PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

USTAZ IDRIS AHMAD (KETUA PENERANGAN PAS PUSAT)BERSAMA PAS KAWASAN TAMBUN

>> Jumaat, Jun 18, 2010

USTAZ IDRIS AHMAD (KETUA PENERANGAN PAS PUSAT)
BERSAMA DENGAN PAS KAWASAN TAMBUN

TARIKH : 19 JUN 2010, SABTU

TEMPAT CERAMAH

1)  HIGH TEA DAN PERASMIAN PASTI KDAS 2
TEMPAT : PASTI KDAS 2 (BELAKANG MASJID AS-SA;ADAH)
JAM 5.00 PTG

2)  KULIAH POLITIK ISLAM
TEMPAT : RUMAH HJ ARIFFIN, KG SERI KLEBANG
JAM 8.00 - 9.00 MALAM

3)  CERAMAH PERDANA  - JUDI DAN YAHUDI


AHLI PANEL


1)  MUSTAFA MANSOR (AHLI KAPAL MARMARA YANG DITAWAN ISRAEL)
2)  USTAZ IDRIS AHMAD (KETUA PENERANGAN PAS PUSAT)

SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DI JEMPUT HADIR

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT MENUTUP AURAT

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 108





UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT
 MENUTUP AURAT

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AYAT 30-32 SURAH AN-NUR

     Dalam 3 ayat ini Allah Taala mengarahkan supaya setiap wanita yang beriman mestilah menutup aurat.  Menutup aurat adalah perkara yang asasi dan wajib.  Menutup aurat bukan pilihan.  Dalam Islam kewajipan ini bermula dari waktu akil baligh lagi.

    Seluruh isteri Nabi Muhammad saw menutup aurat.  Tidak ada seorang pun daripada isteri Nabi Muhammad saw yang ada alasan untuk tidak menutup aurat. Bagi Nabi Muhammad saw jumlah isterinya adalah seramai 12 orang dan kesemuanya menutup aurat dan berjilbab lagi. Nabi Muhammad saw adalah pembesar Kota Madinah dan seluruh isterinya adalah menutup aurat.  Inilah contoh yang sebenar.

   Menurut Imam Malik aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali mata.  Itu sebab kita melihat kebanyakan wanita Arab berjilbab.  Kita hanya melihat wanita Arab pada matanya sahaja.  Menurut Imam Syafie pula aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.  Inilah yang diamalkan di kebanyakan negara dan wanita Islam. Kedua-dua Imam menyatakan bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuhnya.  Maka pakaian wanita mestilah bersesuaian dengan syarat tidak menunjukkan bentuk tubuh.

    Wanita UMNO memang tidak beriman dan beramal dengan ayat ini.  Hampir keseluruhan wanita UMNO adalah berselendang atau tidak menutup aurat.  Kalau menutup aurat pula menunjukkan bentuk tubuh badan dengan pakaian kebaya yang ketat.  Pada UMNO hal elwal agama adalah hak peribadi.  Tiada kaitan dengan perjuangan.  Ini lah kesesatan.  Apakah wanita UMNO wanita muslimah mithali?  Jauh sekali.  Kalau hal bertudung yang sangat asas pun gagal dipatuhi oleh wanita UMNO maka apakah hal-hal Islam yang lebih besar wanita UMNO bersedia mempertahankannya. 

    Beriya-iya wanita UMNO mempertahankan kalimah Allah.  Tetapi dirinya sendiri melanggar perintah Allah.  Wanita UMNO nak mempertahankan nama Allah sahaja tetapi melawan Allah dalam segenap bidang kehidupan. 

    Wahai makcik-makcik di kampung, kakak-kakak yang masih menyokong UMNO, bebaskanlah diri anda daripada kesesatan ini.  Meremehkan hal yang berkaitan dengan tudung adalah termasuk perkara munafik dan berdosa kerana ia adalah perintyah Allah.  Isteri PM sendiri tak bertudung.  Fikir-fikirkan.

Read more...

UMNO-BN SALAHGUNA KUASA SERAH 2 TELAGA MINYAK - HAK RAKYAT DINAFI

>> Khamis, Jun 17, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 107





UMNO-BN SALAHGUNA KUASA SERAH 2 TELAGA MINYAK BLOK L&M - HAK RAKYAT DINAFI

HADIS NABI MUHAMMAD SAW

"MENCINTAI TANAHAIR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"

     UMNO-BN membuat tanggapan bahawa mereka berkuasa penuh untuk berbuat apa sahaja.  UMNO-BN melanggar apa sahaja yang telah ditetapkan sebelum ini.  Benar-benar demokrasi yang ada di Malaysia adalah demokrasi ala UMNO-BN.

     Zaman Tunku hendak mengeluarkan Singapura (1963) daripada Malaysia maka yang dilakukan Tunku ialah

1)   membawa isu tersebut ke pengetahuan Parlimen.  Dibentangkan dalam Parlimen.  Tunku merayu supaya seluruh ahli Parlimen menyokong usul tersebut.
2)   Parlimen meluluskan akta mengeluarkan Singapura daripada Malaysia
3)   Maka terkeluarlah Singapura daripada Malaysia

     Zaman Pak Lah-Najib cara mengeluarkan mana-mana wilayah hanya dengan

1)    mesyuarat Kabinet
2)   kabinet meluluskan mana-mana hak negara diberikan kepada sesiapa pun maka terkeluarlah hak milik negara itu kepada sesiapa yang dikehendaki. 

     Pendekatan ini sangat bahaya.  Kabinet tidak berhak untuk mengeluarkan mana-mana hak milik negara kepada sesiapapun sebelum di bahas

1)  Parlimen/Dewan Undangan Negeri (hak negeri)
2)  Diluluskan oleh Majlis Raja-Raja / Raja

Tapi semua ini dilanggar oleh UMNO-BN.  UMNO-BN telah malu dan berputih mata dalam isu perebutan Pulau Batu Putih.  Hujah yang dibawa oleh Peguam Negara (Gani Patail) adalah lemah kerana Gani Patail hanya pandai membuat fitnah.  Akhirnya Pulau Batu Putih diperolehi oleh Singapura.  Pemimpin Malaysia kata pulau itu hanya batu.  Tetapi Singapura dengan memperolehi Pulau Batu Putih akan membina Satelit yang akan mengawal kepentingannya untuk rantau Asia Tenggara.  Inilah kerja UMNO-BN

     Dalam bab blok telaga minyak L&M yang diserahkan oleh UMNO-BN kepada Brunei dengan nilaian RM320 billion pula sekali lagi hak rakyat dalam negara ini dinafikan UMNO.  Kalau kes ini berlaku di negara Jepun yang banyak pulau maka sudah pasti Perdana Menteri Jepun akan meletakkan jawatan kerana tidak dapat mempertahankan wilayahnya.  Tapi di Malaysia suasana ini tidak berlaku.  Pemimpin UMNO-BN memang muka tak pemalu.

     UMNO-BN serah 2 telaga minyak bernilai RM320 billion.  Bukankah ini jelas menafi hak rakyat?  Pakar ekonomi membuat jangkaan dengan RM320 billion ini sekiranya digunakan untuk memerintah dan memberi kesejahteraan kepada rakyat Kedah maka selama 700 tahun masih tidak habis diguna.  Tetapi diberikan wang sebanyak itu kepada Brunei. 

     Setelah penyerahan 2 telaga minyak ini pemimpin UMNO-BN kata negara akan muflis.  Dana negara sudah kering.  Macam mana tak kering serah 2 telaga  minyak kepada negara Brunei.  Hutang negara meningkat.  Lalu rakyat dihukum.  Duit rakyat diguna untuk membayar hutang negara.  Yang membuat hutang ialah pemimpin UMNO-BN.  Tapi yang dihukum ialah wang rakyat.  Dana awam akan terus dieksploitasi supaya dapat mengurangkan defisit negara.  Inilah kerja UMNO-BN.

     Wahai ahli UMNO-BN bangkitlah untuk membetulkan keadaan.  Tak kan dah sampai tak ada rasa dalam hati kamu.  Pemimpin kamu UMNO-BN serah RM320 billion kepada Brunei tak akan tak ada rasa dalam hati kamu bahawa ini kerja yang tak betul.  Tukarlah dan tinggalkan UMNO.

Read more...

UMNO MENGKAYAKAN KRONI - HAK RAKYAT DINAFI

>> Rabu, Jun 16, 2010

ISLAM MENENTANG KETUANAN MELAYU
KETUANAN MELAYU (UMNO) 106

UMNO MENGGUNAKAN KUASA
MENGKAYAKAN KRONI -HAK RAKYAT DINAFI

     Inilah peringatan kepada penguasa oleh Islam bahawa janganlah harta negara itu hanya berlegar diantara sebahagian daripada penguasa sahaja.

     Senarai nama yang kaya di Malaysia antaranya

1.    Jutawan Gula (kekayaan dikaitkan dengan barangan rakyat - gula)
2.    Jutawan kenderaan awam (perkhidmatan awam negara)
3.    Jutawan komunikasi (perkhidmatan telekomunikasi)
4.    Jutawan balak (mendapat lesen balak yang banyak)
5.    Jutawan bank (menguasai perbankan)
6.    Jutawan komisyen kapal selam
7.    Jutawan komisyen kapal perang sukoi
8.    Jutawan projek keretapi berkembar (kerabat Di Raja)

    Senarai diatas adalah antara mereka yang kaya hasil daripada kekuasaan seseorang.  Kenapa mereka kaya?  Para jutawan kaya dikaitkan dengan kuasa Perdana Menteri UMNO dan Menteri-Menteri UMNO-BN.  Kalau tidak kerana kuasa masakan para jutawan ini kaya.  Perdana Menteri sendiri berkata "You help me, I will help you"

     Di manakah hak rakyat yang UMNO-BN perjuangkan.  Rakyat kekal berbasikal sampai sudah.  Segelintir pemimpin UMNO-BN terus mengaut keuntungan dengan menafikan hak rakyat.  Rakyat hendak mendapat gula sekilipun payah tetapi yang membekalkan gula sudah menjadi jutawan.  Inilah kaedah UMNO-BN menggunakan kuasa.  UMNO-BN menyelewengkan penggunaan kuasa untuk kepentingan segelintir kroni mereka.

     Di zaman Nabi Muhammad saw, kekayaan Abdul Rahman Auf tidak pernah dikaitkan dengan kuasa yang ada pada Nabi Muhammad saw.  Tiada projek yang dibekalkan Nabi Muhammad saw kepada Abdul Rahman Auf.  Abdul Rahman Auf r.a. kaya atas usaha sendiri.  Berkat beliau kuat berinfaq dan bersedekah yang kemudiannya Nabi Muhammad saw berdoa agar diluaskan rezekinya oleh Allah Taala.  Hampir seluruh sahabat Nabi Muhammad saw kaya adalah atas usaha sendiri. Tiada seorangpun yang kaya  yang  dikaitkan dengan kuasa yang ada pada nabi Muhammad saw.  Zaman Nabi Muhammad saw -  usaha sendiri kaya sendiri, tiada kuasa politik.  Jenis kerajaan yang seperti ini barulah kekayaan akan tersebar kepada seluruh rakyat.

    Zaman UMNO-BN mahu kaya

1)     kenal ahli politik, yang terbaik ialah UMNO-BN
2)     ahli politik yang terbaik untuk dikenali ialah Presiden UMNO merangkap PM

Zaman ini mahu kaya bukan mula dengan usaha.  Tetapi bermula dengan ahli politik UMNO-BN.  Kenali UMNO-BN, tahu yang UMNO-BN hendak,  berkongsi apa yang UMNO-BN suka.  Maka budaya ini akan mencepatkan proses kekayaan.  Cerita dapat projek dengan komisyen diberikan kepada para pemimpin UMNO-BN, ini bukan lagi suatu kerahsiaan.  "I help you, you help me"

   Rakyat dapat apa?  Tak ada ape-ape.  5 tahun sekali pemimpin UMNO-BN ini pun datang bawa beras sekampit, gula sekilo,  tepung sebungkus, minyak seplastik dan campur dengan syarahan perkauman Melayu sempit minta sokongan orang kampung.  Pemimpin UMNO-BN kata

"hanya UMNO-BN yang layak memerintah.  Kalau sokong Pakatan Rakyat nanti Jepun masuk menjajah negara semula". 

Itulah yang rakyat dapat.  5 tahun rakyat dapat RM50.  Pemimpin UMNO-BN rampas dan mengaut keuntungan dalam 5 tahun hingga jadi jutawan.

    Fikir-fikirkan lah wahai ahli UMNO.  Tukarlah.  Sokongan orang Melayu kampung yang tak bermaklumat mestilah diusahakan untuk menukar UMNO-BN kepada PR.  Ini belum cerita bab saham, kontrak jutaan ringgit dalam dan luar negara, pembinaan bandar baru dan lain-lain yang berligar di kalangan kroni UMNO-BN sahaja.  Wahai Rakyat tinggalkan UMNO-BN.  Sokonglah PAKATAN RAKYAT. 

Read more...

UMNO, ROKOK DAN GULA, HAK RAKYAT DINAFI

>> Selasa, Jun 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 106

UMNO-ROKOK VS GULA - HAK RAKYAT DINAFI



    Sebuah kerajaan yang baik ialah yang menjaga keperluan rakyat.  Corak dan bentuk keperluan rakyat sebagai pengguna sentisa ditekan oleh peniaga.  Kerajaan UMNO-BN kata kuasa pengguna mestilah diperkasakan.  Macam mana nak perkasakan kuasa pengguna, sedangkan menteri sendiri dikawal dan dijaga oleh tauke-tauke barangan.

    Sejarah tidak akan menipu.  Rakyat pernah berhadapan dengan krisis beras.  Apabila harga beras dinaikkan oleh UMNO-BN,  beras mulai memenuhi pasaran.  Begitu juga krisis tepung.  Apabila harga tep[ung dinaikkan oleh UMNO-BN maka tepung kembali memenuhi pasaran.  kedai kecil dihujung kampung dapat bekalan tepung.  Begitu juga dengan krisis gula.  Apabila harga gula dinaikkan oleh UMNO-BN maka gula memenuhi pasaran.  Kini gula kembali tiada.  Ini bermakna harga akan dinaikkan.

    Begitu juga dengan ayam.  Apabila hendak menyambut hari perayaan maka tiada ayam.  Bekalan ayam tidak mencukupi.  Namun apabila UMNO-BN mengumumkan harga siling untuk ayam maka ayam wujud kembali.  Adalah menghairankan apabila UMNO-BN mengumumkan harga siling barangan atau mengumumkan kenaikan harga sesuatu barang maka barangan akan kembali memenuhi pasaran.  Apakah hubungkait UMNO-BN dengan tauke-tauke peniaga ini?  Inilah yang menjadi persoalannya.  Isu Kalau tak rasuah bukan UMNO-BN menjadi igauan.  Isu komisyen juga Bukanlah UMNO-BN kalau tak ambil komisyen.  Rasuah dan Komisyen terus menguasai UMNO-BN sehingga hak rakyat dinafi.

     Hak rakyat mendapat barangan yang murah dinafi oleh beberapa kerat UMNO-BN.  UMNO-BN sudah korup dan rasuah.  Sudah sampai masanya UMNO-BN diganti dengan Pakatan Rakyat (PR)

     Rokok adalah barangan yang diguna oleh rakyat.  Namun tidak didengar ketiadaan rokok dalam pasaran.  Kenapa ini berlaku?  Harga rokok terus meningkat setiap kali dibacakan budget negara.  Bila harga terus meningkat maka barangan sentiasa ada. 

     Jelas UMNO-BN gagal melindungi hak rakyat.  Rokok yang dihisap tidak akan mengenyangkan.  Yang mengenyangkan ialah beras, gula dan  tepung.  Barangan kawalan ini diberikan subsidi. UMNO-BN nak potong subsidi beras, gula dan tepung.  UMNO-BN nak jadikan beras, gula dan tepung seperti rokok yang tiada subsidi.   Harga beras, gula dan tepung sentiasa nak dinaikkan harga sehingga orang miskin tidak mampu lagi membeli barangan tersebut.

    UMNO-BN kata subsidi yang banyak akan menjadikan negara bangkrap.  Inilah kerja UMNO-BN.  Duit subsidi sebanyak RM 74  billion hendak dipotong. kemana nak dibelanjakan?  UMNO-Bn akan terus menafi hak rakyat.  Bermacam alasan dikemukakan UMNO-BN untuk menjustifikasikan tindakan korup para pemimpin UMNO-BN.

     Apakah pemimpin seperti ini UMNO-BN hendak dikekalkan?  UMNO-BN mesti diubah kerana sudah tidak dapat mempertahankan hak rakyat.  Subsidi untuk keperluan rakyat dipotong, gula tiada dalam pasaran, beras dan tepung menunggu giliran untuk tiada pula dalam pasaran, ayam dan telor ayam menunggu hari perayaan untuk dinaikkan harganya.  Bertukarlah wahai orang UMNO-BN.  Fikir-fikirkan.

Read more...

UMNO-BN GAGAL TANGANI ISU GULA

>> Isnin, Jun 14, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 106

UMNO-BN GAGAL TANGANI ISU GULA

     APAKAH YANG SEPATUTNYA YANG DILAKUKAN OLEH UMNO-BN? MENGAWAL HARGA ATAU MENJAGA KUALITI BARANGAN. 

     Apabila UMNO-BN mengawal harga barang, barangan ada pada tangan penjual.  Yang terjadi ialah barangan akan disorok.  Kenapa barangan disorok? Ini supaya harga barangan dapat dinaikkan.  Maka untuk menaikkan harga barangan tauke-tauke barang menjaga dan mengawal menteri-menteri.

    Kini gula tiada dalam pasaran.  Gula hanya didapati dalam pasaraya besar sahaja.  Apabila ditanya kepada menteri hal ehwal pengguna akan naikkah harga gula?  Menteri menjawab tak.  Apabila gula tak dinaikkan maka tiada dalam pasaran.  Tunggu apabila harga gula dinaikkan kerajaan maka kedai kecilpun akan ada gula.

    Itu sebab di Libya sebuah negara sosialis, negara penghasil minyak barang asas diberikan oleh negara kepada rakyat.  Setiap rakyat di Libya layak mendapat secara percuma barang asas keperluan hidup seperti tepung, minyak, gula dan tea/kopi.  Malaysia juga negara penghasil minyak tetapi tak mampu memberi percuma barangan asas keperluan rakyat.  Kenapa?  Ini kerana pemimpin kerajaan UMNO-BN pemimpin yang sudah korup dengan rasuah dan melegarkan harta negara di kalangan kroni sahaja.  Itu sebab negara akan bangkrap.

    Nabi Muhammad saw di Madinah mengawal kualiti barang dan tidak mengawal harga.  Menetapkan harga adalah milik penjual.  Itu sebab rukun jual beli dalam muamalah Islam adalah

1)  Penjual    2)  Pembeli     3) Barangan yang didagangkan     4)   akad atau persetujuan

Itu sebab Madinah tidak pernah ketiadaan barang kerana harga sesuatu barang ditentukan oleh peniaga.  Kesan dari tindakan ini di Madinah

1)    tiada rasuah
2)    tauke hanya menjaga perniagaannya
3)   tauke tidak perlu memberi kemewahan kepada penguasa kerana tauke adalah penentu harga sesuatu barangan
4)    Pemimpin Islam Madinah bebas dari sebarang kegiatan rasuah sama ada rsuah wang atau lawatan luar negara

    Inilah kemurnian Islam yang ditentang UMNO-BN.  UMNO-BN terus mengawal harga barangan kerana ada kepentingan besar terutama memperolehi rasuah dari tauke-tauke.  Inilah kerja pemimpin UMNO-BN yang terus menerus menipu rakyat.

    PM umum nak naikkan gaji kakitangan awam mencecah gaji kakitangan awam negara maju.  Kalau isu gula sahaja tidak dapat diatasi dan dasar negara terus mengawal harga maka inilah omongan kosong sahaja.  Retorik sahaja nampak cantik tapi tiada roh kerana bergelumang dengan rasuah dan dosa.  Inilah UMNO-BN yang disokong oleh Melayu kampung yang tak bermaklumat atau Melayu bandar yang menyokong membabi buta.  Asal Melayu disokong walau rasuah

    Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO, pemimpin UMNO berubahlah.  Sertailah perjuangan Islam yang lebih jelas dan meyakinkan.  UMNO-BN terus menipu rakyat tanpa tanggungjawab.  Sedangkan perjuangan Islam yang melihatnya adalah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berilmu.

Read more...

UMNO MELAKSANAKAN SISTEM EKONOMI RIBA

>> Ahad, Jun 13, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO 105)



ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL BAQARAH 278



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. 
Chinese
信道的人們啊!如果你們真是信士,那末,你們當敬畏真主,當放棄餘欠的利息。 
Tamil
ஈமான் கொண்டவர்களே! நீங்கள் உண்மையாக முஃமின்களாக இருந்தால், அல்லாஹ்வுக்கு அஞ்சியடங்கி, எஞ்சியுள்ள வட்டியை வாங்காது விட்டு விடுங்கள்.

     Dalam ayat ini Allah Taala jelas melarang mengamalkan riba dalam apa sahaja urusan ekonomi dan sebarang perniagaan.  Riba jelas diharamkan Allah.  Yang dihalalkan Islam ialah perniagaan yang dihalalkan Allah.

    UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  Pada UMNO sama sahaja antara perniagaan yang Islami dengan konvensional.  Pada UMNO yang penting ialah untung.  Tanpa mengira persoalan yang berkaitan dengan penindasan dan kezaliman.  Riba adalah lambang kezaliman dan penindasan.  Judi juga adalah lambang penindasan dan kezaliman.  Justeru kedua-duanya adalah diharamkan Islam.

    Riba dan judi adalah amalan jahiliyah dan amalan bangsa Yahudi.  Inilah yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini.  Bentuk yang diamalkan adalah bentuk penindasan orang lain yang juga adalah amalan bangsa yahudi dan amalan jahiliyah. UMNO membuat pengakuan bahawa Malaysia adalah negara Islam tetapi ekonominya adalah ekonomi Riba,  pinjaman pendidikan juga riba, Justeru penjual sudah tidak jujur kerana ditekan dengan sistem ekonomi Riba.  Untuk mendapat keuntungan maka berlaku kegiatan sorok barangan.  Barangan tiada di pasaran sedang permintaan tinggi.  Akhirnya harga dinaikkan kerajaan maka baranagn ada semula.  Inilah terjadi kepada gula.  Saya yakin sekiranya harga gula dinaikkan maka barangan gula akan ada semula dalam pasaran.

     Tauke-tauke perniagaan terus menjaga menteri-menteri UMNO-BN yang membuat dasar.  Kenapa tauke ini menjaga menteri-menteri?  Tidak lain untuk menaikkan harga dan mendapat keuntungan berlipat ganda.  Maka tauke-tauke ini akan menyogok menteri-menteri sehingga akhirnya menteri terpaksa menaikkan harga sesuatu barang walaupun barangan itu dalam kawalan.  Inilah kerja menteri-menteri UMNO-BN.

    Wahai ahli UMNO berubahlah dan bertukarlah.  Berubah dan bertukar kepada perjuangan yang lebih baik dan yakin.  Tidak lain menyertai PAS.  Dengan amalan ekonomi riba pemimpin yang kamu lantik akan terus dikayakan oleh tauke-tauke sedangkan ahli UMNO bawahan terus dalam kemiskinan.  Bebaskanlah diri anda dari belenggu kesesatan yang dibawa UMNO dengan menyertai perjuangan Islam yang sebenar iaitu PAS.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP