#1

BAI'AH ADALAH MEMBANTU AGAMA ALLAH MELAWAN MUNGKAR (UMNO)

>> Selasa, September 14, 2010

ALLAH TAALA berfirman dalam surah as-Saf 14


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.


     Dalam ayat ini Allah Taala secara khusus menyebut dan meminta supaya orang yang beriman menjadi pembantu-pembantu agama Allah.  Memang Allah boleh sahaja memenangkan agamaNya.  Namun secara sunnatullah ia memerlukan bala tentera yang akan berusaha untuk memenangkan agama Allah ini.  Bala tentera itu tidak lain ialah daripada kalangan orang yang beriman.

    Perang Badar - Nabi Muhammad saw memimpin 313 bala tentera
    Perang Hunaian - Nabi Muhammad saw memimpin 30,000 bala tentara
    Perang Tabuk - Nabi Muhammad saw memimpin 10,000 bala tentera
    Pembukaan Kota Mekah - Nabi Muhammad saw memimpin 80,000 bala tentera

   Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin 250,000 bala tentera menawan Kota Konstantinopel

   Mahu menegakkan agama Allah maka sudah pasti golongan itu adalah orang yang benar-benar beriman.  Justeru rujukan ayat di atas jelas bahawa ia adalah khas ditujukan kepada yang benar-benar beriman.  Marilah kita kembali kepada sunnah dan menjadi gerombolan yang membantu untuk memenangkan Islam.  Maka melaksanakan bai'ah dalam konteks ini adalah bertepatan.  Tanggungjawab dalam memenangkan Islam ini cukup banyak.  Ada yang berceramah, berp[idato, merayu undi, menggantung poster, memberikan kenderaan yang baik, mengorbankan harta termasuk salah satu usaha itu ialah terus berdoa.

    Berdoa boleh dilakukan oleh siapa sahaja.  Yang kaya, yang miskin, yang tua, yang muda, pekerja swasta, sendiri, kerajaan, pelajar sekolah menengah, universiti, sekolah rendah, surirumah dan lain-lain.  Tidak ada siapa yang hendak mendengar doa yang dibacakan kecuali dibaca secara suara kuat.  Maka jadilah ansorullah sebagai jawapan melaksanakan tanggungjawab jihad menegakkan agama Allah.

   Tuan-puan dijemput hadir ke program Perhimpunan Bai'ah Pas Tambun.  Datang beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini.  Tidak ada lain melainkan untuk menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Bai'ah adalah untuk terus berdoa bagi memenangkan agama Allah.  Program bermula jam 10-12 tgh di Pusat Tarbiyah PAS Chemor (rumah hijau).  Bawa Isteri/suami dan anak-anak.  Daftarkan yang boleh melakukan doa dalam gerombolan membantu agama Allah.  Bentuk doa akan disediakan oleh urusetia.  Buku Manual Bai'ah akan diberikan ketika pendaftaran.  Datang dan sebarkan maklumat ini.

Read more...

BAI'AH DARI SUDUT USUL FIQH

>> Isnin, September 13, 2010

Mengikut kaedah Usul Fiqh

"Tidak akan tertegak sesuatu yang wajib melain dengannya maka ia jadi wajib"

    Inilah kaedah fiqh yang digunakan dalam konteks untuk menegakkan sesuatu kewajipan yang diarah oleh Al-Qur'an dan Sunnah.  Untuk menengakkan hukum Allah maka cukup banyak perkara yang dibelakangnya.  Sebab untuk menengakkan hukum Allah maka memerlukan kuasa dan kerajaan, maka untuk menengakkan sebuah kerajaan ia juga memerlukan banyak komitmen dari umat.

    Nabi Muhammad saw menunjukkan bahawa terlalu banyak perkara yang terpaksa dibuat oleh Rasullullah saw dalam konteks menengakkan kerajaan Islam di Madinah.  Antaranya

1)   Nabi saw menerima Bai'atul 'Aqabah yang pertama dan kedua
2)   Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah
3)   Sahabat Nabi Muhammad saw berhijrah
4)   Nabi Muhammad saw menghantar utusan awal seperti Mus'ab bin Umair
5)   Nabi saw melantik 12 naqib awal untuk mengembangkan Islam di Madinah
6)   Nabi dan sahabat membina perlembagaan Negara Islam madinah
7)   Nabi saw bertahalluf (kerjasama politik) dengan kabilah Yahudi dan Nasrani di Madinah

Inilah tindakan Nabi Muhammad saw sebelum Nabi saw berhijrah dan membina sebuah negara.  Kesemuanya adalah termaktub dalam sunnah Nabi Muhammad saw.  Maka proses Bai'ah (janji setia) sahabat Nabi Muhammad saw adalah sebahagian daripada tindakan dalam konteks terbinanya sebuah negara berdaulat Negara Islam Madinah.

    Inilah proses yang sedang dibuat oleh PAS Tambun.  Program tersebut akan diadakan pada 19/9/10, jam 10-12 tgh di Pusat Tarbiyah PAS Chemor.  Datang beramai-ramai.  Seluruh pencinta Islam sila datang an sebarkan maklumat ini.

Read more...

CONTOH BAI'AH SAHABAT RASULLULLAH SAW

>> Ahad, September 12, 2010

Dalam hadis Muslim, beliau meriwayatkan contoh bai'ah sahabat Nabi Muhammad saw

"kami bermubaya'ah dengan Rasullullah saw bahawa

1.   Kami akan patuh dan taat dalam keadaan kami suka atau tidak
2.   Kami tidak akan mempertikai ketua yang dilantik
3.   kami akan bercakap benar
4.   kami tidak akan takut terhadap cercaan manusia dalam melaksanakan perintah Allah"

Inilah antara bai'ah sahabat Nabi Muhammad saw.  Mereka menstrukturkan sumbangan mereka kepada Islam.  Sahabat Nabi saw menginstitusikan bentuk sumbangan mereka kepada Islam.  Inilah janji setia mereka dengan Nabi Muhammad saw.

Sunnah inilah yang hendak diikuti dalam perjuangan.  Mengstrukturkan dan menginstitusikan sumbangan agar ia akan terus istiqamah hingga keakhir hayat manusia.

Tuan/puan muslimin dan muslimat dijemput hadir ke program Perhimpunan Bai'ah PAS Tambun
19/9/10 * jam 10-12 tgh * Pusat Tarbiyah PAS Chemor (Rumah hijau)

Read more...

BAI'AH UNTUK MELAWAN UMNO-BN

>> Sabtu, September 11, 2010

APA ITU BAI'AH?

Bai'ah adalah janji setia

ADAKAH BAI'AH SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW?

Bai'ah adalah sunnah Nabi Muhammad saw.  Nabi Muhammad saw menerima bai'ah daripada sahabat Nabi demi mempertahankan Islam

APAKAH SEKARANG MASIH MEMERLUKAN BAI'AH?

Ya, kerana sekarang masih wujud perjuangan menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah

KENAPA MASIH MEMERLUKAN BAI'AH?

Bai'ah adalah janji setia.  Dengan bai'ah maka sumbangan kepada Islam akan lebih berada dalam disiplin dan akan lebih teratur.  Memang umat Islam ada menyumbang sesuatu, ini tidak dapat dinafikan.  Tetapi dengan bai'ah  sumbangan itu akan berada dalam susunan yang teratur.  Inilah yang disebut oleh Allah dalam surah as-Saf ayat 4 -"  Sesungguhnya dalam kecintaan Allah mereka yang berjuang dalam saf yang tersusun rapi"

SIAPA YANG BOLEH BERBAI'AH?

Siapa sahaja yang mahu menyumbang kepada Islam.  Mereka mungkin adalah ahli PAS, UMNO yang menyokong Pakatan Rakyat, atau yang berada di atas pagar, pemimpin NGO dan siapa sahaja.  Ia tidak pernah terikat dengan DUN Manjoi sahaja malahan di mana sahaja beliau tinggal.

BAGAIMANAKAH PENDEKATAN DALAM BAI'AH INI?

Pendekatan kita untuk menang mestilah terbuka.  Semua yang mahukan Islam menang mestilah terlibat.  Semua yang mahu Islam memerintah mestilah terlibat.  Pendekatan berdoa adalah cara yang digunakan.  Kakitangan kerajaan dan swasta boleh sahaja berdoa.  Tiada ketua jabatan akan duduk dengar doa yang hendak dibacakan.  Doa adalah antara seorang yang beriman dengan Allah.

BILA NAK DILAKSANAKAN?

PERHIMPUNAN BAI'AH PAS TAMBUN
Tarikh : 19/9/10 * jam 10-12 tgh * tempat : Markaz Tarbiyah PAS Pekan Chemor (Rumah Hijau) Datang beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini..  Jamuan ala hari raya disediakan..

Read more...

JIHAD DAN SYAHID - METHOD LAWAN UMNO


ust wan sedang menyampaikan khutbah

bersantai selepas selesai khutbah bersama hj sulaiman, penghulu safian
dan jamal

ust wan bersama dengan Imam Zul

isi penting khutbah HR

1)  orang yang bertaqwa akan terus memupuk sifat taqwa 

2)  cabaran yang ada kini jawapannya tidak lain jihad fisabilillah

3)  jihad sama ada dengan jihal diri atau jihad mal

4)  penekanan Dr Yusuf Al-Qardhawiy dalam memaknakan menganut agama Islam ialah dengan

4.1  mengesakan dan mentauhidkan Allah
4.2  mengakui bahawa alam seluruhnya adalah milik Allah dan di tadbir oleh Allah
4.3 mengurus kehidupan dengan Islam
4.4 mengikat diri dengan hukum Allah

sekiranya keempat-empat sifat ini tiada maka berlakulah kesyirikan kepada Allah.  Orang yang mensyirikkan dan menduakan Allah maka tidak mendapat apa-apa di sisi Allah

5)  meningkatkan sumbangan untuk pembinaan markaz PAS Tambun

6)  meningkatkan amalan tahajjud untuk perjuangan menegakkan hukum dan agama Allah

Mudahan umat Islam akan terus berjihad mengalahkan pemikiran manusia dan menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah.

Read more...

KHUTBAH HARI RAYA DI MARKAZ PAS TAMAN MERU

>> Khamis, September 09, 2010

KHUTBAH HARI RAYA DI MARKAZ PAS TAMAN MERU


KHATIB DAN IMAM : UST WAN AHMAD TARMIZI B ABDUL AZIZ


TEMA : JIHAD DAN SYAHID DEMI MEMPEROLEHI SYURGA ALLAH


MASA : 9.00 PAGI MULA SOLAT EID, KEMUDIAN KHUTBAH


ISTIMEWA TAHUN INI KERANA MARKAZ INI AKAN MEMULAKAN PEMBINAAN MARKAZ BARU SELEPAS HARI RAYA.  UNTUK MENDAPAT AURA MARKAZ LAMA MAKA INI ADALAH KALI TERKAHIR KHUTBAH DIBACAKAN DALAM MARKAZ INI.


DATANG BERAMAI, BAWA SEJADAH DAN SEBARKAN. 

Read more...

UMNO URUS HARIRAYA IKUT NAFSU

>> Rabu, September 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 163

UMNO URUS HARIRAYA IKUT NAFSU


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

    Hari raya menuntut pengurusan taqwa yang tinggi.  Inilah kesimpulan takbir hari raya.  Alllah Taala menyatakan walitukabiru Allah.  Inilah hubungan hari raya dengan taqwa.  Apa sahaja yang ada kaitan dengan Allah maka disitu ada peranan taqwa.

    Selama ini UMNO mengurus Hari Raya mengikut hawa nafsu.  Hari raya dicemari dengan

1)  hiburan yang melampau
2)  apa kaitan sambutan hari kemenangan (aidil fitri) dengan hiburan dan nyanyian artis
3)  kecelaruan pemikiran yang bercanggah dengan taqwa dari Al-Qur'an
4)  UMNO memang suka kepada kelalaian

   Itulah UMNO.  Busuk hati dengan orang yang bertaqwa.  Terus menerus mengekalkan diri dengan kepalsuan.  UMNO benci kepada taqwa.

   JAUHI UMNO KERANA UMNO SUKA MAKSIAT.  JANGAN UNDI CALON DARI UMNO KERANA MEREKA MENYOKONG KEMUNGKARAN.

   UNDI CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13.  PR SEDANG MENGHARMONIKAN MASYARAKAT DENGAN ISLAM. INI YANG BERLAKU DI SELANGOR, KEDAH, PP DAN DAH LAMA DI KELANTAN

Read more...

MENCARI LEMANG UNTUK HARI RAYA

LEMANG PAS TAMBUN!!!! DATANG DAN SEBARKAN MAKLUMAT


    UST WAN DAN PAKSALEH datang ke gerai lemang PAS TAMBUN.  Gerai dikendali oleh Sdr. Sufian - penghulu.  Gerai berada di hujung Merdeka Garden, berhampiran dengan manjoi.  Taun/puan dijemput hadir dan membeli lemang yang di jual oleh Sdr. Suffian (019-4613209) . Harga Lemang antara RM10-14 sebatang.














Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ANAK YATIM

>> Isnin, September 06, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ANAK YATIM UNTUK
HARI RAYA AIDIL FITRI
5/9/10 * KG SERI KLEBANG

    Hasil daripada sumbangan masyarakat maka suatu program penyerahan bantuan anak yatim dilaksanakan.  Hampir 40 orang penerima dari golongan anak yatim diberikan.






































Read more...

TAZKIRAH SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MISKIN

TAZKIRAH SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MISKIN
5/9/10
KG SERI KLEBANG

   Hampir 30 bantuan golongan miskin diberikan.  Sebelum bantuan diberikan tazkirah disampaikan oleh Ust wan.  Para penerima bantuan dimohon untuk solat maghrib bersama.  Selepas itu barulah keseluruhan bantuan di sempurnakan.  Inilah perbezaan pemberian bantuan PAS dengan UMNO.  UMNO bagi kemudian boleh bersurai.





Read more...

MENJEJAKI OKU KG SERI KLEBANG - SEMPENA AIDIL FITRI

MENJEJAKI OKU KG SERI KLEBANG - SEMPENA AIDIL FITRI
5/9/10

    Semalam adalah hari turun padang ke Kg Seri Klebang.  Program pertama ialah menjejaki golongan OKU.  kami menziarahi hampir 10 buah rumah OKU.  Bertemu dan berbincang dengan keluarga dalam menghadapi cabaran membela golongan OKU.  Kita mohon supaya Allah Taala mencurah daya kesabaran yang tinggi kepada keluarga yang berkenaan.

golongan OKU yang terlantar berumur 16 tahun. Kejadian berlaku ketika umur 8 tahun, pembedahan otak untuk mengeluarkan nanah. selepas daripada pembedahan terlantar sehingga sekarang


OKU down-sindrom, bersekolah di sekolah khas.  Berumur 10 tahun

OKU daripada kecil.  Sudah berumur 30 tahun.  


OKU ini pula berlaku kejadian pembedahan.  Ada 3 anak.  Kejadian terlantar sudah berlaku selama 3 tahun.  Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada suami beliau

Read more...

UMNO AMAL KESYIRIKAN DALAM BANYAK PERKARA

>> Ahad, September 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
KETUANAN MELAYU KE 163

UMNO AMAL KESYIRIKAN DALAM BANYAK HAL

    UMNO adalah parti Melayu yang berasaskan kepada pemikiran manusia.  UMNO tidak meletakkan agama sebagai teras dalam partinya.  Maka banyaklah pemikiran manusia yang diamalkan oleh UMNO. Perkara yang sangat bertentangan dengan agama ialah syirik.  Dosa syirik adalah dosa yang tidak diampunkan Allah.  UMNO terlibat secara langsung dengan perkara ini.

1)     UMNO bersyirik dalam penyembahan.  UMNO menjadikan manusia sebagai Tuhan yang disembah.  Kepada pemimpin UMNO mereka takut menyatakan kebenaran.  UMNO memuja manusia.

2)   UMNO bersyirik dengan alam.  UMNO mengatakan bahawa alam yang ada ini adalah terjadi dengan sendirinya.  UMNO mengatakan bahawa semua kejadian alam adalah bencana alam.  Banjir adalah bencana alam.  Gempa bumi adalah bencana alam.  Banjir dan gempa bumi tiada kaitan dengan Allah.  Inilah kesyirikn.

3)   UMNO bersyirik yang hebat dengan hukum Allah.  UMNO memilih hukum manusia dan UMNO mengatakan bahawa hukum manusia adalah hukum yang adil dan berperikemanusiaan.  UMNO menolak hukum Allah - hudud dan Qisas.  Inilah kesyirikan yang hebat.

JAUHI UMNO KERANA UMNO TIDAK AMALKAN ISLAM.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13.

UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT YANG BERUSAHA UNTUK MENTERJEMAH ISLAM.  INI BERLAKU DI S'GOR, PP, KEDAH DAN DAH LAMA DI KELANTAN

Read more...

KONVOI AMAL AIDIL FITRI ANAK YATIM - PAS TAMBUN

>> Sabtu, September 04, 2010

KONVOI AMAL AIDIL FITRI ANAK YATIM PAS TAMBUN
4/9/2010

    Konvoi bertujuan untuk menyantuni anak-anak yatim yang berada di Parlimen Tambun.  Pendekatan konvoi dibuat untuk mengangkat kesedaran masyarakat terhadap nasib anak yatim.  Islam sendiri memberi pendekatan yang khas melalui surah al-Ma'un.

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? 

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,  

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.  

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -  

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;  

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),  

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).  


    Konvoi bermula di Pejabat PAS Kawasan di Meru 2B.  Konvoi kemudian berpecah kepada
1)  gugusan Manjoi
2)  Meru
3)  Chemor
4)  Klebang


konvoi di ketuai oleh Sdr Ismail (Abang Man), 


penyerahan hamper oleh Ust Wan


penyerahan hamper oleh Pn Ruslina

penyerahan duit raya



Read more...

LAILATUL QADR ADALAH UNTUK YANG BENAR BERIMAN

>> Jumaat, September 03, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 163

LAILATUL QADR ADALAH UNTUK YANG BENAR BERIMAN SAHAJA

   Surah Al-Qadr di mulai dengan Allah menyatakan penurunan Al-Qur'an pada malam Al-Qadr.  Malam itu Allah Taala menurunkan Al-Qur'an dari luh mahfuz ke langit paling bawah - baitul 'Izzah.  Dari sini Al-Qur'an di sampaikan kepada nabi Muhammad saw selama 23 tahun.

   Lailatul Qadr ada kaitan dengan Al-Qur'an.  Yang layak menerima lailatul Qadr ialah golongan yang menerima Al-Qur'an seluruhnya.  UMNO tolak hukum dari Al-Qur'an.  Hudud dan Qisas.  UMNO kata hukum manusia lebuih baik lagi.  Ini jels mensyirikkan Allah.  Apakah golongan ini layak menerima al-Qadr?

   Jauhi UMNO kerana UMNO menentang hukum Allah.  Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13 kerana UMNO tak mahu kepada Al-Qur'an.

    Undi calon PR dalam PRU 13 untuk kesejahteraan umat.  Ini yang sedang dibuat di PP, Kedah, Selangor dan dah lama di Kelantan.

Read more...

MAJLIS TAZKIRAH DI SURAU TAQWA, PUNCAK JELAPANG

MAJLIS TAZKIRAH DI SURAU TAQWA, PUNCAK JELAPANG
2/9/10

    Inilah kali pertama berceramah di surau ini.  kebanyakan adalah orang muda.  UMNO takut surau yang macam ni.  UMNO tak de tempat di surau yang mcam ini.









Read more...

UMNO SYIRIK PADA ALLAH - APAKAH AHLI UMNO DAPAT LAILATUL QADR

>> Khamis, September 02, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUNAN MELAYU KE 162

UMNO SYIRIK PADA ALLAH - 
AHLI UMNO TAK DAPAT LAILATUL QADR


UMNO ambil selain dari Allah

1)  sistem politik UMNO berasaskan sekular (buatan manusia)
2)  sistem pendidikan UMNO sekular - memisahkan kehidupan dengan akhirat
3)  sistem perniagaan UMNO - Riba
4)  sistem undang-undang UMNO - tolak hukum Islam

Ahli UMNO memang solat.  Tetapi dalam masa yang sama mengambil sistem lain yang berteraskan kemanusiaan.  Apakah orang macam ini mendapat lailalatul Qadr. 

Lailatul Qadr hanya untuk orang yang beriman.

JAUHI UMNO YANG MENGAMALKAN SYIRIK.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13

Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN DI MASJID AL-AULIA

TAZKIRAH RAMADHAN DI MASJID AL-AULIA
1/9/10

Majlis tazkirah dimulakan setelah 4 rakaat taraweh.  Antara pengisian

1)    apa dia lailatul Qadr
2)    apakah golongan yang mensyirikkan Allah mendapat lailatul Qadr?
3)    Orang yang Beriman mestilah menjadikan Allah sebagai pemimpin
4)    Persiapan negeri akhirat

(ayat syirik yang tidak dimaafkan Allah)





Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP