PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

SEMINAR PEMANTAPAN MUSLIMAH

>> Sabtu, Jun 05, 2010

TARIKH 6 JUN 2010

TEMPAT - AUDOTORIUM INTIM
                  (MASJID JALAN DIARY)

ANJURAN TERAS PERAK

PERBINCANGAN - ANAK LUAR NIKAH DAN BUANG BAYI

PROGRAM

8.30 PG PENDAFTARAN
9.00 PG -
KERTAS KERJA 1 - TN HAJI MOHD AZMI HAMID - PRESIDEN TERAS

10.00 PG
KERTAS KERJA 2 - USTAZAH ROBIYAH HARON - PENGERUSI SALIMAH-TERAS NEGERI KEDAH

11.00 PG - PELANCARAN SALIMAH-TERAS PERAK
12.00 TGH - BERSURAI

TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR.

SEBARKAN MAKLUMAT INI.  BAWA SERAMAI MUNGKIN. ISU BUANG ANAK SUDAH SEMAKIN SERIUS UNTUK DITANGANI BERSAMA

Read more...

UMNO HALALKAN JUDI DARI AWAL LAGI

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 99

UMNO HALALKAN JUDI DARI ZAMAN TUNKU PRESIDEN UMNO 

   FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-MAIDAH 90-91



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Chinese
信道的人 們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
 


Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Chinese
惡魔惟願 你們因飲酒和賭博而互相仇恨,並且阻止你們記念真主,和謹守拜功。你 們將戒除(飲酒和賭博)嗎? 
Tamil
நிச்சயமாக ஷைத்தான் விரும்புவதெல்லாம், மதுபானத்தைக் கொண்டும், சூதாட்டத்தைக் கொண்டும் உங்களிடையே பகைமையையும், வெறுப்பையும் உண்டு பண்ணி அல்லாஹ்வின் நினைவிலிருந்தும், தொழுகையிலிருந்தும் உங்களைத் தடுத்து விடத்தான். எனவே, அவற்றை விட்டும் நீங்கள் விலகிக் கொள்ள மாட்டீர்களா?


     UMNO tidak akan menentang judi kerana judi dan UMNO adalah sebati.  Loteri dan pertaruhan kuda adalah budaya pemimpin UMNO dari dulu lagi.  Tidak hairan pemimpin UMNO terus bersama judi yang diharamkan Islam.  Setelah 64 tahun kelahiran UMNO maka sudah pasti lebih banyak bentuk judi akan diluluskan UMNO, antaranya

1)    Casino Genting Highland, Pahang Darul Judi
2)    Casino Bukit Tinggi, Pahang Darul Judi
3)    Judi bola di negeri  Yang diperintah UMNO-BN, Negeri PR - Haram

      Inilah kerja UMNO.  UMNO nampak dunia tapi tak nampak akhirat.  UMNO nampak judi mendatangkan hasil kepada negara.  Dalam budget negara 2009 pendapatan cukai daripada hasil judi sekitar RM2.3 billion sahaja setahun.  Pendapatan minyak sebanyak RM 320billion dilepaskan oleh pemimpin UMNO kepada Brunei.  Siapakah yang bodoh?   Pemimpin UMNO nampak RM2.3 billion lebih besar daripada RM320 billion.  Dunia sudah terbalik.  Yang kecil UMNO sudah nampak besar.  Yang Besar UMNO lepaskan kepada negara lain.

    Pemimpin UMNO, ahli UMNO dan penyokong  sudah buta hati.  Mereka hanya melihat aspek keduniaan.  Hal yang berkaitan dengan keredhaan Allah sudah tidak ditimbangkan lagi.  Ahli UMNO dibawah pula menjadi "PAK TURUT".  Sokong membuta tuli terhadap pemimpin UMNO walaupun yang dibuat oleh UMNO adalah bertentangan dengan kehendak Islam.  Redha kepada maksiat bermakna melakukan maksiat (maksud hadis).  

      Kesian ahli UMNO tak pasal-pasal dosa judi mereka turut dapat kerana redha judi yang dibuat oleh pemimpin UMNO..  Berubah lah.  Bertukar kepada perjuangan yang lebih Islami iaitu menyertai PAS.

Read more...

UMNO SOKONG YAHUDI, HALALKAN JUDI

>> Jumaat, Jun 04, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 98

UMNO SOKONG YAHUDI HALALKAN JUDI

Firman Allah Taala Al-Maidah 90-91


Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Chinese
信道的人們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
 


Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Chinese
惡魔惟願你們因飲酒和賭博而互相仇恨,並且阻止你們記念真主,和謹守拜功。你 們將戒除(飲酒和賭博)嗎? 
Tamil
நிச்சயமாக ஷைத்தான் விரும்புவதெல்லாம், மதுபானத்தைக் கொண்டும், சூதாட்டத்தைக் கொண்டும் உங்களிடையே பகைமையையும், வெறுப்பையும் உண்டு பண்ணி அல்லாஹ்வின் நினைவிலிருந்தும், தொழுகையிலிருந்தும் உங்களைத் தடுத்து விடத்தான். எனவே, அவற்றை விட்டும் நீங்கள் விலகிக் கொள்ள மாட்டீர்களா?
 
     Daripada firman Allah Taala ini jelas bahawa
1)  diharamkan arak
2)  diharamkan judi
3)  diharamkan menyembah berhala
4)  diharamkan menenung nasib

     Ayat ini datang dengan kalimah yang mudah difahami iaitu kalimah larangan.  Dalam ayat 91 pula Allah Taala mendedahkan kehendak syaitan iaitu memecahbelahkan kamu dan memalingkan kamu daripada solat dan mengingati Allah.  Inilah tabiat judi.  Inilah yang hendak disuburkan oleh UMNO.  UMNO memang mahu masyarakat berpecahbelah dan tidak ingat kepada Allah.  Dua tabiat ini akan menyebabkan UMNO akan terus berkuasa kerana masyarakat tidak berpadu dan bermusuhan sesama sendiri.  Inilah kaedah Yahudi iaitu pecah dan perintah.

     Inilah nasihat APCO-Yahudi kepada kerajaan.  APCO-Yahudi-UMNO mahu supaya masyarakat berpecah dan tidak bersatu.  APCO-Yahudi-UMNO juga mahu masyarakat terus lalai daripada mengingati Allah.  Ahli UMNO diperingkat hujung kampung terus leka kerana tiada maklumat.  Masyarakat melayu di bandar pula akan dilekakan dengan judi.  Maka UMNO akan terus memerintah melalui pendekatan baru dengan kaedah lama iaitu pecah dan perintah.

     Orang beriman mestilah melawan Yahudi.  Yahudi memang mestilah dikeluarkan daripada negara ini.  Caranya ialah dengan

1)    menyedarkan bangsa Melayu bahayanya Yahudi
2)    menyedarkan bangsa Melayu bahawa tiada negara yang berjaya dengan dasar judi
3)   hujah yang senang dengan Melayu bahawa judi adalah haram disisi Islam
4)   Keputusan UMNO-BN-APCO tentang halalnya judi merugikan rakyat

     SELAMATKAN MALAYSIA SEBELUM MALAYSIA JADI BANKRAP.  Kerajaan UMNO-BN sudah korup negara bangkrap.  Wahai ahli UMNO segeralah meninggalkan UMNO.  UMNO sudah menghalalkan apa yang diharamkan Allah.  Jangan le ikut lagi.  Fikir-fikirkan.

Read more...

UMNO BERSAMA YAHUDI DAN TIDAK MENGUTUK YAHUDI SEPERTI BACAAN FATIHAH

>> Khamis, Jun 03, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 97

UMNO BERSAMA APCO-YAHUDI DAN TIDAK MENGUTUK YAHUDI SEPERTI BACAAN 
DALAM FATIHAH

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH FATIHAH AYAT 7



     Dalam ayat ini Allah Taala sendiri mengutuk orang yahudi dengan Allah mengatakan "bukan jalan orang yang engkau murkai".  Seluruh mufassirin (ahli tafsir) mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan golongan yang dimurkai Allah tidak lain ialah Yahudi. Ini  bermakna dalam setiap kali solat orang yang bersolat mengutuk yahudi seperti yang dikehendaki Allah.

     Bagaimana dengan orang UMNO.  Ada wujud dua keadaan.  Dalam solat mereka mengutuk yahudi tapi diluar solat orang UMNO sudah bersama Apco-yahudi.  Sudah wujud pertentangan.  Satu keadaan orang UMNO semacam dengan Allah iaitu dalam solat.  Tetapi diluar solat orang UMNO sudah bersama dengan hawa nafsu.  Jelas inilah yang dinamakan munafik.

    Sepatutnya orang UMNO tidak membaca langsung ayat ke-7 surah fatihah ini.  Apabila ayat ini tidak dibaca maka solat tidak sah.  Maka dipaksa baca oleh Allah.  Kenapa dipaksa baca oleh Allah.  Ini bermakna Allah menyuruh setiap orang mukmin melawan yahudi.  Iman belum sempurna sekiranya tidak berusaha melawan yahudi dalam kehidupan.

    Melayu UMNO bersama yahudi.  Yahudi adalah bangsa yang menentang Allah.  Yahudi dari zaman-berzaman menentang semua Rasul.  Dalam catatan sirah dan sejarah umat Islam

1)   Bani Quraizhah - Kaum yang bergabung dengan Quraisy Mekah serang Madinah
2)   Yang membunuh Saidina Umar ialah satu budak Yahudi
3)   Yang meracun Saidina Umar Abdul Aziz juga adalah budak yahudi
4)   Yang meracun Sultan Muhamad Al-Fateh, sultan kerajaan Uthmaniah ialah Yahudi
5)   Yang membunuh 6 juta umat Islam Palestin (1948-2008) ialah Yahudi
6)   Yang membunuh pemimpin HAMAS juga Yahudi
7)   Yang paling baru 19 umat Islam syahid dibunuh Yahudi di kapal yang membawa bantuan untuk umat Islam Gaza (Mei, 2010)

    Apakah masih ada lagi yang mahu bersama UMNO yang menyokong yahudi.  Yahudi dilaknat Allah.  Tapi kenapa masih ada orang Melayu yang mahu bersama dengan benda yang dilaknat Allah?  Ahli UMNO peringkat bawah berhujah "itu kami tak tahu, kami sokong UMNO kerana Melayu".  Inilah hujah orang bawahan UMNO yang langsung tidak ambil tahu apa pemimpin UMNO buat.  Redha (sokong kepada parti/pemimpin) yang buat kekufuran maka jadi kufur (maksud hadis).  UMNO sepatutnya telah lama ditinggalkan oleh orang Melayu kerana kemaksiatan dan kekufurannya terhadap perintah Allah.  Fikir-fikirkan.  Tinggalkan UMNO dan sertai PAS untuk perjuangan Islam yang lebih murni dan jelas.

Read more...

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT QUR'AN DAN HADIS HUKUM QISAS SATU MUHASABAH

>> Rabu, Jun 02, 2010

ISLAM MENOLAK FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 96

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT QUR'AN DAN HADIS HUKUM QISAS - SATU MUHASABAH

     Berdasarkan pembentangan yang dibuat maka dengan jelas UMNO menolak ayat Qur'an tentang hukum Allah iaitu Qisas.  Ayat Al-Qur'an yang jelas ditolak UMNO ialah

1)   Al-Baqarah ayat 178
2)   Al-Baqarah ayat 179
3)   Al-Isra ayat 33
4)   Al-Maidah ayat 32
5)   An-Nisa 92
6)  Al-Maidah 45
7)  Hadis Nabi Muhammad yang sahih

      Dalam kes hudud yang lalu UMNO sudah tidak beriman sekurang-kurangnya 4 ayat (Zina, Curi, Tuduhan Qazaf dan rompak) dan dalam kes Qisas pula UMNO sudah tidak beriman sekurangnya 6 ayat.  Jumlah ayat yang sudah ditolak UMNO ialah 10 ayat.  Ini belum campur dengan ayat haram riba, judi dan lain-lain.

     Meyakini Al-Qur'an adalah salah satu rukun Iman.  Yang hendak diyakini tidak lain ialah keseluruhan ayat Al-Qur'an.  Keyakinan manusia terhadap Al-Qur'an ada bermacam jenis, antaranya

1)   Tidak beriman dengan satu ayat sahaja
2)   Tidak beriman hanya dengan satu kata sahaja
3)   Beriman dengan sebahagian kitab dan menolak sebahagian yang lain

     Kesemua jenis keimanan diatas ditolak oleh Allah.  Adalah dikira tidak beriman kepada Allah.  Wahai ahli UMNO sedarlah pemimpin UMNO telah menolak ayat Al-Qur'an.  Redha kepada kufur maka jadi kufur (maksud hadis).  Ahli UMNO peringkat akar umbi berhujah

1)    Urusan melaksanakan undang-undang Islam adalah urusan pemimpin.  Maka apabila pemimpin UMNO tidak melaksanakan undang-undang Allah maka merekalah yang berdosa, kami ahli bawah tak kan le berdosa juga.

Jawabnya :  Kalau pemimpin yang kamu lantik itu sudah tidak lagi melaksanakan hukum Islam kenapa ahli UMNO masih sokong dan duduk sebagai ahli parti?  Jika jujur dengan Allah, maka ahli UMNO mestilah meninggalkan UMNO.

2)     Kami memang beriman dengan Qisas. Tetapi untuk menjaga Melayu maka kami masih lagi sokong UMNO-BN

Jawab :  Itu sebab segala urusan hidup ditimbangkan Allah, Rasul dan Islam.  Memangkah UMNO-BN bermakna menyokong segala dasar perjuangan UMNO-BN,  Tetapi sekiranya yang dipangkah ialah PR untuk menumbangkan kezaliman UMNO-BN maka ini akan diberi pahala oleh Allah.  Pahala kerana menumbangkan kezaliman.  Dasar UMNO-BN yang zalim iailah
1) ISA
2) OSA
3) APCO
4) JUDI dan banyak lagi

     Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO dan pemimpin UMNO berubahlah.  Tinggalkan UMNO untuk kehidupan yang lebih baik disisi Allah.  Teruskan perjuangan dengan PAS.

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HADIS QISAS 2

>> Selasa, Jun 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 96

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HADIS QISAS 2




 Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud


" maka jika mereka (waris yang terbunuh) kehendaki maka bolehlah mereka membalas bunuh.  Dan jika mereka kehendaki maka mereka boleh menerima bayaran diyat iaitu 
-     30 ekor unta yang berumur 3 tahun
-     30 ekor unta yang berumur 4 tahun
-     40 ekor unta yang sedang bunting"

(Riwayat Tarmizi dengan sanad yang sahih)
     Demikianlah bayaran diyat terhadap pembunuhan.  Walaupun bunyinya hanyalah 100 ekor unta tetapi untuk mencari 100 ekor unta tersebut bukanlah mudah.  Nabi Muhammad saw menetapkan syarakat bahawa unta tersebut mestilah berumur antara 3 tahun/4tahun dan bunting.  

    Kesusahan dalam membayar diyat adalah usaha pencegahan daripada Islam.  Diyat dilaksanakan setelah mendapat restu keampunan daripada keluarga yang terbunuh. 

     Hadis ini tidak diamalkan oleh UMNO.  Hukuman Islam mendatangkan proses pendidikan.  Hukuman dalam Islam dibuat secara terbuka dan melibatkan penglibatan ahli qaryah.  Manusia melaksanakan hukuman secara sembunyi.  Hukuman gantung sebagai contoh.  Tidak pernah dilaksanakan secara terbuka.  Bila sembunyi pelaksanaan hukum maka tiada aspek pendidikan.

    Untuk melaksanakan hukum Allah maka orang Melayu mestilah menghilangkan sifat rasa bersalah tidak taat kepada pemimpin.  Taat kepada pemimpin bagi orang Melayu mestilah bersyarat seperti syarat yang ada dalam Islam.  Syarat pemimpin dalam Islam ialah pemimpin mestilah taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan pemimpin mestilah peminpin yang berakhlak.  

     Ketuanan Melayu taat pada pemimpin nombor 1.  Pemimpin yang macam mana yang Melayu kena taat?  Pemimpin yang tak mahu hukum Allah maka orang Melayu mesti tolak.  UMNO berhujah bahawa ayat hukum Allah ini diturunkan untuk orang yahudi.  Inilah hujah akal orang UMNO.  Ayat hukum hudud/qisas berada dalam Al-Qur'an.  Meyakini Al-Qur'an adalah salah satu rukun iman.  Menolak Al-Qur'an kufur.

     Berubah lah wahai ahli UMNO.  Taat pada pemimpin bersyarat. Syarat ialah iman.  Pemimpin yang sudah tiada keimanan,  orang melayu mestilah tolak.  Pemimpin Melayu yang sudah menolak Al-Qur'an dan Sunnah maka melayu mestilah tolak pemimpin ini.  Pemimpin yang sudah menghalalkan judi, apakah masih ada iman?  Menghalalkan yang diharamkan Allah apakah masih ada iman?  Menyokong pemimpin yang menentang Al-Qur'an dan Sunnah maka anda masih meredhai mereka.  Redha kepada kufur maka jadi kufur (maksud hadis).  FIKIR-FIKIRKAN.

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGN HADIS HUKUM QISAS

>> Isnin, Mei 31, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 95

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HADIS BAB HUKUM QISAS

NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA MAKSUDNYA

"Sesiapa yang membunuh orang mu'min dengan sengaja hendaklah diserahkan kesnya kepada walinya"

    Inilah hadis yang menyebut tentang hukum Qisas iaitu bunuh balas bunuh. Penyerahan kembali kes kepada wali (waris yang terbunuh) menggambarkan betapa keadilan dalam Islam.  Hadis ini mahu meletakkan

1)   menghapuskan balas dendam
2)  waris yang terbunuh adalah yang berhak menentukan hukum sama ada balas bunuh atau diyat
3)  Islam membina keharmonian masyarakat
4)  Islam melindungi seluruh manusia terutama aspek nyawa
4)  Islam melindung yang lemah.  Yang lemah dalam Islam mendapat hak dan keadilan

     Dalam sistem perundangan manusia hari ini, sekiranya orang miskin ada kemungkinan tidak dapat nak membawa kes pembunuhan warisnya ke mahkamah.  Kos mengambil peguam.  Siasatan yang dijalankan oleh polis dan perkara yang berkaitan meletakkan gambaran bahawa orang miskin akan dipinggirkan daripada keadilan manusia.  Inilah yang diamalkan oleh UMNO-BN.  Yang terbela ialah yang ada kuasa.  Yang terbela ialah kroni UMNO.  Orang yang miskin jauh daripada pembelaan.

     Islam melindungi yang lemah.  Yang paling lemah mendapat keadilan.  Dalam Islam sekiranya yang lemah tidak mendapat keadilan maka kesalahan itu akan diletakkan kepada pemerintah.  Dalam amalan hari ini sudahlh UMNO tidak mengamalkan keadilan Islam malahan mengamalkan hukum manusia yang sesat dan tidak pula mengamalkan perlindungan kepada yang miskin.  UMNO menolak hadis ini dan mengabaikannya.  Yang penting bagi UMNO ialah pembangunan.

     Masyarakat Melayu ada apologetik yang tinggi.  Tidak melakukan ketaatan kepada pemimpin negara sudah dikatakan derhaka.  walau melayu tersebut tidak solat dan melanggar hukum Allah.  Melayu mesti membuang sifat apologetik ini.  Taat kepada pemimpin bersyarat iaitu dia taat kepada Allah dan hukum Allah, pemimpin itu mesti juga taat kepada Rasul dan segala sunnah rasul.  Jika pemimpin Melayu ini yang meluluskan judi maka apakah ada lagi ketaatan. Wahai ahli UMNO tanya dan jawab sendiri.

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT QISAS 4

>> Ahad, Mei 30, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 94



ALLAH TAALA berfirman dalam surah an-Nisa 92


Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 
Chinese
信士不致於殺害信士,除非是誤殺。誰誤殺一個信士,誰當釋放一個信道的奴隸, 並以血鍰交付屍親,除非他們自願讓與。被殺的信士,如果他的宗族是你們的敵人,那末,凶手應當釋放一個信道的奴隸。如果被殺者的宗族是你們的盟友,那末, 凶手應當以血鍰交付屍親,並釋放一個信道的奴隸。誰不能釋放奴隸,誰當連續齋戒兩月,這是因為真主准許他悔過自新。真主是全知的,是至睿的。 
Tamil
தவறாக அன்றி, ஒரு முஃமின் பிறிதொரு முஃமினை கொலை செய்வது ஆகுமானதல்ல. உங்களில் எவரேனும் ஒரு முஃமினை தவறாக கொலை செய்துவிட்டால், அதற்குப் பரிகாரமாக முஃமினான ஓர் அடிமையை விடுதலை செய்ய வேண்டும்; அவனுடைய குடும்பத்தாருக்கு நஷ்ட ஈடு கொடுக்க வேண்டும் - அவனுடைய குடும்பத்தார் (நஷ்ட ஈட்டுத் தொகையை மன்னித்து) அதை தர்மமாக விட்டாலொழிய கொல்லப்பட்ட அவன் உங்கள் பகை இனத்தைச் சார்ந்தவனாக (ஆனால்) முஃமினாக இருந்தால், முஃமினான ஓர் அடிமையை விடுதலை செய்தால் போதும் (நஷ்ட ஈடில்லை. இறந்த) அவன் உங்களுடன் சமாதான (உடன்படிக்கை) செய்து கொண்ட வகுப்பாரைச் சேர்ந்தவனாக இருந்தால் அவன் சொந்தக்காரருக்கு நஷ்ட ஈடு கொடுப்பதுடன், முஃமினான ஓர் அடிமையை விடுதலை செய்யவும் வேண்டும்;. இவ்வாறு (பரிகாரம்) செய்வதற்கு சக்தியில்லாதவனாக இருந்தால், அல்லாஹ்விடம் மன்னிப்புப் பெறுவதற்காகத் தொடர்ந்து இரண்டு மாதங்கள் நோன்பு வைக்க வேண்டும் - அல்லாஹ் நன்கு அறிந்தவனாகவும், பூரண ஞானமுடையவனாகவும் இருக்கிறான்.
(4:92)

    Dalam ayat ini Allah menunjukkan kepada manusia sistem Islam yang siap untuk menerima yang bukan Islam tetapi bersedia untuk berada dibawah peraturan Islam.  Begitulah peraturan Islam, Islam tidak pernah terikat dengan bangsa dan keturunan.  Islam sedia menampung mana-mana manusia yang mahu berlindung dengan hukum Allah.  Ini kerana seluruh manusia adalah diciptakan oleh Allah.

    Apabila terlaksana hukum Allah maka orang yang kafir terdiri daripada 2 golongan iaitu kafir harbi dan kafir zimmi.  Kafir harbi tiada banyak perbincangan kerana kafir ini adalah manusia yang menentang Islam.  Manakala kafir zimmi ialah orang kafir yang belum bersyahadah tetapi rela duduk dibawah peraturan Islam.  Mereka disebut dalam ayat ini oleh Allah perlindungan nyawa mereka adalah seperti mana Allah Taala melindungi nyawa orang yang beriman.  Tidak lain ini kerana nyawa adalah milik Allah dan bukan milik manusia atau parti seperti UMNO.

    Perkara ini tidak boleh dilakukan kerana UMNO tidak buat hukum Islam.  UMNO tolak hukum Islam.  Bila UMNO tolak hukum Islam maka tiada siapapun yang mendapat perlindungan.  Pembunuhan diperingkat atasan tidak dihukum bunuh tetapi penjara seumur hidup (Datuk Moktar Hashim).  Nanti oleh kerana berkelakuan baik maka dibebaskan.  Itulah hukum UMNO.  Orang bawahan yang bunuh maka dihukum bunuh pula.  Inilah kerja jahat UMNO.  Nyawa pada pemimpin UMNO tiada harga.  Siapa menjadi ahli UMNO maka dipelihara.

    Islam menolak hukum manusia dalam bab pembunuhan.  Hukum yang penuh dengan perlindungan dan keadilan tidak lain adalah hukum Allah.  Berlindung dengan hukum Allah maka akan tercerna keadilan.  Itu sebab PAS berusha untuk melaksanakan perlindungan ini.  Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS (DPKPP) yang disertai oleh bangsa Cina dan India dan lain-lain bangsa sedang menuju makna dan pengertian perlindungan hukum Allah.  Mereka yang mahu menjadi ahli kepada DPKPP ini mestilah bersetuju untuk memilih Islam sebagai tempat berlindung.  Setelah bersedia untuk menjadikan Islam sebagai tempat berlindung maka barulah layak untuk menjadi ahli DPKPP.  Itu sebab PAS sedia mengemukakan calon daripada bangsa bukan melayu pada p/raya ke-13 kerana mereka yang ahli DPKPP telah memilih dan mahu bersama Islam.

   Dalam UMNO tiada. UMNO kekal parti perkauman Melayu sempit. Dah le tolak hukum Allah, amal pula hukum manusia yang sesat.  Dah le yop, dah le yong tinggalkan le UMNO itu. Segera menyertai perjuangan PAS yang berusaha untuk melaksanakan Islam yang syumul.  Moh isi borang PAS.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP