PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

BAI'AH UNTUK MELAWAN UMNO-BN

>> Sabtu, September 11, 2010

APA ITU BAI'AH?

Bai'ah adalah janji setia

ADAKAH BAI'AH SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW?

Bai'ah adalah sunnah Nabi Muhammad saw.  Nabi Muhammad saw menerima bai'ah daripada sahabat Nabi demi mempertahankan Islam

APAKAH SEKARANG MASIH MEMERLUKAN BAI'AH?

Ya, kerana sekarang masih wujud perjuangan menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah

KENAPA MASIH MEMERLUKAN BAI'AH?

Bai'ah adalah janji setia.  Dengan bai'ah maka sumbangan kepada Islam akan lebih berada dalam disiplin dan akan lebih teratur.  Memang umat Islam ada menyumbang sesuatu, ini tidak dapat dinafikan.  Tetapi dengan bai'ah  sumbangan itu akan berada dalam susunan yang teratur.  Inilah yang disebut oleh Allah dalam surah as-Saf ayat 4 -"  Sesungguhnya dalam kecintaan Allah mereka yang berjuang dalam saf yang tersusun rapi"

SIAPA YANG BOLEH BERBAI'AH?

Siapa sahaja yang mahu menyumbang kepada Islam.  Mereka mungkin adalah ahli PAS, UMNO yang menyokong Pakatan Rakyat, atau yang berada di atas pagar, pemimpin NGO dan siapa sahaja.  Ia tidak pernah terikat dengan DUN Manjoi sahaja malahan di mana sahaja beliau tinggal.

BAGAIMANAKAH PENDEKATAN DALAM BAI'AH INI?

Pendekatan kita untuk menang mestilah terbuka.  Semua yang mahukan Islam menang mestilah terlibat.  Semua yang mahu Islam memerintah mestilah terlibat.  Pendekatan berdoa adalah cara yang digunakan.  Kakitangan kerajaan dan swasta boleh sahaja berdoa.  Tiada ketua jabatan akan duduk dengar doa yang hendak dibacakan.  Doa adalah antara seorang yang beriman dengan Allah.

BILA NAK DILAKSANAKAN?

PERHIMPUNAN BAI'AH PAS TAMBUN
Tarikh : 19/9/10 * jam 10-12 tgh * tempat : Markaz Tarbiyah PAS Pekan Chemor (Rumah Hijau) Datang beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini..  Jamuan ala hari raya disediakan..

Read more...

JIHAD DAN SYAHID - METHOD LAWAN UMNO


ust wan sedang menyampaikan khutbah

bersantai selepas selesai khutbah bersama hj sulaiman, penghulu safian
dan jamal

ust wan bersama dengan Imam Zul

isi penting khutbah HR

1)  orang yang bertaqwa akan terus memupuk sifat taqwa 

2)  cabaran yang ada kini jawapannya tidak lain jihad fisabilillah

3)  jihad sama ada dengan jihal diri atau jihad mal

4)  penekanan Dr Yusuf Al-Qardhawiy dalam memaknakan menganut agama Islam ialah dengan

4.1  mengesakan dan mentauhidkan Allah
4.2  mengakui bahawa alam seluruhnya adalah milik Allah dan di tadbir oleh Allah
4.3 mengurus kehidupan dengan Islam
4.4 mengikat diri dengan hukum Allah

sekiranya keempat-empat sifat ini tiada maka berlakulah kesyirikan kepada Allah.  Orang yang mensyirikkan dan menduakan Allah maka tidak mendapat apa-apa di sisi Allah

5)  meningkatkan sumbangan untuk pembinaan markaz PAS Tambun

6)  meningkatkan amalan tahajjud untuk perjuangan menegakkan hukum dan agama Allah

Mudahan umat Islam akan terus berjihad mengalahkan pemikiran manusia dan menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah.

Read more...

KHUTBAH HARI RAYA DI MARKAZ PAS TAMAN MERU

>> Khamis, September 09, 2010

KHUTBAH HARI RAYA DI MARKAZ PAS TAMAN MERU


KHATIB DAN IMAM : UST WAN AHMAD TARMIZI B ABDUL AZIZ


TEMA : JIHAD DAN SYAHID DEMI MEMPEROLEHI SYURGA ALLAH


MASA : 9.00 PAGI MULA SOLAT EID, KEMUDIAN KHUTBAH


ISTIMEWA TAHUN INI KERANA MARKAZ INI AKAN MEMULAKAN PEMBINAAN MARKAZ BARU SELEPAS HARI RAYA.  UNTUK MENDAPAT AURA MARKAZ LAMA MAKA INI ADALAH KALI TERKAHIR KHUTBAH DIBACAKAN DALAM MARKAZ INI.


DATANG BERAMAI, BAWA SEJADAH DAN SEBARKAN. 

Read more...

UMNO URUS HARIRAYA IKUT NAFSU

>> Rabu, September 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 163

UMNO URUS HARIRAYA IKUT NAFSU


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

    Hari raya menuntut pengurusan taqwa yang tinggi.  Inilah kesimpulan takbir hari raya.  Alllah Taala menyatakan walitukabiru Allah.  Inilah hubungan hari raya dengan taqwa.  Apa sahaja yang ada kaitan dengan Allah maka disitu ada peranan taqwa.

    Selama ini UMNO mengurus Hari Raya mengikut hawa nafsu.  Hari raya dicemari dengan

1)  hiburan yang melampau
2)  apa kaitan sambutan hari kemenangan (aidil fitri) dengan hiburan dan nyanyian artis
3)  kecelaruan pemikiran yang bercanggah dengan taqwa dari Al-Qur'an
4)  UMNO memang suka kepada kelalaian

   Itulah UMNO.  Busuk hati dengan orang yang bertaqwa.  Terus menerus mengekalkan diri dengan kepalsuan.  UMNO benci kepada taqwa.

   JAUHI UMNO KERANA UMNO SUKA MAKSIAT.  JANGAN UNDI CALON DARI UMNO KERANA MEREKA MENYOKONG KEMUNGKARAN.

   UNDI CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13.  PR SEDANG MENGHARMONIKAN MASYARAKAT DENGAN ISLAM. INI YANG BERLAKU DI SELANGOR, KEDAH, PP DAN DAH LAMA DI KELANTAN

Read more...

MENCARI LEMANG UNTUK HARI RAYA

LEMANG PAS TAMBUN!!!! DATANG DAN SEBARKAN MAKLUMAT


    UST WAN DAN PAKSALEH datang ke gerai lemang PAS TAMBUN.  Gerai dikendali oleh Sdr. Sufian - penghulu.  Gerai berada di hujung Merdeka Garden, berhampiran dengan manjoi.  Taun/puan dijemput hadir dan membeli lemang yang di jual oleh Sdr. Suffian (019-4613209) . Harga Lemang antara RM10-14 sebatang.














Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ANAK YATIM

>> Isnin, September 06, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ANAK YATIM UNTUK
HARI RAYA AIDIL FITRI
5/9/10 * KG SERI KLEBANG

    Hasil daripada sumbangan masyarakat maka suatu program penyerahan bantuan anak yatim dilaksanakan.  Hampir 40 orang penerima dari golongan anak yatim diberikan.






































Read more...

TAZKIRAH SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MISKIN

TAZKIRAH SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MISKIN
5/9/10
KG SERI KLEBANG

   Hampir 30 bantuan golongan miskin diberikan.  Sebelum bantuan diberikan tazkirah disampaikan oleh Ust wan.  Para penerima bantuan dimohon untuk solat maghrib bersama.  Selepas itu barulah keseluruhan bantuan di sempurnakan.  Inilah perbezaan pemberian bantuan PAS dengan UMNO.  UMNO bagi kemudian boleh bersurai.





Read more...

MENJEJAKI OKU KG SERI KLEBANG - SEMPENA AIDIL FITRI

MENJEJAKI OKU KG SERI KLEBANG - SEMPENA AIDIL FITRI
5/9/10

    Semalam adalah hari turun padang ke Kg Seri Klebang.  Program pertama ialah menjejaki golongan OKU.  kami menziarahi hampir 10 buah rumah OKU.  Bertemu dan berbincang dengan keluarga dalam menghadapi cabaran membela golongan OKU.  Kita mohon supaya Allah Taala mencurah daya kesabaran yang tinggi kepada keluarga yang berkenaan.

golongan OKU yang terlantar berumur 16 tahun. Kejadian berlaku ketika umur 8 tahun, pembedahan otak untuk mengeluarkan nanah. selepas daripada pembedahan terlantar sehingga sekarang


OKU down-sindrom, bersekolah di sekolah khas.  Berumur 10 tahun

OKU daripada kecil.  Sudah berumur 30 tahun.  


OKU ini pula berlaku kejadian pembedahan.  Ada 3 anak.  Kejadian terlantar sudah berlaku selama 3 tahun.  Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada suami beliau

Read more...

UMNO AMAL KESYIRIKAN DALAM BANYAK PERKARA

>> Ahad, September 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
KETUANAN MELAYU KE 163

UMNO AMAL KESYIRIKAN DALAM BANYAK HAL

    UMNO adalah parti Melayu yang berasaskan kepada pemikiran manusia.  UMNO tidak meletakkan agama sebagai teras dalam partinya.  Maka banyaklah pemikiran manusia yang diamalkan oleh UMNO. Perkara yang sangat bertentangan dengan agama ialah syirik.  Dosa syirik adalah dosa yang tidak diampunkan Allah.  UMNO terlibat secara langsung dengan perkara ini.

1)     UMNO bersyirik dalam penyembahan.  UMNO menjadikan manusia sebagai Tuhan yang disembah.  Kepada pemimpin UMNO mereka takut menyatakan kebenaran.  UMNO memuja manusia.

2)   UMNO bersyirik dengan alam.  UMNO mengatakan bahawa alam yang ada ini adalah terjadi dengan sendirinya.  UMNO mengatakan bahawa semua kejadian alam adalah bencana alam.  Banjir adalah bencana alam.  Gempa bumi adalah bencana alam.  Banjir dan gempa bumi tiada kaitan dengan Allah.  Inilah kesyirikn.

3)   UMNO bersyirik yang hebat dengan hukum Allah.  UMNO memilih hukum manusia dan UMNO mengatakan bahawa hukum manusia adalah hukum yang adil dan berperikemanusiaan.  UMNO menolak hukum Allah - hudud dan Qisas.  Inilah kesyirikan yang hebat.

JAUHI UMNO KERANA UMNO TIDAK AMALKAN ISLAM.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13.

UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT YANG BERUSAHA UNTUK MENTERJEMAH ISLAM.  INI BERLAKU DI S'GOR, PP, KEDAH DAN DAH LAMA DI KELANTAN

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP