PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

SIRI 17-UMNO=FIR'AUN - PERTAHAN KEZALIMAN DAN KEBATILAN

>> Sabtu, Oktober 09, 2010

ISAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 182

FIR'AUN - PERTAHAN KEZALIMAN DAN KEBATILAN
UMNO - PERTAHAN POLITIK PERKAUMAN DAN KEMUNGKARAN

Allah taala berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 5



Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.

     Dalam ayat ini Allah Taala menegaskan

1)  Nabi Musa adalah Rasul yang bertanggungjawab mengeluarkan rakyat Mesir kepada cahaya Taurat

2)  Manusia mestilah sentiasa ingat akan hari-hari Allah (hari Qiyamat, Mahsyar dan azab)

    Al-Maraghi menyatakan bahawa tugas kerasulan ialah membimbing manusia kepada jalan Allah.  Mka Nabi Musa diarah oleh Allah Taala untuk mengeluarkan bani Israel dari kegelapan menuju kepada cahaya Allah (Taurat).  Inilah tugas kerasulan.  Tidak dibenarkan membiarkan umat terus berada dalam kegelapan dan kezaliman.

     UMNO juga membawa kegelapan dan kezaliman.  UMNO menafi Al-Qur'an dan Sunnah dengan mengambil sebahagian dari Al-Qur'an dan menolak yang lain.  Inilah kezaliman dan kegelapan.  UMNO pertahankan politik perkauman yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO pertahan ISA, OSA, mengambil wang rakyat secara batil, perguna FELDA, FELCRA.  Semuanya adalah kezaliman yang bertentangan dengan nilai Islam.

     Jauhi UMNO. UMNO guna strategi Fir'aun.  Jangan undi calon UMNO di GALAS.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13.  JANGAN PERCAYA DENGAN UMNO.  TALQINKAN UMNO DAN DOA KEHANCURAN UMNO.

    UNDI CALON PAS DI GALAS DAN DALAM PRU 13.  KEMBALIKAN UMAT KEPADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW.

Read more...

SIRI 16 - UMNO=FIR'AUN , IKUTI KEZALIMAN MENJAUHI KEBENARAN

>> Jumaat, Oktober 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 181

PEMBESAR FIR'AUN - IKUTI ARAHAN FIR'AUN YANG ZALIM
MENTERI KABINET - IKUTI ARAHAN PM YANG KARUT DAN TIDAK BENAR

Allah Taala berfirman dalam Hud ayat 97


Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul.

  Al-Maraghi menyatakan dalam tafsirnya bahawa

1)   Nabi Musa diutuskan kepada seluruh kaum Bani Israel

2)   Dalam ayat ini disebut secara khusus pembesar fir'aun kerana merekalah yang menjalankan arahan dan polisi yang ditetapkan oleh Fir'aun.  Pembesar Fir'aun tidak mengikuti arahan nabi Musa daripada Taurat tetapi mengikuti dan melaksanakan arahan dan polisi Fir'aun yang tidak benar dan bertentangan dengan kehendak Taurat

3)   Arahan fri'aun adalah batil dan zalim.  Arahan fir'aun adalah menentang Taurat dan tidak berfaedah. Akhirat disediakan Allah keazaban yang kekal abadi

     Demikian lah UMNO juga sama seperti Fir'aun.  Arahan-arahan kabinet Malaysia mahupun negeri kebanyakkannya adalah bertentangan dengan kehendak Al-Qur'an dan Rasul.  Polisi dan dasar

1)   Sekolah mengandung - adalah polisi yang bertentangan dengan kehendak Al-Qur'an dan Sunnah
2)   Islam hadari - polisi yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah
3)   Dasar komisyen - rakyat tidak dibenarkan tetapi pemimpin ambil komisyen sehingga RM500 juta
4)   Dasar pendidikan yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah
5)   Dasar kewangan yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah
6)   Dasar perjuangan UMNO yang menentang Al-Qur'an dan Sunnah.  Menyertai UMNO adalah Haram

dan bermacam-macam lagi penentangan yang dilaksanakan UMNO.  Jauhi UMNO.  Jangan sokong UMNO dan calon UMNO dalam PRK Galas dan PRU 13.  Menyokong UMNO dan memberi undi kepada UMNO bermakna menyokong kezaliman dan kebatilan.

   WAHAI ALLAH MENANGKAN CALON PAS DI PRK GALAS DAN MENANGKAN CALON PAS DAN PAKATAN RAKYAT SELURUH NEGARA DALAM PRU 13.  WAHAI ALLAH KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHUKAN ISLAM.  TOLONGLAH KAMI DAN KABULKANLAH HAJAT KAMI DENGAN ENGKAU MEMENANGKAN PARTI ISLAM DAN PAKATAN RAKYAT MENANG DAN MEMERINTAH MALAYSIA MULAI PRU 13 HINGGA HARI QIYAMAT. AMIN

Read more...

Siri 15 - BERDOA KEHANCURAN UNTUK PENZALIM

>> Khamis, Oktober 07, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 180

FIR'AUN - NABI MUSA MENDOAKAN KEHANCURAN UNTUK FIR'AUN
UMNO - SAMA ZALIM DENGAN FIR'AUN LAYAK DIDOAKAN KEHANCURAN

Allah Taala berfirman dalam surah Yunus ayat 88


Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Dalam ayat ini memuatkan doa Nabi Musa terhadap Fir'aun dan pembesar-pembesarnya.  Ciri Fir'aun

1)  tidak beriman dengan risalah kenabian
2)  beriman hanya apabila diperlihatkan azab

   Ahmad Sonhaji dalam tafsir Al-Qur'an di radio mengatakan bahawa ayat ini meletakkan salah satu usaha Nabi Musa terhadap fir'aun.  Nabi Musa berdoa agar diturunkan azab dan dihancurkan segala harta yang dimiliki oleh Fir'aun dan pembesarnya.

   UMNO mempunyai sindrom yang sama.  Antara kesukaan UMNO

1)  Pemimpin UMNO memiliki harta yang mewah, Rumah yang besar.
2)  Pemilikan harta ini akan menjauhkan mereka daripada Allah
3)  Kecenderungan memiliki harta akan menyebabkan UMNO melawan risalah Nabi Muhammad

   Oleh yang demikian dalam sirah nabi Muhammad saw adalah dianjurkan semua orang yang beriman membaca QUNUT NAZILAH.  Qunut Nazilah adalah supaya Allah menghancurkan pemimpin yang zalim.  Jangan berhenti membaca Qunut Nazilah sehingga kemungkaran dan kezaliman dihancurkan Allah.

JAUHI UMNO.  PEMIMPIN UMNO ADA RASA SEPERTI FIR'AUN IAITU NAK MEMILIKI KEKAYAAN WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRK GALAS DAN PRU 13

UNDILAH CALON PAS DALAM PRK GALAS DAN PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.  TALKINKAN UMNO DAN DOAKAN KEHANCURAN UMNO.

Read more...

MENGAMBIL SIJIL TAULIAH PENGAJARAN AGAMA DI PERAK

HARI ini ada program yang dibuat oleh Pejabat Mufti iaitu menyerah sijil tauliah tahun 2009. Ust Wan adalah antara 26 penerima sijil  tauliah tersebut.  Mudah-mudahan akan memberi rahmat kepada Islam.


latarbelakang banner


menerima sijil tauliah daripada Mufti


bergambar bersama isteru setelah selesai program


bergambar bersama dengan Ust Raziman dari ketiyor


Read more...

SIRI 14- UMNO=FIR'AUN MENAKUTI RAKYAT DENGAN KEZALIMAN

>> Rabu, Oktober 06, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 179

FIR'AUN - TERUS MENERUS MENZALIMI RAKYAT
UMNO - TERUS MENZALIMI RAKYAT

Allah Taala berfirman dalam surah Yunus ayat 83


Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas.

   Dalam ayat ini Allah taala mendedahkan bahawa pengiktu Fir'aun dan para pembesar Fir'aun terus menzalimi Bani israel yang menjadi pengikut Nabi Musa.  Kebanyakkan pengikut nabi Musa adalah dari kalangan orang muda.  Manakala pengikut Fir'aun adalah yang tua.  Pengikut nabi Musa masih muda dan kurang pengalaman.  Ini diambil kesempatan oleh Fir'aun dan para pembesar Fir'aun untuk melakukan kezaliman.

    Al-Maraghi menyatakan bahawa dengan suasana yang begini maka pengikut Nabi Musa terus diancam dengan bermacam-macam ugutan oleh Fir'aun. Ugutan Fir'aun ialah untuk membunuh Nabi Musa.  Ini dinaytakan Allah dalam firmanNya surah al-Mu'Min ayat 26.  Perkataan firaun kedua adalah gambaran kekejaman fir'aun.  Al-Maraghi menyatakan bahawa kekejaman fir'aun adalah seperti membunuh, menumpahkan darah, menghina, mengeji kebenaran dan lain-lain kezaliman.  Kezaliman ini menyebabkan Fir'aun sudah mati rasa hatinya.

    UMNO juga mempunyai sindrom yang sama.  Membunuh juga telah berlaku dalam UMNO.  Peristiwa
1)   Datuk Moktar Hashim
2)  Terkini bekas ADUN Selangor dan pembantunya-dua-dua terbunuh

Kekejian juga adalah budaya UMNO
1)  Menuduh Anwar dengan tuduhan liwat, akhirnya mahkamah membuktikan dengan keputusan 2-1 bahawa Anwar tidak liwat.

Amalan Rasuah adalah amalan UMNO
kes Datuk Ali Rustam tidak boleh bertanding dalam pemilihan UMNO- jelas amalan rasauh

dan bermacam-macam lagi budaya Fir'aun ada dlam UMNO.  Jauhi UMNO.  UMNO berbudaya dengan budaya Fir'aun.  Jangan beri undi kepada calon UMNO di PRK Galas dan juga PRU 13.

UNDILAH PAS DALAM PRK GALAS DAN PAKATAN RAKYAT PAS, PKR, DAP DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.

Read more...

SIRI 13-UMNO=FIR'AUN - SOMBONG TERHADAP RISALAH KENABIAN

>> Selasa, Oktober 05, 2010

ISLAM MENENTANG GAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 178

FIR'AUN MENYOMBONG DIRI TERHADAP RISALAH NABI MUSA
UMNO MENYOMBONG DIRI TERHADAP RISALAH NABI MUHAMMAD SAW

Dalam siri ke 13 Allah mendedahkan pula kejahatan fir'aun iaitu Fir'aun menyombong diri terhadap risalah Nabi Musa.  Allah nyatakan dalam surah Yunus ayat 75.



Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.

Dalam ayat ini Allah Taala menceritakan 2 perkara

1)  Dibangkitkan Nabi Musa dan Nabi Harun kepada Fir'aun

2)  Fir'aun menyombong diri (takabbur) terhadap da'wah Nabi Musa dan Harun

3)  Fir'aun dihujung ayat ini termasuk orang yang berdosa (mujrimun)

    Al-Maraghi menyatakan dalam tafsirnya bahawa rasa bongkak dan takabur fir'aun menyebabkan ia menolak da'wah Nabi Musa.  Inilah kebatilan fir'aun.  Kekal fir'aun menolak da'wah Nabi Musa hingga menebal rasa takaburnya.  Celaan terus diberikan kepada da'wah Nabi Musa.  Bukan setakat itu fir'aun mohon pembesarnya mengumpul seluruh ahli sihir untuk menghancurkan Nabi Musa.

    UMNO juga sama macam fir'aun.  UMNO bongkak dan takabur terhadap Islam.  UMNO kata hukum Islam tidak moden dan semasa.  Yang semasa ialah hukum berdasarkan common law-London.  UMNO memperlecehkan da'wah untuk membentuk negara Islam.  UMNO kata negara sekular pun tak pe, asal boleh sembahyang berjemaah di masjid sudah cukup.  Pokoknya pada UMNO

1)   Apa yang ditunjukkan Nabi Muhammad saw - UMNO tolak
2)   UMNO tak mahu melaksanakan Islam yang syumul seperti yang ditunjukkan Nabi Muhammad saw
3)   Penolakan oleh UMNO ini akan menggolongkan penyokong UMNO, pemimpin UMNO, pengundi calon UMNO, simpati dengan UMNO dalam golongan orang yang berdosa

     Jauhi UMNO.  Parti UMNO adalah parti yang lawan Islam.  Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13 dan PRK Galas.  UNDI UMNO BERMAKNA MENYOKONG MUNGKAR

    UNDILAH CALON PAS DAN PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 DAN PRK GALAS.  TIDAK ADA LAIN PERUBAHAN INI MESTILAH DIBUAT SUPAYA KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT DAPAT DIBINA KEMBALI.  TALKINKAN UMNO.

Read more...

SIRI 12 - UMNO=FIR'AUN , FIR'AUN DUSTA AYAT ALLAH TURUN AZAB

>> Isnin, Oktober 04, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 177

FIR'AUN MENDUSTAKAN AYAT ALLAH DISEDIAKAN AZAB DUNIA DAN AKHIRAT
UMNO MENDUSTAKAN AYAT ALLAH, MAKA?

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 54


(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.

     Dalam ayat ini Allah Taala mengungkap perkataan Fir'aun sebanyak 2 kali.  Pertama ungkapan Fir'aun adalah berkaitan dengan pendustaan ayat-ayat Allah manakala perkataan Fir'aun kedua ialah kaitan dengan kaedah Fir'aun dihapuskan.

    Al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan bahawa

1)   Perkataan Fir'aun yang pertama adalah kenyataan dari Allah bahawa yang mendustakan ayat Allah bukan fir'aun sahaja malahan termasuk kaum keluarganya.  Perbuatan mendustakan ayat Allah adalah sama seperti kaum dan manusia yang sebelum firaun.  Oleh kerana berlaku pendustaan iaitu menolak dan menafi ayat Allah maka diazabkan Allah kerana dosa-dosa mereka.

2)   Perkataan Fir'aun yang kedua pula menurut Al-Maraghi ialah kaedah Firaun dan pengikutnya dihapuskan Allah.  Mereka ditenggelamkan di dalam laut merah.  Habis kesemuanya tenggelam dan mati.  Begitulah nasib mereka yang tidak mahu mempertahankan agama yang dibawa Rasul (Nabi Musa)

   UMNO mempunyai sindrom yang sama.  Sindrom mendustakan ayat Allah dan kedua sindrom oleh kerana penentangan yang berterusan maka disediakan Allah azab sama ada di dunia apa lagi di akhirat.  Oleh kerana penentangan yang berterusan  maka Allah mendatang bala yang tidak kunjung sudah.  Dadah, dedah, rempit, mati rempit, mati kemalangan adalah paling tinggi di dunia.  Inilah kaedah Allah menghapuskan bangsa Melayu yang tidak mahu kepada hukum Allah.

   Jauhi UMNO.  UMNO ada sindrom sama macam Fir'aun.  Selamatkan hidup anda di dunia dengan Islam.  Jangan pangkah lagi dan beri undi lagi pemimpin dan calom dari UMNO.  Termasuk dalam PRK Galas yang akan dilaksana oleh SPR tidak lama lagi.

    UNDI PAKATAN RAKYAT CALON DARI PAS, PKR DAN DAP.  DI GALAS JANGAN LUPA CALON PAS DIUNDI.  TOLAK UMNO.  UMNO JIJIK.

Read more...

PELANCARAN CD ZIKIR SUFI UST WAN

>> Ahad, Oktober 03, 2010


PAK HMS SEDANG MEMEGANG CD TANDA PERASMIAN

Hari ini dalam jangkaan kehadiran sekitar 200 orang Majlis pelancaran CD dilaksanakan.  Pertemuan sempena aidil fitri dibuat.  Perasmian ini disempurnakan oleh Pendakwah merangkap Penyajak iaitu PAK HMS ABU BAKAR.


BERGAMBAR DIHADAPAN DEWAN BERSAMA HJ HANAPIAH, HMS


UST WAN SEDANG MEMBERI TAZKIRAH DAN UCAPAN 


ANTARA MUSLIMAH YANG HADIR


ANTARA MUSLIMIN YANG HADIR


   UST WAN DENGAN BANTING MAJLIS PELANCARAN

Dalam Majlis Perasmian Pak HMS berdoa semoga CD Zikir Sufi berada dalam pasaran dan terjual sebanyak 1 juta, Insya Allah.  

DAPATKAN YANG ORIGINAL


Read more...

SIRI 11- UMNO=FIR'AUN, MENOLAK RISALAH DAN DISEDIAKAN AZAB OLEH ALLAH

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 176


FIR'AUN TOLAK RISALAH NABI MUSA - DIAZAB ALLAH
UMNO TOLAK RISALAH NABI MUHAMMAD - MAKA UMNO DAPAT?

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 52


(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.

Dalam ayat ini HAMKA menyatakan bahawa kekufuran Fir'aun membawa kebinasaan iaitu Allah Taala menyediakan azab yang tidak terperinya.  Ini kerana Fir'aun memilih kezaliman bersama keluarganya dalam menentukan corak kehidupan.

   Ayat ini menjelaskan bahawa kezaliman yang dilakukan Fir'aun bukanlah ia keseorangan.  Kezaliman itu turut didukung oleh ahli keluarganya.  Dalam konteks sekarang UMNO dan kezaliman juga bukanlah seorang.  Kezaliman UMNO disokong oleh 3 juta ahli UMNO seluruh negara.

    Hamka menyatakan dihujung ayat itu Allah Taala menyediakan azab yang pedih kerana kezaliman Fir'aun dalam mengurus kehidupan.  Risalah nabi Musa terus ditolak oleh Fir'aun.  Malahan Fir'aun melawan risalah Nabi Musa ini.  Inilah pilihan Fir'aun.  Balasannya ialah keazaban daripada Allah.

    UMNO melawan risalah Nubuwwah Nabi Muhammad saw.  Tiada tekad pada pemimpin UMNO untuk melaksanakan Islam.  Tidak melaksanakan Islam inilah kezaliman UMNO.  Jangan sokong calon UMNO dalam PRU 13.  UMNO tak nak Islam.  Kepada Fir'aun perbuatan tolak risalah nabi Musa Allah menyediakan azab kepada firaun dan pengikutnya.  Kepada UMNO yang menolak Islam maka ????? sila buat kesimpulan.

   UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT. NDA MAMPU MELAKUKANNYA.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP