PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

UMNO MENOLAK KEADILAN ISLAM UNTUK SEMUA

>> Sabtu, Jun 12, 2010

ISLAM MENOLAK FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 104

UMNO MENOLAK KEADILAN ISLAM UNTUK SEMUA

Allah Taala berfirman dalam surah Al-A'raf ayat 3


(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". 
Chinese
你們當遵循從你們的主降示的經典,你們不要捨真主而順從許多保祐者。你們很少覺 悟。 
Tamil 
(மனிதர்களே!) உங்கள் இறைவனிடமிருந்து, உங்களுக்கு இறக்கப்பட்டதைப் பின்பற்றுங்கள்; அவனையன்றி (வேறெவரையும்) பாதுகாவலர்(களாக்கி கொண்டு அவர்)களை பின்பற்றாதீர்கள்; நீங்கள் சொற்பமாகவே நல்லுணர்வு பெறுகிறீர்கள்.
 (7:3)


   Dalam ayat ini jelas bahawa Allah Taala menyuruh seluruh manusia mengikut pemimpin yang akan membawa manusia kepada kebenaran iaitu Rasul, Nabi Muhammad saw.  Janganlah manusia itu mengikut kata pemimpin yang membawa kepada kesesatan.  Kesesatan akan menjauhi daripada Allah.




    Semalam Presiden PAS memberi ucap utama dalam Muktamar PAS ke 56 dengan tema "Keadilan Islam Untuk Semua".  Tema yang cukup jelas hanya Islam yang mampu memberi makna keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa.  PAS yang sandaran perjuangan ialah Al-Qur'an dan Sunnah maka keadilan yang hendak dibawa oleh PAS tidak lain sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an dan Sunnah.

     Berlainan dengan UMNO-BN keadilan adalah berdasarkan kepada kehendak manusia.  Keadilan yang di bawa UMNO-BN sudah pasti bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO-BN memaknakan keadilan adalah untuk kroni-kroni sahaja.

Royalti minyak Terengganu/Kelantan

1999 - 2004  -  wang royalti Terengganu ditukar ke wang ehsan kerana PAS memerintah Terengganu
2000 -  wang royalti minyak Terengganu di kembalikan kerana UMNO-BN memerintah semula

2009 -  wang royalti minyak Kelantan dinafi.  Tukar kepada wang ehsan

Inilah keadilan cara UMNO-BN.  Ia merupakan kezaliman.  Allah Taala menyuruh menolak pemimpin yang apabila diberi kuasa menegakkan kezaliman.

Semangat Federalism

2008  -  Perak dikuasi Pakatan Rakyat.  UMNO-BN tubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk Perak.  Melantik JKKK Persekutuan (JKKKP).  Kenapa ini berlaku sekiranya UMNO-BN menegakkan keadilan dan menjayakan semangat federalism?  Tapi UMNO-BN tak peduli.  Dia buat dan lantik mengikut sesuka hatinya.  UMNO-BN terus menegakkan kezaliman.  Allah Taala menyuruh supaya seluruh manusia menolak pemimpin yang zalim  Itu di Perak.

    Di Kelantan sampai hari ini kezaliman yang melanggar semangat Federalism terus-menerus berlaku.  Semua struktur ada dua iaitu kerajaan negeri dan pusat.  Ada JKKK Neg maka ada juga JKKK Pusat.  Ada Penghulu Negeri dan ada juga penghulu Pusat.  Begitu juga di Kedah, PP dan Selangor.  UMNO-BN tak peduli adil atau zalim.

Internal Security Act (ISA)

  Seluruh rakyat mahukan ISA hapus.  Ini akta zalim.  Tahan orang tanpa bicara adalah zalim.   UMNO tak peduli teruskan juga. UMNO-BN buat pindaan.  Rakyat tak mahu pindaan.  Rakyat mahu akta zalim ini dihapuskan.  UMNO_BN tak kisah.  ISA diteruskan juga.

    Cukuplah 3 perkara ini manjadi asas bahawa UMNO-BN tidak menegakkan keadilan.  UMNO-BN menegakkan kezaliman.  Wahai ahli UMNO bertukarlah.  Sekiranya ada yang  ingin untuk menyertai UMNO segeralah hapuskan niat anda kerana UMNO-BN adalah parti yang zalim.  Sertai PAS.  Kalau ada yang mahu menyokong UMNO-BN batalkan juga niat anda kerana anda menyokong kezaliman.  Orang yang menyokong kezaliman akan disambar oleh api neraka.  Berubah dan bertukarlah untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat

    

Read more...

UMNO TAK IKTIRAF KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YAHUDI TAK IKTIRAF HAMAS

>> Jumaat, Jun 11, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 104

UMNO TAK IKTIRAF KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT
SEPERTIMANA YAHUDI TAK HAMAS 2006

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-FATH AYAT 3


Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). 
Chinese
真主將給你一種有力的援助。 
Tamil 
மேலும், அல்லாஹ் ஒரு வலிமை மிக்க உதவியாக உமக்கு உதவி செய்வதற்காகவும் (தெளிவான இவ்வெற்றியை அவன் அளித்தான்)
 (48:3)

     Hari ini(10.6.10) adalah Persidangan Dewan Ulama Pas Pusat.  Tema yang dibawa adalah "Memperkasa Kewibawaan Ulama".  Ayat diatas dijadikan sandaran.  Begitu juga ayat 55 Surah Nur.  Bagaimana sifat kemenangan menurut Al-Qur'an.


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. 
Chinese
真主應許你們中信道而且行善者(說):他必使他們代他治理大地,正如他使在 他們之前逝去者代他治理大地一樣;他必為他們而鞏固他所為他們嘉納的宗教;他必以安寧代替他們的恐怖。他們崇拜我而不以任何物配我。此後,凡不信道的,都 是罪人。 
Tamil
உங்களில் எவர் ஈமான் கொண்டு (ஸாலிஹான) - நற்செயல்கள் புரிகிறார்களோ அவர்களை, அவர்களுக்கு முன்னிருந்தோரை(ப் பூமிக்கு) ஆட்சியாளர்களாக்கியது போல் பூமிக்கு நிச்சயமாக ஆட்சியாளர்களாக்கி வைப்பதாகவும், இன்னும் அவன் அவர்களுக்காக பொருந்திக் கொண்ட மார்க்கத்தில் அவர்களை நிச்சயமாக நிலைப்படுத்துவதாகவும், அவர்களுடைய அச்சத்தைத் திட்டமாக அமைதியைக் கொண்டு மாற்றி விடுவதாகவும், அல்லாஹ் வாக்களித்திருக்கிறான்; "அவர்கள் என்னோடு (எதையும், எவரையும்) இணைவைக்காது, அவர்கள் என்னையே வணங்குவார்கள்;" இதன் பின்னர் (உங்களில்) எவர் மாறு செய்(து நிராகரிக்)கிறாரோ அவர்கள் பாவிகள்தாம்.
 (24:55)

   UMNO beramal dengan amalan demokrasi bikinan manusia.  Sepatutnya apabila sesuatu parti menang dalam sebuah pilihanraya maka UMNO-BN mestilah segera diiktiraf.  Hakikat yang sebenarnya dalam amalan UMNO tidak begitu.  UMNO-BN menunjukkan contoh seperti di negeri yang di perintah PR iaitu

1)  menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri PR.  Semua budget pembangunan Pusat disalurkan melalui JPP.  Penubuhan JPP oleh UMNO-BN jelas UMNO-BN tak iktiraf kemenangan PR.

2)  UMNO-BN tak beri royalti minyak kepada Kelantan.  Alasan yang dikemukakan ialah jarak telaga minyak di Kelantan ialah jauh lebih 3 batu notika.  Sabah dan Serawak telaga minyak jarak dengan pantai Sabah dan Serawak ialah lebih 200 batu notika.  Jelas alasan ini menunjukkan bahawa UMNO-BN tidak iktiraf kemenangan PR

3)  Rampasan kuasa oleh UMNO-BN di Perak.  UMNO-BN membuat rampasan kuasa di Perak dengan membeli 3 ADUN.  Perbuatan ini jelas adalah perbuatan tidak mengiktiraf kemenangan PR

4)  Membeli MP Pakatan Rakyat dari PKR dengan pelbagai tawaran.  Perbuatan ini juga adalah perbuatan UMNO-BN yang tidak mengiktiraf kemenangan PR.

     Dengan 4 ciri yang disebutkan diatas sama seperti Yahudi-Israel yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya yang sah tahun 2006.  Yahudi-Israel tetap mengiktiraf PLO walaupun PLO kalah dalam pilihanraya tersebut.  Perbuatan UMNO-BN di Malaysia adalah sama dengan Yahudi-Israel di Palestin.  Itulah sebabnya UMNO-BN boleh bekerjasama dan berkawan dengan APCO-Yahudi.

   Wahai orang UMNO, Ahli UMNO, pemimpin UMNO janganlah berhujah dengan hujah bidih iaitu "yang itu kami tak tahu, kami sokong UMNO-BN kerana UMNO-BN memperjuangkan Melayu". 

Kalau UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dianaktirikan? Bukankah Kelantan negeri orang Melayu?

Kalau UMNO memperjuangkan bangsa Melayu, kenapa Kedah dianaktirikan?  Bukankah Kedah negeri orang Melayu?

Kalau UMNO memperjuangkan Bangsa Melayu?  Kenapakah Perak UMNO-BN buat rampasan kuasa?  Bukankah Perak Majoriti adalah orang Melayu?

Berpindahlah, Bertukarlah.  Dari UMNO kepada perjuangan yang membela kesemua bangsa dan umat iaitu Islam.  Sertai PAS.

Read more...

UMNO ADALAH PENGHALANG PERJUANGAN ISLAM

>> Khamis, Jun 10, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 103

UMNO ADALAH PENGHALANG KEPADA PERJUANGAN ISLAM

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH TIN AYAT 5



"DAN KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN MEREKA KE DARJAT YANG SERENDAH-RENDAHNYA"

    Malam ini adalah malam yang istimewa.  Istimewa malam ini ialah mendengar nasihat daripada Mursyidul Am dalam Majlis Perasmian Muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda di Putik, Kota Bharu.  Antara nasihat beliau ialah

1)  PAS berjuang berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Pas adalah kesinambungan perjuangan para Rasul dan pra Nabi-Nabi Allah.  Perjuangan Pas adalah daripada langit.  Pas berusaha untuk melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

    UMNO berjuang berdasarkan demokrasi.  Demokrasi datang dari ideologi barat.  Ideologi barat adalah bikinan manusia.  Demokrasi tidak mengenal Allah.  Oleh itu UMNO menolak Allah.  UMNO hanya kenal manusia.  Oleh yang demikian sesuailah firman Allah iaitu darjat manusia diturunkan ke serendah darjat apabila manusia berjiwa UMNO tidak mengenal Allah.

2)   Ideologi PAS dalam perjuangan Islam di Malaysia adalah Al-Qur'an dan Sunnah.  Pas berusaha untuk melaksanakan hukum Allah.  Pas terus berusaha untuk melaksanakan keadilan dan kebenaran Al-Qur'an dan Sunnah

    UMNO penghalang pelaksanaan hukum Islam.  Ideologi UMNO adalah demokrasi.  Demokrasi adalah ideologi buatan manusia.  Itu sebab UMNO lawan hukum Allah.

Para ulama tafsir menyatakan bahawa serendah darjat terjadi kepada manusia kerana
1)   manusia  tidak mengenal Allah
2)   manusia kenal Allah tapi melawan hukum Allah
3)   manusia kenal Allah tetapi tidak beribadat kepada Allah
4)  manusia kenal Allah tetapi menolak sebahagian dari Al-Qur'an

     Sifat yang dinyatakan oleh mufassirin ini ada pada UMNO.  Insaflah wahai ahli UMNO, pemimpin UMNO dan penyokong UMNO.  Kembalilah kepada Al-Qur'an sebagai pedoman hidup.  Tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia.  Perjuangan yang sia-sia itu rugi di dunia dan menunggu azab di akhirat.  Marilah sertai PAS.

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN SIBGHAH ALLAH

>> Rabu, Jun 09, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 103

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN SIBGHAH ALLAH

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH BAQARAH AYAT 138


(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". 
Chinese
你們當保持真主的洗禮,有誰比真主施洗得更好呢?「我們只崇拜他。」
Tamil
"(இதுவே) அல்லாஹ்வின் வர்ணம்(ஞான ஸ்னானம்) ஆகும்;, வர்ணம் கொடுப்பதில் அல்லாஹ்வைவிட அழகானவன் யார்? அவனையே நாங்கள் வணங்குகிறோம்" (எனக் கூறுவீர்களாக).


     Dalam ayat ini Allah dengan jelas menyebut hanya sibghah Allah sahaja yang dapat menyelamatkan manusia.  Malahan Allah Taala mencabar manusia acuan manakah yang lebih baik daripada acuan Allah. Allah Taala menyediakan pakej yang jelas yang menyelamatkan manusia, iaitu

1)      Anak luar nikah datang dari perzinaan - acuan Allah ialah hukuman sebat bagi yang bujang dan rejam sampai mati bagi yang sudah kahwin

2)     Curi dan rompak - acuan Allah ialah hukum potong tangan atau potong bersilang

3)     Murtad - acuan Allah ialah bunuh si murtad

4)     Rasuah - Acuan Allah ialah gerun dengan Hukum Allah iaitu azab di akhirat

5)     Susunan dalam rumahtangga -  Acuan Allah ialah rumah yang memiliki 3 bilik

6)     Kepimpinan Negara - Acuan Allah ialah Pemimpin yang taat kepada Allah

     Demikianlah acuan Allah di nyatakan dengan jelas oleh Allah dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw.  UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  UMNO membuat acuan sendiri berdasarkan hukum manusia.  Acuan UMNO

1)     Dadah - buat pusat serenti

2)    Anak luar nikah - pusat pungut anak luar nikah

3)    Rumah rakyat - 2 bilik sahaja.  Timbulkan gejala sosial - budaya lepak luar rumah

4)     Murtad - dikaunseling

5)     Penzina - di kaunseling

6)     Janda - boleh melacur diri untuk mencari rezeki

7)     Penasihat negara - Yahudi - APCO musuh Allah

8)     Menyelesaikan masalah ekonomi - lulus judi yang diharamkan Allah

     Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO dan pemimpin UMNO fikir-fikirkanlah.  UMNO memilih acuan lain dari acuan Allah.  Semua yang dipilih UMNO adalah bertentangan dengan Al-Qur'an.  Segeralah meninggalkan UMNO dan sertai PAS yang lebih kuat memperjuangkan Islam.

Read more...

UMNO-BN BUAT RESOLUSI KUTUK ISRAEL TAPI SURUH TURKI YANG BUAT

>> Selasa, Jun 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 102

UMNO-BN BUAT RESOLUSI KUTUK ISRAEL DI PARLIMEN 
TAPI SURUH TURKI BAWA ISRAEL KE ICC
     
Hari ini adalah hari bersejarah kerana UMNO-BN secara terpaksa akhirnya membuat sidang khas Parlimen mengutuk tindakan Israel keatas kapal bantuan umat Islam Gaza.  Tetapi ciri kutukan yang dibuat Presiden UMNO hanyalah sekadar mengutuk serangan.  Usul membawa Israel ke ICC diserahkan kepada Turki untuk membawanya.

     Kenapa minta Turki?  Jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia masih lagi terkongkong di bawah penasihatnya APCO WORLDWIDE.  Tak kan APCO akan menasihat Najib untuk mengutuk dan membawa Israel tempat tumpah darah Yahudi ke ICC.

     Kenapa Malaysia tidak memutuskan kontrak dengan APCO?  Jelas kebiadaban Yahudi.  Rasa meluap marah Presiden UMNO-BN hanya sekadar mengutuk.  Kenapa masih mengambil APCO.  APCO masih di ketiak Najib.  Inilah kehairanan yang besar.  Turki menyatakan rasa marahnya dengan memutuskan hubungan diplomatik dan menghalau balik duta Israel.  Ini baru jantan namanya. Sepatutnya APCO world wide ditamatkan kontraknya serta merta.
     Kenapa Malaysia takut mengutuk pelindung Israel iaitu Amerika?  Sekali lagi usul hanya mengutuk sebuah negara kecil Israel.  Di belakang Israel tidak lain ialah Amerika.  Israel tidak akan berbuat sesuka hati sekiranya tidak ada bantuan daripada Amerika.  Malaysia takut kutuk Amerika.  Al-maklum Najib baru sahaja bersalam dengan Barrack Obama.  Kalau inilah kualiti Najib sebagai Presiden UMNO-BN maka siri penjajahan baru neo-kolonialism sedang melanda kepimpinan negara.

    Kenapa Malaysia atas nama kerajaan tidak menghantar bantuan kepada umat Islam Gaza?  Sudah pasti inilah peranan penasihat APCO.  Siapa dia APCO?  APCO adalah syarikat yahudi.  Apakah yahudi akan menasihat kerajaan menghantar makanan dan perubatan ke Gaza - musuh yahudi.  Sudah pasti tidak.  Itu sebab Najib hanya menyambut kepulangan sukarelawan.  Menyambut sukarelawan tidak menjejaskan yahudi.  Yahudi-APCO berjaya mengekang sumbangan atas nama kerajaan kepada umat Islam Palestin. 

     Kenapa sukarelawan Malaysia tidak dibunuh berbanding dengan sukarelawan dari negara lain?   Kenapa kapal Globalpeace Perdana milik Mahathir hanya di tawan dan tidak diserang?  Ini semua adalah pertanyaan yang mesti dijawab oleh UMNO-APCO.  Apakah ada mainan wayang kulit dibelakang semua insiden ini.  

     Kenapa Najib UMNO-APCO ambil isu Palestin?  Reaksi awal adalah negatif.  MP Pakatan mohon adakan sidang khas ditolak awalnya.  Kenapa Najib UMNO-APCO ambil juga isu ini.  UMNO-APCO yakin dengan isu Palestin maka akan terlupalah sebentar isu judi bolesepak.  Bolehlah UMNO-APCO bernafas. Rakyat Malaysia sangat faham kalaulah Najib UMNO-APCO namanya yang tidak ada kepentingan diri itu tidak akan dilayan.  Bila pula Najib UMNO-APCO sangat prihatin dengan isu umat Islam Palestin.  

      Wahai ahli UMNO fikirkanlah.  Tinggalkan   UMNO- APCO yang bergelumang dengan darah para syuhada Palestin.  Sertai perjuangan tulen menegakkan keadilan dan kebenaran.  Sertai PAS.

Read more...

UMNO KRITIK YAHUDI DILUAR PARLIMEN SOKONG YAHUDI DALAM PARLIMEN

>> Isnin, Jun 07, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 101

UMNO KUTUK YAHUDI DI LUAR PARLIMEN 
DALAM PARLIMEN SOKONG YAHUDI (APCO) UNTUK GUNA WANG RAKYAT (UMNO SUDAH BERPERANGAI SEPERTI YAHUDI)


ALLAH BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-IMRAN 149


Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. 
Chinese
信道的人們啊!如果你們順從不信道的人,他們將使你們背叛,以致你們變成虧折 的人。 
Tamil
நம்பிக்கை கொண்டோரே! காஃபிர்களுக்கு நீங்கள் வழிபட்டு நடந்தால், அவர்கள் உங்களை உங்கள் குதி கால்களின் மீது திருப்பி விடுவார்கள்;. அப்போது, நீங்கள் நஷ்டமடைந்தவர்களாக (நம்பிக்கையினின்றும்) திரும்பி விடுவீர்கள். (3:149)
 

    Dalam ayat ini jelas Allah menyatakan bahawa tidak layak orang beriman mengambil musuh Allah sebagai sandaran dan menerima nasihat daripada mereka.  Arahan daripada mereka yang ada iri hati dengan Islam sudah pasti nasihat mereka memesongkan penganut daripada Islam.  Inilah kecenderungan ahli Kitab yang diberikan Kitab (Taurat) oleh Allah.  Dihujung kehidupan sekiranya ahlul Kitab ini menjadi sandaran maka sudah pasti golongan yang menerima nasihat itu akan termasuk dalam golongan orang yang rugi.

    Inilah yang ditolak oleh UMNO.  Mereka mengambil APCO, syarikat yang berasaskan Yahudi sebagai penasihat kepada kerajaan.  Yahudi tak akan menasihat kerajaan supaya menghantar makanan dan bantuan perubatan kepada Palestin.   Itu sebab yang menghantar bantuan kepada saudara seIslam ialah NGO dan bukan inisiatif  kerajaan.  Yang memberi tekanan kepada kerajaan haram Israel ialah kerajaan Turki.  Malaysia atas nasihat APCO tak akan memberi tekanan kepada Israel.  

     Oleh kerana sukarelawan Turki yang banyak terbunuh maka kerajaan Turki memberi amaran "sekiranya Israel tidak membebaskan mereka yang ditawan dalam masa 3 hari maka Turki akan menyerang Israel" kata Endorgan, Perdana Menteri Turki.  Malaysia terus senyap dan berpeluk tubuh atas nasihat APCO.

    Itu sebab yang hanya boleh dibuat oleh Malaysia ialah menyambut sukarelawan kapal.  Tidak lebih daripada itu.  Ucapan di luar Parlimen, pemimpin UMNO semacam membenci Yahudi.  Antara yang dikatakan ialah " program bantuan kepada umat Islam Gaza ini mesti diteruskan"atau "Kita tak mahu kutuk hanya dalam Parlimen tetapi mahu tindakan yang serius".  Ini semua adalah kata pemimpin UMNO yang munafik.  Sewaktu perbahasan tentang APCO dalam Parlimen yang mempertahankan UMNO tidak lain MP UMNO.  Pemimpin UMNO sudah sama macam Yahudi.  Yahudi bermuka dua.  Ya disatu ketika tetapi dalam masa yang sama membunuh umat Islam Palestin.


     UMNO kita cabar sekiranya kamu benci kepada Yahudi kerana membunuh umat Islam maka perkhidmatan APCO hendaklah diberhentikan.  Tinggalkanlah UMNO kerana perjuangan UMNO kini sudah menyeleweng.  Bersamalah dengan PAS yang memperjuangkan Islam yang tulen.

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HARAMNYA JUDI

>> Ahad, Jun 06, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 100

UMNO TIDAK BERIMAN
DENGAN AYAT HARAM JUDI DALAM AL-QUR'AN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-MAIDAH AYAT 90



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Chinese
信道的人 們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.

     Dalam ayat ini Allah Taala dengan jelas mengharamkan judi.  Judi dalam apa sahaja bentuknya adalah diharamkan.  Kesan judi menghancurkan masyarakat.

     Sebuah kerajaan yang baik (good government) tidak akan mendedahkan rakyatnya kepada kebinasaan.  Hasil mahsul Malaysia sangat banyak.  Sepatutnya kerajaan tidak bergantung kepada pendapatan judi.  Dalam budgrt negara pendapatan cukai judi hanya sekadar RM 2.3 billion.  Sedangkan pendapatan yang dijangkakan diperolehi negara seperti petroleum sebanyak RM320 billion telah diserahkan kerajaan kepada negara Brunei.  2 telaga minyak milik negara telah diserahkan begitu sahaja kepada negara Brunei.  Kenapa jadi begini?  Kenapa begini yang diputuskan oleh pemimpin UMNO.

     Pendapatan sektor perladangan, perlombongan, pelancongan, pertanian adalah cukup untuk membiayai keseluruhan rakyat negara.  Tetapi oleh kerana pemimpin negara dan UMNO hari ini korup sehinggakan kerajaan menghalalkan yang diharamkan oleh Allah.  Negara Greece dalam sejarah moden hari ini adalah negara yang telah diisyhtiharkan bangkrap.  Ini tidak lain hanya kerana kepimpinan negara Greece terlibat dengan budaya rasuah yang berleluasa.  Malaysia juga tidk terkecuali kerana Malaysia adalah negara yang berada dalam dunia dan pemimpin negara (UMNO) terlibat secara langsung dengan rasuah. 

    Bukanlah UMNO kalau tidak rasuah.  UMNO rasuah ketika melantik pemimpin peringkat parti.  UMNO-BN rasuah dalam pilihanraya.  UMNO terlibat dalam mengambil komisyen projek-projek negara.  Komisyen beli kapal selam RM500 juta.  Komisyen beli kapal jet sukoi RM400 juta.  Ini belum lagi komisyen di peringkat projek dari menteri kepada orang tengah kepada broker kepada Pengerusi JKKK kepada Ketua kampung, semuanya (UMNO dan kroni)  mendapat habuan daripada pelaksanaan projek-projek kerajaan.  Ketirisan dalam projek negara tahun 2009 dilaporkan sebanyak RM28 billion.  Semua ini adalah budaya UMNO yang sekiranya tidak dihapusnkan akan membawa negara menjadi bangkrap.

    Orang melayu segeralah berubah pemikiran politiknya.  Selamatkan Malaysia.  Jangan undi UMNO.  UMNO bukan lagi pemerintah yang baik.  Tinggalkan UMNO

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP