PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

SIRI 3 - UMNO=FIR'AUN - PERCAYA PADA BENDA

>> Sabtu, September 25, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU168



UMNO=FIR'AUN PERCAYA KEPADA BENDA

Allah Taala berfirman dalam Al-Imran ayat 11


(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.


    Perbincangan yang panjang lebar telah dibuat oleh HAMKA. Bahawa Fir'aun itu hanya percaya kepada benda dan kebendaan.  Nilai kebendaan pada Fir'aun adalah sangat tinggi.  Allah Taala menceritakan yang sebelum Fir'aun begitu. Maka yang selepas Fir'aun pun begitu juga.  Tidak hairan fahaman kebendaan juga ada dalam UMNO

    Fahaman kebendaan mempunyai kecenderungan untuk menolak apa yang di bawa oleh para Rasul.  Begitulah yang berlaku pada Fir'aun.  Fir'aun menolak seruan Nabi Musa.  UMNO juga mempunyai tabiat yang sama kerana UMNO menolak seruan Nabi Muhammad saw.  Nabi Muhammad saw membina negara berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah, UMNO tak mahu.

    Disediakan azab oleh Allah sesiapa yang tidak mahu ikut ajaran Rasul Allah.  Jauhi UMNO kerana UMNO bertabiat dengan tabiat benda.  UMNO hanya percaya dengan angka dan menolak taqdir Allah.  UMNO hanya percaya dengan projek dan menolak bahawa kehidupan boleh berlaku dengan baik tanpa projek.  UMNO hanya percaya dengan mata benda sedang di sana ada taqdir Allah yang menentukan segala-galanya.  Mereka yang menolak Al-Qur'an dan Sunnah telah bersyirik dengan Allah.  Orang yang bersyirik segala amalannya di tolak Allah.

    Jauhi UMNO dan jangan undi calon UMNO dalam PRU 13.  UMNO mengamalkan faham kebendaan yang tinggi sehingga menolak Al-Qur'an dan Sunnah.

    UNDILAH CALON DARI PAS, PKR DAN DAP UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP BERAGAMA.  TUMBANGKAN UMNO-BN DALAM PRU 13

Read more...

UMNO TIRU FIRAUN SIRI 2 - UMNO-BN ZALIMI RAKYAT

>> Jumaat, September 24, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 167




UMNO MENZALIMI RAKYAT

     Sifat zalim fir'aun dengan menindas rakyat hampir ratusan tahun lamanya.  Hamka ketika mengupas surah Al-Baqarah ayat 50


Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.


      Kezaliman Fir'aun terhadap rakyat Mesir adalah sangat jelas.  Kezaliman Fir'aun itu sehinggakan rakyat takut untuk hidup.  Apabila Nabi Musa meminta rakyat Mesir bangkit untuk menentang Fir'aun rakyat mesir menjawab "Pergilah kamu dengan Tuhan kamu berperang, kami hendak membaca Taurat".   Dunia perhambaan rakyat adalah budaya pemerintahan Fir'aun.

    Datang pertolongan Allah dengan Allah membelah laut merah untuk Nabi Musa dan pengikutnya yang mahu membebaskan diri daripada perhambaan Fir'aun.  Bagitulah Allah Taala menyelamatkan Nabi Musa dengan pengikutnya sampaikan Allah membelah laut merah.

     Inilah yang sedang berlaku dalam negara hari ini.  UMNO-BN sedang melaksanakan perhambaan kepada rakyat.  UMNO-BN tekan rakyat dengan kenaikan harga barang, memeras rakyat.  Dijangkakan kalau tidak dibuat demikian maka negara akan bangkrap tahun 2019.  Kenapa negara bangkrap?  Bukankah angkara pemimpin yang korup?  Bukankah angkara pemimpin yang tidak amanah?

     Hari ini negara Malaysia sudah tiada kebajikan.  Setiap hari rakyat terus ditekan dan diperas.  UMNO-BN terus menzalimi rakyat.  Jangan jadi budak suruhan UMNO-BN.  Jauhi UMNO-BN kerana UMNO-BN terus menzalimi rakyat.  Jangan undi calon UMNO-BN dalam Pilihanraya Umum 13.

    UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT (PAS, DAP, PKR) DALAM PILIHANRAYA UMUM 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.  BEBASKANLAH DIRI ANDA. JADILAH RAKYAT YANG BAIK SEPERTI PENGIKUT NABI MUSA YANG MAHU MEMBEBASKAN DIRI DARI KEZALIMAN FIR'AUN.  

Read more...

UMNO TIRU FIRAUN SIRI 1

>> Khamis, September 23, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 166



UMNO MENCONTOHI FIRAUN

     Dalam Al-Qur'an perkataan Faiauna, Fir'aunu diulang oleh Allah Taala sebanyak 74 kali dalam pelbagai surah.  Allah taala menceritakan keburukan Fir'aun.  Nabi yang diutus kepada Fir'aun ialah Nabi Musa alaihissalam. Nabi Musa oleh kerana cabaran yang dihadapinya hebat maka termasuklah Nabi Musa  dalam senarai pendek nabi ulul azmi.

    Sifat Fir'aun terkenal dengan sifat zalim.  Fir'aun membuat satu akta bunuh semua kanak-kanak lelaki. yang di benarkan hidup adalah perempuan dan anak perempuan. Ini diceritakan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 49.



Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

Dalam kesibukan Fir'aun menyekat kemaraan lelaki yang akan meruntuhkan kerajaan Fir'aun maka Ibu Nabi Musa melahirkan Nabi Musa.  Terlupa Fir;aun bahawa dirinya sendiri dijadikan oleh Allah.  Lalu Allah Taala menyelamatkan Nabi Musa dengan meletakkan Nabi Musa di sisi Fir'aun.

    Zaman fir'aun akta bunuh kanak-kanak.  UMNO buat akta zalim dengan bermacam nama. Antara yang terkenal ialah ISA.  Yang nak meruntuhkan kezaliman akan di ISAkan oleh UMNO.  Bukankah UMNO meniru Fir'aun.

Jauhi UMNO kerana UMNO tiru fiir'aun yang zalim. Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13.  UMNO zalim.  Siapa sokong pemerintah zalim, ia juga zalim.

UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT (PAS, DAP, PKR) DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT

Read more...

UMNO BUKA SEKOLAH MENGANDUNG

>> Rabu, September 22, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FHAM KETUANAN MELAYU KE 165

PENZINA DI HUKUM BUKAN 
BUKA SEKOLAH MENGANDUNG



Allah Taala Berfirman dalam Surah An Nur ayat 2


Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

     Jelas bahawa dalam Islam pesalah zina mestilah dihukum.  Zina adalah satu jenayah.  Zina bukan suatu kegiatan sosial.  Tetapi zina adalah jenayah yang diletakkan hukuman oleh Allah Taala.  Lebih jauh daripada itu semua kegiatan yang membawa kepada perzinaan hendaklah dijauhi.  Dalam konteks perzinaan, Islam jelas tindakannya iaitu

1)    Mencegah perbuatan zina - dari jual kondom hinggalah kepada program menggalak perzinaan

2)    Menghukum penzina - Sebat bagi belum kahwin dan rejam sampai mati untuk yang sudah kahwin

     Islam membina masyarakat berdasarkan kepada fitrah.  Fitrah anak luar nikah, anak haram, anak gampang, tidak boleh diterima oleh seluruh manusia.  Manusia yang waras akhirnya mengakui bahawa perkahwinan yang sah juga akan membina kebaikan.  Itu sebab hukum zina sama dalam agama Taurat, Injil dan Al-Qur'an.  Dalam masyarakat Islam penzina dihapuskan.  Oleh itu tiada perzinaan.

     UMNO cara mencegah dia buat Rumah Kenangan.  Rumah Kenangan adalah rumah yang menempatkan gadis mengandung secara haram yang dibawah umur (12-18 thn.).  Hampir setiap negeri sudah ada Rumah Kenangan yang diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Apakah ini sudah tidak cukup memalukan?.  Tak cukup dengan malu ini, UMNO tambah lagi dengan sebuah sekolah harapan untuk mereka yang mengandung.  UMNO sepatutnya menghukum penzina.  Dalam konteks UMNO, penzina tidak dihukum.  Perbuatan zina akan semakin bertambah.  UMNO mestilah guna kaedah Al-Qur'an.  Jauhi UMNO kerana UMNO tak nak kepada Al-Qur'an.  Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13.

UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.  SELURUH RAKYAT MESTILAH MEMBEBASKAN DIRI MEREKA DARI KEZALIMAN UMNO-BN 


Read more...

HUKUM YANG BERBEZA DALAM UMNO-BN

>> Selasa, September 21, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 164

ISLAM MENENTANG PERBEZAAN 
HUKUM PEMIMPIN-RAKYAT

Allah Taala berfirman tentang hukum Qisas (2:178)


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    Disisi Allah Taala tiada perbezaan hukum antara pemimpin dan rakyat.  Hukum sama sahaja.  Begitulah keadilan Allah Taala dalam melaksanakan hukumNya.  Dalam sirah Nabi Muhammad saw terbukti keadilan Allah.

1)   Nabi saw bersabda yang bermaksud "Kalau Fatimah(anak Nabi Muhammad saw)  mencuri nescaya aku (Nabi muhammad saw) akan memotong tangannya"

2)   Anak Saidina Umar (Ketika dijatuhkan hukuman Saidina Umar adalah khalifah Islam ke-2)  yang berzina dihukum sebat 100 kali.  Anak khalifah tidak ada imuniti (kekebalan)

3)   Saidina Ali (ketika perbicaraan tentang baju besi perang, Saidina Ali adalah khalifah) kalah dalam perbicaraan baju besi.  Saidina Ali terpaksa memberi keterangan dalam mahkamah.

Inilah keadilan Islam yang ditunjukkan oleh para sahabat.

Zaman ini,

1)    Sultan berada di atas kuasa (above the law).  Apakah sultan melebihi Nabi Muhammad saw?

2)    Ada Perdana Menteri yang di panggil ke mahkamah tetapi tak nak memberi keterangan.  Mahathir Mohamed tak hadir ke mahkamah dalam kes Anwar.

3)    Pemimpin politik terus dilindungi oleh undang-undang

Sehinggakan kes mati

ALTANTUYA - yang ditangkap oleh polis ialah pembunuh sahaja

SOSILAWATI - YANG DITANGKAP OLEH POLIS IALAH PEMBUNUH DAN PERANCANG SEKALIGUS.

Kenapa ada perbezaan tangkapan?  Kes Altantuya perancang tak ditangkap.  Kes bunuh Sosilawati pembunuh dan perancang ditangkap.  Inilah keadilan dalam UMNO-BN

Jauhi UMNO-BN.  Keadilan mereka berpilih.  Pemimpin politik terus dilindungi.  Jangan undi pemimpin dari UMNO-BN

UNDILAH pemimpin PR untuk kesejahteraan hidup rakyat jelata.  Tolak UMNO-BN dalam PRU 13.

Read more...

UMNO KELIRU ANTARA MATI SYAHID DENGAN MATI BERPENYAKIT

>> Isnin, September 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 163

UMNO KELIRU - ANTARA MATI SYAHID DENGAN MATI BERPENYAKIT

Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an (3:185)


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Maksudnya : Setiap yang bernyawa akan mati

UMNO dalam kekeliruan, antara mahu mati syahid dengan mati berpenyakit

Apa dia mati syahid?  

Mati syahid ialah mati dalam menengakkan agama dan hukum Allah.

Bagaimanakah mahu memperolehi mati syahid? 

1.    Menyertai perjuangan menegakkan agama Allah dan hukum Allah
2.    Parti itu mestilah mengamalkan Al-Qur'an dan Sunnah
3.    Parti itu mestilah bebas daripada rasuah, kroni dan penyalahgunaan kuasa
4.    Parti itu mestilah mempertahan yang hak dan melawan kebathilan

Apa dia mati berpenyakit?

 Mati yang disebabkan penyakit.  Antaranya kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, dan lain-lain penyakit yang membawa kepada kematian.

Apa sebab mati berpenyakit?

1.   Melawan hukum Allah
2.   Melawan Al-Qur'an dan Sunnah
3.   Tak nak hukum Hudud dan Qisas
4.    Parti tersebut mengamalkan rasuah, kroni
5.   Parti itu mempertahankan yang batil, mungkar dan maksiat contoh sekolah mengandung di Melaka
6.   Parti itu mengamalkan pemimpin tak dihukum contoh pembunuhan Altantuya

Ciri mati berpenyakit semuanya ada dalam UMNO.  Tinggalkan UMNO.  UMNO hanya jaga bab makan, minum, pembangunan sedangkan kehidupan akhirat UMNO tak jaga.  Semua yang dibuat UMNO adalah bertentangan dengan Islam.

UNDI PR dalam PRU 13 untuk kesejahteraan kehidupan bergama

Read more...

PROGRAM BAI'AH PAS TAMBUN

>> Ahad, September 19, 2010



Segala puji bagi Allah, program di atas dapat dijayakan dengan jayanya.  Hampir 300 orang yang hadir.  Mudah-mudahan segala bai'ah akan dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian.  Ketua Muslimat, Ketua pemuda, Ketua urusan ulama (Pengarah MTD Dun manjoi) dan YDP PAS Kawasan memberi ucapan dalam program ini.

 
ust wan sedang memberi ucapan.  Pengarah MTD DUN MANJOI


ANTARA PENDOKONG, AHLI DAN SIMPATI PS YANG HADIR


ANTARA PENYOKONG, AHLI DAN SIMPATISAN YANG HADIR


ANTARA MUSLIMAT YANG HADIR


YDP PAS TAMBUN, DR KHAIRUDIN SEDANG BERUCAP

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP