UMNO TAK AMANAH, JUAL HARTA NEGARA RM330 BILLION
>> Sabtu, Mei 01, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 66
UMNO TAK AMANAH - PEMIMPIN UMNO JUAL ASET NEGARA RM330 BILLION
ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL MU'MINUN AYAT 8
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Chinese
Tamil
இன்னும், அவர்கள் தங்கள் (இடம் ஒப்படைக்கப்பட்ட) அமானிப் பொருட்களையும், தங்கள் வாக்குறுதிகளையும் காப்பாற்றுவார்கள்.(23:8)
Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan dengan terang 2 ciri manusia, iaitu
1) ciri manusia yang beriman
2) ciri manusia yang mewarisi syurga firdaus
Antara ciri manusia yang benar beriman dan mewarisi syurga Firdaus Allah ialah mereka yang menjaga janji dan amanah yang diberikan kepadanya. Amanah yang besar ialah amanah kepimpinan. Amanah kepimpinan ialah untuk memimpin manusia mengabdikan diri kepada Allah.
Amanah kepimpinan juga ialah pemimpin mestilah menjaga harta dan aset negara. Tidak boleh disalahgunakan. Justeru para khulafa Ar Rasyidin terus memastikan Madinah dan seluruh negara yang dibuka oleh Islam terus terpelihara dengan Islam. Di zaman Umar Al-Khatab berlaku pembukaan kota Iraq. Maka wujud pelbagai bentuk ghanimah (harta rampasan perang). Terlalu banyak pandangan dari seluruh para sahabat. Namun tiada satu pendapat ghanimah perang hendak dijual pada orang lain. Demikianlah seluruh para sahabat menjaga amanah kepimpinan.
UMNO didedahkan oleh Mahathir telah menjual aset negata bernilai RM 330 billion. Tak kiralah dizaman mana? Semuanya adalah angkara pemimpin UMNO yang khianat. Kini rakyat Malaysia seramai 27 juta telah kerugian sebanyak RM330 billion. Ada pemimpin UMNO yang dapat komisyen ratusan juta. Jadi pemimpin UMNO lain pula berusaha untuk mendapat komisyen juga. Apa akan jadi sekiranya setiap orang yang bernama pemimpin UMNO melakukan perkara ini? Maka tidakkah Malaysia akan hancur? Angkara siapakah? Tidak lain ia adalah angkara pemimpin UMNO.
Ahli UMNO bawahan sokong pemimpin UMNO macam nak ngak. Ahli UMNO sanggup masuk neraka asalkan UMNO-BN menang (kenyataan satu makcik UMNO yang sokong BN di Felda Gedangsa). Sedang pemimpin UMNO bermewah dan menjual aset negara pada orang lain. Wahai ahli UMNO tinggalkan UMNO. Selamat Tinggal UMNO.
Read more...
















