dihujung jalan.  Hanya tinggal pada UMNO 3 isu yang akan terus dipermainkan oleh UMNO iaitu Agama, Perkauman dan Raja. UMNO permainkan isu berikut

1)   YB Teo masuk masjid (agama)
2)  Perlantikan SUK Selangor (Raja)
3)  Apa akan jadi kalau UMNO kalah dan PRU 13? (Perkauman)
4).  Kematian Teo Beng Hock (Perkauman)
5)  Isu duit judi yang diterima warga emas di PP (agama)

  Ini adalah antara perkara yang akan terus di mainkan oleh UMNO.  Kalau UMNO nak bincang hal ekonomi maka UMNO akan menemui jalan  mati.  Rasuah, penyelewengan, harga barang naik, ekonomi menjunam merosot semuanya angkara UMNO.  Maka awas UMNO akan permain sentimen bangsa, agama dan negara

JAUHI UMNO.  HANCURLAH UMNO

Read more...

TEO BENG HOCK (TBH) - UMNO ADALAH PERKAUMAN

>> Jumaat, Januari 07, 2011

Keputusan "open verdict" terhadap TBH jelas menunjukkan bahawa Mahkamah masih mahu membela beberapa kalangan di dalam kerajaan dan parti UMNO-BN.  Yang terlibat adalah SPRM Selngor.  Siapakah mereka?

1.   Mereka adalah penjawat awam yang "high rangking"
2.   Mendahului tindakan mereka ialah fahaman ketunan melayu yang dah sekian lama terdidik.  Mereka dididik oleh BTN.  Falsafah BTN adalah melayu masih terjajah oleh bangsa lain seperti mana dalam lagu BTN
3.  Kejadian berlaku dalam pej SPRM Selangor.

Keputuan ini jelas jauh dari keadilan.  Keadilan adalah kehendak dan naluri manusia.  Tanpa mengira apa bangsa dan keturunan manusia itu ia menghendaki keadilan. Islam jelas dan mampu meletakkan keadilan untuk seluruh manusia.   Keputusan hakim 'open verdict' cenderung

1.  Hakim tidak dapat menentukan kaedah mati TBH untuk melindungi seseorang
2.  Hakim takut menjalankan keadilan.  Tak mungkin kematian pada 2009 itu tak dapat dikesan cara matinya
3.  Mahkamah Malaysia mengamalkan pendakwaan terpilih.  Yang miskin di hukum.  Yang ada kepentingan dengan UMNO-BN terus dipelihara.

Ini semua hipokrasi.  Rakyat marah.  Nyatakan kemarahan anda atas kertas undi.  Jangan pangkah calon UMNO-BN dalam PRU-13

Read more...

UMNO GUNA INSTRUMEN KERAJAAN

>> Khamis, Januari 06, 2011

JELAS kini UMNO guna instrumen kerajaan untuk mengekalkan kuasa.  UMNO telah guna jentera kerajaan selama ini seperti

1)  Media cetak/suratkhabar - yang diberitakan hanyalah UMNO-BN
2)  Media elektronik - TV dan radio.  Yang ditunjukkan hanyalah pemimpin UMNO-BN.  Pemimpin Pakatan Rakyat hanya ditunjuk muka dan tanpa suara
3)  Polis - diguna untuk mengekalkan kuasa termasuk membunuh Altantuya
4).  FRU diguna untuk mencegah demo yang dibuat oleh PR
5)  Terkini - UMNO/BN guna Setiausaha Negara/JPA dengan meletakkan Khusrin sebagai SUK Selangor. Jawatan SUK memerlukan JUSA A, sedangkan Khusrin berada pada JUSA C.  Memang Khusrin tak layak untuk jawatan itu.  Tetapi UMNO/BN redah untuk mengekalkan kasanya.  SUK Perak dikekalkan.
Inilah kerja UMNO/BN

JAUHI UMNO. JANGAN UNDI CALON UMNO BN DALAM PRU 13. UBAH SEKARANG DAN SELAMATKAN MALAYSIA

Read more...

khusrin - UMNO 2 x RUGI

>> Rabu, Januari 05, 2011



Jelas tindakan UMNO meletakkan khusrin sebagai SUK memberi kesan impak 2 x rugi pada UMNO

UMNO rugi 1 - UMNO nak alih isu kenaikan harga barang

UMNO cuba mengalih isu yang sebenar iaitu kenaikan harga barang dalam pasaran.  Kelapa dah naik, petrol ron 95 dah naik, gas dah naik, gula dah naik, minyak masak akan naik.  Rupanya tak menjadi. Rakyat terus marah dengan kenaikan segala jenis barangan.  Kini bawang kecil RM9.00 dan badang bessar RM12.00.  Dan bermacam-macam lagi.

UMNO rugi ke-2 Khusrin bermakna kerugian

UMNO akan rugi kerana nama khusrin adalah dari perkataan khus yang bermakna kerugian.  UMNO akan terus rugi dalam percaturan ini.

HANCUR UMNO.  UMNO MENYUSAHKAN RAKYAT

Read more...

KEBENARAN AKHIRNYA TERTEGAK, KEBATILAN UMNO TERSERLAH

>> Selasa, Januari 04, 2011



Semalam PAS Tambun menyambut wira-wira pejuangnya apabila mereka dibebaskan oleh Mahkamah Majestrit Jawi, Pulau Pinag atas tuduhan menyekat penjawat awam melakukan tugas.  Antara tokoh ialah Md Lazim dan Zairul Azrul b Zainal Abidin (Ketuaa Pemuda PAS Tambun).  Tuduhan ini juga melibatkan tokoh utama PAS Mat Sabu.  Kesemua mereka di bebaskan.  Inilah KEBENARAN.

Tangkapan dibuat 3 tahun lalu ketika Mat Sabu mengahwinkan anaknya di Ulu Kinta.  Selesai sahaja majlis maka datang waran tangkap untuk menangkap Mat Sabu (2007).  Sahabat yang ada pada ketika itu menghalang tangkapan tersebut.  Perbicaraan berjalan 3 tahun lamanya.  Kini mereka dibebaskan dari tuduhan tersebut.

Antara hujah yang wujud KERAGUAN

1.  Dokumen waran tangkap yang tidak jelas.  Dalam waran tangkap polis ada dua pilihan iaitu membuat tangkapan atau saman.  Polis tidak menentukan sama ada mahu tangkap atau saman dalam waran itu.  Bila tiada penentuan maka ada KERAGUAN.

2.  Polis apabila menjalankan tugas mereka mengikut arahan bukan undang-undang.  Inilah yang berlaku dalam kes AlTantuya.  Polis iut arahan bos dan bukan ikur undang-undang.  Undang-undang menetapkan mestilah ditentukan sama ada mahu saman atau tangkapan.  Namun atas arahan maka polis membuat tangkapan.

Maka perbuatan polis ini yang tidak cermat ini beri 3 implikasi

1.   menyusahkan tertuduh Mat sabu dan 9 yang lain.  Imej merka tercalar
2.   terpaksa berulang alik ke Mahkamah Mejistrit Jejawi selama 3 tahun dengan kos yang banyak.  Katalah sekali pergibalik Ipoh-jejawi (RM150 x 10 = RM1,500)
3.  tertuduh diikat jamin RM3,500 seorang. Satu angka yang besar

INILAH KERJA UMNO YANG MAHU MMENYUSAHKAN PERJUANGAN.  JAUHI UMNO.  MEREKA MENGGUNAKAN INSTRUMEN KERAJAAN UNTUK MENGHALANG PERJUANGAN.  HANCURLAH UMNO.

Read more...

BUKA KERTAS PENYIASATAN KES MENTERI ROGOL AMAH

>> Ahad, Januari 02, 2011

Kerjaan Malaysia sepatutnya membuka kertas penyiasatan kes menteri rogol amah.  Inilah yang sepatutnya dibuat.  tetapi kabinet Najib terus membisu.  kenapa membisu?  Ini kerana bukan budaya UMNO menyiasat menteri Kabinetnya sendiri.  Berubahlah wahai UMNO.

kalau Anwar segera siasatan dibuat.  Kertas penyiasatan dibuat.  Polis memanggil saksi dan Peguam Negara membuat segera pendakwaan.

Kes menteri rogol amah sejak 2007.  Kes ini sudah berada pada 2 Perdana Menteri.  Polis diam. Peguam negara membisu.  Saksi tidak dipanggil.  Inilah UMNO.  Hei UMNO siasatlah menteri kabinet kamu yang durjana tu.  Buktikan dalam mahkamah bahawa dia tidak bersalah.  Panggil semua saksi dan lakukan pendakwaan.  UMNO kalau betul bermaruah dan menegakkan keadilan mestilah segera dibuat perkara yang penting ini.  Tapi UMNO tak buat.  Kalau tak buat benarlah UMNO asobiyah.  Geng dia yang bersalah pun dikatakan benar dan baik.Orang yang berfaham asobiyah tak masuk syurga. Na'uzibillah.

Read more...

SAMBUTAN TAHUN HIJRAH ATAU MASEHI? UMAT KELIRU

>> Sabtu, Januari 01, 2011

TAHUN HIJRAH

Tahun yang dikira dari permulaan hijrah nabi Muhammad saw.  Tahun hijraj adalah tahun yang dikira secara fakta iaitu bermula setelah penghijraha nabi Muhammad saw.  Bulan dalam kalender Islam ada disebut dalam Al-Qur'an dan Hadis dan dikaitkan dengan amalan utama dalam Islam.

Puasa wajib - Ramadhan
ibadah haji - Zulhijjah
ulang tahun kelahiran nabi Muhammad - Rabi'ul Awal
Hari Raya Puasa - 1 syawal
Puasa enam - syawal
Bulan disambut semua umat - Muharram (10 Muharram) Hari asyura
Hari raya haji - zulhijjah
Ibadah haji - syawal, zulkaedah dan zulhijjah
Bulan Allah/Nabi/Umat - Rejab, Syaaban, Ramadhan
Nuzul Al-Qur'an - Ramadhan

TAHUN MASIHI



Tahun Masihi dihitung secara agak-agak iaitu diriwayatkan ia mengikut kelahiran Nabi Isa atau wafat Nabi Isa.  Kalender Masihi dikaitkan dengan penipuan

Aprilfool - bulan April
Krismes - 25 Dis (hari agama Natal, umat Islam dilarang menyambutnya)

Dari dua analisis yang ringkas ini apakah jenis tahun yang hendak di sambut?

Tahun Hijrah - diakhiri dengan suatu ceramah kesedaran membincangkan peristiwa hijratul Rasul.  Ceramah mengangkat kesedaran umat untuk kembali kepada Al-Qur'an

Tahun Masehi - menyambutnya hanyalah suatu majlis permainan mercun dan dengan pesta seks bebas dan menambah statistik anak luar nikah.  Inilah kerja UMNO

JAUHI UMNO?  MEREKA MELAKUKAN KERJA YANG JAHAT.

Read more...

KELANTAN BUKTIKAN. UMNO HAPRAK

>> Isnin, Disember 27, 2010

SPRM mengumumkan bahawa negeri yang paling tidak ada rasuah ialah Kelantan.  Siapakah yang memerintah Kelantan?  PAS atau UMNO?  Mengapakah SPRM tidak mengumumkan Johor negeri Ketuanan Melayu Terkuat sebagai negeri yang paling tidak ada rasuah?

Pas memerintah dengan menggunakan asas Islam.  Islam membenci rasuah.  Hanya dengan Islam sahaja gejala rasuah akan dapat dihapuskan.  PM-UMNO menyebut  mahu membenteras rasuah, Kelantan-PAS yang ditadbir oleh parti Islam menyahutnya.  PM-UMNO tak malu ke, mana negeri yang dipimpin oleh UMNO-Ketuanan Melayu yang menjdi contoh dalam aspek melawan rasuah.  Kelantan dah buktikan.  Tahniah.

UMNO terus haprak.  Rasuah adalah amalan UMNO?

1.    Rugi MAS RM 8 billion - angkara siapa? UMNO atau PAS? jawab ..........
2.    Skandal PFKZ RM12 billion, - angkara siapa? UMNO atau PAS? jawab ..........
3.    Komisyen kapal selam yang tak boleh selam RM 500 juta - angkara siapa? UMNO atau PAS? jawab....
4.    Komisyen jet pejuang sukoi RM......juta, angkara siapa? UMNO atau PAS? jawab ........
5.    Lantik Isa Samad mengetuai FELDA? Angkara siapa? UMNO atau PAS?  jawab......

Kalau jawaban yang anda cari ialah PAS anda tak akan jumpa.  Inilah pemimpin yang hendak diangkat.  Jom sokong Pakatan Rakyat. TOLAK UMNO DALAM PRK DUN TENANG DAN PRU 13

JAUHI UMNO. UMNO HAPRAK

Read more...

ISLAM MENENTANG KETUANAN BANGSA (MELAYU)

>> Ahad, Disember 26, 2010

ISLAM DALAM SYARIATNYA melatakkan ada 5 perkara yang dipertahankan Islam.  Ada dua bentuk yang Islam berikan pada penganutnya iaitu

1.    boleh berbuat apa sahaja
2.   kaedah hukum yang ditetapka Islam

ada 5 perkara yang di pertahankan Islam

1.   Islam mempertahankan nyawa - kaedah hukumnya adalah hukum Qisas
2.   Islam mempertahankan agama - kaedah hukumnya adalah yang keluar agama Islam (murtad) - bunuh
3.   Islam mempertahankan keturunan - Islam mendatangkan syariat pernikahan.  Perzinaan diharamkan oleh Islam dengan mendatangkan hukum rejam sampai mati dan sebat 100 kali.  Salah tafsiran kalau dikatakan keturunan adalah bangsa.  Islam menekankan kaedah mendapat zuriat yang sah. Datang syariat nikah.
4.  Islam mempertahankan harta - kaedah hukumnya adalah hudud potong tangan.  Islam membenarkan pemilikan harta namun sangat membenci perbuatan khianat.
5.   Islam mempertahankan akal - Yang merosakkan aqal adalah arak dan memberu tuduhan qazaf.  Dua-duanya disebat 80 kali.

Tiada yang dikatakan perjuangan bangsa atau ketuanan Melayu dalam syariat Islam.

JAUHI UMNO.  MEREKA ADALAH PEJUANG KETUANAN MELAYU YANG SESAT LAGI MENYESATKAN.  

Read more...

MAHUKAH UMNO BERUBAH?

>> Jumaat, Disember 24, 2010

GAYA POLITIK UMNO - PRAGMATIK

Apa makna pragmatik? Politik mengikut keadaan.  Apabila PR mengemukakan 10 reformasi dalam 100 hari memerintah UMNO sudah gelabah.  Respon pertama PM ialah kerajaan akan kaji kes perkhidmatan keguruan negara.  Demikian bertahun pelbagai rayuan dibuat dalam konteks perkhidmatan keguruan dibuat, ia tidak diendahkan kerajaan UMNO-BN.  Tapi bila PR mahu memberi RM500 untuk intensif guru di Malaysia, UMNO-BN kata kerajaan akan muflis. Pembazirn UMNO-BN cukup banyak,

1.   komisyen beli kapal selam yang tidak boleh menyelam RM500 juta.
2.   Komisyen beli kapal terbang sukoi?
3.   Ketirisan projek yang banyak?
4.   Bangunan 100 tingkat  dengan kos RM 5billion?
5.   Lawatan PM-Najib sejak jadi PM sebanyak RM8.7 juta?
 Semua ini UMNO-BN kata tak bazir.

Tetapi nak beri bonus 1 bulan gaji kepada seluruh kakitangan awam sebanyak 1.2 juta orang dengan nilai RM3.2 BILLION, UMNO-BN kata rugi.  Mahukah anda mengundi lagi pemimpin UMNO-BN?

MENGHAPUSKAN RASUAH?

Mampukah UMNO menghapuskan rasuah?  PAS yang memerintah Kelantan selama 20 tahun mendapat pengiktirafan dari SPRM bahawa negeri yang paling kecil berlaku rasuah.  MB Kelantan bebas rasauh.  Negeri UMNO-BN macam mana?  Negeri yang dipimpin UMNO-BN adakah mereka seperti Kelantan?  Mampukah negeri yang dipimpin UMNO-BN bebas rasuah seperti Kelantan?

Berapakah harta MB PAS Kelantan yang memerintah Kelantan selama 20 tahun?  Nak dibandingkan dengan harta yang dimiliki oleh Taib Mahmud yang menjadi ketua Menteri Sarawak?  Mana lebih banyak?

Mahukah anda memberi undi kepada calon UMNO-BN dalam PRU 13?

JAUHI UMNO-BN.  ANGAN UNDI CALON UMNO-BN DLAM PRU 13

Read more...

BERSEDIAKAH UMNO BERUBAH

>> Rabu, Disember 22, 2010

Sesudah Karpal Singh mengubah sikapnya maka apakah UMNO sedia berubah pendekatan Islamnya?  Bersediakan UMNO berubah dari beramal secara ritual berubah beramal Islam yang menyeluruh?  Sekiranya UMNO tidak berubah maka sudah pasti UMNO akan ketinggalan.

     UMNO mengamal politik pragmatik.  UMNO cepat berubah secara tindakannya.  UMNO akan cepat berubah untuk mendapat sokongan pengundi walau terpaksa melutut pada sesiapapun.  Terbaru UMNO-BN beri pasa PSSLM RM7.5 juta untuk PSSLM menyiapkan bangunan kompleksnya.  Duit rakyat sudah diguna untuk kepentingan politik kerajaan yang ada.

   UMNO-BN akan beri apa sahaja bantuan.  Dulu sangat jauh daripada rakyat.  Tetapi sekarang berusaha untuk terus mendekati rakyat.  Yang nenuntut pada UMNO ialah kroni UMNO satu amalan yang bertentangan dngan Islam.  Najib juga berhempas pulas untuk memenangkan UMNO-BN.  Undi Pos pada setiap Parlimen akan ditambah menjadi 1,000 pengundi.  Senarai nama pengundi pos hanya akan dipamer 2 hari sebelum hari mengundi.  Semua ini adalah kerja mereka yang hendak mengekalkan kuasa.

JAUHI UMNO.  JANGAN UNDI CALON UMNO-BN DALAM PRU 13.

Read more...

SIAPA LEBIH HINA DARI UMNO

>> Isnin, Disember 20, 2010

Tamat sudah konvensyen PR ke-2.  Resolusi terbesar ialah kemahuan Karpal Singh untuk bersama PAS dalam pembentukan negara Islam.  Karpal secara sedar menyatakan bahawa mahu menutup pintu masalah dengan PR dan tidak membenarkan isu ini diambil kesempatan oleh UMNO.

Bila Karpal bercakap bersedia berbincang mengenai negara Islam, siapa lebih hina UMNO atau DAP?  Sudah pasti yang hina adalah UMNO.  Ini kerana UMNO adalah parti orang Melayu-Islam tetapi

1.   tak mahu menegakkan negara Islam
2.   tak mahu menegakkan Islam yang ada dalam Al-Qur'an dan Sunnah
3.   tetap terus dalam ideologi sekular yang bertentangan dengan Islam

Mudah-mudahan kesediaan Karpal yang mewakili DAP akan memudahkan jalan menuju Putrajaya.  Sudah tiada isu lagi dalam PR.  Permasalahan seperti

1.   kerusi - sudah selesai
2.   calon - calon yang berwibawa
3.  program -  sudah wujud negeri yang diperintah PR (PP, S'gor, Kedah dan Kel)
4.  gagasan - PR wujud gagasan 100 hari memerintah

JOM sokong PR dalam PRU 13.  Hancur UMNO-APCO

Read more...

MAJLIS MAKAN MALAM PAS TAMBUN 2010

>> Ahad, Disember 19, 2010

17 DIS adalah tarikh pelaksanaan majlis makan malam Pas kawasan Tambun

Ust wan menyambut tetamu



antara yang hadir


Read more...

MENGHADIRI KENDURU AQIQAH TN HJ MOKHTAR MERU RAYA

DALAM kesibukan Ust wan sempat menghadiri kenduri aqiqah cucu Tn Hj Mokhtar di Meru Raya.  Adalah didoakan semoga cucunya akan menjadi pejuang yang akan terus mempertahankan agama Allah.  Amin

st wan sedang menjamu selera yang ditemani oleh Tn Hj Mokhtar

Read more...

DR YUSRI - CARI KERUSI UMNO HENTAM DS ANWAR DAN TG NIK AZIZ

>> Jumaat, Disember 17, 2010

DR YUSRI mohamed pemimpin muda merasa dirinya lebih hebat dari ulama tersohor Dr Yusuf Qardhawiy.  Bersama dalam forum menghentam pluralisme.  Islam memang menantang faham pluralisme.  Yang terbaik adalah Islam.  Tetapi kenapa hentam DS Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz (kalau mereka melakukan kesalahan).  Seolah pemimpin BN-UMNO langsung tidak ada mengamalkan pluralisme.  Macamana sisters In Islam, zainah Anwar kenapa Dr Yusri tidak hentam Sisters in Islam?  Macamana acara hari ponggul yang dihadiri oleh Abdullah Badawi?  Macamana acara ancak oleh MB Perak Zamry Kader?  kenapa semua ini tidak dihentam oleh Yusri?

Terimakasih kepada Mufti Perlis yang mempertahan dua insan ini, terutama TG Nik Aziz.  Terimakasih sekali lagi.

Dalam tindakan Yusri menghentam DS Anwar dan TG Nik Aziz jelas ada implikasi politik.  Siapa dibelakang ini semua?  Sudah pasti orang politik.  Mungkin Yusri sedang mengintai-intai kerusi yang hendak ditandingi dalam PRU 13.

JAUHI UMNO.  SIAPA YANG BERKAWAN DENGAN ORANG UMNO,  YANG BAIK JADI JAHAT. JANGAN UNDI PEMIMPIN UMNO DALAM PRU 13

Read more...

UMNO-BN SEDANG GALI KUBUR sendiri

>> Rabu, Disember 15, 2010

B.END (B.berakhir) sedang menggali kubur sendiri.  Dengan menggunakan pendedahan laman web berpangkalan di Singapura untuk kes sodomi DS Anwar Ibrahim, sebenarnya BN sedang menuju B.END.  Pendedahan ini sebenarnya menambah kesayangan rakyat Malaysia kepada DS Anwar IBrahim dan Pakatan Rakyat. Dalam konteks psikologi BN sedang menggunakan kaedah "over killing" terhadap DS Anwar Ibrahim.

"Over killing" ini akan menyebabkan bukan kebencian.  Tetapi terus menambahkan kesayangan rakyat terhadap DS Anwar Ibrahim.  Mana mungkin seorang pemimpin luar negara berminat melihat satu orang rakyat Malaysia?  Jadi ini adalah reka-rekaan belaka.  Kalau benar pemimpin luar negara itu tahu akan hal ini maka jadikanlah dia saksi utama pendakwaraya.  Lawan le dalam mahkamah.  Kenapa dimalukan DS Anwar di luar mahkamah?


Inilah kaedah yahudi "membunuh karekter" (caracter acessination).  Kenapa datang kaedah "membunuh karekter". Ini bermakna pilihanraya ke - 13 adalah sangat hampir.  B.END  berusaha untuk membunuh karekter DS Anwar Ibrahim pada pandangan umum masyarakat.  B.END berpandangan bahawa pada ketika ini ada dua calon bakal PM - ANWAR dan Najib.  Pada kajian B.END rakyat mesti memilih DS Anwar sebagai PM dalam PRU 13.  Ini bermakna kerajaan baru PR akan mentadbir Putrajaya.

Gelombang ini semakin kuat.  Oleh itu kaedah "membunuh karekter" dibuat oleh B.END.  B.END tidak akan menggunakan kaedah memenjara DS Anwar kerana kesan lebih tinggi dan buruk kepada B.END sendiri.  Rupa-rupanya kaedah "over killing" mendatangkan kebaikan kepada DS Anwar dan PR.  Lebih ramai masyarakat mahu mendengar DS Anwar Ibrahim.  Polis buat sekatan, orang ramai tak hirau.  Inilah kerja B.END sedang menggali kubur sendiri.  Talkinkan B.END dalam PRU 13

Read more...

BANTUAN PAS UNTUK ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN

>> Selasa, Disember 14, 2010

PAS KAWASAN TAMBUN tampil membantu anak yatim dan fakir miskin.  Seramai hampir 30 orang pelajar sekolah rendah dan 3 sekolah menengah mendapat bantuan daripada PAS Kawasan Tambun.  Program ini dianjurkan melalui program prihatin lujnah Kebajikan kawasan yang di ketuai oleh Tuan Syed Hisham.  Anak yatim dan fakir miskin ini daripada T Kledang, Kg Tengku Husin, Kg Sg Tapah dan Kdas 3.  Semoga mendapat rahmat Allah dan diberkati.   Terimakasih kepada seluruh penyumbang.



.ust wan sedang mengenakan seluar salah seorang anak yatim

ust wan sedang mengukur baju salah seorang pelajar perempuan

ust wan menyerahkan bungkusan baju, seluar, stokin yang telah dibayar kepada peserta
ust wan menyerahkan bungkusan kepada pelajar perempuan tahun 1/2011
 ust wan mengenakan tudung kepada pelajar perempuan tahun 1/2011


ust wan berucap di akhir program dan selepas itu jamuan makan tgh




Read more...

DVD YANG SUDAH ADA "WAHAI ORANG YANG BERIMAN"

Usaha yang kerdil untuk memasyarakatkan ayat-ayat Al-Qur'an terutama seruan untuk "wahai orang yang beriman".  Mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah. Ayat yang sudah dirakam

1.     Ayat infaq Al-Baqarah 259 (arahan 7)
2.    Ayat jangan menyakiti hati orang yang menerima infaq al-baqarah 264 (arahan 8)
3.    Ayat tentang hutang al-baqarah 282 (arahan 10)
4.    ayat tentang memilih yahudi sebagai penasihat al-Imran 118 (arahan 13)
5.   ayat jangan makan riba al-Imran 130 (arahan 14)

siapa yang berminat sila order melalui internet wantarmizi65@yahoo.com atau tel terus 019-5101772. dengan harga 3 dvd RM10 + RM4 belanja pos.
Sila ke http://mediakuliahdhuha.blogspot.com/

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP