#1

MAHKAMAH KETUANAN MELAYU (UMNO) - SIAPA MAU PERCAYA

>> Jumaat, Disember 10, 2010

SINAR hari ini melaporkan Najib kata kes pendakwaan Khir toyo adalah benar.

Kenapa keluar kenyataan yang sebegini?  Ini sudah pasti bahawa rakyat sudah muak dengan pendakwaan terpilih.  Orang UMNO jika didakwapun akhirnya akan dibebaskan.

Kes yang hendak diperhatikan

Kes MB Perak  -  Berhari-hari perbicaraan NIZAR vs ZAMRI di mahkamah tinggi.  Hakim Dato Abd Aziz mengeluarkan 75 ms bertulis hujah penghakiman.

Zamry buat rayuan di mahkamah rayuan - Hakim ambil masa 5 minit sahaja memutuskan bahawa Zamry adalah MB Peark yang sah.

Cukup Kes ini menunjukkan bahawa mahkamah Malaysia telah dibeli.

Kes DS Anwar Ibrahim

Pihak hakim dan  tidak membenarkan laporan polis saiful, laporan perubatan saiful diperolehi oleh DS Anwar.  Apa jenis perbicaraan?  Hakim jelas tidak menyebelahi kebenaran.

Mahukah lagi mahkamah Malaysia dipercayai?  Fitrah yang benar maka semua ini akan ditolak.  Termasuk yang ditolak ialah kerajaan yang memimpin.  Bangsa Melayu memiliki fitrah yang tidak benar.

Fitrah yang benar membantu kebenaran.  Ramai orang melayu yang membantu kezliman

jauhi UMNO.  UMNO berfitrah jahat

Read more...

KETUANAN MELAYU (UMNO) SELAMANYA TIDAK AKAN MEMERINTAH PP

>> Khamis, Disember 09, 2010

UMNO selamanya tidak akan memerintah PP kerana

jumlah kerusi yang ditandingi UMNO ialah 15 kerusi DUN berbanding 40 kerusi DUN.  Ketika persempadanan kawasan pilihanraya yang terakhir jumlah kerusi DUN bertambah menjadi 40 kerusi.  Daripada 40 kerusi UMNO hanya bertanding 15 kerusi sahaja.

Katalah UMNO menang semua kerusi yang ditandinginya, UMNO tetap tidak dapat memerintah PP.  Lepas itu Melayu UMNO dan mereka yang menyokong ketuanan Melayu menjerit melayu dihina di PP.  Jeritan ini langsung tidak relevan kerana yang menyebab suasana ini berlaku ialah UMNO sendiri.

Inilah hipokrasi dan munafik UMNO.  Dalam tanggapan UMNO Koh Soo Koon dalah Melayu dan yang benar-benar berbangsa cina ialah Lim Guan Eng.

JAUHI UMNO.  UMNO HIPOKRIT. KATA SAHAJA MEMPERJUANGKAN MELAYU, NEGERI PP DISERAHKAN PADA PARTI GERAKAN .  IKUT UMNO MELALUI PENGAGIHAN KERUSI DUN PP MENYEBABKAN PARTI GERAKAN AKAN  TERUS MEMERINTAH PP.  MEMANG UMNO MUNAFIQ DAN HIPOKRIT

Read more...

UMNO GUNA INTELEKTUAL NAK HANCURKAN DS ANWAR IBRAHIM

>> Rabu, Disember 08, 2010

UMNO semakin terdesak.  Usaha terkini mereka menggunakan golongan intelektual Islam bagi menyatakan bahawa DS Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat.  Usaha ini sedang dilakukan oleh 2 orang yang bergelar Dr. (doktor falsafah).

Satu orang Dr bidang ijtihad.  Beliau mengatakan bahawa DS Anwar benar-benar melakukan liwat.  Teman-temannya bertanya sejauhmana keyakinan beliau bahawa DS Anwar tu meliwat,  Dr pakar ijtihad ini kata 100%. Lalu seluruh teman-teman ini menyuruh beliau bertaubat.  Apakah yang dijanjikan UMNO padanya.  UMNO berjanji kalau berkaya melaksanakan misi besar ini maka jawatan yang akan diberikan ialah PEGAWAI KHAS KEPADA PM

Satu lagi Dr juga pakar bidang pendidikan.  Selalu keluar di Radio.   Orang menggelarnya juga adalah pakar motivasi.   UMNO menjanjikan sekiranya misi besar ini berjaya maka beliau akan di lantik sebagai rektor UIA.  Maka bergerak dua insan ini.

Sekadar suatu muhasabah, apakah dua Dr ini lebih hebat daripada Dr Yusuf Al-Qardawiy (Qatar) Pengerusi Ulama Sedunia,  Dr Said Ramadhan Al-Buti (Syria),  dan seluruh ulama mengatakan bahawa DS Anwar dituduh  maka hudud Qazaf dikenakan keatas saiful.

Orang yang bergerak atas kepentingan politik maka terserlah ketidak ikhlasan.  Mereka yang tidak ikhlas ini sedang menghancurkan imej baik yang sudah mereka lakukan sebelum ini.

JAUHI UMNO.  UMNO GUNA APA SAHAJA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT JAHATNYA.  BERKAWAN DENGAN UMNO, ORANG BAIK AKAN JADI JAHAT.

Read more...

HIJRAH - MENERUSKAN KERJA POLITIK RASULLULLAH SAW

>> Selasa, Disember 07, 2010

Nabi saw melaksanakan hijrah atas arahan Allah.  Maka Nabi saw menurut perintah dengan berhijrah bersama dengan Saidina Abu Bakar ra.  Kerja Nabi di Madinah ialah membuka episod baru iaitu

1)  membina Masjid Quba - pusat perhimpunan umat
2)  mempersaudarakan dua kaum besar di Madinah, Aus dan Khasraj.  Mereka bersaudara hanya dengan Islam.  300 tahun lamanya mereka bergaduh tetapi Islam dan berdamai hanya dengan Islam yang dibawa nabi Muhammad saw. Inilah kerja politik Nabi Muhammad saw
3)  menamakan orang tempatan Islam yang duduk di Madinah dengan nama kaum ansar dan orang yang berhijrah dinamakan muhajirin.
4)  mempersaudarakan antara kaum Aus dan Khazraj.
5.  Nabi Muhammad saw memulakan kerja untuk mewujudkan sebuah perlembagaan negar Islam Madinah.  Kerja membuat perlembagaan ialah kerja politik.
6)  Nabi Muhammad saw bertemu dengan ketua-ketua kabilah arab, yahudi dan nasrani untuk membuat perjanjian dalam perlembagaan Madinah.  Inilah tahalluf siyasi atau persefahaman politik.  Antara kabilah yahudi yang ditemui nabi Muhammad saw ialah Bani Quraizah, Bani Qaza'ah.  Mereka adalah yahudi yang tidak mahu duduk dibawah pemerintahan nabi muhammad saw tetapi berjanji untuk mempertahankan Madinah sekiranya madinah diserang.

Inilah antara kerja politik yang dilakukan oleh Nabi muhammad saw.  Orang UMNO kata PAS kata UMNO kafir kerana lawan dengan orang cina.  Nak kawan dengan siapa tidak pernah dihalang oleh Islam.  Tetapi apabila menolak Islam dan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw itulah sebabnya orang melayu UMNO dan ketuanan Melayu menjadi kafir.

jauhi UMNO,  UMNO MEROSAKKAN MAKNA HIJRAH YANG DIBUAT OLEH NABI MUHAMMAD SAW.  UMNO KATA POLITIK KOTOR.  INILAH KERJA KOTOR UMNO MEMISAHKAN ISLAM DENGAN POLITIK ISLAM

Read more...

UMNO KETUANAN MELAYU - ZALIMI RAKYAT

>> Isnin, Disember 06, 2010

UMNO KEKAL menzalimi rakyat dengan melakukan halangan terhadap para demonstrator bantahan kenaikan air oleh SYABAS sebanyak 37%

Rakyat di Selangor di bebani lagi dengan kenaikan harga barangan.  Petrol naik, gula naik, diesel naik sudah pasti akan ada kenaikan harga barang.  Tak cukup dengan itu tarif air selangor dinaikkan sebanyak 37%.  Bayangkan berapakah azab dalam kehendak meneruskan kehidupan.  Semuan naik.  Tak de yang turun.  Allah sahaja dengan rahmatnya menurunkan HUJAN.

Inilah konsep negara yang disebut najib "Rakyat didahulukan".  Pemimpin UMNO mestilah malu kerana gagal merealisasikan makna rakyat didahulukan.  Apa barang "rakyat didahulukan"

1)  Petrol Naik - semua barang naik lori maka barangan akan naik
2)  Diesel Naik - semua lori guna diesel maka barangan lain akan naik
3)  Gula Naik - semua makanan yang libatkan gula akan naik
4)  tarif air naik - semua yang berkaitan air akan naik terutama makanan dan lain-lain

Lengkaplah kezaliman UMNO-BN.

JAUHI UMNO-BN.  UMNO-BN MEROSAKKAN KEHIDUPAN RAKYAT

Read more...

UMNO-KETUANAN MELAYU DAN ISA

>> Ahad, Disember 05, 2010

Kalaulah UMNO kononnya hero dalam ketuanan Melayu,

UMNO perompak negeri (Perak)
UMNO mengamalkan rasuah
UMNO penghapus bahasa Melayu (aja UMNO perintah dan melaksanakan keadilan.  r Matematik/sains dalam BI)
UMNO sekat bantuan SAR
UMNO meluluskan judi
UMNO beri wang berjuta untuk isteri PM
UMNO amal kroni
UMNO dan menteri kabinet ditipu dalam kes PFKZ
UMNO menyebabkan amalan anak luar nikah

dan macam-macam lagi.  Kalau inilah ketuanan yang nak dibawa UMNO, hendak kah anda mengakui diri sebagi orang melayu?

Peguan UMNO cadang guna dn tangkap orang yang mencaci ketuanan Melayu.  Yng mmesti dikenakan ISA ialah Mahathir kerana mencaci Raja 2 kali iaitu menukar perlembagaan.  Mahathir tak kena.  Tetapi Wan Azizah peguam UMNO cadang tangkap dn tahan ISA.  Inilah cara UMNO perintaah negara.  UMNO terus mengamalkan pendakwaan terpilih.

JAUHI UMNO. UMNO PARTI KARUT DAN PATUT DIKEBUMIKAN

Read more...

UMNO ZALIMI RAKYAT - NAIK HARGA MINYAK DAN GANTUNG TUGAS KETUA PEMBANGKANG

>> Sabtu, Disember 04, 2010

Inilah strategi UMNO-BN menaikkan harga minyak dan menggantung tugas Ketua Pembangkang.  Ini kena dibaca sekali dan tidak terpisah.

Menggantung tugas Ketua Pembangkang di Parlimen selama 6 bulan bermakna isu kenaikan tidak boleh dibahas di Parlimen secara yang terbaik.  Memang boleh MP Pakatan Rakyat bincang dan bahas.  Yang UMNO tak larat dengar dengan DS Anwar ialah pengalaman beliau sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Malaysia selama 8 tahun dan rekad selam 8 tahun itu tiada kenaikan harga minyak.  Ini yang UMNO-BN tak larat dengar.

Menteri yang ada hari ini kerja mudah, tak da duit maka kenaikan barangan dibuat.  Hari ini UMNO-BN hadiah kepada seluruh rakyat dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula.  Sudah pasti malam tadi merupakan malam yang sibuk bagi rakyat Malaysia.  Mereka beli gula yang banyak, gas bertong-tong dan minyak dipenuhkan tangkinya.

Wahai seluruh rakyat Malaysia berapalah gamaknya dapat bertahan dengan tindakan yang sedemikian?  1 hari, 2 hari, 3 hari adalah paling banyak.  Apakah kita hidup hanya untuk 3 hari?  Apakah perjuangan kita hanya untuk 3 hari?  Untuk itu jangan undi BN dalam PRU 13.  Jangan sokong UMNO-BN dalam PRU 13.  Sekiranya mereka berkuasa harga barangan akan terus naik dan menyusahkan hidup rakyat.

JAUHI UMNO.  PEMIMPIN UMNO TAK HABIS-HABIS MENYUSAHKAN RAKYAT

Read more...

UMNO PALING TERKEJUT KENYATAAN MURSYIDUL 'AM NIK ZIZ

>> Jumaat, Disember 03, 2010

Kenyataan Mursyidul 'Am PAS Nik Aziz bahawa apa salahnya dengN TPM adalah dari DAP?

     Dalam BN ucapan ini pun tak boleh dibincangkan.  Begitulah terbukanya Pakatan Rakyat.  Begitulah demokrasi dalam Pakatan Rakyat.  Perkara yang sangat sensitif tetap dibincangkan,  Inilah proses kematangan.  Pakatan sedang mengalmi proses kematangan dan perkra ini sudah mulai dibincangkan.

    Itu sebab UMNO sampai bila pun mengamalkan perkauman.  Sekarang UMNO bukan sekadar mahu mempertahankan bahawa jawatan PM dan TPM mestilah berbangsa melayu (UMNO),  UMNO sekarang mahu mempertahankan Putra Jaya hingga ke darh titisn yang terakhir.  Begitulah karutnya UMNO.

    Dalam soal yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, umat Islam berada dalam dua keadaan. Prinsip Kaedah Fiqh "Antra dua ketakutan:

Keadaan 1 -  UMNO kekal berkuasa dan menentang Allah.  PM dan TPM orang bangsa Melyu.  Hukum Allah tidak tertegak,  tiada keadilan, pendakwan terpilih, tiada ketelusan, penyelewengan bermaharajalela, masjid tidak imarah,  rakyat terus tertekan dengan keniakan harga barangan.

Keadaan 2 -  Pakatan berkuasa.  PM orang Melayu, TPM orang cina,  Islam akan lebih bebas bergerak,  masjid akan imarah, pemimpin yang menyeleweng akan didakwa dan terhapus pendakwaan terpilih,  institusi hakim dikembalikan kewibawaannya,  negara dan rakyat terus dijaga kebjikannya, projek mega dihapuskan, kebajikan rakyat dipastikan.  PAS memerintah sama dalam konteks tersebut.

Antara dua keadaan, sebgai rakyat yang mengamalkan negara secara demokrasi, pastinya kit akan memilih keadaan nombor dua.  Seperti di Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.  Setiap hri kuliah maghrib yng berjalan berjumlah 2,400 kuliah setip hari.  Kebajikan rakyat diutamakan dengan 20 meter padu air percuma.  Kerajaan Selangor membayar jutaan ringgit kepada SYABAS- syarikat air selangor.  Kematian dibayar kepada armalah sebanyak RM2,500.  Begitu juga dengan PP negeri berkebajikan.  Warga Emas mendapat bantuan dari kerajaan negeri sebanyak RM100 setahun.

Adapun Kedah dan Kelantan majoriti rakyat negeri itu adalah Melayu.

Bagaimana perkiraan rakyat untuk memberi undi?  Sudah pasti keadaan 2 adalah pilihan.  Buat apa PM dan TPM melayu sedangkan seluruh sistem sedang menemui kehancuran.

JAUHI UMNO,  UMNO MEROSAK SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

Read more...

AHLI PARLIMEN UMNO DAYUS - SOKONG KEZALIMAN

>> Khamis, Disember 02, 2010

Ahli Parlimen UMNO dayus.  Mereka menyokong kezaliman.  dalam tahun ini sahaja mereka menyokong

1)  kelulusan pembayaran RM 77 juta kepada APCO untuk kali ke 2.

Yahudi sudah jelas adalah musuh Allah.  Ahli Parlimen UMNO dayus menyokong agar pembayaran dibuat.  Sedang ahli Parlimen PR semuanya bangun menentang pembayaran tersebut.  Ahli Parlimen PR dari kalangan Cina dan India bangun menentang pembayaran ini.  Mana maruah ahli Parlimen UMNO?  Bila kata ahli Parlimen UMNO sudah pasti mereka Islam .

2)  Cadangan potongan gaji Menteri Penerangan RM 10.

Apa sangat RM10.  Tetapi kerana mempertahankan kebenaran maka diusulkan daripada MP Khalid Samad supaya di potong gaji Menteri Penerangan sebanyak RM10. Maka diundi.  Sekali lagi MP UMNO terus mempertahankan kebatilan.  Mereka menyokong kebatilan.  Ahli MP Pakatan Rakyat termasuk Melayu, Cina dan India mengangkat tangan mempertahankan kebenaran.  Mana yang lebih hebat?

JAUHI UMNO,  UMNO SOKONG KEZALIMAN DEMI PERIUK NASI MEREKA.  UMNO TIDAK AKAN PERTAHAN YANG DIKEHENDAKI KEBENARAN

Read more...

ANCAK, TIANG SERI, TEPUNG TAWAR - UMNO SYIRIK KEPADA ALLAH

>> Rabu, Disember 01, 2010

Mengikut Kamus Dewan


ancak - tempat menjamu jin

tepung tawar - sejenis beras yang telah dijampi dan direnjiskan agar tiada gangguan dari jin

tiang seri - tiang utama sebuah rumah

Ketiga-tiga benda ini adalah khurafat dan syirik kepada Allah.  Macam mana UMNO kata dia beriman sedang yang dilakukan adalah perkara syirik dan menentang Allah

Perkara syirik tidak memerlukan niat.  Syirik boleh berlaku dengan
1)     perkataan
2)     perbuatan 
3)     iktikad 

Salahlah alasan mufti bahawa zamry tiada niat sedang perkara niat dalam mungkar, syirik dan kezaliman tidak memerlukan niat.  Inilah kesesatan.

JAUHI UMNO, UMNO SESAT

Read more...

ANUGERAH ALLAH - KETUANAN ISLAM

>> Selasa, November 30, 2010

KETUANAN ISLAM VS KETUANAN MELAYU

Bertitahlah seorang sultan sedih dirinya terhadap golongan yang memperkecilkan ketuanan Melayu dan mempersoalkan hak melayu bumiputera.

Dari sudut Islam apakah ketuanan Melayu boleh dipertahankan dihadapan Allah?  Adalah diketahui bahawa seluruh manusia akan ditanya dihadapan Allah.  Termasuk yang akan ditanya adalah sultan. Sultan tidak ada kekebalan dihadapan Allah. Menurut perlembagaan Malaysia,  Sultan adalah pemegang kuasa agama di negeri. Apakah sultan tidak akan ditanya dihadapan Allah?  Pertanyaan tentang hukum hudud, qisas, dan lain-lain kepentingan Islam apakah sultan akan bebas dari pertanyaan?

Di Dunia di mana sahaja sultan berada dia mendapat layanan Istimewa.  Tetap[i di akhirat sultan dan rakyat biasa sama sahaja.  Pertanyaan apabila masuk kubur sesiapapun akan ditanya oleh Malaikat Munkar
"siapakah Tuhan kamu,  Apakah agama kamu dan siapakah Nabi kamu?"  Salah jawaban maka sesiapa pun akan disebat oleh Malaikat Nankir.  Apakah mana-mana sultan tidak gerun dengan keadaan ini?

Daripada bersedih sultan terhadap ketuanan Melayu yang semakin hari ditinggalkan, lebih baiklah setiap daripada sultan dan seluruh mereka yang beriman mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan suatu hari yang pasti datang iaitu kematian.

JAUHI UMNO.  UMNO MEROSAKKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG ADA PADA HARI INI.

Read more...

FORUM PERDANA ANCAK DAN TIANG SERI DARI SUDUT AQIDAH

>> Ahad, November 28, 2010

MASA : 8.45 MALAM
TEMPAT : SURAU TAMAN HIBURAN, HULU KINTA

PANEL FORUM

1.  UST ABU BAKAR HUSIN, PJ PAS PERAK
2.  TUAN HAJI AZMI ABDUL HAMID , PRESIDEN TERAS
3.  UST WAN AHMAD TARMIZI B ABDUL AZIZ, KULIAH DHUHA

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

Read more...

KERISAUAN ULAMA SU'-MELAYU BERPECAH

>> Sabtu, November 27, 2010

Inilah akhir zaman.  Ulama' sudah tidak lagi memperdulikan kezaliman.  Tetapi beriya-iya dengan perpecahan bangsanya.  Apa ada pada bangsa.  Bangsa adalah terdiri daripada manusia yang banyak.  Ada macam-macam bangsa.  Al-Qur'an dengan tegas bahawa bangsa adalah wahana perkenalan sahaja.  Bangsa yang berguna ialah bangsa yang bertaqwa kepada Allah.

Bangsa 'Ad adalah bangsa yang dihapuskan Allah
Bangsa Samud juga bangsa yang sudah dihapuskan Allah
Bangsa dan keturunan Fir'aun juga dihapuskan Allah
Bani Abu Jahal juga dihapuskan Allah

Demikianlah bangsa yang tidak beriman dengan Allah.  Bangsa yang hidup kemudiannya dihapuskan Allah.  Bangsa Melayu?  Juga akan menerima nasib yang sama.

Apakah mufti Harusani tidak bimbang yang bangsanya akan dihumban dalam neraka Allah?  Harusani lebih bimbang perpecahan Melayu daripada bangsanya nanti diakhirat dihumban dalam neraka.  Yang manakah lebih dirisaukan oleh mufti Perak?

Mestilah ditanya apa pasal berlaku perpecahan?  Jawapan pendek kerana ada kezaliman dan kemungkaran.  Kezaliman dan kemungkaran tidak dapat bersama dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  Itu sebab ada perpecahan.  Perpecahan yang seperti ini dibenarkan Islam.  Yang Beriman tidak mahu bersama dengan kemungkaran.  Tanggungjawab yang beriman ialah mencegah mungkar.  Mufti Perak macamana?  Tanya dan tepuk iman.

Jauhi UMNO.  UMNO dikelilingi oleh ulama yang jahat.

Read more...

KES LIWAT ANWAR II - BENAR SABDA NABI - 2 HAKIM MASUK NERAKA

>> Jumaat, November 26, 2010

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud

" 1 qadi (hakim)  masuk syurga dan 2 jenis qadi (hakim) masuk neraka.  Qadi (hakim) yang masuk syurga ialah Qadi (hakim yang tahu kebenaran dan memutuskan keputusan berdasarkan yang hak dan benar itu. Qadi (hakim ) yang masuk neraka ialah seorang Qadi (hakim) yang tahu kebenaran tetapi memutuskan berdasarkan kepalsuan, dia dalam neraka dan Qadi (hakim) yang memutuskan perkara berdasarkan kejahilannya, dia dalam neraka"

Benarlah kata Nabi Muhammad saw.  Ini jelas dalam banyak isu yang berlaku kini

1)  Kes liwat II Anwar Ibrahim
2)  Kes MB Perak
3)  Fatwa Mufti Harusani tentang Zamri Kader yang tidak bersalah dalam kes menacak tiang seri

Pertimbangan dalam apa sahaja mestilah berdasarkan Islam.  Bukan pertimbangan yang lain.  Maka oleh yang demikian apabila pertimbangan dunia dijadikan asas maka kehancuran menunggu di hadapan.  Itu sebab ketika membicarakan anak Saidina Umar,  Saidina Umar menarik diri daripada menjadi Qadi (hakim).  Sudah pasti penarikan diri saidina Umar tidak lain untuk menengakkan keadilan.  Apabila keadilan tertegak maka sudah pasti datang keamanan daripada Allah.

Hari ini UMNO bawa kehancuran.  Badan penting duduk di Jabatan Perdana Menteri (JPM.  Badan Kehakiman, Badan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pilihanraya duduk di bawah JPM  Ketua JPM ialah PM.  Apa PM kata mereka mesti ikut.

Oleh yang demikian maka perubahan mestilah berlaku.  Badan-badan penting ini mestilah berada di bawah Parlimen.  Baru bebas dari sebarang pengaruh.  Ini hanya boleh dilakukan kalau PR memerintah Malaysia.  Tukar untuk perubahan.

Jauhi UMNO.  UMNO membawa Malaysia kepada kehancuran.  Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13.  Wahai Allah Engkaulah yang menguasai hati manusia, lemahkan UMNO dn kalahkan mereka dalam pilihanraya 13 ini wahai Allah.  UMNO tak mahu kepada Al-Qur'an dan Sunnah.  Amin

Read more...

KABINET UMNO- BERAPA KALI KENA TIPU DA?

>> Khamis, November 25, 2010

Terkini kabinet Malaysia ditipu oleh Gani Patail.  Telah dilantik 2 menteri untuk soal siiasat Gani Patail.  Kenapa terjadi begini?

1)  Kabinet UMNO mengamalkan penipuan.  Menteri tak berhenti menipu rakyat.  Bila menteri mengamalkan penipuan maka tidak hairan rakyat juga meneladaninya.  Rakyat juga mengamalkan tabiat menipu.

"siakap senohong gelama ikan duri,
mula cakap bohong lama jadi menteri"

2)  Rakyat yang terdidik dengan pembohongan akan berusaha untuk melakukan pembohongan pula.

Isu PFKZ - Menteri kabinet membohongi Kabinet UMNO.
Isu Mata lebam  - Gani Patail disoal siasat oleh Menteri kabinet UMNO.  Apa le gamaknya hujah nanti.  Pengamal budaya tipu menyoal siasat pembohong?  Apakah akan tertegak kebenaran?  Atau ini satu lagi episod pembohongan yang dibuat oleh UMNO untuk rakyat.

Justeru UMNO jena ditukar.  UMNO beramal dengan pembohongan kerana tidak berpegang dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  Jangan undi calun UMNO dalam PRU 13.  Hancur UMNO

Read more...

TIBA DARI ZIARAH DAN IBADAH QURBAN KEMBOJA

>> Rabu, November 24, 2010

UNTUK TAHUN KE 4 ZIARAH DAN IBADAH QURBAN TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.  Diakhir lawatan Ybhg Ustaz A Rahman, Presiden Kuliah Dhuha Islam Cambodia telah menyampaikan sijil penghargaan dan VCD lawatan kepada setiap peserta.  VCD boleh diperolehi dalam masa yang terdekat.

ibadah qurban di Wilayah Chhenang



Ibadah Qurban di Wilayah Chhnang


Penyampaian bantuan guru kuliah dhuha di Vietnam


Ibadah Qurban di Kg Jero 1, Vietnam,  9 ekor lembu di korbankan di Vietnam 


Tuan Haji Subri Kassim, Timbalan Gabenor Wilayah Cham berucap dalam Ijtima Guru Kuliah Dhuha 
di Kg Cham


Ust Wan memberi tazkirah dan syarahan di Ijtima Guru kuliah Dhuha di Kg Cham


Rombongan menaiki feri mengelilingi Tasek Tonle Sap, Siam Reap

Read more...

LAWATAN SEKITAR SIAM REAP

>> Ahad, November 21, 2010

HARI INI MELAWAT SEKITAR SIAM REAP

1) TASEK TONLE SAP - TASEK TERBESAR DI CAMBODIA. KELUASAN TASEK 10,000 KM PERSEGI. TERDAPAT 300 KELUARGA VIETNAM DAN 200 KELUARGA CAM,BODIA DAN 40 KELUARGA ISLAM.  MEREKA DUDUK DI ATAS AIR.  LENGKAP ADA SEMUA. GELANGGANG BOLA TAMPAR ADA,PASAR, DAN MACAM-MACAM LAGI.  ADA JUGA YANG MENGEMIS MENGGUNAKAN SAMPAN.

2)  LADANG SUTERA - INI ADALAH YANG KEDUA TERBESAR DI DUNIA. PERTAMA LADANG SUTERA TERBESAR IALAH DI THAILAND.  MAKLUMAT YANG DITERIMA SETIAP PEKERJA YANG MENENUN SUTERA TIDAK BOLEH BERCAKAP DAN SETIAP HARI PRODUKSI IALAH SEBANYAK 20 CM SHJ.  KUALITI HEBAT. HARGA JUGA HEBAT. YANG BOLEH BELI HANYA ORANG PEREMPUAN SHJ.

PETANG NI BALIK KE PENOM PENH DAN MENGINAP SEMALAM.  GAMBAR TAK BOLEH UPLOAD KERANA TIADA KEMUDAHAN

Read more...

ADHA DI KEMBOJA

>> Sabtu, November 20, 2010

Sekarang kami sedang berada di bandar Siam Reap.  Siam Reap di gelar heart of Cambodia.  Di tempat kami steng cemey ada hampir 300 keluarga.

Aturcara lawatan yang sudah berjalan
18 Nov 2010 - ibadah qurban di Wilayah Cenang
19 Nov 2010 - ibadah Qurban di Kg Tebing Sungai , Vietnam
20 Nov 2010 - Perhimpunan Kuliah Dhuha Kemboja
                        Penyerahan Telekong
                        Penyerahan Qurán Terjemahan Bahasa Champ
                        Syarahan Perdana
                        Timbalan Gabenor dan Ustaz Wan

Sekarang berada di Siam Reap meninjau ruang da'wah Kuliah Dhuha di Siam Reap.  Doakan kami selamat pergi dan balik.  Nanti akan di upload gambar di majlis yang berkaitan

Read more...

ADHA LAMBANG KEPATUHAN, UMNO LAMBANG KEENGKARAN

>> Selasa, November 16, 2010

Adha adalah lambang kepatuhan.  Perbuatan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti hajar adalah lambang kepatuhan  kepada perintah Allah. Dimanakah kepatuhan mereka?  Mereka mematuhi perintah Allah pada saat yang sangat kritikal dan bertentangan dengan kehendak hawa nafsu.

Nabi Ibrahim diarah oleh Allah menyembelih Nabi Ismail.  Nabi Ibrahim patuh.

Nabi Ismail diceritakan oleh Nabi Ibrahim bahawa dia disembelih dalam mimpinya.  Nabi Ismail penuh taat menyuruh bapanya menyembelihnya seperti mana dalam mimpinya.

Siti Hajar isteri Nabi Ibrahi diam dan tidak keluh kesah melihat dua insan taat kepada perintah Allah.

Inilah ketaatan dan kepatuhan.  Mereka taat sehingga ke perintah yang tidak masuk akal.

UMNO kata hukum Allah tidak masuk akal.  Hudud dan Qisas tidak dilaksanakan.  Sedangkan yang menyelamatkan manusia tidak lain hanya hukum Allah.

jauhi UMNO.  UMNO tidak taat pada perintah Al-Qur'an dan Sunnah.  Jangan undi pemimpin UMNO dalam PRU 13.  Mengundi mereka bermakna reda dengan mungkar yang mereka buat.

Read more...

ADHA LAMBANG PENGORBANAN DAN PERJUANGAN

>> Isnin, November 15, 2010

Rabu 10 zulhijjah adalah hari penting untuk umat Islam.  Ia adalah lambang perjuangan para Nabi dan Rasul Allah.  Nabi Ibrahim ketika melaksanakan ibadah qurban berhadapan dengan ujian

1)  diganggu oleh syaitan.  Ketiga insan (Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail) membaling batu ke arah syaitan yang mengganggu ubudiayah mereka kepada Allah

2)   ibadah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar adalah ikhlas kepada Allah

3)  ibadah qurban adalah lambang suatu jihad agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim

  Umat Islam mestilah menyambut hari qurban ini dengan menyemarakkan usaha untuk berjihad melawan mungkar.  Terjemahan ini mestilah segera dilaksanakan.  Kehidupan yang di dunia ini hanya akan bermakna apa diterjemah dengan usaha yang berterusan menghadapi dan melawan mungkar.  Usaha melawan mungkar janganlah bermusim.  Usaha melawan mungkar hendaklah terus menerus dan sentiasa ditingkatkan.  Oleh yang demikian daya jihad juga mestilah ditingkatkan.

    Bersempena dengan kedatangan hari raya qurban bermuhasabahlah sejauh mana telah kita qurbankan segala usaha untuk agama Allah?  Sekiranya jawaban adalah banyak maka suburkanlah.  Tetapi sekiranya muhasabah itu di peringkat sederhana maka pertingkatkan.  Sekiranya muhasabah itu berada ditahap yang minima maka suatu usaha yang bersungguh mesti dibuat.

    Qurban yang dilaksanakan bukan pesta membunuh binatang.  Qurban yang dilaksanakan mestilah ikhlas dan bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk Allah dan Rasul.  Mudah-mudahan Qurban yang dilaksanakan akan menganjakkan diri untuk memasuki zon mengejar syahid. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 H

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP