PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

UMNO-BN CERITA SAJA NAK MAJU TAPI TERUS TIPU RAKYAT

>> Sabtu, Julai 24, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 134

UMNO-BN CERITA SAJA NAK MAJU TAPI TERUS TIPU RAKYAT

     Lawatan saya selama hampir 5 hari ke UK membawa banyak makna dalam kehidupan berpolitik Malaysia berbanding dengan Britain.  Di Britain

1)  Di Britain, kebajikan rakyat letak no. 1.  Malaysia kebajikan rakyat tiada.

2)  Di Britain, yuran Persekolahan percuma.  Malaysia berbayar RM70 setahun

3)  Di Britain, pengangkutan awam kelas pertama, rakyat Britain sangat suka kepada pengangkutan awam berbanding dengan pengangkutan sendiri.  Malaysia pengangkutan awam dibenci rakyat.  Perkhidmatan pengangkutan awam penuh dengan rasuah.  Pemeriksaan JPJ penuh dengan rasuah?

4)  Di Britain Tanda halaju jelas untuk keselamatan jalanraya.  Polis tembak pemandu laju secara terbuka dan diberitahu bahawa polis sedang membuat tembakan halaju 100 meter di hadapan. Itu sebab di Britain tiada saman halaju.  Pemikiran berbeza dengan Malaysia, polis tembak halaju dalam semak samun. Macam orang mencuri.  Ada nilaian saman jutaan ringgit di Malaysia.  Malaysia jadikan saman polis satu pendapatan yang diperas dari rakyat.  Ini kerja pemimpin UMNO.  Tolak UMNO.

5)   Di Britain ada wang kebajikan untuk rakyat.  Hampir setiap rakyat mendapatnya.  Jumlah adalah 1,400 paun sterling.  Ada rumah flat lagi.  Di Malaysia semua duit perolehan negara di sapu oleh pemimpin UMNO. Rakyat dapat apa?  Negeri yang di perintah UMNO, KRONI UMNO sahaja yang dapat.


Ini yang sedang diusahakan oleh Negeri Pakatan Rakyat.  Oleh yang demikian rakyat mesti sokong PR (PAS. DAP DAN KEADILAN).  


Lain-lain contoh banyak.  Boleh sahaja ditiru oleh Pakatan Rakyat, macamana Britain jaga rakyat dia dengan usaha peringkat negara.  Parti Buruh di Britain kalah kerana tak jaga kebajikan rakyat.

Read more...

UMNO SAKIT - CARA BERFIKIR TERBALIK

>> Jumaat, Julai 23, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 133

UMNO MEMILIKI CORAK BERFIKIR YANG SALAH

Allah Taala berfirman surah Al-Baqarah ayat 10


Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

   Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan tentang bahawa orang munafik itu hati mereka ada penyakit.  Mereka membuat tanggapan bahawa Allah Taala tidak mengetahui.  UMNO cuba menipu Allah.

    Bagaimanakah yang dikatakan corak berfikir yang salah,  contoh

1)  UMNO kata Najib-Mahyuddin tiada krisis - sebenarnya wujud krisis
2)  Pemimpin UMNO kata harga barang tak naik - sebenarnya harga barang naik
3)  Melayu mesti bersatu - bersatu pada UMNO ialah bergabung melawan hukum Allah
4)  UMNO kata kehadiran perhimpunan menentang judi sikit - maknanya kehadiran adalah banyak
5)  UMNO kata mereka nak Islam - maknanya UMNO tak nak Islam
6)  UMNO kata ikhlas - maknanya tak ikhlas

Semua kenyataan pemimpin UMNO mestilah dibaca terbalik

   Semua yang berlaku UMNO cuba membuat pembohongan.  Hatta  UMNO bohong dengan bala Allah.  Contoh banjir,maka media UMNO kata ini bencana alam.  Dibuat teori bahawa air laut melimpah dan masuk ke sungai maka berlakulah banjir.  Inilah hati mereka yang terus derhaka kepada Allah.

   Apakah pemimpin yang hati derhaka kepada Allah seluruh melayu nak bersatu?  Corak berfikirnya sahaja sudah salah.  UMNO tak nak menyatakan kebenaran.  UMNO cenderung menyatakan yang benar itu salah dan yang salah itu menjadi benar.  Sekarang melayu tak ade pilihan melainkan menolak UMNO dan pemimpin yang hatinya sakit. Tolak UMNO,  Tolak pemimpin UMNO, Tolak siapa sahaja yang hendak bersatu dengan UMNO, Tolak orang tengah yang hendak kepada UMNO.  UMNO sakit dan sesiapa yang bersama UMNO adalah sakit.  Melayu boleh buat perubahan.

Read more...

UMNO JADI KUDA TUNGGANGAN MCA

>> Khamis, Julai 22, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 132

UMNO BERI TANAH PADA SEKOLAH CINA UNTUK
PIKAT UNDI CINA  DAN ABAIKAN  SAR

     UMNO dengan jelas terus BERUSAHA untuk memikat undi Cina dalam PRU 13 dengan terus memberi tanah seluas 1,012 hektar untuk diusahakan oleh Sekolah Cina SUWA.  UMNO terus melakukan apa sahaja untuk memikat undi Cina dalam PRU 13 akan datang.

     Siapa tunggang siapa sekarang?  UMNO DITUNGGANGI MCA.  
 Sekolah SUWA cina dapat 1,012 hektar tanah untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit.  Dulu zaman Pakatan Rakyat nak beri tanah pada sekolah yang sama,  UMNO kata PAS tunggangan DAP.  Sekarang bila UMNO buat macam PR buat dahulu maka UMNO adalah tunggagan MCA.  PRU 13 dah dekat kerana UMNO siang malam mencuba untuk memikat undi orang cina.

     SAR macamana?  Tanah mana yang diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat oleh UMNO?  Jangan harap.  Ini sebab orang Melayu adalah fix deposit undi untuk UMNO.  UMNO bagi atau tidak pada SAR, UMNO tahu bahawa melayu kampung dan Felda akan terus sokong UMNO.  Inilah politik murahan orang Melayu.  Undi Melayu terus dimanopulasi oleh pemimpin UMNO untuk kepentingan UMNO.  

     INI kerja jahat UMNO.  Hancur UMNO.  Wahai orang melayu tinggalkan UMNO.  Berilah harga yang tinggi undi anda untuk membuat pembelaan terhadap bangsa anda sendiri.

Read more...

UMNO POTONG SUBSIDI RAKYAT, TERUSKAN SUBSIDI KRONI

>> Rabu, Julai 21, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 131

UMNO POTONG SUBSIDI RAKYAT 
TERUSKAN SUBSIDI KRONI

Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al Maidah ayat 8



Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

     Daripada ayat diatas jelas bahawa tugas pemerintahan adalah untuk menegakkan keadilan.  Maka tanggungjawab ini adalah tanggungjawab pemerintahan.  Pemerintah bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.

     Inilah yang tidak dilakukan oleh UMNO.  UMNO tiada dasar keadilan.  Dasar keadilan UMNO adalah hawa nafsu.  Itu sebab UMNO tidak menjaga kebajikan rakyat.  UMNO oleh kerana dipandu oleh hawa nafsu maka UMNO sanggup menjaga kroni yang seorang dua berbanding kebajikan untuk 28 juta rakyat Malaysia.

     Subsidi IPP sebanyak RM18 billion UMNO sanggup pertahan untuk 8 orang kroni UMNO.  IPP jana kuasa  jual pada TNB dan TNB pula ambil dan jual pada 28 juta rakyat.  Kenapa mesti berbelit.  Tidakkah boleh jalan dipendekkan?  Tidakkah boleh kos dikurangkan?  Negara sedang berhadapan dengan kesusahan maka kos dikurangkan.  UMNO-BN tak mahu ini diganggu.

      Subsidi makanan untuk rakyat ialah sebanyak RM3.8 billion setahun.  Kenapa ini tidak dipertahankan?  Ini adalah untuk 28 juta rakyat.  UMNO dah berfikir terbalik.  UMNO merasa penting 18 orang kroni daripada 28 juta rakyat Malaysia.  UMNO-BN sanggup menaikkan harga gula, petrol, gas, diesel.  Dalam tempoh 6 bulan lagi akan berlaku satu kali lagi kenaikan harga barangan untuk rakyat terus ditekan oleh UMNO-BN.

     Inilah kerja UMNO.  Tidak ada lain hanya untuk menekan rakyat.  

Itu sebab usaha di negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor.  Selangor adalah negeri kaya dan berusaha untuk mengembalikan kekayaan negeri kembali kepada rakyat.  Antaranya

1)     Kematian warga emas - hadiah pengurusan jenazah dan untuk yang hidup RM2,500
2)     Bantuan kemasukan universiti setiap anak Selangor - RM1,000
3)     Anak lahir - ibu dapat elaun RM100
4)     Anak baru lahir terus masuk takaful pengajian tinggi , cukup umur 18 tahun dapat RM1,000
5)     Bantuan air percuma 20 meter padu

     Negeri  diperintah UMNO dapat apa?  Tinggalkan UMNO.  Jangan beri undi pada calon BN di mana sahaja mereka bertanding.  Melayu boleh buat.  Tolak UMNO-BN.

Read more...

UMNO TIADA DASAR PERPADUAN - KELUAR UMNO SERTAI PAS

>> Selasa, Julai 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 130

UMNO TIADA DASAR PERPADUAN - 
KELUAR UMNO SERTAI PAS

Allah Taala berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 104


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

   Inilah dasar perpaduan dalam Islam.  Perpaduan dalam Islam adalah berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Bukan berdasarkan ideologi yang dibuat oleh manusia.  PAS dengan jelas menyatakan bahawa dasar PAS adalah Islam yang bersumberkan Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO berjuang dengan dasar ideologi manusia iaitu demokrasi yang tiada dasar perpaduan di dalamnya.  

    Oleh yang demikian maka jawapan yang tepat terhadap ajakan HARUSANI ialah bubarkan UMNO dan semua ahli UMNO menyertai PAS.  Kalau benar jujur UMNO nak bersatu atas dasar Islam maka

1)     Kerajaan Negeri Perak hendaklah diserahkan kembali kepada Pakatan Rakyat,  UMNO kena berundur.  Zambry kena letak jawatan. Jawatan MB hendaklah diserahkan kepada YB Nizar kembali

2)     Mufti Perak hendaklah membatalkan kontrak APCO kerana ini yang memecahbelahkan melayu.  APCO jelas menentang Islam.  Inilah yang didukung oleh UMNO sekarang.

3)     Mufti Perak hendaklah mendesak kerajaan pusat sekarang supaya mengembalikan semula bantuan sekolah agama rakyat yang dipotong zaman Mahathir.  Ini telah menjauhkan ramai orang daripada Islam

4)     Mufti Perak hendaklah mendesak seluruh Raja-Raja Melayu (Perlis, Kedah, Perak, Selangor, N 9, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan) menerima hukum hudud dan Qisas dan dilaksanakan dalam negara.  Kuasa pelaksanaan ini adalah pada kuasa Raja.  Mufti di bawah Raja.  Kalau ini pun tak berjaya maka bagaimana mufti nak menyatukan melayu.

UMNO cukup seronok isu melayu bersatu dimainkan.  Maka orang kampung dan Felda akan terus sokong UMNO.  Orang melayu bandar dan pinggir bandar sudah menolak UMNO.  Mufti Perak memang bekerja untuk mengekalkan UMNO terus berkuasa dan tak mahu PAS berkuasa.  Ini jelas ditunjukkan Mufti Perak semasa PR memimpin Perak.

    Wahai orang Melayu tolak UMNO.  Melayu kena tolak UMNO untuk kesejahteraan beragama yang benar mengikut Al-Qur'an dan Sunnah.  Tolak UMNO

Read more...

UMNO TAK TERBUKA SEPERTI DEMOKRASI DI BRITAIN

>> Isnin, Julai 19, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 129

UMNO TAK TERBUKA SEPERTI DEMOKRASI BARAT, ISLAM FOR ALL
UMNO DENGAN PENYOKONG TEGAR ORANG KAMPUNG, FELDA

Allah Taala berfirman (sesungguhnya agama yang diredhai adalah Islam)

    Dalam ayat diatas jelas Allah Taala menyebut bahawa agama untuk seluruh manusia adalah Islam.  Tiada yang lain yang dapat menyelamatkan manusia melainkan Islam.  Hanya Islam yang sesuai dengan fitrah kemanuisaan tanpa mengira manusia dari kutub Utara hingga kutub selatan.

    UMNO memilih demokrasi sebagai ideologi politiknya.  Pilihan ini adalah pilihan yang salah.  Demokrasi dibuat oleh manusia maka sudah pasti banyak kesilapannya.  Demokrasi adalah dari Barat.  Ikutlah cara dan kaedah di Barat.  Antaranya

1)     Barat bersikap terbuka,  UMNO Tertutup.

2)    Media Barat memberi peluang kepada semua parti terlibat dalam membangun negara.  Dalam debat Perdana 3 Presiden parti - Parti buruh, parti konservatif dan parti buruh demokrat.  3 Presiden parti menjawab dan membentang manifesto. Rakyat terbuka membuat pilihan. Rancangan 1 jam 30 min

       UMNO tertutup.  Pakatan Rakyat tidak dibenar berdebat dalam TV.  TV milik UMNO-BN.  Macam mana rakyat Malaysia nak memilih.  Rakyat yang ada maklumat bertindak benar.  Orang kampung dan felda terus tertipu

3)     Sama ada di Amerika atau di Great Britain, tiada istilah pembangkang.  Mereka beranggapan bahawa semua parti - nation in building.  Bersama dalam membangun negara.  Dasar negara akan terus diutamakan.

UMNO anggap bahawa ada parti musuh-pembangkang.  Tiada istilah Pakatan Rakyat.  UMNO tetap guna pembangkang.  Itu sebab UMNO terus cuba rampas kuasa di negeri PR.  Perak berjaya UMNO rampas.  Sedang cuba untuk rampas Selangor, Kedah.  Ini le kerja UMNO.  Demokrasi ala UMNO akan membawa kehancuran dan terus menipu orang kampung dan felda yang tiada maklumat

4)    Seluruh rakyat terlibat dalam proses politik di Barat.  Termasuk pelajar sekolah menengah.  Pertanyaan tentang dasar pendidikan dan kecemerlangan pendidikan di Britain hanya ditanya oleh pelajar sekolah menengah sahaja. Pelajar di Britain bukan sahaja celik komputer malahan celik politik.

UMNO tak bagi suasana ini berlaku.  Fakta sejarah saja UMNO sanggup ubah.  Nak bagi pelajar celik politik, UMNO takkan bagi.  UMNO hanya benarkan pelajar celik seks.  Subjek seks akan dikurikulumkan supaya lebih banyak anak luar nikah akan dilahirkan dan menyokong UMNO.  Sebab UMNO nak buat rumah pungut anak luar nikah.

Cukup le beberapa perbezaan terbukanya demokrasi Barat berbanding dengan Demokrasi di Malaysia. Banyak perkara mestilah diubah.  Tiada pendekatan lain melainkan ditumbangkan UMNO-BN dalam pilihanraya ke 13.  Tinggalkan UMNO.  Jangan pangkah BN kerana BN-Barang Naik

Read more...

UMNO TAK IKTIRAF TAPI BARAT TETAP IKTIRAF

>> Ahad, Julai 18, 2010




INILAH pengiktirafan Barat terhadap Nabi Muhammad saw.  Dicatat barat bahawa Nabi Muhammad saw adalah pemimpin politik.  Inilah kesyumulan Islam yang tak diiktiraf UMNO.  Barat yang sesatpun iktiraf.  Maka macamana dengan UMNO?  Tinggalkan UMNO

Read more...

UMNO SAJA TAK IKTIRAF NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai "POLITICAL LEADER"

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 128


     Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an


Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). 
Ali Imran 3:137

     Dalam ayat ini Allah Taala menyuruh umat Islam bergerak keserata bumi untuk melihat kesan yang dibuat Allah untuk mengajaran umat yang akan datang.

    Kini saya sedang berada di London.  Antara tempat yang dilawat ialah Museum Kesenian Albert.  Pergi kami ke seksyen Islam di Asia Barat.  Lihat satu seksyen takrif yang diberikan oleh Barat terhadap Nabi Muhammad saw.  Barat menyatakan bahawa

"Muhammad is a political leadar to this religious"
Muhammad adalah seorang pemimpin politik untuk agama ini"

   Kalau Barat telah memberi takrifan begini maka yang jelas menolak, hanyalah UMNO sahaja. UMNO kata Nabi Muhammad saw hanya bawa ibadah sahaja iaitu sembahyang, puasa, zakat dan haji.  Inilah kesesatan UMNO.    Wahai ahli UMNO tinggalkanlah UMNO.  Tinggalkan UMNO,  Tinggalkan UMNO.  Barat yang menentang Islam pun mengiktiraf bahawa Nabi Muhammad bukan sahaja membawa agama malahan juga suatu perjuangan untuk menegakkan kekuasaan Islam.  Kalau dah cari bukti sampai ke London, orang UMNO tak percaya lagi, aku tak tahu le.

Aku hairan kenapa orang mengaji dan belajar di England tak nak mengiktiraf Nabi Muhammad saw juga membawa kesyumulan Islam iaitu termasuk politik di dalamnya.

Kini di Leeds.  Solat maghrib 9.00 mlm waktu tempatan dan isya setengah jam kemudian.  Subuh jam 1.24 pg,,   jam 4.00 pagi dah cerah.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP