#1

Bahaya Pemikiran Umno - Perutusan dari Mekah

>> Selasa, April 20, 2010

Oleh: Wan Nik Wan Yussof

 Ketika keberadaan Mursyidul Am PAS selaku Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang beribadat di depan Kaabah, dan dengan lapang dada yang disegari iman sejati, atas sifat seorang pejuang agama Allah, beliau juga mengambil kesempatan menelefon saya (siang tadi, Sabtu 3 Jamadilawal/17 April)bagi menyatakan kebenaran Islam. Tuan Guru Nik Aziz sempat mengemukakan pandangan kudus bersaksikan kiblat umat Islam bertujuan mengingatkan kita semua betapa besarnya amanah menyampaikan kebenaran Islam walau di mana kita berada. Lebih-lebih lagi, natijah kenyataan itu adalah untuk menerangkan tentang bahayanya pemikiran Umno yang menguasai tampuk politik Negara hari ini.
Ikutilah curahan ilmu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menggapai tempoh 20 tahun memacu negeri dan rakyat Kelantan, Membangun Bersama Islam berpandukan ajaran Islam yang syumul.

Tolaklah perjuangan Umno, terimalah kebenaran Islam
Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),


Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada Islam. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid – rumah Allah. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup muslim sejati berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (LilLahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama.
Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya – terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat.

Read more...

Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak - Mustafa Ali

BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.


Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

Read more...

Saya Sudah Taubat Pemimpin Umno Terus Dengan Arak - Zaid

5 Jamadil Awal 1431H.
Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.


"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.

Harakahdaily/-

Read more...

UMNO KALAH MEMPERTAHANKAN MELAYU DI HULU SELANGOR

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 54

PERINGATAN PARA PENGUNDI DI P094 HULU SELANGOR
JANGAN UNDI CALON BN, 
BN MENGEKALKAN KEMUNGKARAN MENENTANG HUKUM ALLAH

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN

UMNO KALAH MEMPERTAHANKAN MELAYU 3-0
DI PRK P094 HULU SELANGOR


Allah Taala berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 
Chinese
眾人啊!我確已從一男一女創造你們,我使你們成為許多民族 和宗教,以便你們互相認識。在真主看來,你們中最尊貴者,是你們中最敬畏者。真主確是全知的,確是徹知的。
Tamil
மனிதர்களே! நிச்சயமாக நாம் உங்களை ஓர் ஆண், ஒரு பெண்ணிலிருந்தே படைத்தோம்; நீங்கள் ஒருவரை ஒருவர் அறிந்து கொள்ளும் பொருட்டு. பின்னர், உங்களைக் கிளைகளாகவும், கோத்திரங்களாகவும் ஆக்கினோம்; (ஆகவே) உங்களில் எவர் மிகவும் பயபக்தியுடையவராக இருக்கின்றாரோ, அவர்தாம் அல்லாஹ்விடத்தில், நிச்சயமாக மிக்க கண்ணியமானவர். நிச்சயமாக அல்லாஹ் நன்கறிபவன், (யாவற்றையும் சூழந்து) தெரிந்தவன்.
(49:13)


Perjuangan asas kepada bangsa (kaumisme/asobiyah) memang dilihat jelas bertentangan dengan kehendak naluri kehidupan.  Akhirnya bangsa tidak dapat terbela.  Yang dimahukan oleh bangsa bukanlah wang, kedudukan, projek dan lain-lain kebendaan.  UMNO boleh memuaskan segelintir Melayu tetapi gagal untuk memuaskan semua orang Melayu.  Maka akan wujud kezaliman.  Yang berkuasa menindas dan menzalimi yang tidak berkuasa.  Yang kaya menindas yang miskin.  Yang berkuasa menekan rakyat dengan rasuah.

   Perjuangan mengikut bangsa sudah tidak sesuai lagi di Malaysia.  Islam menolak perkauman (kaumisme/ asobiyah).  Justeru paksi dalam Islam ialah ketaqwaan.   Orang yang paling taqwa itulah orang yang mendapat balasan sempurna daripada Allah.

     Dalam PRK P094 Hulu Selangor pengundi Melayu berjumlah 52.7 %.  Sepatutnya UMNO-BN meletakkan calon Melayu.  Namun yang sanggup diletakkan UMNO ialah calon MIC.  PM Najib sudah berjanji kepada pengundi Hulu Selangor, sekiranya calon MIC dimenangkan maka yang menanti ialah jawatan Timbalan Menteri.  Secara analisisnya UMNO kalah 3-0 di Hulu Selangor, iaitu

1)     calon bukan calon UMNO.  Masuk seorang dari UMNO Shah Alam menjadi calon-dipecat UMNO
2)     Calon MIC dijanjikan UMNO dengan lantikan senator.  Sekali lagi UMNO berputih mata.
3)    Jawatan yang dijanjikan ialah Timbalan Menteri.  Bukan juga dari UMNO

     Inilah kecerdikan UMNO bermain politik.  Kalaulah UMNO adalah pejuang bangsa dan dikatakan parti politik Melayu terbesar di dunia, maka kenapa UMNO-BN meletakkan calon dari MIC?  Kenapakah ruang yang besar ini tidak diambil oleh UMNO.  Ini membawa makna UMNO parti lemah dan tiada berwibawa.  Untuk menutup segala kelemahan UMNO maka UMNO menyerang peribadi calon.

     Calon PKR suatu masa dulu peminum arak.  Kenapa sekarang UMNO membangkitkannya.  Kenapa Datuk Zaid dalam UMNO dulu perkara ini tidak berbangkit?  Apakah halal arak dalam UMNO?  Datuk Zaid pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, perkara ini tiada berbangkit?  Malahan ahli UMNO terus melantik Datuk Zaid sebagai ketua mereka.  Datuk Zaid pernah memegang jawatan Menteri Di JPM, tiada berbangkit hal yang ditimbulkan UMNO hari ini?  Malahan yang melantik Datuk Zaid ke jawatan ini ialah Abdullah Badawi, cucu tok guru.  Apakah Dolah Badawi tak tahu Datuk Zaid dulu peminum arak?  Dalam UMNO semua halal.  Bila keluar UMNO,  baru datang halal dan haram.  Ini yang bahaya.  Dalam UMNO tak kenal halal dan haram.  Semua balun.

     Wahai ahli UMNO segeralah tinggalkan UMNO.  Mahathir kata UMNO sudah busuk sampai ke usus.  Nak Tunggu lagi ke dalam UMNO.  Katakan Sayonara UMNO, Selamat Tinggal UMNO.

Read more...

UMNO AKAN BERSAMA ABU LAHAB DALAM KEHANCURAN NEGERI AKHIRAT

>> Isnin, April 19, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 53

JANGAN UNDI CALON BN, 
BN MENGEKALKAN KEMUNGKARAN MENENTANG HUKUM ALLAH

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN

UMNO AKAN BERSAMA ABU LAHAB DALAM KEHANCURAN NEGERI AKHIRAT


Allah Taala berfirman dalam surah masad



Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. - Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. 
Chinese
願焰父兩手受傷!他必定受傷 , 他的財產 ,和他所獲得的 ,將無裨于他 , 他將入有焰的烈火 , 他的擔柴的妻子 ,也將入烈火 ,她的頸上繫著一條堅實的繩子。 
Tamil
அபூலஹபின் இரண்டு கைகளும் நாசமடைக, அவனும் நாசமாகட்டும்.அவனுடைய பொருளும், அவன் சம்பாதித்தவையும் அவனுக்குப் பயன்படவில்லை.விரைவில் அவன் கொழுந்து விட்டெரியும் நெருப்பில் புகுவான்.விறகு சுமப்பவளான அவனுடைய மனைவியோ,அவளுடைய கழுத்தில் முறுக்கேறிய ஈச்சங் கயிறுதான் (அதனால் அவளும் அழிவாள்).
(111:1-5) 
 
      Surah Masad adalah surah yang menceritakan perihal laknat Allah Taala kepada Abu Lahab.  Kenapa Allah Taala melaknat Abu Lahab?  Sedangkan jasa Abu Lahab juga banyak antaranya

1)  menyertai perbincangan memberi nama kepada Nabi Muhammad saw
2)  mencari ibu susuan kepada Nabi Muhammad saw
3)  manusia yang paling gembira dengan kelahiran Nabi Muhammad saw
4)  manusia yang sentiasa membelai, mendukung dan menimang Nabi Muhammad saw
   
     Apakah dengan jasa-jasa ini tidak layak Abu Lahab mendapat syurga?  Tetapi kenapa Abu Lahab dilaknat oleh Allah?  Tidak lain kerana menentang risalah kenabian dan kerasulan yang dibawa Nabi Muhammad saw.  Ungkapan yang sering disebut oleh Abu Lahab kepada nabi Muhammad saw ialah '"kamu Muhammad membawa ajaran baru yang bertentangan dengan agama nenek moyang kami, kamu pemecah belah masyarakat".  Hampir setiap kali pertemuan dengan Nabi, itulah ungkapan yang disebut oleh Abu Lahab.

     Diturunkan surah Masad oleh Allah Taala membuat pembelaan terhadap Nabi Muhammad saw.  Yang sebenar dilaknat tidak lain ialah Abu Lahab.

     Begitulah UMNO.  Apakah UMNO tidak berjasa membangunkan umat?  Jasa UMNO sangat banyak hingga tidak terkira. Tetapi apakah itu menjadi perkiraan disisi Allah?  UMNO berjasa kepada umat tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah.  Maka apakah jasa UMNO yang banyak itu diperkirakan disisi Allah?  Maka celakalah segala usaha UMNO kerana menentang hukum Allah.

     Ahli UMNO selalu berfikir bahawa jasa UMNO membangunkan masjid.  Abu Lahab dan Abu Jahal bukan lagi membangunkan masjid mereka membina Kaabah.  Malahan sejarah Kaabah dalam konteks pembinaan Hijir Ismail - bangunan yang dibina serendah itu- kerana duit halal tidak mencukupi.  Abu lahab dan Abu Jahal juga berfikir tentang kehalalan duit untuk membina rumah ibadah.  Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana Abu Lahab menentang risalah kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw.  Oleh yang demikian UMNO juga akan senasib dengan Abu Lahab.

     UMNO juga menentang risalah kenabian dan kerasulan, antaranya

1)   Menentang Hudud
2)   Menentang Qisas
3)   Penasihat UMNO ialah APCO - APCO Yahudi
4)   Isteri pemimpin UMNO tidak mahu bertudung
5)   UMNO menyekat pengajian di Masjid
6)   Kefahaman UMNO tentang Islam tidak syumul
dan banyak lagi.

     Wahai ahli UMNO di semua peringkat, fikir-fikirkan.  Apakah anda mahu perhimpunan di hari qiyamat nanti dengan Abu Lahab?  Sekiranya anda mahu kekallah anda dalam UMNO dan hari qiyamat nanti anda tidak akan menjumpai Nabi Muhammad saw.

     Kalau anda wahai ahli UMNO mahu menjumpai Nabi Muhammad saw, tidak ada pilihan melainkan anda meninggalkan UMNO dengan segera.  Takkan anda yang menentang risalah Nabi Muhammad saw, anda akan bertemu dengan orang yang anda tentang?  Fikir-fikirkan.  Selamat Tinggal UMNO untuk kebahagian akhirat anda.

Read more...

UMNO MEMBUAT KERJA YANG SIA-SIA

>> Ahad, April 18, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 52

JANGAN UNDI CALON BN, 
BN MENGEKALKAN KEMUNGKARAN MENENTANG HUKUM ALLAH

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


  UMNO BERUSAHA UNTUK MENGHAPUS KEBENARAN AL-QUR'AN - KERJA SIA-SIA
Allah Taala berfirman dalam surah Al-Fiil 


Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?  Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan, - Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, - Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. 
Chinese
難道你不知道你的主怎樣處治象的主人們嗎? 難道他沒有使他們的計謀 ,變成無益的嗎? 他曾派遣成群的鳥去傷他們 , 以粘土石射擊他們 , 使他們變成吃剩的乾草一樣。 
Tamil
(நபியே!) யானை(ப் படை)க் காரர்களை உம் இறைவன் என்ன செய்தான் என்பதை நீர் பார்க்கவில்லையா?அவர்களுடைய சூழ்ச்சியை அவன் பாழாக்கி விடவில்லையா?மேலும், அவர்கள் மீது பறவைகளைக் கூட்டங் கூட்டமாக அவன் அனுப்பினான்.சுடப்பட்ட சிறு கற்களை அவர்கள் மீது அவை எறிந்தன.அதனால், அவர்களை மென்று தின்னப்பட்ட வைக்கோலைப் போல் அவன் ஆக்கி விட்டான்.
(105: 1 - 5) 
 
 Dalam surah ini Allah Taala menceritakan tentang usaha seorang jeneral tentera daripada Yaman iaitu Abrahah,  Dia memiliki tentera yang handal dan kuat.  Selain daripada itu ada kekuatan gajah sebanyak 500 ekor.  Abrahah memimpin tenteranya menghala ke Mekah untuk merobohkan Kaabah.  Sampai disuatu tempat yang sudah hampir ke Mekah, Abrahah menulis surat kepada penduduk Kota Mekah.  Abrahah menyatakan hasrat kepada penduduk kota Melah bahawa kedatangannya adalah untuk meruntuhkan Kaabah.  Siapa yang berani sekat kemaraan Abrahah. Atau tinggalkan Mekah dan melihat sahaja keruntuhan Kaabah.  

     Penduduk Kota Mekah panik.  Tiada siapa yang berani menahan kemaraan Abrahah.  Penduduk Mekah lari ke bukit.  Belum sempat Abrahah  dan tenteranya sampai ke Mekah, Allah Taala menyatakan bahawa kerja yang dibuat Abraha adalah sia-sia.  Abrahah tidak sedar bahawa ada lagi kuasa yang lebih hebat iaitu kekuasaan Allah.Allah Taala mendatangkan burung sebanyak nyamuk dan membawa kuman cacar.  Bila batu beracun terkena tentera Abrahah maka terjadi penyakit cacar dan akhirnya membunuh semua tentera termasuk Abrahah sendiri.

     Abrahah adalah lambang ketakburan kuasa.  UMNO juga adalah lambang ketakburan kuasa hari ini.  UMNO berusaha untuk memadam cahaya Allah. UMNO menyesatkan umat Islam melalui 

1)  pemisahan agama dengan politik  
2) pemisahan hukum Allah dari kehidupan.  Hukum Manusia adalah tinggi, dihina hukum Allah
3)  program hiburan sehingga terjerumus kepada kelahiran anak gampang,  
4)  aktiviti kelahiran anak gampang seperti sudah berbudaya dalam masyarakat melayu
5)  pergaulan muda mudi secara bebas
6) menjauhi kehidupan daripada keberkatan Islam.   

Kesemua di atas adalah dalam protokol Yahudi.  Apco worldwide sedang menasihati UMNO mengikut kehendak protokol yahudi dan zionis.  Negara Malaysia sedang menuju kehancuran.  Fikir-fikirkan.  Wahai mereka yang mengasihi UMNO, tinggalkanlah UMNO.  Sayonara dan selamat Tinggal UMNO.

Read more...

UMNO PENEGAK MUNGKAR JANGAN BERI UNDI PADA BN

>> Sabtu, April 17, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 51

UMNO TAK LAYAK DIBERI UNDI,
JANGAN UNDI CALON BN

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


KAEDAH USUL FIQH
MENENTANG MUNGKAR (UMNO) ADALAH WAJIB


     Kaedah usul Fiqh adalah kaedah yang digunakan oleh para ulama dalam berhadapan dengan cabaran zaman.  Kaedah ini digunapakai berdasarkan kepada ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad saw.  Penulis kaedah usul fiqh yang pertama ialah Imam Syafie.  Imam Syadie adalah pengasas Mazhab Imam Syafie.  

     Mungkar -  maksiat kepada Allah, melakukan perbuatan dosa

Apa hukum melawan mungkar : wajib
Jenis mungkar : perkara yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Hadis

Mungkar yang dibuat oleh UMNO

1)   Tidak mahu mengambil dan beramal dengan hukum Allah
2)   Menolak hukum hudud dan Qisas
3)   menolak amalan harian yang berstatus wajib seperti menutup aurat
4)  Pemimpin UMNO menolak Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw
5)  Pemimpin UMNO menerima Islam hanya dari sudut ibadah
6)  Pemimpin UMNO dan kerajaan UMNO-BN dinasihati oleh Yahudi (APCO worldwide)
7)  Rasuah amalan dalam UMNO
8)  Amalan kroni, rasuah dan nipotisme dalam UMNO
9)  Merekacipta fitnah adalah mainan UMNO
10)  Putarbelit fakta adalah kerja UMNO
11)  Akta zalim ISA
12) Akta zalim di universiti AUKU

     Senarai mungkar UMNO tersebut boleh disenaraikan lagi.  Mungkar mestilah dicegah.  Bagaimana mencegah mungkar?
     Wahai pengundi, gunakanlah undi anda untuk mencegah mungkar.  Jangan undi calon dari BN kerana dengan mengundi calon BN bermakna anda mengekalkan kemungkaran UMNO-BN.  Fikir-fikirkan.  Jangan sia-siakan undi anda.  UMNO tidak membela Melayu tetapi terus melaksanakan mungkar dalam kehidupan.  Katakan SELAMAT TINGGAL UMNO.  KAMI BERIKRAR TIDAK MEMBERI UNDI PADA UMNO KERANA UMNO-BN MELAKUKAN KEMUNGKARAN KEPADA ALLAH

Read more...

UMNO PENEGAK MUNGKAR JANGAN BERI UNDI PADA BN

>> Jumaat, April 16, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 50

UMNO TAK LAYAK DIBERI UNDI KERANA
UMNO PENEGAK MUNGKAR

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN




KAEDAH FIQH

ANTARA PENEGAK MUNGKAR (UMNO-BN) DAN
PENEGAK KEADILAN AL QUR'AN (PR)

     Sudah jelas bahawa UMNO-BN adalah penegak mungkar.  UMNO-BN tak mahu kepada hukum Allah, tak mahu kepada hukum hudud, tak mahu hukum Islam.  Maka mengundi calon BN dalam PRK Hulu Selangor bermakna mengekalkan UMNO-BN  berkuasa dan kekallah UMNO-BN dalam menentang Allah.  Mengekalkan UMNO-BN kekal berkuasa dan menentang Allah maka adalah berdosa mereka yang mengundi calon BN.

     Menyokong calon PR yang mahu kepada keadilan sejagat yang dibawa oleh Al-Qur'an adalah lebih utama.  Itu sebab undi adalah penting.  Bukan kepalang penting sebab memberi kuasa untuk tertegakknya Islam adalah berpahala. Islam tidak akan tertegak melainkan dengan ada padanya kuasa.  Justeru mengundi calon PR yang mahukan kepada keadilan Islam adalah berpahala.

    Nabi Muhammad saw bersabda

"Catatan dua malaikat (rakib (pencatat amalan baik) dan atid (pencatat amalan jahat) di angkat. Iaitu

1.      ketika tidur (tiada aktiviti waktu tidur)
2..     ketika kanak-kanak 
3.     ketika gila"

     Waktu tidur tiada sebarang keputusan dibuat.  

     Kalau ketika keluar rumah memakai seluar pendek, maka keputusan itu adalah keputusan sedar.  Maka perbuatan memakai seluar pendek ketika keluar rumah dicatat oleh malaikat pencatat amalan jahat (dosa) kerana melanggar perintah Allah.

     Keluar rumah pula dengan memakai tudung, maka keputusan yang dibuat adalah keputusan sedar.  Maka perbuatan memakai tudung ketika keluar rumah di catat oleh malaikat pencatat kebaikan (pahala)  kerana mengikut perintah Allah

    Mengundi?  Keputusan dibuat pada ketika mengundi, adakah  keputusan sedar atau tidur?  Sudah pasti keputusan ketika sedar.  Maka memberi undi juga akan dicatat oleh malaikat sama ada malaikat pencatat kebaikan atau malaikat pencatat kejahatan.  

     Memberi undi kepada kerajaan yang
1)   menegakkan mungkar 
2)   melantik penasihatnya yahudi (APCO worldwide)
3)   Kementerian Dalam Negeri beri projek kepada Asiasoft sebanyak RM999 juta
4)   menentang hukum Allah dan Rasul


maka undi itu adalah haram.  Malaikat pencatat kejahatan tidak pernah keliru.

    Berusaha untuk menengakkan keadilan Al-Qur'an dan Sunnah dengan mengundi Pakatan Rakyat adalah berpahala.  Malaikat pencatat kebaikan juga tidak pernah keliru parti manakah yang hendak kepada hukum Allah.

    Orang Islam Patani juga mengundi.  Yang diundi mereka ialah orang Buddha.  Inilah pemimpin dan Perdana Menteri Thailand.  Antara dua calon pemimpin yang beragama Buddha yang manakah yang akan diundi oleh orang Islam Patani?  Mengikut kaedah Fiqh, biasanya orang Islam akan mengundi calon Perdana Menteri yang cenderung kepada Islam dan tidak menzalimi penganut agama Islam.  Prinsip Fiqh Antara dua ketakutan digunapakai.
 

Read more...

UMNO LANTIK KOH TSU KOON MENTERI PENYELARAS AGAMA MALAYSIA

>> Khamis, April 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 49

UMNO LANTIK KOH TSU KOON 
MENTERI PENYELARAS AGAMA MALAYSIA

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 11-12

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". 
Chinese
有人對他們說:「你們不要在地方上作惡。」他們 就說:「我們只是調解的人。」 
Tamil
"பூமியில் குழப்பத்தை உண்டாக்காதீர்கள்" என்று அவர்களிடம் சொல்லப்பட்டால் "நிச்சயமாக நாங்கள் தாம் சமாதானவாதிகள்" என்று அவர்கள் சொல்கிறார்கள்.
(2:11)
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. 
Chinese
真的,他們確是作惡者,但他們不覺悟。 
Tamil
நிச்சயமாக அவர்கள் தாம் குழப்பம் உண்டாக்குபவர்கள் அன்றோ, ஆனால் அவர்கள் (இதை) உணர்கிறார்களில்லை.
(2:12) 

 dari makna ayat diatas jelas kefasadan yang dibuat oleh golongan munafik (umno).  UMNO bukan sahaja menolak hukum Allah namun kefasadan yang mereka lakukan termasuk dalam hal yang sangat asas dalam agama.  
  
     Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw adalah agama yang suci lagi tinggi.  Kalimah yang digunapakai Nabi Muhammad saw untuk Islam  ialah Islam bersifat  "Yu'la" (paling tinggi) dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam. Menyamakan Islam dengan agama lain maka yang tersebar ialah "pluralism".  Konsep pluralism ialah bahawa semua agama adalah sama dan tiada agama yang lebih tinggi.   Memang UMNO adalah pejuang agama berkonsepkan pluralism.  

     Inilah kefasadan dan kerosakan yang dilakukan oleh UMNO.  Menyamakan semua agama.  Apa yang boleh dilakukan oleh Tsu Koon?  Apakah dia pejuang agama Islam?  Apakah UMNO mengharapkan Tsu Koon memperjuang dan mengangkat kemuliaan Islam?

     Wahai ahli UMNO tidakkah hati anda terguris dengan perlantikan ini?  Mana menteri kabinet orang Melayu.  Sedangkan UMNO memiliki sejumlah ahli parlimen melayu untuk dilantik sebagai menteri penyelaras agama?  Ahli Parlimen Pasir Mas, Pasir Salak, Kinabatangan, Kalabakan, Rembau boleh dilantik sebagai menteri pada potfolio berkenaan.  Yang paling layak ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.  Dia memperjuangkan Melayu seperti UMNO melalui PERKASA.

    Kepada seluruh ahli UMNO fikirlah.  Bagaimana UMNO mengurus hal yang berkaitan dengan agama.  Jelas UMNO gagal.  Pemimpin UMNO yang difikirkan ialah kouta menteri daripada parti komponen,  Presiden parti menstilah bertaraf menteri.  Tak kira walaupun yang diselaras menteri ialah agama yang dianuti PM sendiri.  Agama anutan PM dan Presiden UMNO di selaras oleh Presiden parti komponen.  Tidakkah PM terasa hina dengan perlantikan ini?  Atau PM memang dalam kehinaan dan memperakukan perlantikan Tsu Koon.?  Fikir-fikirkan wahai ahli UMNO.  Katakan "SELAMAT TINGGAL UMNO". 

Read more...

UMNO MENYOKONG REGIM HARAM ISRAEL

>> Rabu, April 14, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 48

UMNO MENYOKONG REGIM HARAM ISRAEL
YAHUDI YANG DILAKNAT ALLAH

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL IMRAN AYAT 100



Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. 
Chinese
信道的人們啊!如果你們順從曾受天經的一部分人,那末,他們將使你們在信道之 後變成不信道的人。 
Tamil
நம்பிக்கை கொண்டோரே! வேதத்தையுடையோரில் ஒரு பிரிவாரை நீங்கள் பின்பற்றினால், அவர்கள் உங்களை, நீங்கள் ஈமான் கொண்டபின், காஃபிர்களாக திருப்பி விடுவார்கள்.
 (3:100)


     Daripada ayat ini jelas larangan Allah terhadap orang beriman yang mengambil ahli kitab sebagai pembimbing atau penasihat kerana kecenderungan ahlu kitab (yahudi dan nasrani) adalah untuk mengembalikan orang beriman kepada kekufuran.  Ahlul Kitab dalam sebutan Al-Qur'an adalah khusus iaitu kepada golongan yahudi dan nasrani.  Dua golongan ini adalah golongan yang dimurkai Allah.

     Dua golongan ini setiap waktu dilaknat oleh orang yang beriman melalui bacaan surah Al-Fatihah.  Dihujung surah Al-Fatihah Allah Taala mengutuk kedua golongan ini dengan perkataan al-maghdub - yang dimurkai (bangsa yahudi) dan ad-dhooluun - yang sesat (nasrani)



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. 
Chinese
猶太教徒和基督教徒絕不喜歡你,直到你順從他們的宗教。你說:「真主的指導, 確是指導。」在知識降臨你之後,如果你順從他們的私欲,那末,你絕無任何保護者或援助者,以反抗真主。 
Tamil
(நபியே!) யூதர்களும், கிறிஸ்தவர்களும் அவர்கள் வழியை நீர் பின்பற்றாதவரையில் உம்மைப்பற்றி திருப்தியடைய மாட்டார்கள். (ஆகவே, அவர்களை நோக்கி;) "நிச்சயமாக அல்லாஹ்வின் வழி-(இஸ்லாம்) அதுவே நேர்வழி" என்று சொல்லும்;. அன்றி ஞானம் உம்மை வந்தடைந்த பின்னரும் அவர்களுடைய இச்சைகளைப் பின்பற்றுவீரேயானால், அல்லாஹ்விடமிருந்து உம்மைக் காப்பாற்றுபவனும், உமக்கு உதவி செய்பவனும் இல்லை.
 (2:120)


    Dalam surah Al-Baqarah ayat 120 Allah Taala juga membimbing orang beriman supaya tidak menjadikan orang yahudi dan nasrani sebagai teman.  Ini kerana dua bangsa ini adalah bangsa pengkhianat, tidak jujur, dan mungkir janji, sombong, bongkak dan takabur.

    Sekarang UMNO-BN mengambil yahudi sebagai penasihat melalui perjanjian bersama dengan APCO worldwide.  Yahudi yang dimurkai Allah diambil oleh UMNO-BN.  Kerajaan UMNO-BN melalui perbahasan di Parlimen membayar RM28.7 juta.  Tidak cukup dengan itu PDRM bahagian keselamatan negara tururt juga dikuasai oleh syarikat yahudi melalui syarikat Asiasoft.  Yahudi ini diberikan projek hampir RM 1,000 juta untuk projek PDRM di Sungkai.  Kedua-dua syarikat ini

1)  berpangkalan di Tel Aviv
2)  Ceo syarikat ini adalah datang dari perisikan regim Israel
3) Ceo syarikat ini adalah bekas duta kerajaan regim haram yahudi 

     UMNO-BN membantu yahudi yang kejam dan zalim.  Yahudi dalam kerajaan haram Israel 

1)   membunuh umat Islam Palestin
2)   merampas tanah milik orang Islam di Palestin
3)   mengepung Gaza
4)   menghalau keluar umat Islam dari tanah air mereka
5)   melakukan sekatan ekonomi kepada umat Islam Palestin
6)   memenjara umat Islam Palestin yang tidak berdosa

     Inilah yang dibantu oleh UMNO-BN.  Pembunuh umat Islam Palestin, Wahai Pemuda UMNO siapakah agen Yahudi?  Wahai orang UMNO anda bersekongkol dengan Yahudi.  Mengundi calon BN bermakna anda terus membantu Yahudi membunuh umat Islam Palestin.

    Wahai ahli UMNO apakah anda sanggup membunuh umat Islam Palestin.  Tentu anda tidak sanggup.  Bertindaklah.  Tinggalkan UMNO-BN yang sudah sebati dengan kejahatan Yahudi.  Itu sebab beberapa tindakan UMNO yang sudah semakin jahat seperti Yahudi.  Yahudi mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah dan menghalalkan perkara yang diharamkan Allah.  Antaranya ialah
1)    Rasuah diharamkan Islam, UMNO kata halal
2)    Dedah aurat diharamkan Islam, isteri PM tak bertudung, tak bertudung di halalkan UMNO
3)    Menolak hukum Allah adalah haram, UMNO kata halal, boleh buat hukum manusia

Katakan SELAMAT TINGGAL UMNO - PARTI YANG DINASIHAT YAHUDI,

Read more...

UMNO MEMBUAT KEFASADAN DAN KEROSAKAN DI BUMI

>> Selasa, April 13, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 47

UMNO MEMBUAT KEFASADAN DAN 
KEROSAKAN DIBUMI


DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 11-12



Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". 
Chinese
有人對他們說:「你們不要在地方上作惡。」他們就說:「我們只是調解的人。」 
Tamil
"பூமியில் குழப்பத்தை உண்டாக்காதீர்கள்" என்று அவர்களிடம் சொல்லப்பட்டால் "நிச்சயமாக நாங்கள் தாம் சமாதானவாதிகள்" என்று அவர்கள் சொல்கிறார்கள்.
(2:11)
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. 
Chinese
真的,他們確是作惡者,但他們不覺悟。 
Tamil
நிச்சயமாக அவர்கள் தாம் குழப்பம் உண்டாக்குபவர்கள் அன்றோ, ஆனால் அவர்கள் (இதை) உணர்கிறார்களில்லை.
(2:12)
 
Dari ayat di atas golongan munafik ini menyatakan bahawa merekalah yang melakukan kebaikan.  Allah Taala menempelak pengakuan munafik dengan mengatakan bahawa yang melakukan kerosakan ini tidak lain ialah manusia yang berpura beriman tetapi menolak Iman dan Islam dalam kehidupan mereka.

    Kebaikan yang dilakukan munafik adalah mengikut hukum akal dan tidak mengikut hukum Al-Qur'an dan Sunnah.  Al-Qur'an mengatakan bahawa

1)  wajib menutup aurat tetapi munafik (UMNO) kata tutup aurat adalah khas untuk orang arab sahaja.

2)  hukum hudud sahaja yang mampu mengawal kelahiran anak luar nikah, munafik(UMNO)  kata tidak, hukum manusia juga boleh mengawal kelahiran anak luar nikah.  Zaman Nabi anak luar nikah 1 sahaja.  Zaman UMNO memerintah  kini Parlimen Malaysia menyatakan bahawa kelahiran anak luar nikah 250,000 berdaftar

3)  Masjid (Rumah Allah) mestilah diimarahkan dengan pengajian, munafik (UMNO) kata tak perlu.  Kini UMNO melakukan pembersihan ustaz di seluruh masjid di Perak. UMNO memberhentikan para Ustaz yang mengajar berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.

 4)    mestilah manusia yang beriman menjaga nasab keturunan, munafik (UMNO) kata anak luar nikah dan haram tak pe

5)  rasuah adalah haram, munafik (UMNO) kata rasuah adalah halal

     Budaya munafik adalah kerja UMNO.  Tak mahu kepada Islam yang dibawa Nabi.  Fikir-fikirkan wahai ahlu UMNO.  Katakan Selamat Tinggal UMNO!!!!!

Read more...

UMNO BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

>> Isnin, April 12, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 46

UMNO MEWARISI PENYAKIT HATI DAN
MENDAPAT AZAB PEDIH DARI ALLAH


DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


ALLAH  TAALA BERFIRMAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 10



Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). 
Chinese
他 們的心裡有病,故真主增加他們的心病;他們將為說謊而遭受重大的刑罰。 
Tamil 
அவர்களுடைய இதயங்களில் ஒரு நோயுள்ளது, அல்லாஹ் (அந்த) நோயை அவர்களுக்கு இன்னும் அதிகமாக்கி விட்டான்; மேலும் அவர்கள் பொய்சொல்லும் காரணத்தினால் அவர்களுக்குத் துன்பந்தரும் வேதனையும் உண்டு.
(2:10) 
 

  Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa orang yang membenci Islam memiliki penyakit dalam hatinya.  Antara penyakit hati adalah hasad, dengki, khianat, membenci orang saleh, membenci Islam yang menyeluruh, dan penyakit hati yang lain.  Al-Qur'an dengan jelas menunjukkan penyakit hati yang lain ialah
1)      mendustakan agama
2)     mengherdik anak yatim
3)     menghentikan bantuan fakir miskin
4)     rasuah
dan lain-lain penyakit yang membawa kepada kemurkaan Allah.  Memang penyakit ini tidak kelihatan namun diterjemah dalam bentuk perbuatan dan perkataan.

     UMNO mewarisi perangai  orang munafik ini. , antaranya, 


1)    UMNO tak suka penghayatan Islam yang syumul

2)    Pemimpin UMNO makan duit PPRT (Projek Pembangunan Rakyat Termiskin), 

3)    Pemimpin UMNO pendusta terhadap agama -  Al-Qur'an mengatakan bahawa mesti kehidupan diurus dengan kesyumulan Islam, Pemimpin UMNO kata agama dan kehidupan tiada kaitan

4)    Budaya rasuah di perangi, namun UMNO kata rasuah sudah sebahagian dari kehidupan

5)    Kuasa hendaklah berpaksi kepada Al-Qur'an dan Sunnah, UMNO mengurusnya mengikut sekehendak hati.  Berlaku bermacam penyelewengan kuasa. 

 6)    UMNO kata  rakyat mestilah mengikut perlembagaan, UMNOlah yang melanggar perlembagaan (rampasan kuasa Perak)

7)    Islam menyatakan bahawa perbuatan tutup aurat adalah baik, UMNO kata buka aurat adalah baik.   Itu sebab pemimpin utama UMNO (Ketua Wanita UMNO) dan isteri para pemimpin UMNO adalah tidak bertudung.

     Inilah perlanggaran yang berterusan UMNO yang sudah tidak lagi berada pada landasan agama.  Ahli UMNO berasa sakit hati dengan Islam.  Bersedia melakukan apa sahaja perbuatan yang bertentangan dengan Islam.  Wahai ahli UMNO bertaubatlah dengan taubatan nasuha.  Bebaskan diri anda dan sebutlah "kami dah getik kat UMNO - sayonara UMNO".  Fikir-fikirkan

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP