PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

TAZKIRAH RAMADHAN 7-UMNO NAFI USAHA MELAKSANA ARAHAN ALLAH

>> Sabtu, Ogos 14, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 152

UMNO NAFI USAHA MELAKSANA ARAHAN ALLAH (KUTIBA)

     Di dalam Al-Qur'an terdapat 13 perkataan kutiba. Perkataan kutiba bermakna diwajibkan atas kamu.  Antara konteks kutiba


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

1)     hukum Allah - hukum Qisas ( Al-Baqarah 178)   
 KUTIBA ALAIKUM UL-QISAS

      Ini bermakna bahawa diwajibkan hukum Qisas atas orang yang beriman.  Permulaan ayat ini seruan kepada Yang Beriman maka hukum ini wajib keatas orang yang beriman.  Walaupun perbincangan fiqhnya terlalu panjang namun sudah pasti ia tidak menggugurkan tuntutan ke atas muslim untuk melaksanakan tuntutan hukum ini.

     Namun perbincangan hukum Qisas ini tidak dipedulikan oleh UMNO.  UMNO sangat menekan hal kutiba alaikum us-Siyam (puasa) dan menafikan hukum Allah.  Inilah kerja jahat UMNO.  Terus menerus mengkaburi rakyat hal yang berkaitan dengan Islam yang sebenar dan syumul.

(sambung mlm ini

Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 6 - UMNO MENJAHANAMKAN ISLAM

>> Jumaat, Ogos 13, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 151

UMNO MENJAHANAMKAN ISLAM

     UMNO adalah pembawa kemungkaran.  UMNO terus menanamkan faham Islam yang secara terpisah dalam kehidupan rakyat.  Media cetak UMNO dan media elektronik UMNO terus mencanangkan pemisahan agama secara jelas dari keseluruhan kehidupan.

     UMNO melihat puasa adalah puasa semata-mata tanpa ada kaitan dengan yang lain.  Sedangkan Allah dengan jelas menyebutkan kaitannya antara


1)     Orang beriman dengan pelaksanaan ibadah puasa
2)     kaitan puasa adalah ibadah yang juga dilaksanakan oleh umat terdahulu
3)     puasa dan kaitannya dengan taqwa
4)     taqwa adalah meliputi keseluruhan kehidupan

     UMNO mendidik rakyat p[uasa adalah puasa dan tiada kaitan dengan kehidupan.  Tugas mencanangkan konsep yang sebegini dibuat oleh para ustaz dan ustazah UMNO.  Mereka msuk keluar TV dan Radio untuk menyakinkan rakyat melihat bahawa puas adalah puasa dan tiada kaitan dengan ibadah yang lain.  Begitu juga media cetak milik UMNO.  Cerita fadhilat ramadhan dari malam pertama sampai akhir.  Tanpa ada kaitan antara taqwa dengan politik, taqwa dengan negara. taqwa dengan keadilan dan taqwa dengan seluruh konsep kehidupan manusia.

     Inilah kerja jahat UMNO.  Mereka menjuzukkan agama.  UMNOlah yang menjahanamkan Islam dalam konsepnya yang syumul.  Kemudian UMNO berkatan UMNOlah yang berjuang Islam.  UMNO sudah merosakkan Islam. 

     UMNO mengatakan bahawa UMNO sudah banyak jasa dalam negara.  UMNO tak tengok ada manusia yang sangat berjasa dengan Nabi dan Rasul Allah tetapi mereka diletakkan Allah dalam neraka.  Antara nama mereka yang berjasa kepada Nabi dan Rasul

1)    Firaun - berjasa kepada Nabi Musa.  Firaun kini berda dalam keazaban Allah.  Mufassirin (pentafsir Al-Qur'an) ada mengatakan bahawa Firaun membela Nabi Musa 18 tahun atau 21 tahun lamanya. 

2)    Abu Lahab berjasa kepada nabi Muhammad saw - Abu Lahab juga berada dalam keazaban Allah.  Abu Lahab dalam keazaban Allah kerana menentang Islam yang dibawa Nabi Muhammad dan menentang Nabi Muhammad saw sendiri

3)    isteri Nabi Nuh - juga berada dalam keazaban Allah.  Isteri Nabi Nuh juga menentangNabi Nuh ketika Nabi Nuh membuat kapal ditengah pekan.

     UMNO di mana diakhirat?  Ahli UMNO berada di mana di akhirat nanti?  Di sisi Allah jasa tidak akan dihitung.  Yang dihitung Allah ialah TAQWA.  Segera tinggalkan UMNO yang banyak berjasa tetapi menentang hukum Allah.

     Jangan beri undi pada calon UMNO pada PRU-13.  UNDI LAH calon PR untuk berlaku pengagihan semula kekayaan negeri kepada seluruh rakyat seperti mana berlaku di kelantan, PP, Kedah dan Selangor.

UNDI ANDA ADALAH UNTUK CALON 
PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13

Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 5 - UMNO TAK PAHAM MAKNA TAQWA DAN HUKUMNYA

>> Khamis, Ogos 12, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 150

UMNO TAK PAHAM MAKNA TAQWA DAN HUKUMNYA

Marilah buat perbandingan tentang sesuatu hukum Allah.  Tidak ada suatu hukum Allah yang berdiri dengan sendiri.  Ia adalah berkait antara satu dengan lain.  Sebagai contoh solat
1)    bergantung dengan wudu' - sah ke atau tidak
2)    persiapan solat - kain menutup aurat apakah dari rezeki yang halal? 
3)    solat-  ikut tertib atau tidak

     Oleh yang demikian nak menentukan suatu solat diterima Allah atau tidak maka banyak bergantung dengan perkara yang sangat hampir dengannya. Wudu tidak sah maka solat tak sah.  Persiapan solat iaitu membeli kain dengan duit hasil judi sampai bila pun solat tidak sah.  wudu sah dan persiapan solat dari sumber rezeki yang halal tapi tertib solat tidak diikuti maka solat tidak sah.

    Inilah yang UMNO tak faham.  Yang di paham UMNO kalau puasa terus dapat taqwa.  Apakah ada keserasian antara taqwa dengan perkara dibawah

1)     Rasuah - rasuah adalah hawa nafsu.  Rasuah adalah bertentangan dengan taqwa. UMNO parti rasuah.  Maka apakah orang UMNO yang puasa itu mendapat taqwa dengan menyokong dan memberi undi kepada pemimpin yang korup dan rasuah?

2)     ISA - akta zalim yang ikut hawa nafsu.  UMNO parti yang mengadakan ISA.  Orang UMNO sokong ISA, maka  apakah dengan menyokong kezaliman akan mendatangkan taqwa?

3)     Perzinaan -  ia adalah hawa nafsu.  UMNO tak nak hukum Allah. Malahan UMNO buat sekolah hamil.  Tak cukup dengan Rumah Pemulihan UMNO buat lagi sekolah hamil hasil perzinaan.  UMNO lawan hukum Allah.  Maka apakah dengan lawan hukum Allah maka akan timbul kasih sayang dengan Allah?

     Kalau tanya orang UMNO ada ke taqwa, maka jawapannya tetap UMNO bertaqwa walaupun menyokong rasuah, perasuah dan lain-lain.

     Sebenarnya tiada lah taqwa kalau sudah bersama dengan kebatilan.  Itulah UMNO.  Solat orang UMNO itu nampaknya macam sah tetapi kain pelekatnya dibeli daripada wang rasuah.  Terimakah solat itu disisi Allah?  Soalan yang sama juga Menjadikah taqwa di kalangan orang UMNO?  Yang berada di keliling orang UMNO adalah kemungkaran? Jawab sendiri.  Sendiri mau jawab.

     UMNO mesti ditinggalkan.  Calon UMNO jangan diberi undi dalam PRU 13.

     UNDI calon PR dalam PRU 13.  PR mahu mengagihkan kemewahan negeri kepada Rakyat.  Ini yang berlaku di Kelantan, Kedah, PP dan Selangor.  Segera buat perubahan dan undi anda.
.

Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 4- UMNO BERPUASA KATA ADA TAQWA TAPI SOKONG KEZALIMAN

>> Rabu, Ogos 11, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 149

UMNO BERPUASA-  KATA ADA TAQWA TAPI SOKONG KEZALIMAN


Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. 61:7

     Taqwa adalah sebahagian daripada yang dikehendaki Allah.  Taqwa ialah berkasih sayang dengan Allah.  Hubungan dengan Allah akan menjadi intim apabila manusia itu hendak pada Allah.  Taqwa berkehendakkan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw.  Taqwa melahirkan rasa keinsanan yang tinggi sama ada kepada sesama manusia atau sesama makhluq.

    ZALIM  adalah sifat lawan kepada TAQWA.  Zalim cenderung kepada hawa nafsu.  Hawa nafsu cenderung kepada SYAITAN.   SYAITAN suka kepada rasuah, pembunuhan, melawan Allah, suka kepada orang yang tidak bertudung, suka kepada parti yang lawan Allah - UMNO.  Bila ditanya kepada UMNO mereka mengatakan bahawa mereka juga berpuasa dan memiliki TAQWA.  Sedangkan yang mengelilingi UMNO adalah nafsu kesyaitanan, ISA (zalim), ekonomi kapitalis (menindas-zalim), politik sekular (tak nak politik Islam) dan banyak lagi.  Maka tinggalkan UMNO.  Jangan lagi undi calon UMNO-BN.

     UNDILAH CALON PR.  NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT MENGEMBALIKAN KEKAYAAN NEGERI KEPADA RAKYAT  . INI YANG BERLAKU DI KELANTAN, KEDAH, PP DAN S'GOR.  

   NEGERI YANG DIPERINTAH UMNO, RAKYAT APA DAPAT - APA TAK DAPAT.  YANG DAPAT SEKOLAH MENGANDUNG (MELAKA)

PROGRAM ESOK 11/8/10
8.30 MLM - TAZKIRAH DI MARKAZ PAS PEKAN CHEMOR
                  -  LEPAS TARAWEH - TAZKIRAH DI SURAU MUHAJIRIN, MERU RAYA

Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 3 - AHLI UMNO SEMAKIN KUAT PUASA SEMAKIN KUAT LAWAN ALLAH

>> Selasa, Ogos 10, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 148

AHLI UMNO SEMAKIN LAMA BERPUASA SEMAKIN KUAT MENENTANG ALLAH


(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan ...(47:36)

     Kesan puasa ialah taqwa.  Dalam Al-Qur'an terdapat banyak  perkataan taqwa.  Konteks taqwa hanyalah satu iaitu terus mengikat hubungan dengan Allah.  Antara kesannya ialah

1)     Bertambah kasih dengan Allah.
2)     Bertambah kasih sayang dengan Rasullullah saw.
3)     Bertambah berani mempertahankan agama dan hukum Allah.
4)     Bertambah keinginan untuk mati syahid

     Inilah kesan taqwa.  Malang bagi UMNO.  Ahli UMNO berjuta.  Semuanya Islam dan mengaku beriman.  Mereka berpuasa lagi hebat dari orang lain. Namun yang ternyata kesan puasa orang UMNO tak ada lain

UMNO SEMAKIN KUAT MENENTANG HUKUM ALLAH
UMNO SEMAKIN KUAT RASUAH
UMNO SEMAKIN KUAT BERBOHONG
UMNO SEMAKIN KUAT MENIPU
UMNO SEMAKIN KUAT MENZALIMI ORANG LAIN, UMNO TAK NAK HAPUS ISA
UMNO SEMAKIN BANYAK AMBIL WANG KOMISEN
UMNO SEMAKIN BANYAK AMBIL WANG DENGAN BATIL
UMNO SEMAKIN BANYAK PENYELEWENGAN

     Kesian UMNO.  Segeralah tinggalkan UMNO.  Jangan lagi undi calon dari UMNO

UNDI CALON PR UNTUK PERUBAHAN DAN KESEJAHTERAAN UMAT.  NEGERI YANG DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN PR MENGEMBALIKAN KEKAYAAN NEGERI KEPADA RAKYAT.  INI YANG BERLAKU DI KELANTAN, KEDAH, PP DAN SELANGOR.  NEGERI YANG DIPIMPIN OLEH UMNO APA PUN TAK DAPAT. UMNO HANYA BAGI KAT KRONI.

UNDI CALON PR SAHAJA DALAM PRU 13

Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 2 - UMNO MESTI DITINGGALKAN

>> Isnin, Ogos 09, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 147

TAZKIRAH RAMADHAN 2 - UMNO MESTI DITINGGALKAN


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

   Kalimat taqwa dalam ayat wajib puasa adalah kesan daripada puasa.  Puasa yang benar meninggalkan kesan taqwa.

   Bagaimanakah kesan taqwa kalau sudah berpuasa selama 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun 60 tahun?  Bukankah semakin hampir kepada Allah?  Tapi kalau sudah 30 tahun berpuasa tapi masih menolak hukum Allah maka apakah kesan puasa dalam kehidupan orang ini?  Bagaimana dengan 30 tahun berpuasa masih tak yakin dengan hukum Hudud dan Qisas?  bagaimana kesan taqwa bagi yang sudah 40 tahun berpuasa tapi masih kekal dengan UMNO?  Inilah jawapan yang mesti dijawab oleh mereka yang berpuasa.

    Berpuasa yang meningkatkan taqwa ialah dengan

1)    MENINGGALKAN UMNO KERANA UMNO MENENTANG HUKUM ALLAH
2)    MENINGGALKAN UMNO KERANA UMNO MELULUSKAN JUDI - JUDI ADALAH HARAM
3)    MENINGGALKAN UMNO KERANA UMNO PARTI RASUAH
4)    MENINGGALKAN UMNO KERANA UMNO MEMBUAT DASAR ISA YANG ZALIM
5)    TIDAK LAGI MENGUNDI CALON UMNO DALAM MANA-MANA PILIHANRAYA TERUTAMA PRU 13
6)     MENINGGALKAN UMNO KERANA UMNO DERHAKA KEPADA AGAMA, ALLAH DAN RASUL
   
      Kalau semua ini tidak ditinggalkan maka semaklah puasa anda.  Sendiri mau tanya dan jawab? Berkesankah taqwa aku daripada Ramadhan?

     Undilah calon PR kerana negeri yang diperintah PR mengembalikan kekayaan negeri kepada Rakyat.

Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 1- UMNO AJAR UMAT ISLAM HANYA PUASA SAHAJA

>> Ahad, Ogos 08, 2010


RAMADHAN KAREEM - TAZKIRAH 1
PERINGATAN DALAM MELAKSANAKAN
IBADAH RAMADHAN



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al Baqarah ayat 183)



     Dalam Al-Qur'an Allah meletakkan tanggungjawab yang sangat jelas terhadap orang yang beriman iaitu melaksanakan ibadah puasa.  Dalam yang di atas jelas Allah Taala meletakkan perkataan kutiba yang membawa makna diwajibkan keatas kamu.  Lalu manusia yang beriman pun melaksanakan ibadah ini engan tekun.  Dalam Al-Qur'an ada 13 perkataan kutiba yang merupakan kewajipan tetap dan general order kepada seluruh umat manusia yang beriman kepada Allah.  Antaranya

Kutiba alaikum mul Qisas -  diwajibkan atas kamu hukum Qisas 
Kutiba alaikum mus Siyam - diwajibkan atas kamu berpuasa
Kutiba alaikum mul Qital - diwajibkan atas kamu berperang atas nama mempertahankan Islam
Kutiba alaikum Idza Hadara ahadaku mul maut - diwajibkan atas kamu mengadakan wasiat apabila menghadiri kematian
    Jelas bahawa umat islam mahu sahaja mengambil kewajipan puasa tetapi meninggalkan kewajipan Qisas dan kewajipan berperang.  Seolah-olah dalam menyambut Ramadhan ia adalah satu-satunya kewajipan dalam Islam.  Tiada lagi kewajipan lain.  Inilah yang diajarkan oleh penjajah kepada umat Islam.
   Kewajipan jihad untuk menegakkan hukum Allah seperti tiada dalam Islam.  Kewajipan jihad untuk mempertahankan Islam juga seperti tiada dalam Islam.  Semua ini dikongkong oleh pemerintah dan kerajaan yang ada. Hingga umat Islam sudah menganggap hanya ada kewajipan puasa sahaja dalam Islam.  Sedangkan arahan kutiba adalah sama pada hukum Allah dan melaksanakan jihad mempertahankan Islam.  

    Begitulah yang dilakukan oleh UMNO.  Media disekat daripada menyatakan kebenaran.  Forum Perdana yang disiarkan oleh TV juga menjurus perbincangan hanya untuk melaksanakan suruhan puasa.  Manakala panel yang membicarakan hal yang lebih syumul seperti melaksanakan Qisas atau jihad maka panel akan digam oleh UMNO.  iNILAH PENENTANGAN YANG DIBUAT OLEH UMNO DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA.  Ini kerana UMNO memisahkan agama dari kehidupan.  UMNO hanya memahamkan suatu juzu' daripada Islam kepada umat.  Puasa tidak akan mengancam UMNO.  Manakala Qisas dan jihad akan mengancam UMNO.  Maka faham Qisas adalah wajib dan jihad adalah wajib mestilah segera dihapuskan.  Oleh kerana UMNO menentang Qisas dan Jihad maka UMNO mestilah ditentang, dilawan dan dikalahkan.
Maka berubahlah menjadi Melayu Islam yang mahu mempertahankan Al-Qur'an dan Sunnah.  Melayu Islam akan mengundi parti Islam dalam PRU 13 untuk menegakkan Qisas dan jihad


Read more...

UMNO MENENTANG MELAYU YANG ISLAM

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
GAHAM KETUANAN MELAYU 146

UMNO MENENTANG MELAYU YANG ISLAM


Sekali lagi surah hujurat ayat 13 jadikan dalil.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

     Islam membentuk manusia yang mahukan taqwa.  Taqwa pula mestilah kepada Allah.  Asas penilaian manusia yang dibentuk Islam ialah taqwa.  Bentuk penilaian yang berasaskan bangsa, pingat, pangkat, darjat sudah lama ditolak Islam.

    UMNO meletakkan bahawa penilaian manusia berasaskan pangkat, pingat dan derjat.  Jelas pendekatan penilaian UMNO bertentangan dengan Islam.Itu sebab selama-lamanya orang Cina dan India dalam BN tidak berminat dengan Islam sebab berbeza penilaian daripada Islam.

    Melayu mestilah diletakkan dengan kehendak Islam.  Diikat kehidupan orang Melayu dengan Islam.  Nilai-nilai Islam akan terus mewarnai kehidupan orang Melayu.  Orang melayu yang seperti ini dikatakan Melayu Islam.  Melayu Islam akan mempertahankan ketuanan Al-Qur'an dan Sunnah.  Nilai kebenaran akan terus ditegakkan.  Nilai kebathilan akan terus ditolak dalam kehidupan orang Melayu Islam.  Politik yang ditegakkan oleh Melayu Islam ialah politik kebenaran dan keadilan.  Melayu Islam akan menentang ISA dan lain-lain akta yang zalim.

    Mufti tak nak Melayu Islam.  Mufti nak Melayu Melayu.  Itu sebab perpaduan mufti berdasarkan bangsa dan bukan Islam.

    Marilah segera Melayu di Islamkan.  Melayu mesti menjadi Melayu Islam.  Jangan jadi Melayu-Melayu.
  Orang Melayu Islam mestilah tidak mengundi calon Melayu-Melayu.  TOLAK MEREKA DALAM PRU 13.  KUMPULAN MELAYU-MELAYU (UMNO) HENDAKLAH DIHENTIKAN KEZALIMANNYA. BAGAIMANA?  JANGAN LAGI UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP