PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

ADAKAH PERJUANGAN PERKAUMAN (UMNO) BAWA MATI SYAHID?

>> Sabtu, September 18, 2010

    Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh para pejuang perkauman (UMNO).  Apakah mati mereka yang menentang hukum hudud dan Qisas mati dalam beriman?  Apakah mati mereka mati yang diredai Allah?  Apakah mati mereka nanti yang hanya mengikut hawa nafsu dapat bertemu dengan Nabi Muhammad saw?

     Perjuangan Islam jelas mati yang dikehendaki ialah mati syahid.  Mati syahid mendapat nikmat disisi Allah.  Mati dalam perjuangan perkauman, apakah mendapat nikmat di sisi Allah.  Mati perkauman seperti matinya Abu Jahal, apakah Abu Jahal mendapat nikmat disisi  Allah?  Matinya Abdullah bin Ubay ketua munafiq Madinah, apakah mati orang yang berpura-pura Islam mendapat nikmat di sisi Allah?

    Mudah-mudahan orang yang berjuang atas kaum (UMNO) kembali ke jalan Allah.  Datang program PERHIMPUNAN BAI'AH PAS TAMBUN*19/9/10*JAM 10-12 TGH*PUSAT TARBIYAH PAS CHEMOR.  Program terbuka kepada umum.  Kedatangan anda adalah komitmen kepada Islam. Datang dan sebarkan maklumat ini.

Read more...

CONTOHI AYUB ALANSARI - MATI SYAHID PADA UMUR 72 TAHUN

>> Jumaat, September 17, 2010

     Tidak ada sempandan dalam jihad.  Jihad membebaskan manusia dari sebarang sempadan.  Umur, bangsa, warna kulit, darjat, pangkat semuanya mengejar makna syahid dengan balasan syurga oleh Allah.

     Setelah kewafatan Rasullullah saw, berlaku perang Qadasiyyah di zaman Umr Al-Khatab.  Maka bersiaplah seluruh para sahabat untuk memenuhi tuntutan jihad.  Termasuk yang bersiap itu ialah Ayub Al-Ansari yang berumur 72 tahun.  Melihatkan bahawa Ayub Alsari sedang bersiap untuk berperang maka datang para sahabat Nabi Muhammad saw menasihati beliau agar berehat sahaja di rumah.  Mendengarkan nasihat itu Ayub Alsari menjawab"Masih terngiang di telingaku bacaan Al-Qur'an oleh Rasullullah saw (at-Taubah 41)


Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

     Maka berangkatlah Ayub Al-Ansari ke medan jihad.  Beliau mati syahid dalam perjalanan ke Qadisiyyah.  Makam kuburnya diabadikan sahabat di persempadanan Kota konstantinopel.  Begitulah kegigihan sahabat dalam mempertahankan Islam dan mengejar syurga Allah.  Anda bagaimana?

     Datanglah untuk berbai'ah mempertahankan Islam bersama dengan PAS TAMBUN *19/9/10*jm 10-12 tgh di Pusat Tarbiyah PAS Chemor.  Sekiranya anda adalah pengejar syurga Allah maka kehadiran adalah wajib.  Sekiranya anda masih lagi berasa was-was maka anda mengatakan bahawa cara anda juga adalah untuk mempertahankan Islam.  Sedangkan proses bai'ah adalah sebahagian daripada sunnah dalam mempertahankan Islam dan memperolehi syahid di sisi Allah.  Datang dan sebarkan maklumat ini.  Program ini adalah terbuka kepada semua pencinta syurga Allah.

Read more...

12 SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW BERBAI'AH - SEMUA MATI SYHID

>> Khamis, September 16, 2010

Dalam tafsir HAMKA, ketika membicarakan ayat surah Maidah ayat 26


Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".

     Dalam tafsirannya HAMKA membuat perbandingan 12 Naqib yang berbai 'ah dengan Rasul mereka.  Ada 12 Naqib yang berbai'ah dengan Nabi Musa,  ada 12 naqib yang berbai'ah dengan Nabi Isa dan ada 12 Naqib yang berbai'ah dengan Nabi Muhammad saw.  12 nama agung sahabat Nabi Muhammad saw ialah

1)    Abu Umamah As 'ad b Zarrah
2)    Sa'ad bin Ar-Rabi'
3)    Abdullah bin Rawahah
4)    Rafi' bin Malikbin al'Ajlan
5)    Al-Barra' bin Ma'rur
6)    Abdullah bin Amr bin Haraam
7)    'Ubbadah bin Shamit
8)    Sa'ad bin Ubadah
9)    Al-Mundzir bin 'Amr bin Hunais
(sembilan orang di atas adalah Khazraj)

10)   Usaid bin Hudair
11)   Sa'ad bin Khaitsamah
12)   Rafi'ah bin Abdul Munzir
(tiga orang di atas adalah dari kalangan Aus)

     Mereka 12 orang diatas berbai'ah dengan Nabi Muhammad di Aqabah (mina) untuk mempertahankan Islam walaupun dengan darah sekalipun.  Dalam perang Badar maka terbuktilah bai'ah itu berlaku dalam kehidupan 12 orang ini.

     Badar adalah di luar Madinah.  Dalam bai'ah mereka dengan nabi Muhammad saw mereka akan mempertahankan Islam sekiranya Madinah di serang.  Lalu Nabi pada ketika mengadakan mesyuarat untuk berperang bangun dan bertanya kepada seluruh sahabat

Nabi Muhammad saw - "Siapakah di kalangan kamu yang hendak membantu aku berperang melawan  Quraisy"


Bangunlah Sa'ad bin Ubadah -  "Kamikah yang engkau maksudkan dengan seruan itu?  Demi tuhan yang nyawaku dalam genggamannya, sekiranya engkau menyuruh kami merenangi lautan nescaya akan kami renangi, sekiranyanya engkau menyuruh kami ke Barkhil Gammand ( 5 hari perjelanan unta dari Madinah) nescaya akan kami ke sana"

     Demikianlah kesungguhan para 12 naqib yang berbai'ah mempertahankan Islam.  Tuan/puan dijemput hadir ke PERHIMPUNAN BAI'AH PAS TAMBUN, 19/9/10, JAM 10-12 TGH, DI PUSAT TARBIYAH PAS CHEMOR (RUMAH HIJAU), DATANG BERAMAI-RAMAI DAN SEBARKAN MAKLUMAT INI.  SESIAPA YANG MENCINTAI ISLAM MARILAH KITA MENUNJUKKAN KOMITMEN KEPADA KEMENANGAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM PRU 13

Read more...

BAI'AH JUGA BERLAKU DENGAN NABI LAIN

>> Rabu, September 15, 2010

  terdapat 2 peristiwa dalam zaman Nabi Musa.  bani Israel diuji Allah dengan perjanjian (janji setia) dengan Tabut dan perlantikan Thalut sebagai Raja dan pemerintah Bani Israel.  Allah taala berfirman dalam Surah Al-Baqarah 248


Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.

Begitu juga dengan perlantikan Thalut sebagai raja dan pemerintah Bani Israel.  Allah taala mengambil janji (bai'ah) daripada mereka yang beriman di kalangan Bani Israel.  Mereka yang beriman dari kalangan bani Israel mengangkat Thalut sebagai Raja dan pemerintah kepada bani Israel.

Inilah proses bai'ah yang berlaku dengan nabi yang sebelum Nabi Muhammad saw. justeru Program Bai'ah yang dilakukan oleh PAS Tambun adalah penerusan Sunnah sama ada kepada Nabi Muhammad saw ataupun Nabi yang lain sebelum nabi muhammad saw.  Datanglah ke PERHIMPUNAN BAI'AH PAS TAMBUN, *19/9/10 *JAM 10-12TGH*BERTEMPAT DI MARKAZ TARBIYAH PAS CHEMOR (RUMAH HIJAU)
 

Read more...

BAI'AH ADALAH MEMBANTU AGAMA ALLAH MELAWAN MUNGKAR (UMNO)

>> Selasa, September 14, 2010

ALLAH TAALA berfirman dalam surah as-Saf 14


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.


     Dalam ayat ini Allah Taala secara khusus menyebut dan meminta supaya orang yang beriman menjadi pembantu-pembantu agama Allah.  Memang Allah boleh sahaja memenangkan agamaNya.  Namun secara sunnatullah ia memerlukan bala tentera yang akan berusaha untuk memenangkan agama Allah ini.  Bala tentera itu tidak lain ialah daripada kalangan orang yang beriman.

    Perang Badar - Nabi Muhammad saw memimpin 313 bala tentera
    Perang Hunaian - Nabi Muhammad saw memimpin 30,000 bala tentara
    Perang Tabuk - Nabi Muhammad saw memimpin 10,000 bala tentera
    Pembukaan Kota Mekah - Nabi Muhammad saw memimpin 80,000 bala tentera

   Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin 250,000 bala tentera menawan Kota Konstantinopel

   Mahu menegakkan agama Allah maka sudah pasti golongan itu adalah orang yang benar-benar beriman.  Justeru rujukan ayat di atas jelas bahawa ia adalah khas ditujukan kepada yang benar-benar beriman.  Marilah kita kembali kepada sunnah dan menjadi gerombolan yang membantu untuk memenangkan Islam.  Maka melaksanakan bai'ah dalam konteks ini adalah bertepatan.  Tanggungjawab dalam memenangkan Islam ini cukup banyak.  Ada yang berceramah, berp[idato, merayu undi, menggantung poster, memberikan kenderaan yang baik, mengorbankan harta termasuk salah satu usaha itu ialah terus berdoa.

    Berdoa boleh dilakukan oleh siapa sahaja.  Yang kaya, yang miskin, yang tua, yang muda, pekerja swasta, sendiri, kerajaan, pelajar sekolah menengah, universiti, sekolah rendah, surirumah dan lain-lain.  Tidak ada siapa yang hendak mendengar doa yang dibacakan kecuali dibaca secara suara kuat.  Maka jadilah ansorullah sebagai jawapan melaksanakan tanggungjawab jihad menegakkan agama Allah.

   Tuan-puan dijemput hadir ke program Perhimpunan Bai'ah Pas Tambun.  Datang beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini.  Tidak ada lain melainkan untuk menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Bai'ah adalah untuk terus berdoa bagi memenangkan agama Allah.  Program bermula jam 10-12 tgh di Pusat Tarbiyah PAS Chemor (rumah hijau).  Bawa Isteri/suami dan anak-anak.  Daftarkan yang boleh melakukan doa dalam gerombolan membantu agama Allah.  Bentuk doa akan disediakan oleh urusetia.  Buku Manual Bai'ah akan diberikan ketika pendaftaran.  Datang dan sebarkan maklumat ini.

Read more...

BAI'AH DARI SUDUT USUL FIQH

>> Isnin, September 13, 2010

Mengikut kaedah Usul Fiqh

"Tidak akan tertegak sesuatu yang wajib melain dengannya maka ia jadi wajib"

    Inilah kaedah fiqh yang digunakan dalam konteks untuk menegakkan sesuatu kewajipan yang diarah oleh Al-Qur'an dan Sunnah.  Untuk menengakkan hukum Allah maka cukup banyak perkara yang dibelakangnya.  Sebab untuk menengakkan hukum Allah maka memerlukan kuasa dan kerajaan, maka untuk menengakkan sebuah kerajaan ia juga memerlukan banyak komitmen dari umat.

    Nabi Muhammad saw menunjukkan bahawa terlalu banyak perkara yang terpaksa dibuat oleh Rasullullah saw dalam konteks menengakkan kerajaan Islam di Madinah.  Antaranya

1)   Nabi saw menerima Bai'atul 'Aqabah yang pertama dan kedua
2)   Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah
3)   Sahabat Nabi Muhammad saw berhijrah
4)   Nabi Muhammad saw menghantar utusan awal seperti Mus'ab bin Umair
5)   Nabi saw melantik 12 naqib awal untuk mengembangkan Islam di Madinah
6)   Nabi dan sahabat membina perlembagaan Negara Islam madinah
7)   Nabi saw bertahalluf (kerjasama politik) dengan kabilah Yahudi dan Nasrani di Madinah

Inilah tindakan Nabi Muhammad saw sebelum Nabi saw berhijrah dan membina sebuah negara.  Kesemuanya adalah termaktub dalam sunnah Nabi Muhammad saw.  Maka proses Bai'ah (janji setia) sahabat Nabi Muhammad saw adalah sebahagian daripada tindakan dalam konteks terbinanya sebuah negara berdaulat Negara Islam Madinah.

    Inilah proses yang sedang dibuat oleh PAS Tambun.  Program tersebut akan diadakan pada 19/9/10, jam 10-12 tgh di Pusat Tarbiyah PAS Chemor.  Datang beramai-ramai.  Seluruh pencinta Islam sila datang an sebarkan maklumat ini.

Read more...

CONTOH BAI'AH SAHABAT RASULLULLAH SAW

>> Ahad, September 12, 2010

Dalam hadis Muslim, beliau meriwayatkan contoh bai'ah sahabat Nabi Muhammad saw

"kami bermubaya'ah dengan Rasullullah saw bahawa

1.   Kami akan patuh dan taat dalam keadaan kami suka atau tidak
2.   Kami tidak akan mempertikai ketua yang dilantik
3.   kami akan bercakap benar
4.   kami tidak akan takut terhadap cercaan manusia dalam melaksanakan perintah Allah"

Inilah antara bai'ah sahabat Nabi Muhammad saw.  Mereka menstrukturkan sumbangan mereka kepada Islam.  Sahabat Nabi saw menginstitusikan bentuk sumbangan mereka kepada Islam.  Inilah janji setia mereka dengan Nabi Muhammad saw.

Sunnah inilah yang hendak diikuti dalam perjuangan.  Mengstrukturkan dan menginstitusikan sumbangan agar ia akan terus istiqamah hingga keakhir hayat manusia.

Tuan/puan muslimin dan muslimat dijemput hadir ke program Perhimpunan Bai'ah PAS Tambun
19/9/10 * jam 10-12 tgh * Pusat Tarbiyah PAS Chemor (Rumah hijau)

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP