PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

SIRI 22 - UMNO=FIR'AUN BERI UPAH KEPADA ORANG MELAWAN KEBENARAN

>> Sabtu, Oktober 16, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 188

FIR'AUN MEMBERI UPAH UNTUK MENDAPAT SOKONGAN
UMNO-BN BENTANG BELANJAWAN NAK DAPAT SOKONGAN,
ROSMAH DAPAT RM111 JUTA

Allah Taala berfirman dalam surah Syuaraa ayat 41



Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"

     Dalam ayat ini Allah Taala mendedahkan kejahatan Fir'aun melalui memberi upah kepada yanng melawan kebenaran.  Nabi Musa membawa kebenaran Illahi.  Fir'aun menegakkan kezaliman dan hawa nafsu.  Fir'aun mengumpul tukang sihir untuk melawan dan menakutkan Nabi Musa.  Berhimpunlah seluruh ahli sihir untuk mengalahkan Nabi Musa yang membawa kebenaran,  Fir'aun ditanya oleh ahli sihir apakah kami akan diberi upah kalau dapat mengalahkan Nabi Musa?  Firaun menjawab bukan takat upah yang kamu dapat malahan kamu akan menjadi orang yang dekat dengan aku (fir'aun).  Ahli sihir akan menjadi kroni kepada Fir'aun.  Kroni maka dalam fikiran yang menjadi kroni maka akan banyaklah projek fir'aun akan diperolehi.

    Sama dengan UMNO.  Corak pendekatan UMNO sama dengan fir'aun.  Mereka memberi upah kepada yang melawan kebenaran.  Budget 2011 dah dibentang.  Yang mendapat manfaat ialah orang UMNO, kontraktor UMNO, Imam UMNO, Guru Kafa UMNO.  Nanti ada hujah yang di Kelantan, PP, Kedah dan Selangor? Berapa ramai Imam UMNO di negeri tersebut.  Pasti ramai berbanding dengan PR.  Kakitangan kerajaan yang menjalankan jentera kerajaan dapat duit bantuan persekolahan RM500.  Program Bini Najib Rosmah dapat RM111 juta.  Sokong le lagi UMNO BN.

     JANGAN LE SOKONG UMNO LAGI YONG YOP. UDAH LE.  Macamana UMNO-BN nak jalankan semua ini. Tidak lain melainkan tekan rakyat melalui naik harga petrol.  6 bulan lagi petrol naik 15 sen.  Itu sebab tol tak naik. sebab naik tol tak ada kaitan dengan bayaran-bayaran yang diupah oleh UMNO-BN.

    UNDILAH CALON PAS DI GALAS DAN PAS, PKR, DAP DALAM PRU 13 UTK KESEJEHTERAAN HIDUP RAKYAT.  BANTULAH PR UNTUK MENOLAK PEMBOHONGAN UMNO-BN YANG MENEKAN KEHIDUPAN RAKYAT.

Read more...

SIRI 21-UMNO=FIR'AUN , UNGKIT TENTANG JASA

>> Jumaat, Oktober 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 186

UMNO=FIR'AUN - UNGKIT JASA

Allah Taala berfirman dalam Surah Syuaara ayat 16

26:16

"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

   Dalam ayat ini Allah taala menegaskan bahawa Nabi Musa diarah Allah untuk mengemukakan kepada Fir'aun bahawa dia (Nabi Musa) adalah Rasul utusan Allah.  Maka apabila ini didedahkan datanglah perbuatan keji Fir'aun iaitu mengungkit segala yang telah diberikan kepada Nabi Musa.  Demikian dialog Fir'aun dengan Nabi Musa ayat 18,19 surah yang sama.  Fir'aun mengatakan bahawa perbuatan Nabi Musa adalah seperti tidak mengenang budi.

26:18

Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? 

26:19
"Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"  
 


UMNO pun sama guna kaedah Fir'aun.  Bila ada di kalangan rakyat menyatakan kebenaran maka dikatakan rakyat sudah tidak mengenang budi.  Rakyat memilih untuk bersama Pakatan Rakyat maka dikatakan rakyat tidak mengenang budi.  Siapakah UMNO kalau tidak rakyat memilihnya?  Kemudahan yang dimiliki oleh UMNO hari ini adalah datang dari rakyat.  Duit-duit tu adalah bayaran cukai dari rakyat.  tapi UMNO menyombong diri seperti Fir'aun

Jauhi UMNO kerana bertabiat seperti Fir'aun.

UNDI PAS DI GALAS.  UNDI PAS,PKR DAN DAP DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT

Read more...

UMNO-BN TERDESAK, RAKYAT JANGAN PERCAYA

>> Khamis, Oktober 14, 2010

     NAJIB PM Malaysia membuat 2 rayuan secara terbuka kepada seluruh rakyat bahawa UMNO-BN memerlukan kemenangan dalam PRU 13.

RAYUAN 1 - ketika merasmikan sidang tahunan MCA ke 51.  

Najib Kata " saya memerlukan kemenangan untuk tranformasikan negara".

Apakah tidak cukup 53 tahun UMNO-BN memerintah?  Najib perlu tempoh untuk mentransformasi negara.  Apa makna transformasi?  Mudah maknanya ialah perubahan.  Perubahan itu ialah apabila Pakatan Rakyat yang menjadi pemerintah negara dalam pilihanraya 13.  Kalau Najib yang membuat rayuan RAKYAT JANGAN PERCAYA!!!!!!

RAYUAN 2 - KETIKA BERUCAP DI DI JOHOR PROG DESA CEMERLANG

Najib kata " Memang ada lagi rumah yang belum berelektrik, memang ada lagi rumah yang belum ada air maka saya memerlukan 10 tahun lagi bagi melaksanakan keseluruhan program kesejahteraan rakyat"

Najib perlu 10 tahun lagi.  Dalam pemikiran rakyat dengan 10 tahun lagi maka

1)     Berapa lagi sekolah mengandung akan muncul
2)     Berapa lagi lesen judi akan diluluskan
3)     Berapa juta lagi atas nama komisyen akan disapu oleh pihak yang tertentu
4)     Berapa lagi makcik yang akan menangis kerana menerima duit judi.  Najib meluluskan lesen judi satu makcik pun tak menangis.  Terima duit judi makcik UMNO menangis. cukup pelik
5)     Berapa banyak lagi agenda Melayu yang diabaikan?

  Oleh yang demikian seluruh rakyat diajak supaya tidak percaya dengan rayuan najib Razak PM Malaysia.  Sekiranya Rakyat memberi lagi undi kepada UMNO-BN maka negara akan hancurrrrrrr!!!!!!

UNDI CALON PAS DI GALAS.  UNDI CALON PAKATN RAKYAT DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.

Read more...

SIRI 20- UMNO=FIR'AUN MENGEJEK RISALAH NABI

>> Rabu, Oktober 13, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 185

FIR'AUN DAN AGENSI KERAJAANNYA - TAK MAHU BERIMAN DENGAN NABI MUSA/HARUN
UMNO-BN DAN AGENSI KERAJAAN - MENOLAK ISLAM

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 45-47


Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun, dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata, 

Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.  

 Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?"

Dalam ayat ini Allah Taala mendedahkan kesombongan Fir'aun dan agensi kerajaannya.  Mereka semua tidak mahu beriman dengan risalah Taurat.  Mereka mengeji Nabi Musa dan Harun yang dikatakan sama dengan tahap mereka.  Penolakan ini jelas bertentangan dengan fitrah manusia yang mahu kepada agama.

     Kaum fir'aun merasakan bahawa mereka lebih layak ditaati.  Bukan Nabi Musa dan nabi Harun.  Lagak mereka sangat sombong dan angkuh.  Kaum fir'aun merasakan bahawa mereka lebih moden dan terkehadapan.  Berbanding dengan Nabi Musa dan Harun.

    UMNO ada penyakit yang sa,ma dengan fir'aun.  Apakah kitab Al-Qur'an yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw mesti ditaati? UMNO berasa bahawa mentaati Al-Qur'an dan Sunnah suatu yang kolot dan terkebelakang.  Sedangkan formula Al-Qur'an itulah yang terbaik untuk manusia.

    Tanpa mengira bangsa dan agama maka formula Al-Qur'an adalah sesuai.  Dalam Al-Qur'an seruan ayat "wahai sekelian manusia" adalah 15 ayat yang berkaitannya.  Antara seruan utama ayat ini ialah seruan seluruh manusia gerun dan takut kepada Allah.  Menuruti syariat Allah adalah suatu ketetapan yang azali.  Selamat seluruh manusia apabila pendampingnya adalah Islam.

    Jauhi UMNO dan jangan undi calon UMNO di Galas dan Pru 13.  TOLAK UMNO SELURUHNYA DALAM PRU 13.

    UNDILAH CALON PAS DI GALAS DAN PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.

Read more...

SIRI 19-UMNO=FIR'AUN - MELAMPAUI BATAS

>> Isnin, Oktober 11, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 184

FIR'AUN - MELAMPAUI BATAS IKUT HAWA NAFSU
UMNO - MELAMPAUI BATAS, LAWAN NABI MUHAMMAD SAW DAN IKUT NAFSU

Allah Taala berfirman dalam surah Taha ayat 43


"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

   Dalam ayat ini fir'aun itu dicirikan Allah dengan ciri "THAGA" atau melampaui batas.  Al-Maraghi menyatakan dalam tafsirnya bahawa Nabi Musa dan Nabi Harun terus berhujah dengan fir'aun kerana ia adalah melampaui batas.  Al-Maraghi memaknakan melampau itu dengan sombong, bongkak dan takabbur.

   Fir'aun sudah pasti membuat sesuatu itu mengikut fikirannya.  Tiada panduan yang jelas dan nyata.  Walaupun pada ketika itu wujud Kitab Taurat.  Penyembah berhala berfikir dan kemudiannya membuat berhala yang datang dari fikirannya.  Akhinya berlaku penyembahan berhala dalam bentuk yang nyata.

   UMNO memang tidak menyembah berhala.  Tetapi UMNO menyembah bentuk pemikiran yang dinamakan ideologi yang juga datang dari fikiran manusia.  Ideologi anutan UMNO ialah sekularisme iaitu memisahkan agama dengan kehidupan.  Inilah budaya melampau UMNO dalam bab beragama.  UMNO dan ahli UMNO tidak mahu mengikuti Al-Qur'an dan Sunnah.  Tetapi melaknasanakan sesuatu berdasrkan fikiran manusia.  Inilah kesesatan dan melampau. Antaranya

1)     Undang-undang semestinya berdasarkan Al-Qur'an tetapi UMNO berdasarkan common law-LONDON.

2)    Perniagaan mestilah bebas dari riba tetapi UMNO mahukan riba.  Kemudian berlakon kononnya tidak mahu wang judi.

3)   Judi dan arak semestinya diharamkan mengikut Al-Qur'an tetapi UMNO mahukan judi dan arak yang UMNO kata mendatangkan pendapatan kepada negara.

    Bebaskan diri anda daripada budaya melampau UMNO. Ia adalah kesesatan.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRK GALAS DAN PRU 13.

   UNDILAH CALON PAS DI GALAS DAN PRU 13. WAHAI ALLAH KURNIA KEMENANGAN KEPADA PAS DAN PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13. AMIN

Read more...

SIRI 18 UMNO=FIRAUN MESTILAH DISERU DENGAN RISALAH ALLAH

>> Ahad, Oktober 10, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUNAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 183

FIR'AUN ZALIM - NABI MUSA DIARAH MENYERU FIR'AUN MENCEGAH KEZALIMAN
UMNO ZALIM - PENGIKUT NABI MUHAMMAD SAW DISERU UTK MENYERU UMNO DAN CEGAH KEZALIMAN


Allah Taala berfirman dalam surah Taha ayat 24



"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".

     Dalam ayat ini Allah Taala menyeru Nabi Musa untuk membuat seruan kepada Fir'aun.  Tugas Nabi Musa ialah untuk mengembalikan semula Fir'aun kepada jalan yang benar iaitu mengikuti Taurat.  Kemungkaran Fir'aun ialah beliau melawan risalah taurat dan melawan Allah.  Kesombongan dan ketakburan fir'aun jelas dalam banyak perbuatannya.  Kezaliman fir'aun jelas dari dasar pembunuhan kanak-kanak lelaki, pembunuhan, penjara, dan bermacam-macam kezaliman maka Allah Taala menyuruh Nabi Musa untuk mengembalikan Fir'aun kepada Taurat.

     UMNO juga mempunyai kezaliman yang sama dengan Fir'aun.  Bunuh orang adalah budaya UMNO,  Rasuah adalah budaya UMNO, Kronisme, mengambil wang rakyat secara batil, sistem penghakiman yang double-standard,  sistem pendakwaan yang terpilih,  ISA, OSA terus di pertahan oleh UMNO-BN.  Kasim Ahmad yang anti hadis terus dipertahan UMNO.  Islam Hadhari yang dibuat oleh UMNO dan bermacam-macam lagi kesesatan yang dipertahan UMNO.

    JANGAN UNDI CALON UMNO DI GALAS DAN PRU 13 ADALAH ANTARA CARA BERDA'WAH KEPADA UMNO-BN.  HAPUSKAN KEKUASAAN UMNO-BN ADALAH ANTARA CARA BERDA'WAH KEPADA UMNO.

   UNDI CALON PAS DI GALAS.  UNDI CALON PAS DAN PAKATAN RAKYAT DI PRU 13.  INI CARA SAHAJA UNTUK MENGHAPUSKAN KEZALIMAN DAN KEMUNGKARAN.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP