PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

Misi Ziarah Dakwah dan Lawatan Kerja PAS Tambun ke Sandakan-Kota Kinabalu

>> Sabtu, Julai 10, 2010

Selamat sampai ke bumi Sandakan, Ya!Allah kami memohon kepada Mu bukakanlah mata dan hati mereka untuk menerima dakwah kami, lancarkan segala urusan kami dan permudahkanlah segala urusan.. Aminn

 Setiba di lokasi, kami sempat melepaskan dahaga di sebuah kedai 'mamak' yg infaq kepada Pasti setiap bulan..

Misi dakwah kepada masyarakat Sandakan di teruskan dengan diketuai oleh Ket Pemuda Tambun untuk menyebarkan risalah dakwah.

Ust Wan menyantuni golongan remaja dengan menyampaikan risalah dakwah..

 Anak-anak Sadakan memang sporting dan understanding, apatah lagi ibu dan ayah mereka.

Ini ialah masjid yang diberi nama sempena unit amal yang mengadakan Jamboree Amal pada tahun 2007

Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, menandakan lengkap misi kami di Sandakan

Melakar memori dengan Shaf kepimpinan PAS Kawasan Sepangar, Kota Kinabalu

Read more...

UMNO PARTI ASAS KEPADA BANGSA YANG MENENTANG ISLAM

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 122

UMNO PARTI MELAYU MENENTANG ISLAM

Daripada asas peristiwa ISRA Nabi Muhammad saw maka disimpulkan bahawa parti yang berasas bangsa tidak dapat memenuhi kehendak Islam. Fikirkan hujah berikut

1)    Islam yang difaham oleh UMNO hanyalah sembahyang, puasa, zakat dan haji.  Peristiwa ISRA Nabi Muhammad saw tidak ada kaitan dengan ibadah tersebut.  Maka bagaimanakah UMNO nak percaya kepada peristiwa ISRA Nabi Muhammad saw?

2)     Kalau UMNO percaya kepada peristiwa ISRA Nabi Muhammad saw maka UMNO mesti percaya dengan hukum Allah.  Hukum Allah juga tiada kaitan dengan ibadah yang dipercayai oleh UMNO.  UMNO percaya ISRA tetapi tak nak hukum Allah maka timbul kecelaruan yang berterusan dalam UMNO.  Keyakinan UMNO adalah ikut hawa nafsu sahaja.

3)     Kalau UMNO percaya kepada ISRA tetapi tak nak melaksanakan hukum Allah maka ini juga suatu keraguan.  Kenapa UMNO percaya ISRA tetapi tak nak hukum Allah?

    Oleh yang demikian UMNO hendaklah ditinggalkan kerana

1)   UMNO percaya sebahagian Islam dan menolak sebahagian yang lain.  UMNO percaya ISRA tetapi menolak hukum Allah

2)   UMNO parti asas kepada bangsa.  Bangsa yang ada dalam UMNO tak nak hukum Allah

3)   UMNO adalah parti yang jaga perut melalui projek negara

4)   UMNO parti yang berasas bangsa tak dapat menampung hakikat keperluan Al-Qur'an

5)   UMNO parti yang berasas bangsa hanya nak hukum manusia

maka yang demikian tinggalkanlah UMNO.  Jangan kerja bersama dengan UMNO.  Parti ini adalah parti rasis (asas bangsa) yang jauh daripada kemahuan Islam.  Tinggalkan UMNO

Read more...

UMNO MENENTANG ISLAM SEBAGAIMANA ORANG MEKAH MENENTANG NABI MUHAMMAD SAW

>> Jumaat, Julai 09, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 121

UMNO MENENTANG ISLAM SEPERTI ORANG MEKAH
MENENTANG NABI MUHAMMAD SAW DALAM PERISTIWA ISRA DAN MI'RAJ

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL-ISRA AYAT 1



Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 
Chinese
讚美真主,超絕萬物,他在一夜之間,使他的僕人,從禁寺行到遠寺。我在遠寺 的四周降福,以便我昭示他我的一部分蹟象。真主確是全聰的,確是全明的。 
Tamil 
(அல்லாஹ்) மிகப் பரிசுத்தமானவன்; அவன் தன் அடியாரை பைத்துல் ஹராமிலிருந்து (கஃபத்துல்லாஹ்விலிருந்து தொலைவிலிருக்கும் பைத்துல் முகத்தஸிலுள்ள) மஸ்ஜிதுல் அக்ஸாவிற்கு ஓரிரவில் அழைத்துச் சென்றான்; (மஸ்ஜிதுல் அக்ஸாவின்) சுற்றெல்லைகளை நாம் அபிவிருத்தி செய்திருக்கின்றோம்; நம்முடைய அத்தாட்சிகளை அவருக்குக் காண்பிப்பதற்காக (அவ்வாறு அழைத்துச் சென்றோம் நிச்சயமாக அவன் (யாவற்றையும்) செவியுறுவோனாகவும்; பார்ப்போனாகவும் இருக்கின்றான்.
 
     Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan tentang perjalanan (ISRA) Nabi Muhammad saw.  Perjalanan itu adalah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa iaitu daripada Mekah-Palestin.  Berlakunya perjalanan yang hebat ini ialah pada malam hari dan Nabi Muhammad saw kembali semula ke Mekah pada subuhnya.

     Orang Mekah gempar dengan berita ini. Pada fikiran orang Mekah Nabi Muhammad saw tidak berkemampuan untuk melaksanakan perjalanan yang sehebat itu.  Bukankah ini kehendak daripada Allah Yang Maha Kuasa?  Orang Mekah bertanya


a.    Bagaimanakah Nabi Muhammad saw berjalan sejauh Mekah-Palestin?
b.    Nabi Muhammad saw menaiki kenderaan jenis yang bagaimana?
c.    Peristiwa ini mencabar iman orang yang sudah mengucap syahadah dengan Nabi Muhammad saw.

    Itu sebab sebahagian daripada orang yang sudah beriman dengan Nabi tetapi datang peristiwa ini mereka kembali kepada kekufuran dan menyokong kebatilan yang dibawa oleh Abu Jahal.

    Inilah yang dialami oleh UMNO.  Mereka yakin dengan Islam tetapi tak yakin untuk melaksanakannya.  Ahli UMNO yakin dengan hudud dan qisas tetapi menolak pelaksanaannya.  Inilah kekufuran yang berterusan dalam UMNO.  Alasan tidak melaksanakan hukum Islam hanyalah kerana masyarakat majmuk.  Bukankah ini alasan teknikal seperti mana alasan teknikal sebahagian daripada orang Mekah terhadap peristiwa Isra Nabi Muhammad saw.  Perjalanan Nabi tidak masuk akal.  Tak mungkin Nabi berjalan sejauh itu dalam tempoh biasa seorang manusia.  Perjalanan Mekah-Palestin memakan masa 3 bulan.  Macam mana Nabi boleh berjalan hanya semalaman sahaja?  Alasan teknikal ini telah membawa orang yang sudah beriman Mekah kembali kepada kekufuran.

   Wahai orang UMNO jauhilah UMNO dan tinggalkanlah UMNO.  UMNO sentiasa berada dalam kekufuran dan menentang hukum Allah.

Read more...

UMNO - PARTI SEKULAR MENENTANG ISLAM

>> Khamis, Julai 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 120

UMNO - PARTI SEKULAR MENENTANG ISLAM

     UMNO adalah parti sekular.  Sekular bermakna memisahkan agama dengan kehidupan.  Ugama yang difahami UMNO adalah sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja.  Yang lain hendaklah diurus berdasarkan hawa nafsu.

     UMNO adalah parti anti Islam.  Parti yang tidak memperjuangkan Islam.  UMNO tidak memperjuangkan keadilan dan kebenaran Islam.  Keadilan dan kebenaran Islam mestilah berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Semua ini di tolak UMNO.

     UMNO adalah parti kroni.  Ekonomi yang diperjuangkan oleh UMNO bukan ekonomi rakyat tetapi ekonomi kroni dan nepotisme.  Ekonomi kroni dan kaum kerabat sahaja.  Bukti - ekuiti pegangan Melayu tetap pada 19.8 % sehingga hari ini.  Walaupun umur DEB (69-2010) 41 tahun namun ekuiti pegangan Melayu dalam ekonomi umat kekal pada tahap yang berkenaan.  Orang cina pendapatan satu rumah  RM5,000 keatas, orang India pendapatan satu rumah RM3,000 keatas.  Orang Melayu masih berada ditahap paras kemiskinan dengan pendapatan satu rumah RM1,500 keatas.  Berapa jauh ketinggalan orang Melayu buat di UMNO.  Kaum kerabat Tun Razak Kaya raya?  Tak usah sebut nama, semua orang tahu.  Kaum kerabat Husssien Onn juga kaya raya?, tak perlu sebut nama semua orang tahu.  Kaum kerabat Mahathir juga kaya raya?,  siapa tak kenal dengan Mokhzani, Kaum kerabat Abdullah Badawi kaya raya? siapa tak kenal dengan Kamaluddin.  Kaum kerabat Najib juga kaya raya? siapa tak kenal Rosmah, Nazmi, kaum kerabat orang UMNO juga kaya raya siapa tak kenal dengan Daim Zainuddin?  MB-MB UMNO macamaman?

     Cari kekayaan TG Nik Aziz, MB kelantan.  20 tahun jadi MB, apakah TG mengaut kekayaan?

     UMNO adalah parti yang lawan Allah dan Rasul.  UMNO tak mahu hukum Allah - hudud dan Qisas.  UMNO percaya peristiwa Isra dan Mi'raj tapi tak percaya hukum Allah boleh dibuat di Malaysia.  UMNO percaya peristiwa Isra dan Mi'raj tapi wanita UMNO kekal tak bertudung.UMNO percaya peristiwa Isra dan Mi'raj tapi menghalalkan judi yang diharamkan Allah.  UMNO percaya dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj tapi tetap mengamalkan rasuah yang dibenci Islam.

Justeru tinggalkan UMNO yang jelas bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  Jangan tunggu lama-lama.  Jadi yang sesat itu UMNO dan bukan PAS

Read more...

UMNO SERBA TAK KENA

>> Rabu, Julai 07, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 119

UMNO SERBA TAK KENA

    Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 11/12


Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?
Chinese
他們說:「我們的父親啊!你對於優素福怎麼不信任我們呢?我們對於他確是懷好 意的。 
Tamil
(பிறகு தம் தந்தையிடம் வந்து,) "எங்கள் தந்தையே! யூஸுஃபுடைய விஷயத்தில் நீங்கள் ஏன் எங்களை நம்புவதில்லை? மெய்யாகவே, நாங்கள் அவருக்கு நன்மையை நாடுபவர்களாகவே இருக்கின்றோம்.



Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".
Chinese
明天,請你讓他和我們一同去娛樂遊戲,我們一定保護他。」 
Tamil 
"நாளைக்கு அவரை எங்களுடன் அனுப்பி வையுங்கள். (காட்டிலுள்ள கனிகளைப்) புசித்துக் கொண்டும் விளையாடிக் கொண்டும் இருப்பார்; நிச்சயமாக நாங்கள் அவரைப் பாதுகாத்துக் கொள்வோம்" என்று கூறினார்கள்.
 


    Dalam ayat ini betapa makar (rancangan) jahat yang dibuat oleh adik beradik Nabi Ysusf telah dikesani oleh bapa mereka Nabi Yaakob.   Nabi Yaakon cukup berasa tidak senang dengan rancangan untuk membawa Nabi Yusof bersama dalam keramaian yang hendak dilaksanakan.  Nabi Yaakob menyatakan dukacita terhadap rancangan itu.

    Inilah yang sedang berlaku dalam UMNO.  Segala rancangan mereka tidak kena.

Isu Judi -  MCA persoal kenapa keputusan menolak judi dibuat selepas mesyuarat UMNO dan bukan mesyuarat kabinet.  Kata MCA ini petanda pandangan parti komponen tidak di perhatikan.

isu altantuya -  Bala memberi keterangan kepada badan khas Perancis di London.  UMNO nak tutup tapi tak dapat.  Pening UMNO.  Kenapa kemasukan Altantuya ke Malaysia dan mati tidak dapat dikesan kemasukannya oleh imegresen Malaysia? Kalau ini macam tahap keselamatan  terancam.

Isu PAS - Parti Ajaran Sesat - Ada pemimpin UMNO tuduh PAS - bawa ajaran sesat.  Yang sesat UMNO.  Bukan PAS.  Pas perjuangkan kebenaran Al-Qur'an sedangkan UMNO hawa nafsu.

Ini semua nak tunjukkan UMNO sudah tidak relevan.  Hancur UMNO.
.

Read more...

UMNO SERANG PAKATAN RAKYAT - ALIH ISU KEBURUKAN UMNO

>> Isnin, Julai 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 118

UMNO SERANG PAKATAN RAKYAT - ALIH ISU KEBURUKAN UMNO, KINI HAMPIR PILIHANRAYA


   UMNO sedang tenat dan nazak.  UMNO sedang serang PR melalui isu

1)  mansuh UPSR dan PMR

    Isu ini penting kerana masa depan anak-anak.  Lalu setiap rakyat akan bincang hal ini.  Pada hal ia sudah beres.  Peperiksaan mesti diadakan untuk penilaian anak-anak di pelbagai tahap pendidikan.  UMNO bawa isu ini untuk melupakan rakyat dari memikirkan keburukan UMNO.

2)   Isu tuduhan Tuan Guru Hj Hadi dengan JI

     UMNO sentiasa siap membuat pelbagai tuduhan yang mematikan karektor seseorang.  UMNO tahu bahawa politik PR bergantung dengan PAS.  Maka karekter pemimpin PAS dikeji oleh UMNO.  Ini tektik lama yahudi.  UMNO buat atas nasihat APCO.  Pemimpin UMNO yang curi wang rakyat, UMNO kata baik.  Pemimpin UMNO berskandal dengan betina, UMNO tak kata jahat,  Pemimpin UMNO rasuah dalam pemilihan parti, UMNO kata ini demokrasi dan lain-lain.

3)   Isu TG Nik Aziz -  Kenyataan Media TG Nik Aziz

    UMNO turut juga manipulasi kenyataan TG Nik Aziz baru-baru ini.  UMNO nak tunjuk bahawa dalam PAS ada perebutan kuasa.  UMNO lagi teruk rebut kuasa.  UMNO tak nak tonjol yang itu. UMNO beli undi,  rasuah perwakilan,  dan lain-lain

4)    Isu Anwar Ibrahim dengan Zionisme

     UMNO dengan niat yang jahat terus menggunakan isu ini.  UMNO kata macam-macam tentang Anwar Ibrahim.  UMNO ambil APCO, rakyat dah lupa.  Macam UMNO bersih?  Zionisme ada di ketiak Najib.

Apa tanda ini semua?  Maknanya Pilihanraya ke 13 sudah sangat dekat.  Kerajaan ini baru berusia 3 tahun.  UMNO peduli apa?  Kini rakyat sudah lupa

1)    isu judi bola
2)    isu serah 2 telaga minyak L,M kepada Brunei
3)   isu APCO-Zionisme
4)   dan macam-macam lagi yang dibuat UMNO

    Wahai seluruh penyokong UMNO tengoklah kekejian pemimpin kamu.  Pemimpin UMNO mengalihkan isu dan menutup kesalahan UMNO.  Nak lagi dengan pemimpin yang seperti ini?  Segeralah tinggalkan UMNO.  Tinggalkan UMNO, Tinggalkan UMNO.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP