PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

UMNO SUKA RAKYAT JADI BODOH

>> Sabtu, Julai 03, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 117

UMNO SUKA RAKYAT JADI BODOH DAN TAK BERMAKLUMAT

    Kami baru balik menziarahi sebuah kampung Melayu Brunei.  Di Sabah tiada bangsa melayu.  Yang ada Melayu Bumiputra.  Kalau dikatakan melayu maka Melayu itu ialah Melayu Brunei.  Hidup kelurga melayu brunei dalam keadaan susah.  Geran tanah tiada dan tidak diberikan.  UMNO janji nak beri geran tapi sampai ke hari ini tiada sebarang geran diberikan.  Di bawa isu keluarga yang kami ziarahi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat,  dijawab oleh mereka tiada peruntukan.  Begitulah UMNO membuli rakyat.  Bila hampir dengan pilihanraya maka diberikan RM50 setiap orang maka diugut mesti memangkah BN.  Kalau tidak geran tak dapat.  Bila pangkah BN dalam pilihanraya nasib orang melayu ini kembali ke asal.  Inilah kerja politik kotor UMNO.

    Wahai orang UMNO dan pemimpin UMNO bila lagi nak meninggalkan UMNO.  UMNO tak profesional dalam berpolitik.  Politik UMNO ialah meluaskan kroni.  Ada suatu syarikat proksi UMNO dari Perlis yang memiliki ratusan hektar tanah kelapa sawit.  Tanah di Sabah luas.  Dulu masa UMNO tidak ada di Sabah maka harta kekayaan kekal untuk Sabahan.  Kini bila UMNO sudah berada di Sabah, habis tanah di Sabah diagihkan kepada kroni UMNO atau proksi UMNO.  Inilah kerja jahat UMNO.  Tinggalkan UMNO, Tinggalkan UMNO dan Tinggalkan UMNO.

Read more...

UMNO KAKI PUTARBELIT

ISLAM MENENTANG KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 117

UMNO AMAL POLITIK PUTARBELIT

    Malam yang kami lalui di Sabah agak panjang.  6.30 sudah maghrib.  Lepas maghrib ada kuliah maghrib.  Selepas solat Isya segera ke rumah sahabat untuk makan malam dan lepas itu dialog.  Dalam dialog didedahkan bagaimana UMNO mengamalkan politik putarbelit dalam memastikan kemenangan UMNO.  Antara cerita disini ialah budaya politik disini ialah

1)   ugut mereka yang berkad penganalan merah
2)   SB masuk keluar kampung membuat pemerhatian
3)   projek beri IC adalah projek utama
4)   gerak putar belit politik.  Cth jaminan dari pemimpin yang bertanding dalam pilihanraya untuk menyertai Pakatan Rakyat bila menang. Namun bila menang sebaliknya.  

     Inilah antara kekangan yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat di Sabah.  UMNO memang mengamalkan politik yang tidak berakhlak.  Pemimpin UMNO memang tidak berakhlak.  Parti komponen BN selain daripada 14 buah parti termasuk Polis Raja Di Malaysia (PRDM), SPR, SPRM, FRU adalah antara cawangan UMNO di Malaysia.

    Wahai ahli UMNO permainan politik kamu kotor.  Udah le tinggalkan UMNO.

Read more...

UMNO BERBEKAL DENGAN AKHLAK BURUK MENTADBIR NEGARA

>> Jumaat, Julai 02, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 116

UMNO BERBEKAL DENGAN AKHLAK BURUK MENTADBIR NEGARA

   Allah taala berfirman dalam surah Yusuf ayat 4 dan 5.



(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Chinese
當時優素福對他父親說:「我的父親啊!我確已夢見十一顆星和太陽、月亮,我夢 見他們向我鞠躬。」 
Tamil
யூஸுஃப் தம் தந்தையாரிடம்; "என் அருமைத் தந்தையே! பதினோரு நட்சத்திரங்களும், சூரியனும், சந்திரனும் - (இவை யாவும்) எனக்குச் சிரம் பணிவதை மெய்யாகவே (கனவில்) நான் கண்டேன்" என்று கூறியபொழுது.
 
 
Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Chinese
他說:「我的孩子啊!你不要把你的夢告訴你的哥哥們,以免他們謀害你;惡魔確 是人類公開的仇敵。」 
Tamil 
"என் அருமை மகனே! உமது கனவை உன் சகோதரர்களிடம் சொல்லிக் காட்ட வேண்டாம்; (அவ்வாறு செய்தால்) அவர்கள், உனக்கு(த் தீங்கிழைக்க) சதி செய்வார்கள்; ஏனெனில் (அவ்வாறு சதி செய்யத் தூண்டும்) ஷைத்தான், நிச்சயமாக மனிதனுக்குப் பகிரங்க விரோதியாக இருக்கின்றான்.
 
 
     Dalam ayat ini Allah Taala mengkishkan betapa kemuliaan akan diberikan Allah kepada Nabi Yusuf.  Beliau akan diangkat menjadi Nabi dan Rasul.  Menjadi Nabi dan Rasul bermakna memiliki akhlak yang mulia.  Allah Taala membekali Nabi Yusuf dengan kemuliaan akhlak untuk mentadbir negara Mesir.

     Berbeza dengan UMNO, akhlak pemimpin UMNO buruk dan keji.  UMNO adalah perasuah no 1 negara.  Bukan UMNO kalau tak rasuah.  UMNO adalah beramal dengan akhlak yang buruk

1)     Skandal dengan perempuan (pemimpin UMNO dengan artis)
2)     Skandal dengan bini orang (YB sama YB di selangor zaman Khir Toyo)
3)     Rampasan Kuasa di Perak
4)     Ambil royalti minyak di Terengganu (1999-2004)  dan Kelantan (2009)

dan banyak lagi.  Inilah pemimpin UMNO.  Kepada ahli dan pemimpin UMNO akhlak buruk kamu akan menjahanamkan negara menuju kehancuran.  Ikutilah Nabi Muhammad yang dibekali dengan akhlak mulia dalam mentadbir Madinah.  Di Madinah sifar rasuah.  Di Madinah sifar rampasan kuasa dan lain-lain.  Kesemuanya dijaga dengan syariat Allah.  Tinggalkanlah UMNO.

Read more...

UMNO - KEBURUKAN AKHLAK KEHANCURAN EKONOMI

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 115

UMNO -  KEBURUKAN AKHLAK KEHANURAN EKONOMI

     Penceritaan kisah Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad saw dan seluruh Nabi dan Rasul adalah lambang suatu keluhuran.  Diantara Nabi dan Rasul itu ada yang menjadi pemerintah seperti Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad saw.  Mereka adalah pemerintah yang mendapat pengiktirafan daripada Allah Taala.

   Nabi Sulaiman dan Nabi Daud memerintah negara Saba.  Dinyatakan Allah dengan istilah "Negara yang baik dan mendapat keampunan Allah".  Nabi Yusuf memerintah negara Mesir.  Nabi Muhammad saw memerintah Madinah.  Asas pemerintahan mereka adalah akhlak yang mulia.  Ekonomi negara mereka berkembang.

    Ini tidak ada dengan UMNO.  UMNO haprak. Pemimpin UMNO tidak berakhlak.  Pemimpin UMNO bergelumang dengan noda dan dosa.  Itu sebab Malaysia sedang menuju kehancuran.  Tinggalkan UMNO.  Pilihlah perjuangan PAS.

Kami sedang menaiki bas ke LCCT menuju ke Sabah.

Read more...

UMNO PEMIMPIN YANG TAK BERAKHLAK TAK DAPAT MEMBANGUN EKONOMI

>> Khamis, Julai 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 114

PEMIMPIN UMNO TAK BERAKHLAK - EKONOMI TAK AKAN STABIL

     Pengkisahan panjang lebar kisah Nabi Yusuf yang menjadi penjaga perbendaharaan Mesir adalah menjadi teras dalam pembinaan ekonomi sesebuah negara.  Pengkisahan panjang itu sangat berkisar yang berkaitan dengan akhlak seorang pemimpin.  Nabi Yusuf dikurnia kecantikan oleh Allah.  Maka dia difitnah dan dipenjara.  Fitnah ini adalah angkara daripada isteri seorang pembesar. 

    Allah mendatangkan musibah keatas Mesir.  Rajanya bermimpi 7 ekor lembu kurus kering memakan 7 ekor lembu besar dan 7 ranting gandum.  Raja Mesir memanggil ahli nujum dan pendita dan menyuruh mereka menafsir mimpi Raja Mesir.  Seorang pun tak mampu.  Kemudian Perdana Menteri kata ada seorang di penjara boleh menafsir mimpi.  Maka diceritakan mimpi tersebut kepada Nabi Yusuf dan Nabi Yusuf menafsir mimpi Rajanya. Tafsirannya ialah Mesir akan menghadapi kemarau panjang 7 tahun, 7 tahun bertahan dan selepas itu akan memperolehi peningkatan ekonomi. 

   Raja Mesir pun menawarkan kepada rakyat, siapakah yang mampu memikul tanggungjawab yang berat ini.  Tiada seorang pun.  Sekali lagi Perdana Menteri Mesir kata ada seorang yang mampu iaitu yang berada dalam penjara iaitu Nabi Yusuf.  Ketika ditawarkan dengan jawatan menteri kewangan Mesir maka Nabi Yusuf mempertahankan integritinya.  Nabi Yuusf mengatakan dia pegang jawatan itu setelah integritinya dibersihkan.  Nabi Yusuf memegang jawatan perbendaharaan setelah dibersihkan iaitu dengan perbeciraan semula dan dibebaskan

     Apa kaitan ekonomi mapan dengan akhlak?  Pemimpin yang berakhlak baik tiada akan berlaku rasuah,  Apakah pemimpin UMNO jujur dan berakhlak mulia?  Dari kaitan pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada Teoh Beng Hock dan lain-lain jelas bahawa pemimpin UMNO adalah pemimpin korup.  Dengan pemimpin yang korup UMNO kata ekonomi Malaysia baik.  Cukup menghinakan. 

     Dalam pemberitaan kisah Nabi Yusuf yang menjadi menteri kewangan.  Nabi Yusuf tiada berijazah dalam bab ekonomi.  Islam melaksanakan ekonomi secara penghayatan akhlak mulia.  UMNO nak cakap fasal ekonomi, akhlak pun buruk.  Udah le UMNO kamu adalah pemakan rasuah No 1 Malaysia.  Nak cakap pasal ekonomi UMNO mesti baiki akhlak terlebih dahulu.

    Apakah akhlak pemimpin UMNO baik sehingga layak memimpin ekonomi Malaysia?  Ekuiti bangsa melayu kekal pada 19.8%  Fikir-fikirkan.  Tinggalkan UMNO

Read more...

UMNO - HIDUP UNTUK MAKAN DAN MAKAN UNTUK HIDUP

>> Selasa, Jun 29, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO)  KE 113



ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH BAQARAH AYAT 172



Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. 
Chinese
信道的人們啊!你們可以吃我所供給你們的佳美的食物,你們當感謝真主,如果你 們只崇拜他。 
Tamil
நம்பிக்கை கொண்டவர்களே! நாம் உங்களுக்கு அளித்துள்ளவற்றில் தூய்மையானவற்றையே உண்ணுங்கள்; நீங்கள் அல்லாஹ்வையே வணங்குபவர்களாக இருப்பீர்களாயின், அல்லாஹ்வுக்கு நன்றி செலுத்தி வாருங்கள்.
 
    Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan bahawa manusia diseru untuk makan dengan makanan yang baik.  Manusia diseru makan untuk bersyukur kepada Allah.  Tanda bersyukur kepada Allah ialah dengan melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah dalam seluruh kehidupan.  Bertenaga menusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.  Inilah hasil yang dikehendaki Allah dalam memaknakan makanan. 

     Makanan boleh didapati bukan sahaja dengan cara makan gaji.  Makanan boleh dicari secara halal di dalam hutan dan bekerja sendiri.  Terlalu banyak pekerjaan untuk mendapatkan makanan.  Manusia boleh menanam pokok makanan dan menunggu hasilnya seperti pokok pisang dan sayuran yang lain.  Ikan boleh diperolehi dengan cara menjala, mengail dan memukat.  Binatang boleh diperolehi dengan cara memburu.  Makanan yang diperolehi adalah UNTUK BERIBADAH DAN MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH.   Inilah cara orang beriman makan.  Mereka makan dengan makna mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

     Falsafah makan orang UMNO ialah makan untuk hidup dan hidup untuk makan.  Orang UMNO makan bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah.  Bagaimanakah cara orang UMNO makan?  Sumbernya

1)     Rasuah
2)    Hasil Judi/casino
3)    Hasil penyelewengan duit rakyat
4)    Hasil komisyen beli barang
5)    Kontrak yang diberikan kepada kroni
6)    Penyelewengan PFKZ (UMNO-MCA)
7)    Mengelak bayaran royalti RM 20 juta kepada Kelantan
8)    Rampasan Kuasa di Perak

     Ini adalah antara orang UMNO makan.  Itu sebab falsafah makan orang UMNO ialah makan untuk hidup dan hidup untuk makan.  UMNO tak nak hudud dan qisas.  Ulama muda yang diagungkan UMNO pun makan untuk makan dan hidup adalah untuk makan.  Perjuangan UMNO tak de lain adalah untuk makan sahaja.

     UMNO bukan berjuang untuk melayu -  Yang paling kaya ialah bangsa Cina.  UMNO bukan berjuang untuk agama - Judi dihalalkan.  UMNO kata tiada judi pasal rakyat nak berarak Masjid negara ke Istana negara..  Menteri Kewangan atas nama Kabinet belum tarik lesen judi bola.  Yang mana satu betul?  UMNO bukan berjuang untuk negara - tanah KTMB di Singapura diserahkan kepada Singapura, Blok L/M minyak milik negara diberikan kepada Brunei, Pulau batu Putih serah pada Singapura.  UMNO bukan berjuang untuk rakyat - krisis gula yang mudahpun tak sanggup diselesaikan kerana pemimpin UMNO bergantung dengan tauke-tauke gulan untuk mengkayakan mereka.

     Apa  perjuangan UMNO?  Perjuangan UMNO adalah makan untuk hidup dan hidup untuk makan.  Tinggalkan UMNO.  Tinggalkan UMNO.  Tinggalkan UMNO.  Perjuangan UMNO sia-sia.

Read more...

UMNO TERUS DALAM KEKELIRUAN

>> Isnin, Jun 28, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 113

UMNO TERUS DALAM KEKELIRUAN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH SURAH SAJADAH AYAT 2


Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 
Chinese
(這)是從全世界的主降示的經典,其中毫無疑義。
Tamil
அகிலங்களின் இறைவனிடம் இருந்து அருளப்பட்டுள்ளது - இவ்வேதம் என்பதில் சந்தேகமே இல்லை.

     Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa diturunkan Al-Qur'an itu adalah untuk manusia.  Al-Qur'an bebas daripada sebarang keraguan dan kekeliruan.  Apa sahaja daripada Allah sifat keraguan dan kekeliruan.

     UMNO berjuang berasas kepada ideologi manusia.  Ideologi UMNO adalah demokrasi.  Demokrasi adalah daripada Barat.  Manusia yang mencipta demokrasi.  Maka apabila  sesuatu itu dicipta oleh manusia  maka datanglah keraguan.  Itu sebab UMNO tidak pernah bebas dari keraguan.  UMNO sentiasa ragu dan meragukan orang lain.

     Apabila ideologi UMNO adalah bikinan manusia maka kerja UMNO siang dan malam adalah melawan Allah.  UMNO bersyirik kepada Allah dalam bab

1)    HUKUM -  UMNO pilih hukum manusia.   UMNO lawan hukum Allah

2)    KUASA - UMNO ambil sama tugas memerintah alam.  Ahli UMNO selalu kata "kalau tak ada UMNO maka mampus le melayu".  Ini syirik bab kekuasaan. UMNO tak bertawakkal kepada Allah

3)   NILAI - yang buruk pada Al-Qur'an, UMNO kata baik.  Yang baik pada Qur'an, UMNO buruk.

     Jelas dalam senarai kenyataan pemimpin UMNO menunjukkan bahawa UMNO terus dalam kekeliruan.

1)     Mahathir kata judi tak pe (syirik bab nilai)
2)     Pemimpin UMNO kata hukum Allah tak boleh dibuat di Malaysia (syirik bab hukum)
3)     Wanita UMNO tak bertudung (UMNO kekal dalam mungkar)
4)     Rasuah amalan utama UMNO (syirik bab nilai)

dan banyak lagi.  Marilah ahli UMNO tinggalkan UMNO,  tinggalkan UMNO, tinggalkan UMNO

Read more...

UMNO - KENAPA ULAMA MUDA KELIRU DALAM PILIHAN

>> Ahad, Jun 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 112

UMNO PUSAT SEGALA KEJAHATAN
MENGAPA ULAMA MUDA KELIRU DALAM PILIHAN

Allah Taala berfirman dalam Surah An Nisa ayat 94


Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan. 
Chinese
信道的人們啊!當你們為主道而出征的時候,你們當事事審慎,你們不要對向你們 表示和平的人說:「你不是信士。」你們欲圖今世生活的浮利,但在真主那裡有豐富的福利。以前,你們是像那樣的。但真主施恩於你們,故你們應當事事審慎。真 主確是徹知你們的行為的。 
Tamil
முஃமின்களே! அல்லாஹ்வுடைய பாதையில் (போருக்கு) நீங்கள் சென்றால், (போர் முனையில் உங்களை எதிர்த்துச் சண்டை செய்வோர் முஃமின்களா அல்லது மற்றவர்களா என்பதைத்) தெளிவாக அறிந்து கொள்ளுங்கள். (அவர்களில்) எவரேனும் (தாம் முஃமின் என்பதை அறிவிக்கும் பொருட்டு) உங்களுக்கு "ஸலாம்" சொன்னால், இவ்வுலக வாழ்க்கையின் அற்பமான அழியக் கூடிய பொருட்களை அடையும் பொருட்டு "நீ முஃமினல்ல" என்று கூறி (அவரைக் கொன்று) விடாதீர்கள்;. அல்லாஹ்விடம் ஏராளமான பொருட்கள் இருக்கின்றன. இதற்கு முன்னர் நீங்களும் (பயந்து பயந்து) இவ்வாறே இருந்தீர்கள் - அல்லாஹ் உங்கள் மீது அருள் புரிந்தான்; எனவே (மேலே கூறியாவாறு போர் முனையில்) நீங்கள் தெளிவு படுத்திக் கொள்ளுங்கள்;. நிச்சயமாக அல்லாஹ் நீஙகள் செய்வதையெல்லாம் நன்கு அறிந்தவனாகவே இருக்கின்றான்.
 

     Antara intisari ayat ini ialah orang yang beriman itu mestilah teliti dalam apa sahaja pekerjaannya.  Apa lagi dalam berjihad fisabilillah.  Agenda teliti adalah merupakan agenda orang beriman.  Orang yang beriman semestinya menjaga dirinya dari terjerumus dalam bentuk silap membuat keputusan. 

    UMNO sudah terbukti pusat segala kejahatan.  Rasuah, penipu, penyelewengan kuasa, skandal perempuan yang banyak, pelanggaran ayat-ayat Allah terutama dalam pelaksanaan hukum Allah, tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan macam-macam lagi.  Ramai orang yang menjadi ahli UMNO terus terjerumus kepada lembah kejahatan.  Tiada siapa yang dapat memulihkannya.  

    Pendekatan yang dibuat oleh seluruh nabi dan Rasul Allah juga jelas akhirnya terdapat 2 pihak iaitu pihak yang mendukung Al-Qur'an dan Sunnah dan satu lagi pihak ialah yang menentang risalah kenabian.  Nabi sendiri tidak pernah bekerjasama dengan Abu Jahal dalam menegakkan kebenaran dan keadilan Allah.  Walhal Nabi Muhammad saw adalah Arab Quraisy dan Abu jahal juga adalah Arab Quraisy.  Mereka berpisah kerana kebenaran Allah dan Keadilan Allah.  Nabi Muhammad saw lawan Abu Jahal sehingga akhirnya Abu Jahal terbunuh dalam perang Badar.

    Apa sebenarnya yang hendak ditunjukkan oleh 40 golongan ulama muda?  Apakah mereka lebih hebat daripada Nabi muhammad saw?  Hakikat bahawa ulama muda dan UMNO adalah sebangsa telah ditunjukkan Nabi Muhammad saw bahawa akhirnya tidak tertegak kebenaran Al-Qur'an atas dasar bangsa.  UMNO juga solat.  Maka cukuplah beberapa ulama sebelum ini yang sudah masuk UMNO dan akhirnya gagal merubah UMNO menjadi lebih mendekati Islam.  Lalu apakah yang hendak dibuktikan oleh golongan ulama muda.  Mereka mendedahkan diri kepada kehancuran.

     Demikianlah siri perjuangan ualama UMNO membetulkan UMNO.  tetapi akhirnya kesemuanya gagal.  Wahai orang UMNO tinggalkanlah UMNO.  UMNO pusat segala kejahatan.  Fikir-fikirkan.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP