PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

UMNO MENGHALALKAN YANG DIHARAMKAN ALLAH

>> Sabtu, Mei 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 80


Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an


Sesungguhnya Agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam




UMNO MENGHALALKAN JUDI 
YANG DIHARAMKAN ALLAH


     UMNO adake lagi agamanya?  Ahli UMNO, pemimpin UMNO, penyokong UMNO ada ke lagi beragama?  Ada ke ahli UMNO yang tak setuju dengan UMNO menghalalkan judi?  Kalau ada kenapa kamu masih duduk dalam UMNO?

     Yang ada ialah ramai yang bersetuju.  Dikhabarkan bahawa  yang dapat lesen judi ini akan memperolehi pendapatan judi sebanyak RM1.7 billion sehari hasil judi bolasepak dunia.  Inilah harta yang berselerak dalam UMNO.

     Dari yahudi (apco) hingga kepada judi UMNO sudah bergelumang dengan perkara yang bertentangan dengan Islam.  Apa lagi perkara yang diharamkan Allah sudah dilesenkan UMNO dengan menghalalkannya?

ARAK - DIBERIKAN LESEN

ZINA - RUMAH URUT DIBERIKAN LESEN, ANAK LUAR NIKAH UMNO BIARKAN

PEMBUNUHAN - UMNO BENARKAN. PEMBUNUH BEBAS, YANG TERBUNUH ANIAYA
UMNO BELA PEMBUNUH DENGAN TIDAK BUAT SURUHANJAYA DIRAJA

MURTAD - UMNO BIAR, TIADA TINDAKAN 

CURI/ROMPAK - POLIS MEMBURU MANUSIA YANG TIDAK BERSALAH. SALAH TEMBAK. ORANG BAIK POLIS KATA PENYAMUN.  PENYAMUN SEBENAR POLIS TIDAK TEMBAK

RASUAH - PM NAJIB RASUAH DI SIBU, SPRM BIAR,  PM NAJIB RASUAH DI HULU SELANGOR SPRM BIAR

Ahli UMNO ada ke maruah lagi duduk dalam UMNO.  Keluar lah dari UMNO menuju kepada yang lebih halal iaitu PAS.

Read more...

Utusan Malaysia dan Berita Harian Tak Siar Kerajaan BN Lulus Lesen Judi

>> Jumaat, Mei 14, 2010


Media Melayu Tutup Berita Lulus Lesen Judi

Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh UMNO tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.

Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.

Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris the New Straits Times dan The Star.

Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.

Tindakan Utusan dan Berita harian memadamkan laporan pemberiam lesen judi itu sekali lagi dilihat di pengaruhi oleh pertimbangan politik Umno dan perdana menteri sendiri.

“Saya rasa mereka tidak mahu masyarakat, khususnya masyarakat Islam tahu berkenaan ini kerana mereka tahu masyarakat bukan Islam tidak menyokong Barisan Nasional, dan yang tinggal saki bakinya tinggal masyarakat Islam Melayu, jika ini didedahkan dalam akhbar, besar kemungkinan ramai yang akan meninggalkan UMNO,jadi ini adalah usaha UMNO untuk tidak memberitahu kepada rakyat walaupun perjudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan kabinet, ini satu tindakan yang terdesak yang saya fikir untuk mendapatkan sumber kewangan yang berpunca daripada sumber haram" ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata, berita lesen judi baru diluluskan sengaja digelapkan oleh dua akhbar itu untuk memberi ruang kepada pimpinan Umno mengaut keuntungan secara haram bagi mengisi dana politik parti.

“Sebahagian daripada ini, pulangan kepada tabung dana untuk UMNO menghadapi pilihanraya umum akan datang, dan termasuk, saya percaya bahawa inilah yang akan mengisi dana untuk membeli undi dan wakil-wakil rakyat samada di peringkat DUN dan sebagainya, dan saya percaya sebelum inipun mungkin wang daripada syarikat-syarikat judi itulah yang diguna untuk membeli adun-adun yang melompat atau ahli-ahli parlimen yang melompat untuk dibayar pada mereka” -GB

Read more...

UMNO BERSIFAT MUNAFIK GUNA DEMOKRASI SECARA LUAR TABIE

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 79

UMNO BERSIFAT MUNAFIK GUNA DEMOKRASI SECARA LUAR TABIE


Allah Taala berfirman dalam surah al-munafiqun ayat 4



Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)? 
Chinese
當你看見他們的時候,他們的體格,將使你讚嘆。如果他們說話,你就靜聽他們的 言辭,他們好像木偶樣,他們以為一切吶喊,都是對他們而發的。他們確是敵人,故你當謹防他們。願真主誅滅他們!他們是如何悖謬的呢! 
Tamil
இவர்களை நீர் பார்த்தால், இவர்களுடைய உடல் (அமைப்பு)கள் உம்மை ஆச்சரியப்படுத்தும்; அன்றியும் இவர்கள் பேசினால், இவர்களுடைய பேச்சை நீர் (கவனித்துக்) கேட்பீர்; எனினும் இவர்கள் (நேர்மையானவர்கள் அல்லர், சுவரில்) சாய்த்து வைக்கப்பட்ட மரங்கள் போன்று இருக்கின்றனர், ஒவ்வொரு சப்தமும் தங்களுக்கு எதிரானது என்று எண்ணுகிறார்கள், இவர்கள்தாம் (உம்) பகைவர்கள், ஆகவே இவர்களிடம் நீர் எச்சரிக்கையாக இருப்பீராக, அல்லாஹ் இவர்களை அழித்து விடுவான், இவர்கள் (சத்தியத்திலிருந்து) எங்கு செல்கின்றனர்?
 (63:4)

   Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan sifat kemunafikan.  Sifat munafik itu dijelaskan oleh Allah iaitu

1)   Tubuh badan mereka
2)   tutur kata mereka yang manis

     Walaupun begitu munafik itu berasa cemas seperti kayu yang tersandar.  Ada kekuatan tetapi kekuatan tersebut tidak dapat digunakan.  Setiap kali berlaku kecemasan maka dirasakan bahawa kecemasan itu adalah untuk memusnahkannya.

     Inilah sikap yang sedang dihadapi oleh UMNO.  UMNO menggunakan segala agensi kerajaan untuk menangkis segala kecemasan sehingga dapat mengekalkan status-quo yang ada.  Tanpa mengira apa kaedah yang digunakan sama ada kaedah itu dibenarkan agama atau pun tidak,  UMNO akan buat apa sahaja walau terpaksa melaksanakan yang diharamkan oleh Islam.  Inilah kualiti UMNO. 

    Itu sebab demokrasi sudah tidak tulen lagi.  Sebut sahaja apa sahaja agensi kerajaan semuanya digunakan UMNO.  Maka

JKR - buat jalanraya segera

TV - laporkan keburukan Pakatan

JKM (kebajikan) - diguna UMNO bantu OKU

S/Khabar - Burukkan Pakatan

JPM - Banci penduduk, culaan pengundi

Kemas - Propaganda UMNO

SPR - pindahkan pengundi yang mengundi Pakatan, 
           Hulu Selangor - 13,000 pindah, Sibu - dah 500 dipindah.  Ini taktik SPR terkini

SPRM -  Rasuah oleh UMNO tidak disiasat

Polis - menyebelahi UMNO.  Provokasi UMNO dibiarkan dan menyalahkan Pakatan Rakyat

FRU -  Provokasi UMNO dibiar

Mahkamah - Hakim menyebelahi UMNO.  Keputusan mahkamah menyebelahi UMNO. Kes Perak contoh yang jelas.  
 Kota Siputeh (Kedah) - pilihanraya tak jadi. SPRM kata buat pilihanraya pembaziran. Bayar RM 77 juta pada APCO Yahudi tak bazir wang rakyat

Speaker -  Speaker DUN Perak (Sivakumar) tiada kuasa sebab negeri diperintah Pakatan Rakyat
                 Speaker Dun Perlis ada kuasa membatalkan surat perletakan jawatan DUN MCA sebab diperintah BN

     Inilah antara senarai agensi kerajaan yang dinodai oleh UMNO secara luar tabi'e.  Inilah kualiti UMNO.  Sepatutnya ahli UMNO sudah meninggalkan UMNO kerana darjah kemunafikan UMNO sudah teruk.  Sayonara UMNO. 

Read more...

TGHA : Pemimpin Bukan Islam Pakatan Rakyat Sokong Haram Judi

>> Khamis, Mei 13, 2010

Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.

Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.

Abdul Hadi, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Umno sebagai tulang belakang kerajaan, telah membawa semakin banyak perkara negatif sejak selepas kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu.

"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Malaysiakini/-

Read more...

UMNO BERSIFAT MUNAFIK DAN MENGAJAR KEMUNAFIKAN

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 78

UMNO BERSIFAT MUNAFIK DAN MENGAJARKAN KEMUNAFIKAN


Allah Taala berfirman dalam surah munafik ayat 2-3



Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. 
Chinese
他們以自己的盟誓為護符,妨礙主道。他們的行為真惡劣! 
Tamil
இவர்கள் தங்களுடைய (பொய்ச்)சத்தியங்களைக் கேடயமாக வைத்துக் கொண்டு அல்லாஹ்வின் பாதையிலிருந்து (மக்களைத்) தடுத்தும் வருகின்றனர், நிச்சயமாக இவர்கள் செய்து கொண்டிருப்பது மிகவும் கெட்டது.
(63:2)


(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).  
Chinese
這是因為他們口稱信道,心實不信,他們的心就封閉了,故他 們不是明理的。
Tamil
இது நிச்சயமாக இவர்கள் ஈமான் கொண்டு பின் காஃபிர் ஆகி விட்டதனாலேயாகும், ஆகவே இவர்களின் இதயங்கள் மீது முத்திரையிடப்பட்டு விட்டது, எனவே, அவர்கள் விளங்கிக் கொள்ள மாட்டார்கள்.
(63:3)

     Daripada firman Allah ini jelas bahawa orang yang beriman hanya di bibir adalah munafik.  Allah Taala membenci orang munafik dan sifat kemunafikan.  Ada beberapa takrif penting
  
     Orang Yang Beriman - Yang di katanya adalah benar,  dalam hatinya juga berhujah dengan benar, perbuatannya juga membenarkan yang dikatanya

     Contoh :  Apabila orang yang beriman berzikir Allahhu Akbar, hujah dalam hatinya hanya sistem Allah yang Maha Besar dan mesti diperjuangkan.  Dalam konteks amalannya menyokong parti Islam (PAS) dan memberi undi kepada parti (PAS) yang hendak menegakkan hukum Allah.
 
     Orang munafik  -  Yang dikatanya benar tetapi hatinya berhujah menentang Islam, perbuatannya juga menentang Islam

Contoh Apabila orang munafik berzikir, dia berzikir Allahhu akhbar, hujah dalam hatinya hukum Allah tak boleh buat di Malaysia kerana ada masyarakat majmuk.  Orang ini secara perbuatannya akan memberi undi pada UMNO-BN.  Kebiasaannya apa hujah dalam hatinya begitu jugalah perbuatannya adalah sama.  Hatinya berhujah menentang hukum Allah maka diterjemah hujah tersebut dalam bentuk undi dengan memberi undi kepada UMNO-BN
    
Itu sebab orang munafik dibenci Allah kerana kepura-puraannya. UMNO mengisyhtiharkan bahawa Malaysia adalah negara Islam - perkataannya atau zikirnya.  Dari segi hujahnya UMNO menolak hukum hudud dan Qisas.  Oleh kerana hujah UMNO tolak Hudud dan Qisas maka lahirlah amalan yang bertentangan dengan zikir pemimpin UMNO bahawa negara ini adalah negara Islam.  MAKA BERLELUASALAH ANTARANYA


JUDI, 
MINUM ARAK, 
AMALAN PERZINAAN, 
MEROMPAK HARTA RAKYAT, 
RASUAH, 
PECAH AMANAH,
PENYELEWENGAN DAN PENYALAHGUNAAN KUASA
MAHKAMAH BONEKA,
POLIS MENURUT PERINTAH
SPRM MELEPASKAN PERASUAH
SPR MEMINDAHKAN PENGUNDI


Inilah kemunafikan.  UMNO mewarisi kemunafikan.  Wahai ahli UMNO tinggalkanlah sifat munafik.  Segeralah bertukar kepada perjuangan Islam dengan menyertai PAS.  Kawan-kawan anda yang terlebih dahulu meninggalkan UMNO kini sudah berada dalam ketenangan.  Anda ahli UMNO bila lagi?

Read more...

Sokong BN Artinya Sokong Dasar HALALKAN JUDI di Malaysia

>> Rabu, Mei 12, 2010

27 Jamadil Awal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Kepelbagai jenis judi di Malaysia dilengkapkan lagi dengan keputusan Kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Keputusan ini bagi saya merupakan satu tragedi malang bagi umat Islam di Malaysia bila bantahan demi bantahan semacam tidak diendahkan oleh Kerajaan BN. Selain itu saya beranggapan bahawa semua Bangsa di Malaysia terpaksa berdepan dengan sejenis judi yang akan mengundang kepada masalah sosial, rumahtangga dan sebagainya.

Akhbar harian Cina, Sin Chew, mengesahkan bahawa Menteri Kewangan yang juga PM 1Malaysia secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA semalam.

Read more...

UMNO PARTI YANG HINA ORANG MELAYU

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 77

UMNO ADALAH PARTI YANG MENGHINA BANGSANYA


Allah Taala berfirman dalam Surah Yusuf ayat 2


Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. 
Chinese
我確已把它降示成阿拉伯文的《古蘭經》,以便你們了解。
Tamil 
நீங்கள் விளக்கிக் கொள்வதற்காக, இதனை அரபி மொழியிலான குர்ஆன் நிச்சயமாக நாமே இறக்கி வைத்தோம்.
 (12:2)


     Dalam ayat ini perkataan Arab dikaitkan Allah hanya dengan Al-Qur'an.  Al-Qur'an tidak pernah mengkategorikan manusia mengikut bangsa.  Al-Qur'an meletakkan manusia sebagai

1)     orang yang beriman
2)     orang yang munafik
3)     orang yang kafir

     Perutusan Rasul dikaitkan dengan pemilihan daripada kalangan mereka atau dipilih daripada mereka atau dari kalangan saudara mereka.  Ini bermakna Al-Qur'an tidak pernah mengangkat kemuliaan mana-mana bangsa.  Al-Qur'an hanya mengiktiraf kemuliaan dengan kayu ukur taqwa.  Bangsa bertaqwa adalah bangsa yang mulia di sisi Allah. 

    Itu sebab perjuangan yang berteraskan Al-Qur'an adalah perjuangan yang akan memuliakan bangsa dan masyarakatnya.  Inilah yang dibuat oleh Nabi Muhammad saw.  Nabi berhadapan dengan serangan perjuangan bangsa berasaskan jahiliyah.  Menukar wajah arab dusun dari menurut syahwat kepada patuh dan taat kepada perintah Allah.  Akhirnya bangsa arab menjadi bangsa yang mulia.  Arab bukan sahaja menjadi bangsa mulia tetapi memimpin tamadun umat selama 800 tahun lamanya.

     Perjuangan bangsa adalah berasaskan jahiliyah dan nafsu.  Begitulah perjuangan bangsa Melayu yang diasaskan UMNO.  UMNO membawa perjuangan berasaskan kepada nafsu. 

     Sepatutnya UMNO memartabatkan Bahasa Melayu.  Kini UMNO sendiri tak mahu kepada B Melayu.  Bukti dasar PPSMI.

     Sepatutnya UMNO mengadakan sekolahnya sendiri.  Kini UMNO tak mampu mengadakan sekolah UMNO sendiri.  Ahli UMNO berhujah itu sekolah kebangsaan.  Jawapannya itu bukan sekolah UMNO tetapi didirikan dengan duit kerajaan.  Maka SK adalah sekolah kerajaan.  Kalau sekolah UMNO
duit buat sekolah datang dari kocek UMNO,
guru besar dan gurunya adalah ahli UMNO
pelajarnya adalah anak-anak orang UMNO

Tapi UMNO tak mampu membuatnya.  Ahli UMNO hanya berbangga dengan SK kerajaan.  Itu sebab ahli UMNO tak dapat nak membezakan antara UMNO dan Kerajaan

     Undi orang Melayu yang  menyokong UMNO tak ada nilai.  Yang bernilai bagi pemimpin UMNO ialah undi orang cina.  SJKC Rasa di Hulu Selangor dapat RM 3 juta sebaik lepas Pilihanraya Kecil.  Namun orang Melayu Felda Sg Buaya setelah undi mereka memenangkan calon BN wang yang mereka nanti kena menunggu satu lagi pilihanraya yang akan datang.  Melayu UMNO menipu bangsanya.

      Yang kaya di kalangan UMNO ialah yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO.  Kroni UMNO terus mengaut kekayaan.  Ahli UMNO bawahan tak dapat ape-ape.  UMNO menipu bangsanya.   Dua telaga minyak milik Petronas terlepas ke Brunei, pemimpin UMNO bising.  Kenapa?  Hasil mahsul 2 telaga minyak itu tak dapat kepada pemimpin UMNO.  Dalam isu 2 telaga minyak ini orang Melayu tidak dapat manfaat.

     Begitulah UMNO menipu bangsanya.  Perjuangan asas bangsa membawa kehancuran.  Justeru itu kembalilah kepada Islam.  Teras perjuangan ialah Al-Qur'an dan Sunnah.  Baru tiada penipuan.  Tinggalkanlah UMNO.  Isi borang PAS

Read more...

UMNO - PARTI RASIS/PERKAUMAN SEMPIT

>> Selasa, Mei 11, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 76

ALLAH TAALA BERFIRMAN 7:59


Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)" 
Chinese
我確已派遣努哈去教化他的宗族,他說:「我的宗族啊!你們要崇拜真主,除他 之外,絕無應受你們崇拜的。我的確擔心你們遭受重大日的刑罰。」 
Tamil
நிச்சயமாக நாம் நூஹை அவருடைய கூட்டத்தாரிடம் அனுப்பி வைத்தோம்; அவர்(தம் கூட்டத்தாரிடம்), "என் கூட்டத்தாரே! அல்லாஹ்வையே வணங்குங்கள், உங்களுக்கு அவனன்றி வேறு நாயனில்லை நிச்சயமாக நான் உங்களுக்கு வர இருக்கும் மகத்தான ஒரு நாளின் வேதனைப்பற்றி அஞ்சுகிறேன் என்று கூறினார்.
 (7:59)


     Dalam firman Allah Taala ini Allah Taala menegaskan tentang seruan Rasul iaitu menyembah Allah Yang Maha Esa.  Tiada tuhan melainkan Dia (Allah)  Seruan Rasul yang suci itu disambut oleh umatnya dengan mempertahankan bangsanya.  Mereka bangsa itu menyatakan tentang benarnya agama yang dibuat dan tidak benarnya seruan para Rasul Allah.

      Kisah yang dirakam Allah ini ialah kisah Nabi Hud yang berda'wah kepada kaumnya.  Golongan bangsawan yang di dakwahnya itu menyatakan bahawa yang sesat itu ialah Nabi Hud.  Bangsawan yang menentang Nabi Hud menyatakan bahawa bangsa merekalah yang benar dan yang sesat itu ialah Nabi Hud.

     UMNO adalah pewaris kepada bangsa Nabi Hud.  UMNO mempertahankan bangsanya dengan menyatakan bahawa perkauman adalah benar.  Dalam mempertahankan perkauman UMNO tubuh Biro Tatanegara.  Walaupun UMNO tahu bahawa seruan tentang perkauman adalah bertentangan dengan Islam, UMNO tak kira.  Kerajaan UMNO-BN tubuh Biro Tatanegara.

     Tugas Biro Tatanegara adalah untuk membina semangat Melayu dengan melihat bahawa kaum cina, India sebagai ancaman.  UMNO tengok Cina dan India ancaman.  UMNO tak nampak APCO-Yahudi sebagai ancaman


     Hanya untuk membina semangat keMelayuan, UMNO berbelanja duit rakyat berjuta ringgit.  BTN diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Bila BTN letak di bawah Jabatan Perdana Menteri maka budget BTN diluluskan dalam Parlimen.  Bila budget lulus dalam parlimen bermakna UMNO guna wang rakyat.  Sekadar melihat statistik penggunaan wang rakyat untuk menegakkan UMNO

tahun 2006 - RM 43 juta
tahun 2007 -  RM 74 juta
tahun 2008 - RM 76 juta
tahun 2009 - RM 74 juta.

   UMNO guna duit rakyat untuk pertahan perkauman melayu.  Sedangkan yang mesti dipertahankan ialah Islam tapi UMNO tak buat.Bukti BTN pertahan Melayu, slogan dan nyanyi BTN

slogan yang selalu disebut - Hidup Melayu

Nyanyi BTN - "Anak kecil main api,
                        bumi dipijak milik orang - kenapa ini berlaku, Ia adalah untuk menaikkan semangat UMNO dalam setiap peserta. 

Inilah penyelewengan UMNO.  Ia adalah parti perkauman sempit.  Tinggalkan UMNO.  Selamat tinggal UMNO

Read more...

UMNO TOLAK HUKUM HUDUD, ANAK LUAR NIKAH 2029 - 1 JUTA

>> Isnin, Mei 10, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 75

UMNO TOLAK HUDUD, JUMLAH ANAK LUAR NIKAH 2029 - 1 JUTA


Allah Taala berfirman dalam surah An-Nisa 105


Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. 
Chinese
我確已降示你包含真理的經典,以便你據真主所昭示你的(律例),而替眾人判 決。你不要替奸人做辯護人。 
Tamil 
(நபியே!) அல்லாஹ் உமக்கு அறிவித்ததைக் கொண்டு, நீர் மனிதர்களிடையே தீர்ப்பு வழங்குவதற்காக, முற்றிலும் உண்மையைக் கொண்டுள்ள இவ்வேதத்தை நிச்சயமாக நாம் உம்மீது இறக்கியுள்ளோம்;. எனவே சதி மோசக்காரர்கள் சார்பில் வாதாடுபவராகி விடாதீர்.
(4:105)

    Dalam ayat ini jelas Allah Taala meletakkan hukum utama untuk mengawal manusia ialah hukum daripada Allah. Hukum manusia tidak dapat mengawal nafsu manusia.  Lihat sahaja anak luar nikah, 20 tahun akan datang jumlah anak luar nikah di Malaysia ialah sebanyak 1 juta orang.  Wahai orang Melayu tidakkah kamu takut.  Anak luar nikah adalah

1)    haram di sudut Islam.  Hukuman kepada pelakunya ialah yang sudah kahwin berzina -rejam sampai mati.  Yang bujang berzina sebat 100 kali.

2) hanya hukum Allah sahaja yang dapat mengawal perzinaan.

3)  hukum manusia akan terus menggalakkan perzinaan.

     Apakah orang Melayu tidak risau apa yang akan berlaku 20 akan datang, apabila jumlah anak luar nikah adalah 1 juta orang?  Kenapa keadaan ini berlaku?  Tidak lain kerana UMNO hari ini tidak mahu hukum hudud.  Gejala yang berleluasa ini memang tidak dapat dirasai sekarang.  Tetapi 20 tahun akan datang anak luar nikah sudah berleluasa dan berjumlah 1 juta orang.

     Orang UMNO mestilah bertanggungjawab terhadap gejala ini.  20 tahun akan datang anak luar nikah ini akan kahwin dan mengeluarkan zuriat yang terus menerus terputus nasab.  Zuriat terputus nasab

1)  pembahagian harta faraid tidak dapat
2)  tidak layak menjadi waliy pernikahan,  waliy nikah ialah waliy hakim
3)  zuriat yang dibina terputus nasab
4)  psikologi anak yang terbina akan menjadi lemah (status keluarga yang tidak jelas)

     Oleh yang demikian wahai seluruh orang UMNO kembalilah menegakkan hukum Allah.  Selamatkanlah generasi akan datang.  Kesalahan pembinaan generasi adalah terletak pada UMNO.  Pemimpin UMNO bagi duit - ambil, bagi kopi - kacau, bagi kain pelekat - pakai.  Tapi bila undi, undilah PAS untuk nenegakkan hukum Allah bagi menyelamatkan generasi akan datang.  Selamat tinggal UMNO.


Read more...

UMNO MEMIMPIN MELAYU KEPADA KEHANCURAN

>> Ahad, Mei 09, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 74

UMNO MEMIMPIN MELAYU KEPADA KEHANCURAN 

Allah Taala berfirman dalam Al Qur'an surah al Fatihah ayat 7


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 
Chinese
你 所祐助者的路,不是受譴怒者的路,也不是迷誤者的路。 
Tamil 
(அது) உன் கோபத்துக்கு ஆளானோர் வழியுமல்ல, நெறி தவறியோர் வழியுமல்ல.  (1:7)

     Dari ayat diatas bangsa yahudi memilih jalan yang bertentangan dengan Islam.  Mereka memilih jalan menentang IslamInilah jalan yang dipilih bangsa yahudi.  Yahudi menentang
1)      Nabi/Rasul
2)     Risalah yang di bawa Nabi/Rasul
3)     Hukum yang diturunkan Allah 
4)     Kebenaran yang dikehendaki Allah

      Inilah nasihat yang diberikan bangsa Yahudi (APCO) kepada bangsa Melayu (UMNO).  UMNO mengambil nasihat daripada bangsa yang dimurkai Allah.  Tak kan Yahudi (APCO) nak menasihatkan supaya pemimpin UMNO lebih beriman kepada Allah.  10 nasihat yahudi kepada umat Islam sedunia melalui protokol yahudi

1)    menghapuskan hukum Allah

2)    menghapuskan pemerintahan Islam (khilafah Islamiyah)

3)    menghapuskan gerakan (movement)  yang mahu menghidupkan  Islam yang syumul

4)    pergaulan bebas digalakkan

5)    hiburan yang berleluasa

6)    demokrasi yang terkawal contoh mengajar di masjid mesti ada tauliah, ceramah mesti ada permit, tiada menggalakkan perhimpunan walaupun perlembagaan membenarkan

7)     membenarkan pembunuhan asal matlamat tercapai

8)     penguasaan media sama ada elektronik dan cetak

9)    menghapuskan apa sahaja program yang ada kaitan dengan Al-Qur'an

10)  menghancurkan generasi muda dan jauhkan mereka dengan Islam.

     Inilah kerja yahudi-APCO.  Oleh itu nyahkan APCO dari bumi Malaysia.  Kerajaan membayar RM77 juta duit rakyat bayar kepada APCO.  Kami tak redha.  Yahudi bunuh umat Islam Palestin dari 1948 hingga hari ini berjumlah  seramai hampir 6 juta nyawa.  Kami tak redha sama sekali.  Umat Islam Palestin mesti mendapat pembelaan dari umat seluruh dunia.  Menyokong yahudi-APCO bermakna menyokong perjuangan membunuh umat Islam Palestin.  Sanggupkah kamu UMNO bersama dengan yahudi-APCO?  Segeralah tinggallkan UMNO.  UMNO sedang memimpin orang Melayu menuju kehancuran.
S A Y O N A R A    UMNO 

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP