#1

UMNO - HIDUP UNTUK MAKAN DAN MAKAN UNTUK HIDUP

>> Selasa, Jun 29, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO)  KE 113



ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH BAQARAH AYAT 172



Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. 
Chinese
信道的人們啊!你們可以吃我所供給你們的佳美的食物,你們當感謝真主,如果你 們只崇拜他。 
Tamil
நம்பிக்கை கொண்டவர்களே! நாம் உங்களுக்கு அளித்துள்ளவற்றில் தூய்மையானவற்றையே உண்ணுங்கள்; நீங்கள் அல்லாஹ்வையே வணங்குபவர்களாக இருப்பீர்களாயின், அல்லாஹ்வுக்கு நன்றி செலுத்தி வாருங்கள்.
 
    Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan bahawa manusia diseru untuk makan dengan makanan yang baik.  Manusia diseru makan untuk bersyukur kepada Allah.  Tanda bersyukur kepada Allah ialah dengan melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah dalam seluruh kehidupan.  Bertenaga menusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.  Inilah hasil yang dikehendaki Allah dalam memaknakan makanan. 

     Makanan boleh didapati bukan sahaja dengan cara makan gaji.  Makanan boleh dicari secara halal di dalam hutan dan bekerja sendiri.  Terlalu banyak pekerjaan untuk mendapatkan makanan.  Manusia boleh menanam pokok makanan dan menunggu hasilnya seperti pokok pisang dan sayuran yang lain.  Ikan boleh diperolehi dengan cara menjala, mengail dan memukat.  Binatang boleh diperolehi dengan cara memburu.  Makanan yang diperolehi adalah UNTUK BERIBADAH DAN MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH.   Inilah cara orang beriman makan.  Mereka makan dengan makna mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

     Falsafah makan orang UMNO ialah makan untuk hidup dan hidup untuk makan.  Orang UMNO makan bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah.  Bagaimanakah cara orang UMNO makan?  Sumbernya

1)     Rasuah
2)    Hasil Judi/casino
3)    Hasil penyelewengan duit rakyat
4)    Hasil komisyen beli barang
5)    Kontrak yang diberikan kepada kroni
6)    Penyelewengan PFKZ (UMNO-MCA)
7)    Mengelak bayaran royalti RM 20 juta kepada Kelantan
8)    Rampasan Kuasa di Perak

     Ini adalah antara orang UMNO makan.  Itu sebab falsafah makan orang UMNO ialah makan untuk hidup dan hidup untuk makan.  UMNO tak nak hudud dan qisas.  Ulama muda yang diagungkan UMNO pun makan untuk makan dan hidup adalah untuk makan.  Perjuangan UMNO tak de lain adalah untuk makan sahaja.

     UMNO bukan berjuang untuk melayu -  Yang paling kaya ialah bangsa Cina.  UMNO bukan berjuang untuk agama - Judi dihalalkan.  UMNO kata tiada judi pasal rakyat nak berarak Masjid negara ke Istana negara..  Menteri Kewangan atas nama Kabinet belum tarik lesen judi bola.  Yang mana satu betul?  UMNO bukan berjuang untuk negara - tanah KTMB di Singapura diserahkan kepada Singapura, Blok L/M minyak milik negara diberikan kepada Brunei, Pulau batu Putih serah pada Singapura.  UMNO bukan berjuang untuk rakyat - krisis gula yang mudahpun tak sanggup diselesaikan kerana pemimpin UMNO bergantung dengan tauke-tauke gulan untuk mengkayakan mereka.

     Apa  perjuangan UMNO?  Perjuangan UMNO adalah makan untuk hidup dan hidup untuk makan.  Tinggalkan UMNO.  Tinggalkan UMNO.  Tinggalkan UMNO.  Perjuangan UMNO sia-sia.

Read more...

UMNO TERUS DALAM KEKELIRUAN

>> Isnin, Jun 28, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 113

UMNO TERUS DALAM KEKELIRUAN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH SURAH SAJADAH AYAT 2


Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 
Chinese
(這)是從全世界的主降示的經典,其中毫無疑義。
Tamil
அகிலங்களின் இறைவனிடம் இருந்து அருளப்பட்டுள்ளது - இவ்வேதம் என்பதில் சந்தேகமே இல்லை.

     Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa diturunkan Al-Qur'an itu adalah untuk manusia.  Al-Qur'an bebas daripada sebarang keraguan dan kekeliruan.  Apa sahaja daripada Allah sifat keraguan dan kekeliruan.

     UMNO berjuang berasas kepada ideologi manusia.  Ideologi UMNO adalah demokrasi.  Demokrasi adalah daripada Barat.  Manusia yang mencipta demokrasi.  Maka apabila  sesuatu itu dicipta oleh manusia  maka datanglah keraguan.  Itu sebab UMNO tidak pernah bebas dari keraguan.  UMNO sentiasa ragu dan meragukan orang lain.

     Apabila ideologi UMNO adalah bikinan manusia maka kerja UMNO siang dan malam adalah melawan Allah.  UMNO bersyirik kepada Allah dalam bab

1)    HUKUM -  UMNO pilih hukum manusia.   UMNO lawan hukum Allah

2)    KUASA - UMNO ambil sama tugas memerintah alam.  Ahli UMNO selalu kata "kalau tak ada UMNO maka mampus le melayu".  Ini syirik bab kekuasaan. UMNO tak bertawakkal kepada Allah

3)   NILAI - yang buruk pada Al-Qur'an, UMNO kata baik.  Yang baik pada Qur'an, UMNO buruk.

     Jelas dalam senarai kenyataan pemimpin UMNO menunjukkan bahawa UMNO terus dalam kekeliruan.

1)     Mahathir kata judi tak pe (syirik bab nilai)
2)     Pemimpin UMNO kata hukum Allah tak boleh dibuat di Malaysia (syirik bab hukum)
3)     Wanita UMNO tak bertudung (UMNO kekal dalam mungkar)
4)     Rasuah amalan utama UMNO (syirik bab nilai)

dan banyak lagi.  Marilah ahli UMNO tinggalkan UMNO,  tinggalkan UMNO, tinggalkan UMNO

Read more...

UMNO - KENAPA ULAMA MUDA KELIRU DALAM PILIHAN

>> Ahad, Jun 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 112

UMNO PUSAT SEGALA KEJAHATAN
MENGAPA ULAMA MUDA KELIRU DALAM PILIHAN

Allah Taala berfirman dalam Surah An Nisa ayat 94


Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan. 
Chinese
信道的人們啊!當你們為主道而出征的時候,你們當事事審慎,你們不要對向你們 表示和平的人說:「你不是信士。」你們欲圖今世生活的浮利,但在真主那裡有豐富的福利。以前,你們是像那樣的。但真主施恩於你們,故你們應當事事審慎。真 主確是徹知你們的行為的。 
Tamil
முஃமின்களே! அல்லாஹ்வுடைய பாதையில் (போருக்கு) நீங்கள் சென்றால், (போர் முனையில் உங்களை எதிர்த்துச் சண்டை செய்வோர் முஃமின்களா அல்லது மற்றவர்களா என்பதைத்) தெளிவாக அறிந்து கொள்ளுங்கள். (அவர்களில்) எவரேனும் (தாம் முஃமின் என்பதை அறிவிக்கும் பொருட்டு) உங்களுக்கு "ஸலாம்" சொன்னால், இவ்வுலக வாழ்க்கையின் அற்பமான அழியக் கூடிய பொருட்களை அடையும் பொருட்டு "நீ முஃமினல்ல" என்று கூறி (அவரைக் கொன்று) விடாதீர்கள்;. அல்லாஹ்விடம் ஏராளமான பொருட்கள் இருக்கின்றன. இதற்கு முன்னர் நீங்களும் (பயந்து பயந்து) இவ்வாறே இருந்தீர்கள் - அல்லாஹ் உங்கள் மீது அருள் புரிந்தான்; எனவே (மேலே கூறியாவாறு போர் முனையில்) நீங்கள் தெளிவு படுத்திக் கொள்ளுங்கள்;. நிச்சயமாக அல்லாஹ் நீஙகள் செய்வதையெல்லாம் நன்கு அறிந்தவனாகவே இருக்கின்றான்.
 

     Antara intisari ayat ini ialah orang yang beriman itu mestilah teliti dalam apa sahaja pekerjaannya.  Apa lagi dalam berjihad fisabilillah.  Agenda teliti adalah merupakan agenda orang beriman.  Orang yang beriman semestinya menjaga dirinya dari terjerumus dalam bentuk silap membuat keputusan. 

    UMNO sudah terbukti pusat segala kejahatan.  Rasuah, penipu, penyelewengan kuasa, skandal perempuan yang banyak, pelanggaran ayat-ayat Allah terutama dalam pelaksanaan hukum Allah, tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan macam-macam lagi.  Ramai orang yang menjadi ahli UMNO terus terjerumus kepada lembah kejahatan.  Tiada siapa yang dapat memulihkannya.  

    Pendekatan yang dibuat oleh seluruh nabi dan Rasul Allah juga jelas akhirnya terdapat 2 pihak iaitu pihak yang mendukung Al-Qur'an dan Sunnah dan satu lagi pihak ialah yang menentang risalah kenabian.  Nabi sendiri tidak pernah bekerjasama dengan Abu Jahal dalam menegakkan kebenaran dan keadilan Allah.  Walhal Nabi Muhammad saw adalah Arab Quraisy dan Abu jahal juga adalah Arab Quraisy.  Mereka berpisah kerana kebenaran Allah dan Keadilan Allah.  Nabi Muhammad saw lawan Abu Jahal sehingga akhirnya Abu Jahal terbunuh dalam perang Badar.

    Apa sebenarnya yang hendak ditunjukkan oleh 40 golongan ulama muda?  Apakah mereka lebih hebat daripada Nabi muhammad saw?  Hakikat bahawa ulama muda dan UMNO adalah sebangsa telah ditunjukkan Nabi Muhammad saw bahawa akhirnya tidak tertegak kebenaran Al-Qur'an atas dasar bangsa.  UMNO juga solat.  Maka cukuplah beberapa ulama sebelum ini yang sudah masuk UMNO dan akhirnya gagal merubah UMNO menjadi lebih mendekati Islam.  Lalu apakah yang hendak dibuktikan oleh golongan ulama muda.  Mereka mendedahkan diri kepada kehancuran.

     Demikianlah siri perjuangan ualama UMNO membetulkan UMNO.  tetapi akhirnya kesemuanya gagal.  Wahai orang UMNO tinggalkanlah UMNO.  UMNO pusat segala kejahatan.  Fikir-fikirkan.

Read more...

ASRI MASUK UMNO TIADA TUDUHAN JI LAGI

>> Sabtu, Jun 26, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 112

MASUK UMNO
MAKA ASRI BEBAS DARI TUDUHAN JI

      Kesian pada orang UMNO yang masih tak nampak kebenaran.  Asri masuk UMNO maka tuduhan JI keatasnya pun tiadalah.  Terselamatlah Asri dari hukum ISA.  Takkan UMNO nak ISAkan Asri yang bawa masuk bersamanya 40 orang ulama muda.  Sudah masuk UMNO maka Asri sudah bersih.  Inilah keadilan ala UMNO. 

     Sahidan Kassim ahli UMNO, pemimpin UMNO.  Takkan pemimpin UMNO nak ISA Shahidan Kassim yang dah banyak berjasa pada UMNO.   Akan bangkitlah ahli UMNO Perlis kalau Shahidan Kassim di ISA kan kerajaan.  Itupun orang Melayu tak nampak.  Orang melayu masih kata UMNO tegakkan keadilan.  Keadilan yang UMNO tegakkan adalah untuk ahli UMNO sahaja.

    Sekarang daripada 3 orang yang dituduh JI maka yang tinggal ialah Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS.  Jelas bahawa yang akan di ISAkan oleh kerajaan UMNO tidak lain Presiden PAS.  Lawan UMNO maka macam-macam tuduhan akan diletakkan.  Antara tuduhan Jemaah Islamiah, Wahabi, Kumpulan Mujahidin Malaysia dan macam-macam.  Tapi kalau dah masuk lubuk UMNO tuduhan itu akan tamat semuanya.

   Tengok le sendiri wahai orang UMNO.  Apakah ini yang dikatakan keadilan?  Ahli UMNO sendiri mempertahankan kezaliman akta ISA.  Orang yang mempertahankan kezaliman apakah akan masuk syurga?  Fikir-fikirkan 

Read more...

UMNO GUNA ISTILAH JI UNTUK MENSAHKAN KEZALIMAN

>> Jumaat, Jun 25, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 112

UMNO GUNA ISTILAH JI
UNTUK MENSAHKAN KEZALIMAN

     UMNO guna Islam untuk kepentingan politik.  Maka keluarlah berita Jemaah Islamiyah (JI).  Bukit Aman melaporkan bahawa JI hendak meletupkan rumah ibadat di 2 negeri iaitu negeri Selangor dan P Pinang.  Maka dituduh Shahidan Kasim, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mohd Asri Zainal Abidin.  Ini semua adalah wayang kulit daripada UMNO.  Wayang kulit ini terdiri daripada

1)   Pengarah - APCO World Wide
2)   Skrip - UMNO-BN
3)   Tukang Karut - Bukit Aman (Polis Raja Di Malaysia)
4)   Pelakon Tambahan - Shahidan Kasim, Asri Zainal Abidin dan lain-lain yang sanggup dikambing hitamkan

Secara analisis laporan adalah dituju

1)  Laporan sengaja diadakan - untuk mengubah persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat

2)  Dibuat laporan ini tanpa bukti.  Kalau Bukit Aman tahu kenapa tak tangkap?

3)  Ini adalah kedurjanaan politik jahat UMNO.  UMNO nak tutup
     isu gula tiada dalam pasaran,
     isu FELDA Bangkrap
     isu Blok L & M yang diserah oleh UMNO kepada Brunei
    isu judi bolasepak Piala Dunia
     isu penasihat kerajaan adalah APCO

4)  Kenapa rumah ibadah yang nak diletupkan adalah negeri kerajaan Pakatan Rakyat (S'gor/PP)?

5)  Kenapa tidak rumah ibadat di Johor Bharu, Melaka, Pahang?

6)  Kenapa JI disebut kepada Presiden PAS sahaja?  Kenapa tidak pengamal wahabi yang lain?  Seluruh rakyat Perlis sebagai contoh.  Kalau wahabi salah maka sesiapa sahaja yang solat adalah wahabi.  Kalau wahabi salah maka semua orang yang mengucap 2 kalimah syahadah adalah salah.  UMNO akan kata yang tidak solat adalah benar dan yang tak mengucap 2 kalimah syahadah adalah betul.

7)  Siapa Shahidan Kassim?  Shahidan Kassim adalah ahli politik.  Datang dari UMNO.  Ada le jawatan yang hendak diperolehi oleh Shahidan selepas ini.  Ini hanyalah tempelan.  Ini adalah strategi yang sama ketika Hizbul Muslimin diharamkan tahun 1948.  Diharamkan juga oleh British (strategi dibuat oleh Yahudi bernama Henry Gurney) ketika itu AWAS, API, dan lain-lain.  Yang sebenarnya yang menjadi sasaran ialah Hizbul Muslimin.  Strategi yang sama dibuat sekarang keatas Tuan Guru Presiden PAS.

8)   laporan ini adalah untuk memecah belas Pakatan Rakyat.

9)  Gendang seperti ini bermakna UMNO sedang mencari helah untuk tangkap pemimpin PR untuk mengadakan pilihanraya UMUM ke 13

   Ini adalah sebahagian analisis.  Kerja yang UMNO buat adlah jahat.  Tinggalkan UMNO kerana politik UMNO sudah Machievelle, UMNO menghalalkan apa sahaja tindakan untuk menyelamatkan kerjaya politik pemimpin UMNO.  Tinggalkan UMNO.  Tinggalkan UMNO.  Tinggalkan UMNO.

Read more...

UMNO AKAN GUNA ULAMA MEREDHAI KESESATAN

>> Khamis, Jun 24, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 111

UMNO AKAN GUNA ULAMA MEREDHAI
KESESATAN UMNO

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH SYUARA AYAT 197


Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
Chinese
以色列後裔中的學者們知道它,這難道還不可以做他們的一個蹟象嗎? 
Tamil 
இன்னும், நாம் இதனை அரபி (மொழி) அல்லாதவர்களில் ஒருவர் மீது இறக்கி வைத்திருப்போமாயின்;
 

     Jelas dalam ayat diatas bagaimana ulama yang memahami Taurat akhirnya meletakkan Bani Israel dalam kesesatan yang berpanjangan.  Kenapa Bani Israel sesat?  Tidak lain ulama dari kalangan Bani Israel yang memahami isi Taurat membiarkan Bani Israel terus berada dalam kesesatan.  Nabi Muhammad saw menceritakan dalam suatu hadis bagaimana ulama Bani Israel menyesatkan bangsanya.

    Di Kalangan Bani Israel terdapat ulama.  Ulama mereka bermula dengan mempertahankan isi kandungan Taurat. Melarang dan mencegah bangsanya daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah.  Namun setelah proses pencegahan tersebut tidak diambil endah oleh Bani Israel maka para ulama bani Israel telah bergabung dengan mereka yang melakukan kemungkaran.  Ulama bani Israel telah minum-makan bersama pelaku mungkar,   Akhirnya hati para ulama itu telah dipecah-pecah oleh Allah.  Turun ayat melaknat Bani Israel dengan lisan Nabi Daud

    UMNO dan ulama Akhirat tidak pernah bergabung.  UMNO sesat.  Ulama yang memasuki UMNO akan juga tersesat.  Ini sudah berlaku sejak berzaman.  Apabila ulama jahat itu sudah bergabung dengan pelaku mungkar maka makan dan minum bersama maka Allah akan menterbalikkan hati mereka.  Yang mungkar akan dikata baik.  Manakala yang baik akan dikatakan mungkar.

    Akhirnya ulama yang masuk UMNO akan tenggelam dalam budaya jahat UMNO.  Pemimpin UMNO mengamalkan rasuah,  berskandal dengan perempuan,  wanita UMNO kekal dengan tidak bertudung,  Puteri UMNO juga tidak bertudung,  pemimpin UMNO tipu pemimpin UMNO dan lain-lain lagi.  Semua budaya ini tidak dapat dihalang dan diubah oleh ulama yang menyertai UMNO.  Fikir-fikirkan. 

     Sekiranya nak masuk UMNO eloklah tinggalkan sahaja nita anda.  Masuk UMNO maka tradisi budaya jahat akan menguasai anda.  UMNO pembohong, UMNO lawan Allah, UMNO penipu,  dan sebagainya.  Tinggalkan UMNO!!!!!!!!!!

Read more...

UMNO AKAN PERKUDA ULAMA AKHIRAT

>> Rabu, Jun 23, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 111

UMNO AKAN PERKUDA ULAMA AKHIRAT

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH FATIR AYAT 28


Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. 
Chinese
人類,野獸和牲畜中,也同樣地有不同的種類。真主的僕人中,只有學者敬畏他。 真主確是萬能的,確是至赦的。 
Tamil 
இவ்வாறே மனிதர்களிலும், ஊர்வனவற்றிலும், கால் நடைகளிலும், பல நிறங்கள் இருக்கின்றன நிச்சயமாக அல்லாஹ்வின் அடியார்களில் அவனுக்கு அஞ்சவோரெல்லாம் - ஆலிம்கள் (அறிஞர்கள்) தாம். நிச்சயமாக அல்லாஹ் யாவரையும் மிகைத்தவன்; மிக மன்னிப்பவன்.
 

     Dalam ayat ini jelas Allah Taala meletakkan bahawa yang gerun untuk melanggar perintah Allah tidak lain mereka yang berilmu yng digelar ulama.  Ulama AKHIRAT adalah ulama yang gerun untuk melanggar perintah Allah.  Ulama akhirat akan terus mengikuti panduan yang ada didalam Al-Qur'an dan Sunnah.  Mana-mana ulama yang menentang hujah Al-Qur'an maka ulama tersebut dipanggil ulama suu'

     Dalam UMNO tiada tokoh ulama akhirat.  ULAMA AKHIRAT sama sekali tidak akan sesuai dengan UMNO.  Yang menjadi dalam UMNO dikalangan orang agama adalah ulama yang berjiwa jahat.  Sebelum masuk UMNO ulama ini baik.  Tetapi apabila ulama ini masuk UMNO maka UMNO menterbiyah mereka dan bukan ulama yang mengubah UMNO supaya menjadi lebih baik.

    UMNO tiada imej ugama.  UMNO paksa bawa imej agama, UMNO gagal.  UMNO dilihat parti yang bersifat keduniaan.  UMNO adalah parti yang mengamalkan rasuah.  UMNO adalah parti melayu yang ketika memilih pemimpin menggunakan politik wang.  Inilah UMNO yang gagal diubah oleh ulama yang ada dalam UMNO.  Tokoh yang ada dalam UMNO

1)     Dr Yusuf Noor - PHD dalam tasauf - gagal ubah UMNO
2)     Wan Mokhtar (MB terengganu yang paling lama) orang agama - gagal juga ubah budaya UMNO
3)    Jamil Khir (Menteri Jakim) - terus pertahan judi- gagal ubah budaya judi UMNO
4)    Najmudin Alias Al-Hafiz (AJK Biro UMNO Perak) gagal ubah budaya jahat UMNO-sokong kerajaan rampasan kuasa Perak

     Katalah mereka ini berada dalam UMNO nak buat perubahan.  Ternyata gagal.  Tiada rencana yang jelas.  UMNO terus mengganas melanggar perintah Allah sedangkan dua tiga kerat ulama jahat ini terus dibuai oleh projek-projek mega yang wujud dalam UMNO.

     Bila ini berlaku lalu UMNO jemput beberapa tokoh untuk menyertai UMNO.  UMNO nak tunjuk bahawa dia juga nak kepada agama.  UMNO munafik dan berpura hendak kepada Islam.  Bukti?

1)    Lesen judi sukan - UMNO halalkan
2)    Lesen arak - pemimpin UMNO tunggang dan pemimpin UMNO pergi rasmi kilang arak
3)    Pemimpin UMNO berskandal dengan perempuan.  Siapakah yang berskandal dengan penyanyi wanita.  Pemimpin utama UMNO lari pakai spender sahaja.  Mujur MB negeri itu tutup kes.
4)   Kes pemimpin UMNO berskandal dengan PUTERI UMNO meluas
5)   UMNO tak mahu hukum Allah

dan macam-macam lagi.  Dalam suasana ini apakah ada lagi ulama yang nak bersama UMNO?  Kalau ada mereka adalah ulama yang jahat.  Fikir-fikirkan????  Keluarlah dari UMNO dan sertai PAS yang jelas mendokong perjuangan Islam.

Read more...

UMNO DAN ULAMA AKHIRAT TIDAK PERNAH BERSATU

>> Selasa, Jun 22, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 110

UMNO DAN ULAMA AKHIRAT TIDAK PERNAH BERSATU

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-IMRAN AYAT 104


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 
Chinese
你們中當有一部分人,導人於至善,並勸善戒惡;這等人,確是成功的。 
Tamil
மேலும், (மக்களை) நன்மையின் பக்கம் அழைப்பவர்களாகவும், நல்லதைக் கொண்டு (மக்களை) ஏவுபவர்களாகவும் தீயதிலிருந்து (மக்களை) விலக்குபவர்களாகவும் உங்களிலிருந்து ஒரு கூட்டத்தார் இருக்கட்டும் - இன்னும் அவர்களே வெற்றி பெற்றோராவர்.
 

     Daripada firman di atas jelas bahawa seruan Allah mestilah ada segolongan umat yang berseru kepada

1)   kebaikan (berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah)
2)  menyuruh yang ma'aruf (berdasar Al-Qur'an dan Hadis)
3)  Mencegah kemungkaran (berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah)

    Siapakah ulama akhirat?  ciri ulama akhirat

1)    Mempertahankan hukum Allah
2)    Mempertahankan Sunnah Nabi Muhammad saw
3)    Berjuang ikut kaedah Nabi Muhammad saw
4)   Tidak bersama dengan kemungkaran
5)   Hidup dunia yang zuhud
6)   Mengutamakan kehidupan akhirat
7)   Berjuang dan berjihad secara jemaah seperti Nabi Muhammad saw

     Siapakah ulama su'?  Terbalik daripada sifat diatas.

     Sumber perjuangan UMNO adalah demokrasi.  Demokrasi adalah buatan manusia barat yang sesat.  Apabila suatu ideologi buatan manusia maka sifat yang kekal dengan UMNO ialah melawan Allah Taala. 

1)    UMNO melaksanakan dasar yang zalim (ISA) - melawan
       dasar Islam Keadilan untuk seluruh makhluk
2)    UMNO menghalalkan perkara yang diharamkan Allah      ( Loteri Kebajikan Masyarakat dan Judi sukan) - Allah haramkan judi
3)    Wanita UMNO mendedah aurat lawan perintah Allah menyuruh menutup aurat
4)    Pemimpin UMNO mengamalkan rasuah lawan perintah Allah menyuruh tinggalkan rasuah

    Cukuplah 4 sebab diatas yang menyebabkan  ulama yang mencintai kehidupan akhirat tidak bersama dengan UMNO.  Kalau ada ulama yang nak lagi bersama dengan UMNO maka itulah ulama jahat yang jelas menentang Allah dan Rasul.  Setelah masuk UMNO mana pergi nama-nama hebat seperti

1)   Dato Hamid Othman - bekas penasihat agama untuk PM
2)   Imam Firdaus - bekas imam masjid negara
3)   Nakha'ie Ahmad

Apakah nama-nama yang hebat ini yang mendapat tempat dalam UMNO dulu membenteras budaya jahat dalam UMNO?  Malahan apabila masuk UMNO yang baik akan jadi jahat.

Wahai orang UMNO kalau kamu sayang akhirat yang lama dan berkekalan keluarlah dari UMNO dan sertailah PAS.  Fikir-fikirkan.  

Read more...

UMNO - TIADA KETAATAN KEPADA ENGKAU DARI MELAYU YANG BERIMAN

>> Isnin, Jun 21, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 109

UMNO - TIADA KETAATAN KEPADA
ENGKAU DARI MELAYU YANG BERIMAN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AN-NISA 59


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 
Chinese
信道的人們啊!你們當服從真主,應當服從使者和你們中的主事人,如果你們為一 件事而爭執,你們使那件事歸真主和使者(判決),如果你們確信真主和末日的話。這對於你們是裨益更多的,是結果更美的。 
Tamil
நம்பிக்கை கொண்டவர்களே! அல்லாஹ்வுக்கு கீழ்படியுங்கள்; இன்னும் (அல்லாஹ்வின்) தூதருக்கும், உங்களில் (நேர்மையாக) அதிகாரம் வகிப்பவர்களுக்கும் கீழ்படியுங்கள். உங்களில் ஏதாவது ஒரு விஷயத்தில் பிணக்கு ஏற்படுமானால் - மெய்யாகவே நீங்கள் அல்லாஹ்வையும், இறுதி நாளையும் நம்புபவர்களாக இருப்பின் - அதை அல்லாஹ்விடமும், (அவன்) தூதரிடமும் ஒப்படைத்துவிடுங்கள் - இதுதான் (உங்களுக்கு) மிகவும் சிறப்பான, அழகான முடிவாக இருக்கும்.
 


   Dari ayat ini adalah difahami bahawa orang yang beriman mestilah


1)    Taat kepada Allah - wajib
2)    Taat kepada Rasul - wajib
3)    Taat kepada pemimpin - bersyarat

     Taat kepada pemimpin adalah bersyarat.  Pemimpin yang hendak ditaati mestilah

1)    Pemimpin yang taat kepada Allah (Al-Qur'an)
2)    Pemimpin yang taat kepada Rasul (Al-Sunnah)
3)    Pemimpin yang melaksanakan hukum dalam Al-Qur'an (hudud dan Qisas)
4)    Pemimpin yang beriman dengan seluruh ayat Allah dalam Al-Qur'an
5)    Pemimpin yang berakhlak mulia
6)    Pemimpin yang menyuruh kepada ma;ruf
7)    Pemimpin yang mencegah dari melakukan mungkar (halalkan judi?)

     Telah dibentangkan dalam siri ini bahawa UMNO tidak beriman dengan ayat


1)    hukum Qisas
2)    hukum Hudud
3)    ayat Al-Qur'an berkaitan dengan menutup aurat
4)   Pemimpin UMNO mengamalkan rasuah
5)   Pemimpin UMNO menghalalkan apa yang diharamkan Allah (judi)
6)   Pemimpin UMNO menghalalkan kezaliman (ISA)
7)   Pemimpin UMNO menyokong bangsa yang dibenci Allah (APCO-yahudi)
8)   UMNO parti yang sekular dan melawan perintah Allah

dan banyak lagi.  KESEMUA ini sudah tidak melayakkan lagi UMNO untuk ditaati oleh orang yang beriman.  Melayu yang beriman mestilah segera meninggalkan UMNO.  Jangan lagi berjuang dalam UMNO.  Iman jadi songsang dan menyokong kemungkaran.  Fikir-fikirkan. 

     Wahai orang UMNO rendahkan ego anda.  Tenung betul ayat diatas.  Takcukup dengan tafsiran ini sila buka kitab-kitab tafsir lain.  Tingkatkanlah ilmu agama supaya selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Read more...

UMNO ANAK EMAS BRITISH IKUT ORDINAN DARURAT 1948

>> Ahad, Jun 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 109


BRITISH HARAM SEMUA PERTUBUHAN 
KECUALI UMNO IKUT ORDINAN DARURAT 1948

    UMNO adalah satu-satunya pertubuhan yang tidak diharamkan British.  Semua pertubuhan tanpa mengira latarbelakang terutama yang bersifat keagamaan diharamkan British.   Antara pertubuhan yang diharamkan British ialah

1)  Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
2)  Angkatan Pemuda Insaf (API)
3)  Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
4)  Hizbul Muslimin - Gunung Semanggol

     Inilah rupa British mahu mengekalkan domokrasi ala baratnya.  Di kekalkannya UMNO.  Diharamkan Hizbul Muslimin.  British nak menampakkan keadilan maka diharamkan semua pertubuhan.  British memang ada niat yang jahat dengan Islam.  Lalu diharamkan hizbul Muslimin.


Sir Henry Gurney


     Itu sebab UMNO juga ada niat yang jahat dengan Islam.  Sebab UMNO dididik dengan sifat bencikan Islam.  Henry Gurney yang melatih pemimpin UMNO benci dengan Islam.  Siapa Henry Gurney?  Dia adalah yahudi.  Kalau dulu Henry Gurney- Yahudi yang menasihatkan pemimpin UMNO, maka hari ini juga UMNO dinasihat oleh yahudi dengan nama baru sebab di zaman baru iaitu APCO.  APCO - syarikat yang berasaskan yahudi dan beribupejabat di Tel Aviv.

    Dulu UMNO buat sesuatu atas nasihat daripada Henry Gurney - Yahudi dengan mengharamkan Hizbul Muslimin.  Kini UMNO melaksanakan arahan yahudi dengan melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam seperti meluluskan lesen judi yang bertentangan dengan Islam.  Sejarah berulang.  Yahudi disimpulkan oleh Allah golongan yang benci dengan Islam.
    Oleh yang demikian

1)  Siapa yang ahli UMNO - bermakna sokong yahudi
2)  Siapa yang memangkah pemimpin calon dari UMNO - sokong yahudi
3)  Siapa yang sokong BN - sokong yahudi
   Yahudi tidak akan dapat menguasai ekonomi Malaysia kalau tak dengan bantuan UMNO. Yahudi hari bermahrajalela di Malaysia dengan bantuan UMNO.  Maka sokong UMNO bermakna sokong Yahudi.  

      Dalam kaedah Fiqh Islam, sesuatu itu tidak akan dapat berdiri sendiri melainkan dengan bantuan dari seseorang.  Maka bantuan itulah yang akan menyebabkan musuh dapat memasuki negara.  Yahudi nak datang sendiri tak boleh. Maka ada rakan yang menyokong kedatangan yahudi.  Oleh itu rakan itu tidak lain UMNO.  Menyokong UMNO bermakna menyokong manusia yang menentang Allah.  Fikir-fikirkan wahai orang UMNO apakah ada lagi makna iman kamu kepada Allah?
 

Read more...

USTAZ IDRIS AHMAD (KETUA PENERANGAN PAS PUSAT)BERSAMA PAS KAWASAN TAMBUN

>> Jumaat, Jun 18, 2010

USTAZ IDRIS AHMAD (KETUA PENERANGAN PAS PUSAT)
BERSAMA DENGAN PAS KAWASAN TAMBUN

TARIKH : 19 JUN 2010, SABTU

TEMPAT CERAMAH

1)  HIGH TEA DAN PERASMIAN PASTI KDAS 2
TEMPAT : PASTI KDAS 2 (BELAKANG MASJID AS-SA;ADAH)
JAM 5.00 PTG

2)  KULIAH POLITIK ISLAM
TEMPAT : RUMAH HJ ARIFFIN, KG SERI KLEBANG
JAM 8.00 - 9.00 MALAM

3)  CERAMAH PERDANA  - JUDI DAN YAHUDI


AHLI PANEL


1)  MUSTAFA MANSOR (AHLI KAPAL MARMARA YANG DITAWAN ISRAEL)
2)  USTAZ IDRIS AHMAD (KETUA PENERANGAN PAS PUSAT)

SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DI JEMPUT HADIR

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT MENUTUP AURAT

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 108





UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT
 MENUTUP AURAT

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AYAT 30-32 SURAH AN-NUR

     Dalam 3 ayat ini Allah Taala mengarahkan supaya setiap wanita yang beriman mestilah menutup aurat.  Menutup aurat adalah perkara yang asasi dan wajib.  Menutup aurat bukan pilihan.  Dalam Islam kewajipan ini bermula dari waktu akil baligh lagi.

    Seluruh isteri Nabi Muhammad saw menutup aurat.  Tidak ada seorang pun daripada isteri Nabi Muhammad saw yang ada alasan untuk tidak menutup aurat. Bagi Nabi Muhammad saw jumlah isterinya adalah seramai 12 orang dan kesemuanya menutup aurat dan berjilbab lagi. Nabi Muhammad saw adalah pembesar Kota Madinah dan seluruh isterinya adalah menutup aurat.  Inilah contoh yang sebenar.

   Menurut Imam Malik aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali mata.  Itu sebab kita melihat kebanyakan wanita Arab berjilbab.  Kita hanya melihat wanita Arab pada matanya sahaja.  Menurut Imam Syafie pula aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.  Inilah yang diamalkan di kebanyakan negara dan wanita Islam. Kedua-dua Imam menyatakan bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuhnya.  Maka pakaian wanita mestilah bersesuaian dengan syarat tidak menunjukkan bentuk tubuh.

    Wanita UMNO memang tidak beriman dan beramal dengan ayat ini.  Hampir keseluruhan wanita UMNO adalah berselendang atau tidak menutup aurat.  Kalau menutup aurat pula menunjukkan bentuk tubuh badan dengan pakaian kebaya yang ketat.  Pada UMNO hal elwal agama adalah hak peribadi.  Tiada kaitan dengan perjuangan.  Ini lah kesesatan.  Apakah wanita UMNO wanita muslimah mithali?  Jauh sekali.  Kalau hal bertudung yang sangat asas pun gagal dipatuhi oleh wanita UMNO maka apakah hal-hal Islam yang lebih besar wanita UMNO bersedia mempertahankannya. 

    Beriya-iya wanita UMNO mempertahankan kalimah Allah.  Tetapi dirinya sendiri melanggar perintah Allah.  Wanita UMNO nak mempertahankan nama Allah sahaja tetapi melawan Allah dalam segenap bidang kehidupan. 

    Wahai makcik-makcik di kampung, kakak-kakak yang masih menyokong UMNO, bebaskanlah diri anda daripada kesesatan ini.  Meremehkan hal yang berkaitan dengan tudung adalah termasuk perkara munafik dan berdosa kerana ia adalah perintyah Allah.  Isteri PM sendiri tak bertudung.  Fikir-fikirkan.

Read more...

UMNO-BN SALAHGUNA KUASA SERAH 2 TELAGA MINYAK - HAK RAKYAT DINAFI

>> Khamis, Jun 17, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 107





UMNO-BN SALAHGUNA KUASA SERAH 2 TELAGA MINYAK BLOK L&M - HAK RAKYAT DINAFI

HADIS NABI MUHAMMAD SAW

"MENCINTAI TANAHAIR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"

     UMNO-BN membuat tanggapan bahawa mereka berkuasa penuh untuk berbuat apa sahaja.  UMNO-BN melanggar apa sahaja yang telah ditetapkan sebelum ini.  Benar-benar demokrasi yang ada di Malaysia adalah demokrasi ala UMNO-BN.

     Zaman Tunku hendak mengeluarkan Singapura (1963) daripada Malaysia maka yang dilakukan Tunku ialah

1)   membawa isu tersebut ke pengetahuan Parlimen.  Dibentangkan dalam Parlimen.  Tunku merayu supaya seluruh ahli Parlimen menyokong usul tersebut.
2)   Parlimen meluluskan akta mengeluarkan Singapura daripada Malaysia
3)   Maka terkeluarlah Singapura daripada Malaysia

     Zaman Pak Lah-Najib cara mengeluarkan mana-mana wilayah hanya dengan

1)    mesyuarat Kabinet
2)   kabinet meluluskan mana-mana hak negara diberikan kepada sesiapa pun maka terkeluarlah hak milik negara itu kepada sesiapa yang dikehendaki. 

     Pendekatan ini sangat bahaya.  Kabinet tidak berhak untuk mengeluarkan mana-mana hak milik negara kepada sesiapapun sebelum di bahas

1)  Parlimen/Dewan Undangan Negeri (hak negeri)
2)  Diluluskan oleh Majlis Raja-Raja / Raja

Tapi semua ini dilanggar oleh UMNO-BN.  UMNO-BN telah malu dan berputih mata dalam isu perebutan Pulau Batu Putih.  Hujah yang dibawa oleh Peguam Negara (Gani Patail) adalah lemah kerana Gani Patail hanya pandai membuat fitnah.  Akhirnya Pulau Batu Putih diperolehi oleh Singapura.  Pemimpin Malaysia kata pulau itu hanya batu.  Tetapi Singapura dengan memperolehi Pulau Batu Putih akan membina Satelit yang akan mengawal kepentingannya untuk rantau Asia Tenggara.  Inilah kerja UMNO-BN

     Dalam bab blok telaga minyak L&M yang diserahkan oleh UMNO-BN kepada Brunei dengan nilaian RM320 billion pula sekali lagi hak rakyat dalam negara ini dinafikan UMNO.  Kalau kes ini berlaku di negara Jepun yang banyak pulau maka sudah pasti Perdana Menteri Jepun akan meletakkan jawatan kerana tidak dapat mempertahankan wilayahnya.  Tapi di Malaysia suasana ini tidak berlaku.  Pemimpin UMNO-BN memang muka tak pemalu.

     UMNO-BN serah 2 telaga minyak bernilai RM320 billion.  Bukankah ini jelas menafi hak rakyat?  Pakar ekonomi membuat jangkaan dengan RM320 billion ini sekiranya digunakan untuk memerintah dan memberi kesejahteraan kepada rakyat Kedah maka selama 700 tahun masih tidak habis diguna.  Tetapi diberikan wang sebanyak itu kepada Brunei. 

     Setelah penyerahan 2 telaga minyak ini pemimpin UMNO-BN kata negara akan muflis.  Dana negara sudah kering.  Macam mana tak kering serah 2 telaga  minyak kepada negara Brunei.  Hutang negara meningkat.  Lalu rakyat dihukum.  Duit rakyat diguna untuk membayar hutang negara.  Yang membuat hutang ialah pemimpin UMNO-BN.  Tapi yang dihukum ialah wang rakyat.  Dana awam akan terus dieksploitasi supaya dapat mengurangkan defisit negara.  Inilah kerja UMNO-BN.

     Wahai ahli UMNO-BN bangkitlah untuk membetulkan keadaan.  Tak kan dah sampai tak ada rasa dalam hati kamu.  Pemimpin kamu UMNO-BN serah RM320 billion kepada Brunei tak akan tak ada rasa dalam hati kamu bahawa ini kerja yang tak betul.  Tukarlah dan tinggalkan UMNO.

Read more...

UMNO MENGKAYAKAN KRONI - HAK RAKYAT DINAFI

>> Rabu, Jun 16, 2010

ISLAM MENENTANG KETUANAN MELAYU
KETUANAN MELAYU (UMNO) 106

UMNO MENGGUNAKAN KUASA
MENGKAYAKAN KRONI -HAK RAKYAT DINAFI

     Inilah peringatan kepada penguasa oleh Islam bahawa janganlah harta negara itu hanya berlegar diantara sebahagian daripada penguasa sahaja.

     Senarai nama yang kaya di Malaysia antaranya

1.    Jutawan Gula (kekayaan dikaitkan dengan barangan rakyat - gula)
2.    Jutawan kenderaan awam (perkhidmatan awam negara)
3.    Jutawan komunikasi (perkhidmatan telekomunikasi)
4.    Jutawan balak (mendapat lesen balak yang banyak)
5.    Jutawan bank (menguasai perbankan)
6.    Jutawan komisyen kapal selam
7.    Jutawan komisyen kapal perang sukoi
8.    Jutawan projek keretapi berkembar (kerabat Di Raja)

    Senarai diatas adalah antara mereka yang kaya hasil daripada kekuasaan seseorang.  Kenapa mereka kaya?  Para jutawan kaya dikaitkan dengan kuasa Perdana Menteri UMNO dan Menteri-Menteri UMNO-BN.  Kalau tidak kerana kuasa masakan para jutawan ini kaya.  Perdana Menteri sendiri berkata "You help me, I will help you"

     Di manakah hak rakyat yang UMNO-BN perjuangkan.  Rakyat kekal berbasikal sampai sudah.  Segelintir pemimpin UMNO-BN terus mengaut keuntungan dengan menafikan hak rakyat.  Rakyat hendak mendapat gula sekilipun payah tetapi yang membekalkan gula sudah menjadi jutawan.  Inilah kaedah UMNO-BN menggunakan kuasa.  UMNO-BN menyelewengkan penggunaan kuasa untuk kepentingan segelintir kroni mereka.

     Di zaman Nabi Muhammad saw, kekayaan Abdul Rahman Auf tidak pernah dikaitkan dengan kuasa yang ada pada Nabi Muhammad saw.  Tiada projek yang dibekalkan Nabi Muhammad saw kepada Abdul Rahman Auf.  Abdul Rahman Auf r.a. kaya atas usaha sendiri.  Berkat beliau kuat berinfaq dan bersedekah yang kemudiannya Nabi Muhammad saw berdoa agar diluaskan rezekinya oleh Allah Taala.  Hampir seluruh sahabat Nabi Muhammad saw kaya adalah atas usaha sendiri. Tiada seorangpun yang kaya  yang  dikaitkan dengan kuasa yang ada pada nabi Muhammad saw.  Zaman Nabi Muhammad saw -  usaha sendiri kaya sendiri, tiada kuasa politik.  Jenis kerajaan yang seperti ini barulah kekayaan akan tersebar kepada seluruh rakyat.

    Zaman UMNO-BN mahu kaya

1)     kenal ahli politik, yang terbaik ialah UMNO-BN
2)     ahli politik yang terbaik untuk dikenali ialah Presiden UMNO merangkap PM

Zaman ini mahu kaya bukan mula dengan usaha.  Tetapi bermula dengan ahli politik UMNO-BN.  Kenali UMNO-BN, tahu yang UMNO-BN hendak,  berkongsi apa yang UMNO-BN suka.  Maka budaya ini akan mencepatkan proses kekayaan.  Cerita dapat projek dengan komisyen diberikan kepada para pemimpin UMNO-BN, ini bukan lagi suatu kerahsiaan.  "I help you, you help me"

   Rakyat dapat apa?  Tak ada ape-ape.  5 tahun sekali pemimpin UMNO-BN ini pun datang bawa beras sekampit, gula sekilo,  tepung sebungkus, minyak seplastik dan campur dengan syarahan perkauman Melayu sempit minta sokongan orang kampung.  Pemimpin UMNO-BN kata

"hanya UMNO-BN yang layak memerintah.  Kalau sokong Pakatan Rakyat nanti Jepun masuk menjajah negara semula". 

Itulah yang rakyat dapat.  5 tahun rakyat dapat RM50.  Pemimpin UMNO-BN rampas dan mengaut keuntungan dalam 5 tahun hingga jadi jutawan.

    Fikir-fikirkan lah wahai ahli UMNO.  Tukarlah.  Sokongan orang Melayu kampung yang tak bermaklumat mestilah diusahakan untuk menukar UMNO-BN kepada PR.  Ini belum cerita bab saham, kontrak jutaan ringgit dalam dan luar negara, pembinaan bandar baru dan lain-lain yang berligar di kalangan kroni UMNO-BN sahaja.  Wahai Rakyat tinggalkan UMNO-BN.  Sokonglah PAKATAN RAKYAT. 

Read more...

UMNO, ROKOK DAN GULA, HAK RAKYAT DINAFI

>> Selasa, Jun 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 106

UMNO-ROKOK VS GULA - HAK RAKYAT DINAFI



    Sebuah kerajaan yang baik ialah yang menjaga keperluan rakyat.  Corak dan bentuk keperluan rakyat sebagai pengguna sentisa ditekan oleh peniaga.  Kerajaan UMNO-BN kata kuasa pengguna mestilah diperkasakan.  Macam mana nak perkasakan kuasa pengguna, sedangkan menteri sendiri dikawal dan dijaga oleh tauke-tauke barangan.

    Sejarah tidak akan menipu.  Rakyat pernah berhadapan dengan krisis beras.  Apabila harga beras dinaikkan oleh UMNO-BN,  beras mulai memenuhi pasaran.  Begitu juga krisis tepung.  Apabila harga tep[ung dinaikkan oleh UMNO-BN maka tepung kembali memenuhi pasaran.  kedai kecil dihujung kampung dapat bekalan tepung.  Begitu juga dengan krisis gula.  Apabila harga gula dinaikkan oleh UMNO-BN maka gula memenuhi pasaran.  Kini gula kembali tiada.  Ini bermakna harga akan dinaikkan.

    Begitu juga dengan ayam.  Apabila hendak menyambut hari perayaan maka tiada ayam.  Bekalan ayam tidak mencukupi.  Namun apabila UMNO-BN mengumumkan harga siling untuk ayam maka ayam wujud kembali.  Adalah menghairankan apabila UMNO-BN mengumumkan harga siling barangan atau mengumumkan kenaikan harga sesuatu barang maka barangan akan kembali memenuhi pasaran.  Apakah hubungkait UMNO-BN dengan tauke-tauke peniaga ini?  Inilah yang menjadi persoalannya.  Isu Kalau tak rasuah bukan UMNO-BN menjadi igauan.  Isu komisyen juga Bukanlah UMNO-BN kalau tak ambil komisyen.  Rasuah dan Komisyen terus menguasai UMNO-BN sehingga hak rakyat dinafi.

     Hak rakyat mendapat barangan yang murah dinafi oleh beberapa kerat UMNO-BN.  UMNO-BN sudah korup dan rasuah.  Sudah sampai masanya UMNO-BN diganti dengan Pakatan Rakyat (PR)

     Rokok adalah barangan yang diguna oleh rakyat.  Namun tidak didengar ketiadaan rokok dalam pasaran.  Kenapa ini berlaku?  Harga rokok terus meningkat setiap kali dibacakan budget negara.  Bila harga terus meningkat maka barangan sentiasa ada. 

     Jelas UMNO-BN gagal melindungi hak rakyat.  Rokok yang dihisap tidak akan mengenyangkan.  Yang mengenyangkan ialah beras, gula dan  tepung.  Barangan kawalan ini diberikan subsidi. UMNO-BN nak potong subsidi beras, gula dan tepung.  UMNO-BN nak jadikan beras, gula dan tepung seperti rokok yang tiada subsidi.   Harga beras, gula dan tepung sentiasa nak dinaikkan harga sehingga orang miskin tidak mampu lagi membeli barangan tersebut.

    UMNO-BN kata subsidi yang banyak akan menjadikan negara bangkrap.  Inilah kerja UMNO-BN.  Duit subsidi sebanyak RM 74  billion hendak dipotong. kemana nak dibelanjakan?  UMNO-Bn akan terus menafi hak rakyat.  Bermacam alasan dikemukakan UMNO-BN untuk menjustifikasikan tindakan korup para pemimpin UMNO-BN.

     Apakah pemimpin seperti ini UMNO-BN hendak dikekalkan?  UMNO-BN mesti diubah kerana sudah tidak dapat mempertahankan hak rakyat.  Subsidi untuk keperluan rakyat dipotong, gula tiada dalam pasaran, beras dan tepung menunggu giliran untuk tiada pula dalam pasaran, ayam dan telor ayam menunggu hari perayaan untuk dinaikkan harganya.  Bertukarlah wahai orang UMNO-BN.  Fikir-fikirkan.

Read more...

UMNO-BN GAGAL TANGANI ISU GULA

>> Isnin, Jun 14, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 106

UMNO-BN GAGAL TANGANI ISU GULA

     APAKAH YANG SEPATUTNYA YANG DILAKUKAN OLEH UMNO-BN? MENGAWAL HARGA ATAU MENJAGA KUALITI BARANGAN. 

     Apabila UMNO-BN mengawal harga barang, barangan ada pada tangan penjual.  Yang terjadi ialah barangan akan disorok.  Kenapa barangan disorok? Ini supaya harga barangan dapat dinaikkan.  Maka untuk menaikkan harga barangan tauke-tauke barang menjaga dan mengawal menteri-menteri.

    Kini gula tiada dalam pasaran.  Gula hanya didapati dalam pasaraya besar sahaja.  Apabila ditanya kepada menteri hal ehwal pengguna akan naikkah harga gula?  Menteri menjawab tak.  Apabila gula tak dinaikkan maka tiada dalam pasaran.  Tunggu apabila harga gula dinaikkan kerajaan maka kedai kecilpun akan ada gula.

    Itu sebab di Libya sebuah negara sosialis, negara penghasil minyak barang asas diberikan oleh negara kepada rakyat.  Setiap rakyat di Libya layak mendapat secara percuma barang asas keperluan hidup seperti tepung, minyak, gula dan tea/kopi.  Malaysia juga negara penghasil minyak tetapi tak mampu memberi percuma barangan asas keperluan rakyat.  Kenapa?  Ini kerana pemimpin kerajaan UMNO-BN pemimpin yang sudah korup dengan rasuah dan melegarkan harta negara di kalangan kroni sahaja.  Itu sebab negara akan bangkrap.

    Nabi Muhammad saw di Madinah mengawal kualiti barang dan tidak mengawal harga.  Menetapkan harga adalah milik penjual.  Itu sebab rukun jual beli dalam muamalah Islam adalah

1)  Penjual    2)  Pembeli     3) Barangan yang didagangkan     4)   akad atau persetujuan

Itu sebab Madinah tidak pernah ketiadaan barang kerana harga sesuatu barang ditentukan oleh peniaga.  Kesan dari tindakan ini di Madinah

1)    tiada rasuah
2)    tauke hanya menjaga perniagaannya
3)   tauke tidak perlu memberi kemewahan kepada penguasa kerana tauke adalah penentu harga sesuatu barangan
4)    Pemimpin Islam Madinah bebas dari sebarang kegiatan rasuah sama ada rsuah wang atau lawatan luar negara

    Inilah kemurnian Islam yang ditentang UMNO-BN.  UMNO-BN terus mengawal harga barangan kerana ada kepentingan besar terutama memperolehi rasuah dari tauke-tauke.  Inilah kerja pemimpin UMNO-BN yang terus menerus menipu rakyat.

    PM umum nak naikkan gaji kakitangan awam mencecah gaji kakitangan awam negara maju.  Kalau isu gula sahaja tidak dapat diatasi dan dasar negara terus mengawal harga maka inilah omongan kosong sahaja.  Retorik sahaja nampak cantik tapi tiada roh kerana bergelumang dengan rasuah dan dosa.  Inilah UMNO-BN yang disokong oleh Melayu kampung yang tak bermaklumat atau Melayu bandar yang menyokong membabi buta.  Asal Melayu disokong walau rasuah

    Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO, pemimpin UMNO berubahlah.  Sertailah perjuangan Islam yang lebih jelas dan meyakinkan.  UMNO-BN terus menipu rakyat tanpa tanggungjawab.  Sedangkan perjuangan Islam yang melihatnya adalah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berilmu.

Read more...

UMNO MELAKSANAKAN SISTEM EKONOMI RIBA

>> Ahad, Jun 13, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO 105)



ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL BAQARAH 278



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. 
Chinese
信道的人們啊!如果你們真是信士,那末,你們當敬畏真主,當放棄餘欠的利息。 
Tamil
ஈமான் கொண்டவர்களே! நீங்கள் உண்மையாக முஃமின்களாக இருந்தால், அல்லாஹ்வுக்கு அஞ்சியடங்கி, எஞ்சியுள்ள வட்டியை வாங்காது விட்டு விடுங்கள்.

     Dalam ayat ini Allah Taala jelas melarang mengamalkan riba dalam apa sahaja urusan ekonomi dan sebarang perniagaan.  Riba jelas diharamkan Allah.  Yang dihalalkan Islam ialah perniagaan yang dihalalkan Allah.

    UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  Pada UMNO sama sahaja antara perniagaan yang Islami dengan konvensional.  Pada UMNO yang penting ialah untung.  Tanpa mengira persoalan yang berkaitan dengan penindasan dan kezaliman.  Riba adalah lambang kezaliman dan penindasan.  Judi juga adalah lambang penindasan dan kezaliman.  Justeru kedua-duanya adalah diharamkan Islam.

    Riba dan judi adalah amalan jahiliyah dan amalan bangsa Yahudi.  Inilah yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini.  Bentuk yang diamalkan adalah bentuk penindasan orang lain yang juga adalah amalan bangsa yahudi dan amalan jahiliyah. UMNO membuat pengakuan bahawa Malaysia adalah negara Islam tetapi ekonominya adalah ekonomi Riba,  pinjaman pendidikan juga riba, Justeru penjual sudah tidak jujur kerana ditekan dengan sistem ekonomi Riba.  Untuk mendapat keuntungan maka berlaku kegiatan sorok barangan.  Barangan tiada di pasaran sedang permintaan tinggi.  Akhirnya harga dinaikkan kerajaan maka baranagn ada semula.  Inilah terjadi kepada gula.  Saya yakin sekiranya harga gula dinaikkan maka barangan gula akan ada semula dalam pasaran.

     Tauke-tauke perniagaan terus menjaga menteri-menteri UMNO-BN yang membuat dasar.  Kenapa tauke ini menjaga menteri-menteri?  Tidak lain untuk menaikkan harga dan mendapat keuntungan berlipat ganda.  Maka tauke-tauke ini akan menyogok menteri-menteri sehingga akhirnya menteri terpaksa menaikkan harga sesuatu barang walaupun barangan itu dalam kawalan.  Inilah kerja menteri-menteri UMNO-BN.

    Wahai ahli UMNO berubahlah dan bertukarlah.  Berubah dan bertukar kepada perjuangan yang lebih baik dan yakin.  Tidak lain menyertai PAS.  Dengan amalan ekonomi riba pemimpin yang kamu lantik akan terus dikayakan oleh tauke-tauke sedangkan ahli UMNO bawahan terus dalam kemiskinan.  Bebaskanlah diri anda dari belenggu kesesatan yang dibawa UMNO dengan menyertai perjuangan Islam yang sebenar iaitu PAS.

Read more...

UMNO MENOLAK KEADILAN ISLAM UNTUK SEMUA

>> Sabtu, Jun 12, 2010

ISLAM MENOLAK FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 104

UMNO MENOLAK KEADILAN ISLAM UNTUK SEMUA

Allah Taala berfirman dalam surah Al-A'raf ayat 3


(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". 
Chinese
你們當遵循從你們的主降示的經典,你們不要捨真主而順從許多保祐者。你們很少覺 悟。 
Tamil 
(மனிதர்களே!) உங்கள் இறைவனிடமிருந்து, உங்களுக்கு இறக்கப்பட்டதைப் பின்பற்றுங்கள்; அவனையன்றி (வேறெவரையும்) பாதுகாவலர்(களாக்கி கொண்டு அவர்)களை பின்பற்றாதீர்கள்; நீங்கள் சொற்பமாகவே நல்லுணர்வு பெறுகிறீர்கள்.
 (7:3)


   Dalam ayat ini jelas bahawa Allah Taala menyuruh seluruh manusia mengikut pemimpin yang akan membawa manusia kepada kebenaran iaitu Rasul, Nabi Muhammad saw.  Janganlah manusia itu mengikut kata pemimpin yang membawa kepada kesesatan.  Kesesatan akan menjauhi daripada Allah.




    Semalam Presiden PAS memberi ucap utama dalam Muktamar PAS ke 56 dengan tema "Keadilan Islam Untuk Semua".  Tema yang cukup jelas hanya Islam yang mampu memberi makna keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa.  PAS yang sandaran perjuangan ialah Al-Qur'an dan Sunnah maka keadilan yang hendak dibawa oleh PAS tidak lain sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an dan Sunnah.

     Berlainan dengan UMNO-BN keadilan adalah berdasarkan kepada kehendak manusia.  Keadilan yang di bawa UMNO-BN sudah pasti bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO-BN memaknakan keadilan adalah untuk kroni-kroni sahaja.

Royalti minyak Terengganu/Kelantan

1999 - 2004  -  wang royalti Terengganu ditukar ke wang ehsan kerana PAS memerintah Terengganu
2000 -  wang royalti minyak Terengganu di kembalikan kerana UMNO-BN memerintah semula

2009 -  wang royalti minyak Kelantan dinafi.  Tukar kepada wang ehsan

Inilah keadilan cara UMNO-BN.  Ia merupakan kezaliman.  Allah Taala menyuruh menolak pemimpin yang apabila diberi kuasa menegakkan kezaliman.

Semangat Federalism

2008  -  Perak dikuasi Pakatan Rakyat.  UMNO-BN tubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk Perak.  Melantik JKKK Persekutuan (JKKKP).  Kenapa ini berlaku sekiranya UMNO-BN menegakkan keadilan dan menjayakan semangat federalism?  Tapi UMNO-BN tak peduli.  Dia buat dan lantik mengikut sesuka hatinya.  UMNO-BN terus menegakkan kezaliman.  Allah Taala menyuruh supaya seluruh manusia menolak pemimpin yang zalim  Itu di Perak.

    Di Kelantan sampai hari ini kezaliman yang melanggar semangat Federalism terus-menerus berlaku.  Semua struktur ada dua iaitu kerajaan negeri dan pusat.  Ada JKKK Neg maka ada juga JKKK Pusat.  Ada Penghulu Negeri dan ada juga penghulu Pusat.  Begitu juga di Kedah, PP dan Selangor.  UMNO-BN tak peduli adil atau zalim.

Internal Security Act (ISA)

  Seluruh rakyat mahukan ISA hapus.  Ini akta zalim.  Tahan orang tanpa bicara adalah zalim.   UMNO tak peduli teruskan juga. UMNO-BN buat pindaan.  Rakyat tak mahu pindaan.  Rakyat mahu akta zalim ini dihapuskan.  UMNO_BN tak kisah.  ISA diteruskan juga.

    Cukuplah 3 perkara ini manjadi asas bahawa UMNO-BN tidak menegakkan keadilan.  UMNO-BN menegakkan kezaliman.  Wahai ahli UMNO bertukarlah.  Sekiranya ada yang  ingin untuk menyertai UMNO segeralah hapuskan niat anda kerana UMNO-BN adalah parti yang zalim.  Sertai PAS.  Kalau ada yang mahu menyokong UMNO-BN batalkan juga niat anda kerana anda menyokong kezaliman.  Orang yang menyokong kezaliman akan disambar oleh api neraka.  Berubah dan bertukarlah untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat

    

Read more...

UMNO TAK IKTIRAF KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YAHUDI TAK IKTIRAF HAMAS

>> Jumaat, Jun 11, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 104

UMNO TAK IKTIRAF KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT
SEPERTIMANA YAHUDI TAK HAMAS 2006

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-FATH AYAT 3


Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). 
Chinese
真主將給你一種有力的援助。 
Tamil 
மேலும், அல்லாஹ் ஒரு வலிமை மிக்க உதவியாக உமக்கு உதவி செய்வதற்காகவும் (தெளிவான இவ்வெற்றியை அவன் அளித்தான்)
 (48:3)

     Hari ini(10.6.10) adalah Persidangan Dewan Ulama Pas Pusat.  Tema yang dibawa adalah "Memperkasa Kewibawaan Ulama".  Ayat diatas dijadikan sandaran.  Begitu juga ayat 55 Surah Nur.  Bagaimana sifat kemenangan menurut Al-Qur'an.


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. 
Chinese
真主應許你們中信道而且行善者(說):他必使他們代他治理大地,正如他使在 他們之前逝去者代他治理大地一樣;他必為他們而鞏固他所為他們嘉納的宗教;他必以安寧代替他們的恐怖。他們崇拜我而不以任何物配我。此後,凡不信道的,都 是罪人。 
Tamil
உங்களில் எவர் ஈமான் கொண்டு (ஸாலிஹான) - நற்செயல்கள் புரிகிறார்களோ அவர்களை, அவர்களுக்கு முன்னிருந்தோரை(ப் பூமிக்கு) ஆட்சியாளர்களாக்கியது போல் பூமிக்கு நிச்சயமாக ஆட்சியாளர்களாக்கி வைப்பதாகவும், இன்னும் அவன் அவர்களுக்காக பொருந்திக் கொண்ட மார்க்கத்தில் அவர்களை நிச்சயமாக நிலைப்படுத்துவதாகவும், அவர்களுடைய அச்சத்தைத் திட்டமாக அமைதியைக் கொண்டு மாற்றி விடுவதாகவும், அல்லாஹ் வாக்களித்திருக்கிறான்; "அவர்கள் என்னோடு (எதையும், எவரையும்) இணைவைக்காது, அவர்கள் என்னையே வணங்குவார்கள்;" இதன் பின்னர் (உங்களில்) எவர் மாறு செய்(து நிராகரிக்)கிறாரோ அவர்கள் பாவிகள்தாம்.
 (24:55)

   UMNO beramal dengan amalan demokrasi bikinan manusia.  Sepatutnya apabila sesuatu parti menang dalam sebuah pilihanraya maka UMNO-BN mestilah segera diiktiraf.  Hakikat yang sebenarnya dalam amalan UMNO tidak begitu.  UMNO-BN menunjukkan contoh seperti di negeri yang di perintah PR iaitu

1)  menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri PR.  Semua budget pembangunan Pusat disalurkan melalui JPP.  Penubuhan JPP oleh UMNO-BN jelas UMNO-BN tak iktiraf kemenangan PR.

2)  UMNO-BN tak beri royalti minyak kepada Kelantan.  Alasan yang dikemukakan ialah jarak telaga minyak di Kelantan ialah jauh lebih 3 batu notika.  Sabah dan Serawak telaga minyak jarak dengan pantai Sabah dan Serawak ialah lebih 200 batu notika.  Jelas alasan ini menunjukkan bahawa UMNO-BN tidak iktiraf kemenangan PR

3)  Rampasan kuasa oleh UMNO-BN di Perak.  UMNO-BN membuat rampasan kuasa di Perak dengan membeli 3 ADUN.  Perbuatan ini jelas adalah perbuatan tidak mengiktiraf kemenangan PR

4)  Membeli MP Pakatan Rakyat dari PKR dengan pelbagai tawaran.  Perbuatan ini juga adalah perbuatan UMNO-BN yang tidak mengiktiraf kemenangan PR.

     Dengan 4 ciri yang disebutkan diatas sama seperti Yahudi-Israel yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya yang sah tahun 2006.  Yahudi-Israel tetap mengiktiraf PLO walaupun PLO kalah dalam pilihanraya tersebut.  Perbuatan UMNO-BN di Malaysia adalah sama dengan Yahudi-Israel di Palestin.  Itulah sebabnya UMNO-BN boleh bekerjasama dan berkawan dengan APCO-Yahudi.

   Wahai orang UMNO, Ahli UMNO, pemimpin UMNO janganlah berhujah dengan hujah bidih iaitu "yang itu kami tak tahu, kami sokong UMNO-BN kerana UMNO-BN memperjuangkan Melayu". 

Kalau UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dianaktirikan? Bukankah Kelantan negeri orang Melayu?

Kalau UMNO memperjuangkan bangsa Melayu, kenapa Kedah dianaktirikan?  Bukankah Kedah negeri orang Melayu?

Kalau UMNO memperjuangkan Bangsa Melayu?  Kenapakah Perak UMNO-BN buat rampasan kuasa?  Bukankah Perak Majoriti adalah orang Melayu?

Berpindahlah, Bertukarlah.  Dari UMNO kepada perjuangan yang membela kesemua bangsa dan umat iaitu Islam.  Sertai PAS.

Read more...

UMNO ADALAH PENGHALANG PERJUANGAN ISLAM

>> Khamis, Jun 10, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 103

UMNO ADALAH PENGHALANG KEPADA PERJUANGAN ISLAM

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH TIN AYAT 5



"DAN KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN MEREKA KE DARJAT YANG SERENDAH-RENDAHNYA"

    Malam ini adalah malam yang istimewa.  Istimewa malam ini ialah mendengar nasihat daripada Mursyidul Am dalam Majlis Perasmian Muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda di Putik, Kota Bharu.  Antara nasihat beliau ialah

1)  PAS berjuang berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Pas adalah kesinambungan perjuangan para Rasul dan pra Nabi-Nabi Allah.  Perjuangan Pas adalah daripada langit.  Pas berusaha untuk melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

    UMNO berjuang berdasarkan demokrasi.  Demokrasi datang dari ideologi barat.  Ideologi barat adalah bikinan manusia.  Demokrasi tidak mengenal Allah.  Oleh itu UMNO menolak Allah.  UMNO hanya kenal manusia.  Oleh yang demikian sesuailah firman Allah iaitu darjat manusia diturunkan ke serendah darjat apabila manusia berjiwa UMNO tidak mengenal Allah.

2)   Ideologi PAS dalam perjuangan Islam di Malaysia adalah Al-Qur'an dan Sunnah.  Pas berusaha untuk melaksanakan hukum Allah.  Pas terus berusaha untuk melaksanakan keadilan dan kebenaran Al-Qur'an dan Sunnah

    UMNO penghalang pelaksanaan hukum Islam.  Ideologi UMNO adalah demokrasi.  Demokrasi adalah ideologi buatan manusia.  Itu sebab UMNO lawan hukum Allah.

Para ulama tafsir menyatakan bahawa serendah darjat terjadi kepada manusia kerana
1)   manusia  tidak mengenal Allah
2)   manusia kenal Allah tapi melawan hukum Allah
3)   manusia kenal Allah tetapi tidak beribadat kepada Allah
4)  manusia kenal Allah tetapi menolak sebahagian dari Al-Qur'an

     Sifat yang dinyatakan oleh mufassirin ini ada pada UMNO.  Insaflah wahai ahli UMNO, pemimpin UMNO dan penyokong UMNO.  Kembalilah kepada Al-Qur'an sebagai pedoman hidup.  Tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia.  Perjuangan yang sia-sia itu rugi di dunia dan menunggu azab di akhirat.  Marilah sertai PAS.

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN SIBGHAH ALLAH

>> Rabu, Jun 09, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 103

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN SIBGHAH ALLAH

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH BAQARAH AYAT 138


(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". 
Chinese
你們當保持真主的洗禮,有誰比真主施洗得更好呢?「我們只崇拜他。」
Tamil
"(இதுவே) அல்லாஹ்வின் வர்ணம்(ஞான ஸ்னானம்) ஆகும்;, வர்ணம் கொடுப்பதில் அல்லாஹ்வைவிட அழகானவன் யார்? அவனையே நாங்கள் வணங்குகிறோம்" (எனக் கூறுவீர்களாக).


     Dalam ayat ini Allah dengan jelas menyebut hanya sibghah Allah sahaja yang dapat menyelamatkan manusia.  Malahan Allah Taala mencabar manusia acuan manakah yang lebih baik daripada acuan Allah. Allah Taala menyediakan pakej yang jelas yang menyelamatkan manusia, iaitu

1)      Anak luar nikah datang dari perzinaan - acuan Allah ialah hukuman sebat bagi yang bujang dan rejam sampai mati bagi yang sudah kahwin

2)     Curi dan rompak - acuan Allah ialah hukum potong tangan atau potong bersilang

3)     Murtad - acuan Allah ialah bunuh si murtad

4)     Rasuah - Acuan Allah ialah gerun dengan Hukum Allah iaitu azab di akhirat

5)     Susunan dalam rumahtangga -  Acuan Allah ialah rumah yang memiliki 3 bilik

6)     Kepimpinan Negara - Acuan Allah ialah Pemimpin yang taat kepada Allah

     Demikianlah acuan Allah di nyatakan dengan jelas oleh Allah dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw.  UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  UMNO membuat acuan sendiri berdasarkan hukum manusia.  Acuan UMNO

1)     Dadah - buat pusat serenti

2)    Anak luar nikah - pusat pungut anak luar nikah

3)    Rumah rakyat - 2 bilik sahaja.  Timbulkan gejala sosial - budaya lepak luar rumah

4)     Murtad - dikaunseling

5)     Penzina - di kaunseling

6)     Janda - boleh melacur diri untuk mencari rezeki

7)     Penasihat negara - Yahudi - APCO musuh Allah

8)     Menyelesaikan masalah ekonomi - lulus judi yang diharamkan Allah

     Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO dan pemimpin UMNO fikir-fikirkanlah.  UMNO memilih acuan lain dari acuan Allah.  Semua yang dipilih UMNO adalah bertentangan dengan Al-Qur'an.  Segeralah meninggalkan UMNO dan sertai PAS yang lebih kuat memperjuangkan Islam.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP