PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 4 - MENCURI POTONG TANGAN

>> Sabtu, Mei 22, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 87

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 4 - 
MENCURI POTONG TANGAN


ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL-MAIDAH AYAT 38




Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
Chinese
偷盜的男女,你們當割去他們倆的手,以報他們倆的罪行,以示真主的懲戒。真主 是萬能的,是至睿的。 
Tamil
திருடனோ திருடியோ அவர்கள் சம்பாதித்த பாவத்திற்கு, அல்லாஹ்விடமிருந்துள்ள தண்டணையாக அவர்களின் கரங்களைத் தரித்து விடுங்கள். அல்லாஹ் மிகைத்தவனும், ஞானம் மிக்கோனுமாக இருக்கின்றான்.
(5:38)

      Dalam ayat Allah Taala memerintahkan bahawa pencuri yang telah memenuhi kadar mencurinya melebihi yang ditetapkan hendaklah dipotong tangannya.  Sekali lagi ayat ini tidak memerlukan tafsiran.  Apakah kadar yang dikatakan melebihi had itu.  Perkara ini sudah pasti hendaklah dirujuk kepada hadis-hadis Nabi Muhammad saw.  

     Yang penting ditanya kenapa hukum ini dikenakan oleh Allah? 

1.     Ini adalah kerana Islam membenarkan pemilikan harta oleh peribadi tanpa had.  Namun Islam menetapkan kepada sikaya hendaklah membayar zakat.  Apabila sikaya membayar zakat maka Islam melindungi hartanya dengan hukuman kepada sipencuri ialah potong tangan. 

2.     Islam membina ketenteraman kehidupan masyarakat.   Sikaya tidak perlu risau kerana hukum Islam sudah cukup untuk menjaga harta sikaya.  Simiskin juga tidak perlu bertukar watak menjadi pencuri kerana tanggungjawab sikaya ialah membayar zakat bagi membantu simiskin.

3.     Dalam Islam tidak dibenarkan konsep 'Robin Hood'. Robin Hood adalah gambaran kecelaruan hukuman manusia.  Ada pula hero dalam masyarakat yang mencuri harta sikaya untuk diberikan kepada simiskin.  Ini tidak dibenarkan oleh Islam.

     UMNO tidak beriman dengan hukum Allah ini.  Antara hujah pemimpin UMNO dan ahli UMNO

1.     Bahawa kalau hukuman ini dilaksanakan maka setiap hari di Malaysia akan makan sup tangan.  

2.     Bahawa kalau buat hukum ini maka tidak ada pelabur luar negeri akan membina kilang di Malaysia kerana orang Malaysia semuanya kudung.

3.    Bahawa sekiranya hukuman ini dilaksanakan maka tiada pasaran kerja di Malaysia kerana kebanyakkan orang Malaysia kudung tangannya.

      Alangkah dangkalnya hujah UMNO.  Hujah ini akan membawa mereka yang menyokong UMNO-BN ke neraka.  Sekiranya mulut anda mengatakan kebenaran sedang hati anda berhujah seperti orang UMNO berhujah maka anda adalah munafik.  Tempat munafik ialah di neraka.  Wahai ahli UMNO dan pemimpin UMNO kembalilah kepada Islam dan mengamalkannya.  Janganlah tolak mana-mana hukum Islam.  Ini bukan hudud PAS.  Ini adalah hukum Allah.  Kembalilah kepada politik Islam.  Keluarlah dari UMNO dan mari sertai parti Islam untuk menegakkan Hukum Allah (Hudud dan Qisas)

Read more...

Laporan Akhbar Sinar Tidak Betul Dan Mengelirukan

>> Jumaat, Mei 21, 2010

laporan muka hadapan Sinar Harian 20 Mei yang menjadi pertikaian.

Ikutilah Sidang Akhbar Pertemuan PAS Perak bersama Pemimpin Gereja Kristian - 18 Mei 2010

 

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 82

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.  (5:82)

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HUKUM HUDUD 3 - SEBAT 80 KALI PEMINUM ARAK

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 86

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 3 - 
SEBAT 80 KALI BAGI PEMINUM ARAK


Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 90


Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. 
Chinese
信道的人們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
 (5:90)

     Dalam ayat ini jelas bahawa Allah Taala berfirman tegahan untuk meminum arak.  Dalam Islam peminum arak dihukum dengan hukum hudud.  Dosa meminum arak hanya akan terampun apabila dilaksanakan hukuman ini.  Nabi Muhammad saw memukul peminum arak dengan 40 sebatan.  Nabi Muhammad saw menyebat secara berganda (2 kali).  Namun di zaman Saidina Umar oleh kerana budaya meminum arak berterusan maka Saidina Umar berijtihad untuk menyebat 1 x sebatan dan tidak secara berganda dengan bilangan yang sama seperti Nabi Muhammad saw.  Maka hukuman hudud untuk peminum arak adalah sebanyak 40 x sebatan secara berganda atau 80 sebatan.

     UMNO tidak beriman dengan ayat hukum ini.   Kerajaan Pusat UMNO-BN terus mengeluarkan lesen untuk arak.  Mereka yang berhujah kenapa Kelantan ada kedai arak?  Lesen menjual arak dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan bukan kerajaan negeri.  Sama juga dengan lesen judi, ianya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan bukan kerajaan negeri.  Cukai untuk arak dan judi dan rokok terus dibayar kepada kerajaan pusat iaitu UMNO-BN.

     Hukuman 6 sebatan di DUN Pahang.  Hukuman ini diluluskan oleh Sidang DUN Pahang yang majoritinya adalah daripada UMNO.  UMNO mempersenda hukuman Allah.  Kenapa DUN Pahang tidak meluluskan 80 sebatan?  Inilah persendaan UMNO terhadap hukum Allah.  UMNO menggunakan akal,  sebat juga tapi janganlah bilangan 80 sebatan, cukup dan memadai dengan 6 x sebatan sahaja. 

     Yang jelas peminum arak tiada ruang dosa mereka diampun Allah.  Dosa hukuman hudud hanya terampun dengan hukuman hudud sahaja.  

     Satu lagi ayat Al-Qur'an yang tidak diimani oleh UMNO.  UMNO tolak hukum sebat.  Kalau UMNO buat pun ia adalah tidak mengikut Al-Qur'an dan Sunnah.  Kalau dah tidak ikut Al-Qur'an dan Sunnah maka UMNO ikut siapa?  Sudah pasti UMNO ikut hawa nafsu.  Apakah dengan ikut hawa nafsu maka bolehkah masuk syurga?  Wahai orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan isi lah segera Borang menyertai PAS.

Read more...

UMNO TAK BERIMAN DENGAN HUKUM HUDUD 2 - TUDUHAN QAZAF DENGAN 4 SAKSI

>> Khamis, Mei 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 85

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 2 - 
TUDUHAN QAZAF DENGAN 4 SAKSI
   
        
 ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AN-NUR AYAT 4


Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - 
Chinese
凡告發貞節的婦女,而不能舉出四個男子為見証者,你們應當把每個人打八十 鞭,並且永遠不可接受他們的見証。這等人是罪人。 
Tamil
எவர்கள் கற்புள்ள பெண்கள் மீது அவதூறு கூறி (அதை நிரூபிக்க) நான்கு சாட்சிகளைக் கொண்டு வரவில்லையோ, அவர்களை நீங்கள் எண்பது கசையடி அடியுங்கள்; பின்னர் அவர்களது சாட்சியத்தை எக்காலத்திலும் ஏற்றுக் கொள்ளாதீர்கள் நிச்சயமாக அவர்கள்தான் தீயவர்கள்.
 (24:4)

     Dalam ayat ini Allah Taala meletakkan dan mengaturkan hukumNya yang Maha Adil.  Menuduh orang baik berzina/liwat hendaklah mendatangkan 4 saksi. Tanpa 4 saksi maka kes digugurkan dan orang yang membuat tuduhan dikenakan 80 x sebatan.  Begitulah Islam menjaga kehormatan seseorang.  Tuduhan tanpa saksi adalah tidak dibenarkan dalam Islam.

     Kes liwat DS Anwar Ibrahim adalah jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  Pemimpin UMNO, Dr Mahathir tuduh DS Anwar liwat.  Tuduhan sahaja maka Mahathir mesti bawa 4 saksi.  Maka bila tiada saksi walau Mahathir  mengatakan dalam parlimen bahawa susah mencari saksi yang adil, maka hukuman pada Mahathir mengikut hukum Islam adalah sebat 80 x.  Oleh kerana Mahathir gagal menyatakan 4 saksi maka kesaksian Mahathir tidak boleh diterima sepanjang hayat.

    Kini tuduhan liwat ke 2 DSAI, UMNO menggunakan kaedah yang sama seperti zaman Mahathir.  Kaedah yang sama iaitu tuduhan tanpa saksi.  Ini yang dikatakan bahawa UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  Kalau UMNO beriman sudah pasti kaedah ini tidak digunakan. UMNO menunjukkan bahawa tiada imannya maka dibicarakan kes ini di mahkamah sivil.  Mahkamah syariah tidak dibenarkan untuk membicarakan kes liwat.

     Kedua-dua insiden ini menggambarkan kebathilan bahawa UMNO langsung tidak beriman dengan ayat hukum hudud Allah. Wahai ahli UMNO kenapa masih dalam UMNO?  Begitulah pemimpin kamu yang sudah sangat jauh dari Islam , kenapa kamu masih dalam UMNO.

    Itulah hukum hudud yang kedua yang diingkari oleh UMNO.  UMNO sudah jauh terpesong. dari Islam.  Tinggalkan UMNO dan Isi borang PAS

Read more...

UMNO TAK BERIMAN DENGAN HUKUM ALLAH (HUDUD)

>> Rabu, Mei 19, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 84

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUKUM HUDUD
SEBAT 100 X BAGI PENZINA BUJANG LELAKI DAN PEREMPUAN


ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AN-NUR AYAT 1-2


Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). 
Chinese
(這是)一章經,我降示它,並以它為定制,且在其中降示許多明顯的蹟象,以便 你們記憶。 
Tamil
(இது திருக்குர்ஆனின்) ஓர் அத்தியாயமாகும்; இதனை நாமே அருளச் செய்து, அதிலுள்ளவற்றை விதியாக்கினோம்; நீங்கள் நல்லுபதேசம் பெறுவதற்காக இதில் நாம் தெளிவான வசனங்களை அருள் செய்தோம்.
 (24:1)


Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.  
Chinese
淫婦和奸夫,你們應當各打一百鞭。你們不要為憐憫他倆而減免真主的刑罰,如果 你們確信真主和末日。叫一伙信士,監視他倆的受刑。 
Tamil
விபசாரியும், விபசாரனும் இவ் விருவரில் ஒவ்வொருவரையும் நூறு கசையடி அடியுங்கள்; மெய்யாகவே, நீங்கள் அல்லாஹ்வின் மீதும், இறுதி நாள் மீதும் ஈமான் கொண்டவர்களாக இருந்தால். அல்லாஹ்வின் சட்டத்(தை நிறைவேற்றுவ)தில், அவ்விருவர் மீதும் உங்களுக்கு இரக்கம் ஏற்பட வேண்டாம்; இன்னும் அவ்விருவரின் வேதனையையும் முஃமின்களில் ஒரு கூட்டத்தார் (நேரில்) பார்க்கட்டும்.
 (24:2)
  
    Dari keterangan ayat tersebut jelas bahawa Allah Taala mewajibkan hukum-hukumNya.  Surah An-Nur diturunkan Allah sebagai pembelaan terhadap Saidatina Aisyah yang berhadapan dengan fitnah zina oleh orang munafik Madinah.  Allah Taala menyatakan bahawa "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina" dihukum dengan 100 x sebatan.  Ayat ini terlalu direct dan tidak memerlukan sebarang kupasan.

    UMNO tidak beriman dengan hukum ini.  Apa bukti UMNO tidak beriman dengan hukum ini?  52 tahun UMNO berkuasa UMNO tidak mahu melaksanakan hukum ini. Sedangkan melaksanakan hukum ini adalah wajib sebagaimana ayat 1 dalam surah An-Nur.   UMNO adalah parti yang memerintah, maka berkewajipan bagi UMNO untuk melaksanakan hukuman ini.  Dosa melakukan zina di kalangan orang yang bujang akan hanya terhapus dengan hukuman hudud - sebat.  Katalah seorang rakyat orang Melayu Islam yang berzina mahu kepada hukuman hudud, sedangkan hukum hudud tiada, maka bagaimanakah pelaku zina itu hendak bertaubat?  Inilah dosa kerana tidak melaksanakan hudud.  Dosa ini dokongsi sama juga kepada ahli UMNO dan penyokong UMNO.

     Apabila kerajaan Kelantan (1990) hendak meluluskan enakman hudud dan qisas, Mahathir kata tak boleh buat sebab Kelantan tiada autonomi.  UMNO berhujah kata kerajaan PAS kelantan tipu.  Janji dalam pilihanraya nak buat hukum Islam tapi bila dapat kerajaan tak buat.  Saya yakin jika kerajaan Pusat beri autonomi kepada kerajaan Kelantan maka PAS Kelantan berkemampuan melaksanakan hukum hudud.

Wahai ahli UMNO, UMNO dah tolak Qur'an.  Kenapa anda pilih UMNO lagi?   Sebuah kerajaan ada 5 unsur

1.    tempat (wujudnya sebuah kerajaan - tidak boleh ubah)
2.    rakyat (kerana ada rakyat maka ada kerajaan)
3.    kedaulatan dan kemerdekaan (dijamin hak kebebasan oleh badan dunia)
4.    Parti kerajaan (bergantung kepada siapa mendapat majoriti - boleh ubah)
5.    Undang-undang parti pemerintah (boleh berubah)


     Ciri nombor 4 dan 5 boleh berubah.  Wahai ahli UMNO kenapa anda tidak berubah?  Orang kata UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah Islam.  Kalau UMNO dah menolak Al-Qur'an maka ahli yang mendukung UMNO apakah masih ada Islamnya?  Kalau UMNO menolak Ayat Al-Qur'an maka apakah ahli UMNO tetap memegang Al-Qur'an?  Nabi bersabda -  Rela kepada kufur jadi kufur .  Oleh yang demikian kami menyeru ahli UMNO moh kite isi borang PAS dengan banyaknya.

Read more...

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HUKUM QISAS

>> Selasa, Mei 18, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 83

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HUKUM QISAS 

ALLAH TAALA BERFIRMAN SURAH AL BAQARAH 178


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
Chinese
信道的人們啊!今以殺人者抵罪為你們的定制,公民抵償公民,奴隸抵償奴隸,婦女 抵償婦女。如果屍親有所寬赦,那末,一方應依例提出要求,一方應依禮給予賠償,這是你們的主所降示的減輕和慈恩。事後,過份的人,將受痛苦的刑罰。
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! கொலைக்காகப் பழி தீர்ப்பது உங்கள் மீது விதிக்கப்பட்டுள்ளது- சுதந்திரமுடையவனுக்குச் சுதந்திரமுடையவன்;, அடிமைக்கு அடிமை, பெண்ணுக்குப் பெண் இருப்பினும் (கொலை செய்த) அவனுக்கு அவனது (முஸ்லிம்) சகோதரனா(கிய கொலையுண்டவனின் வாரிசுகளா)ல் ஏதும் மன்னிக்கப்படுமானால், வழக்கமான முறையைப் பின்பற்றி (இதற்காக நிர்ணயிக்கப் பெறும்) நஷ்ட ஈட்டைக் கொலை செய்தவன் பெருந்தன்மையுடனும், நன்றியறிதலுடனும் செலுத்திவிடல் வேண்டும் - இது உங்கள் இறைவனிடமிருந்து கிடைத்த சலுகையும், கிருபையுமாகும்; ஆகவே, இதன் பிறகு (உங்களில்) யார் வரம்பு மீறுகிறாரோ, அவருக்குக் கடுமையான வேதனையுண்டு.
 (2:178)

     Dalam ayat ini jelas Allah menyuruh orang yang beriman untuk melaksanakan hukum Qisas iaitu bunuh balas bunuh.  Hukum ini adalah penting untuk menghapuskan perasaan balas dendam terhadap mana-mana pembunuhan.  Status hukum ini adalah wajib.

     Untuk melaksanakan hukuman ini maka diperlukan kuasa.  UMNO sedang berkuasa di peringkat persekutuan.  Mengikut Perlembagaan Malaysia wujud Persekutuan (federalism).  Negeri mestilah tertakluk kepada konteks persekutuan.  Itu sebab Qisas tidak boleh dibuat di negeri (Kelantan) sebagai contoh.  Orang UMNO berhujah kerajaan Kelantan PAS buat le Qisas.  Orang UMNO yang berhujah seperti ini tidak memahami konteks federalism.  Kelantan tidak ada autonomi seperti Acheh.  Di Acheh Indonesia, Qisas dibuat kerana ada autonomi.

    Oleh kerana UMNO berkuasa di peringkat Persekutuan maka UMNO wajib melaksanakan hukum Qisas.  Tetapi UMNO tolak dan tidak beriman dengan ayat ini.  Pemimpin UMNO mengemukakan hujah nanti tidak ada pelabur luar negara datang ke negara ini.  Ini semua adalah hujah akal yang ditolak Islam.  Yang sebenarnya UMNO tidak mahu melaksanakan hukum Allah dan tidak beriman dengan ayat ini.  Ayat suruhan puasa dan solat, orang UMNO yakin dan melaksanakannya.  Kenapa ayat hukum Qisas UMNO tak yakin?

   Wahai orang UMNO berubahlah.  UMNO sudah tidak beriman dengan ayat Al-Qur'an.  Marilah masuk dan isi borang PAS.  Sayonara UMNO.

Read more...

UMNO BERKITAB BUKAN DENGAN AL-QUR'AN

>> Isnin, Mei 17, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 82

UMNO BERKITAB BUKAN DENGAN AL-QUR'AN


Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al-Baqarah 1-2


Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; 
Chinese
艾 列弗,倆目,米目。 這部經,其中毫無可疑,是敬畏者的向導。 
Tamil
அலிஃப், லாம், மீ;ம்.இது, (அல்லாஹ்வின்) திரு வேதமாகும்;, இதில் எத்தகைய சந்தேகமும் இல்லை, பயபக்தியுடையோருக்கு (இது) நேர்வழிகாட்டியாகும்.
(2:1-2) 

     Ayat ini dengan jelas mencirikan manusia yang memegang dengan Al-Qur'an adalah yang bertaqwa.  Yang hendak mengikut Al-Qur'an ialah mereka yang bertaqwa.  Mereka yang tidak bertaqwa tidak tergolong dalam golongan ini.

     Orang yang bertaqwa itu sentiasa mengikut perintah Al-Qur'an.  Patuh dan taat dengan perintah Al-Qur'an.  Mendekati Al-Qur'an.  Bertadabbur dengan Al-Qur'an.  Berusaha untuk melaksanakan perintah Al-Qur'an walau di mana sahaja mereka berada.  Jauh sekali dari m enentang Al-Qur'an.  Itu sebab Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud

      "Redha kepada maksiat - maksiatun (melakukan maksiat)" atau
      "Redha kepada kufur - kufrun (jadi kufur)"

    UMNO kitab panduan hidup ahli UMNO bukanlah Al-Qur'an.  UMNO lawan perintah Al-Qur'an.  UMNO tak mahu hukum Allah.  UMNO halalkan judi, arak, rasuah, anak luar nikah dan bermacam-macam lagi.  Semua perkara yang diharamkan Allah dihalalkan UMNO

               AL-QUR'AN                                                            UMNO
              
              Judi-haram                                                             Judi - halal
             arak - haram                                                          Arak - halal
             rasuah - haram                                                       rasuah -halal
            anak luar nikah- haram                                            anak luar nikah - halal
            pergaulan bebas -haram                                          pergaulan bebas - halal
            tak bertudung - haram                                             tak bertudung - halal                                                                           

     UMNO juga mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah.  Berpolitik Islam dalam masjid, pengharaman tulisan jawi, UMNO tak mahu kepada majlis pengajian di masjid,  UMNO berkempen isteri satu suami satu sedangkan Islam menghalalkan poligami,  UMNO mengamalkan perkauman sempit, dan lain-lain lagi.

                AL-QUR'AN                                                         UMNO

                berpolitik Islam - halal                                             berpolitik Islam - haram
         buat pengajian di masjid - halal                     buat pengajian di masjid - haram
              bertudung - halal                                                       bertudung - haram
              tulisan jawi - halal                                                     tulisan jawi - haram
     Islam syumul - halal                                                  Islam syumul - haram (terpisah)

      Oleh yang demikian bezanya penghayatan Al-Qur'an UMNO maka kitab pedoman orang UMNO bukan lagi Al-Qur'an.  UMNO pakai kitab dan pedoman lain dari Al-Qur'an.   Wahai ahli UMNO sedarlah pemimpin kamu telah menyeleweng dari Al-Qur'an.  Keluarlah dari UMNO dan mari mengikut Islam yang sebenar.  Keluarlah dari UMNO dan segelah isi borang PAS.

Read more...

UMNO ADA NABI LAIN - HALALKAN JUDI, ARAK, RASUAH

>> Ahad, Mei 16, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 81

UMNO ADA NABI LAIN - HALALKAN JUDI, ARAK DAN RASUAH


Allah Taala berfirman dalam ayatur Kursiy



Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) 
Chinese
真主,除他外絕無應受崇拜的;他是永生不滅的,是維護萬物的;瞌睡不能侵犯 他,睡眠不能克服他;天地萬物都是他的;不經他的許可,誰能在他那裡替人說情呢?他知道他們面前的事,和他們身後的事;除他所啟示的外,他們絕不能窺測他 的玄妙;他的知覺,包羅天地。天地的維持,不能使他疲倦。他確是至尊的,確是至大的。 
Tamil
அல்லாஹ்-அவனைத்தவிர (வணக்கத்திற்குரிய) நாயன் வேறு இல்லை. அவன் என்றென்றும் ஜீவித்திருப்பவன், என்றென்றும் நிலைத்திருப்பவன்;, அவனை அரி துயிலே, உறக்கமோ பீடிக்கா, வானங்களிலுள்ளவையும், பூமியிலுள்ளவையும் அவனுக்கே உரியன, அவன் அனுமதியின்றி அவனிடம் யார் பரிந்துரை செய்ய முடியும்? (படைப்பினங்களுக்கு) முன்னருள்ளவற்றையும், அவற்றுக்குப் பின்னருள்ளவற்றையும் அவன் நன்கறிவான்;. அவன் ஞானத்திலிருந்து எதனையும், அவன் நாட்டமின்றி, எவரும் அறிந்துகொள்ள முடியாது. அவனுடைய அரியாசனம் (குர்ஸிய்யு) வானங்களிலும், பூமியிலும் பரந்து நிற்கின்றது. அவ்விரண்டையும் காப்பது அவனுக்குச் சிரமத்தை உண்டாக்குவதில்லை - அவன் மிக உயர்ந்தவன்; மகிமை மிக்கவன்.
 (2:255)

     Dalam ayat ini jelas bahawa Allah menyatakan bahawa Allah adalah Tuhan yang wajib disembah.  Tiada tuhan selain dari Allah.  Yang lain dari Allah adalah makhluk.  Allah mengutuskan seorang Rasul iaitu Nabi Muhammad saw yang menunjukkan jalan menuju keredhaan Allah.  Apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw adalah wahyu daripada Allah.

    Asas hukum dalam Islam untuk judi, arak dan rasuah adalah haram.  Inilah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw.  Ayat Al-Qur'an tentang pengharaman judi dan arak juga adalah jelas.  Hadis Nabi Muhammad saw tentang pengharaman rasuah juga adalah hadis yang sahih.


          Al-Qur'an/HADIS                   UMNO

         JUDI - HARAM                                             JUDI - HALAL
         ARAK - HARAM                                          ARAK - HALAL
        RASUAH - HARAM                                      RASUAH - HALAL

      Berdasarkan fakta ini siapakah Nabi bagi orang UMNO.  Bagi orang UMNO apa sahaja yang dibuat kerajaan adalah benar.  Maka siapakah Nabi bagi orang UMNO.  Kalau orang UMNO berhujah bahawa Nabi mereka adalah Nabi Muhammad saw maka sudah pasti judi, arak dan rasuah di haramkan.  Tetapi UMNO menghalalkan semuanya.  Bukan setakat UMNO halalkan rasuah malahan SPRM pun menghalalkan rasuah.  PM Najib merasuah pengundi di Hulu Selangor, SPRM diam sahaja.  Rasuah pada SPRM ialah mereka yang kecil dan tiada pangkat.

     Wahai orang UMNO ada ke lagi kamu beragama?  Yang diharamkan Allah, pemimpin UMNO halalkan.  Dah le tu.  Tinggalkan le UMNO.  Mari isi borang PAS.
     

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP