PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

UMNO TAK AMANAH

>> Sabtu, Mac 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 23

PEMIMPIN UMNO TIDAK AMANAH - 
SIAPA DI BELAKANG KEHILANGAN ENJIN JET


FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH  AL 'ARAF AYAT 68



"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.

Chinese
我把我的主的使命傳達給你們,我是你們的忠實的勸告者。

Tamil 
"நான் என் இறைவனுடைய தூதையே உங்களிடம் எடுத்துக் கூறுகின்றேன். மேலும் நான் உங்களுக்கு நம்பிக்கையான உபதேசியாகவும் இருக்கின்றேன்" (என்று கூறினார்).
Surah Al 'Araf (ayat 68)

Nabi Hud berkata kepada kaumnya "Aku hanyalah penyampai risalah Tuhanku,  dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah bagi kamu"

     Amanah adalah sifat Nabi.  Amanah adalah akhlak Islam.  Orang yang beriman jati dirinya adalah amanah.  Justeru penghayatan amanah berada dalam seluruh aspek kehidupan.  Orang yang berkuasa mestilah beramanah dalam 

1) Ibadah - jujur melaksanakan perintah dan kewajipan sepertimana yang ditunjuki Nabi Muhammad saw
2) Ekonomi - amanah dalam pengurusan ekonomi.  Ekonomi yang dihalalkan Allah sahaja.  Bukan ekonomi lanun yang menghalalkan seluruh kemahuannya.
3) Pengurusan kewangan - amanah mengurus kewangan negara.  Tiada penyelewengan.  Tiada rasuah dalam mendapat tender
4) Kebudayaan - yang ditegakkan adalah kebudayaan yang baik dan dibenarkan agama.  Budaya mungkar dan merosakkan nilai kemanusiaan dihindari
5) Pengurusan rumahtangga yang amanah - mendekati yang dihalalkan sahaja.  Tidak dibenarkan mengadakan perempuan simpanan.  Ia adalah haram.

Bahkan kepada seluruh aspek kehidupan mestilah amanah.  Demikianlah Islam dan ciri akhlaknya.  Justeru sekiranya Islam memerintah maka sudah pasti yang terserlah ialah sifat amanah.  Tidak perlu ditegur sifat amanah.  Begitulah Islam.

Penghayatan sifat amanah sangat jelas daripada seluruh pemimpin Islam.  Dari Muhammad saw hinggalah khulafa Ar-Ryasidun, sehingga kerajaan Utmaniah.

   Namun sifat amanah dan penghayatannya ini tiada dalam UMNO.  Pemimpin UMNO tidak amanah.   Isu kehilangan enjin jet contohnya
hilang 2007,  diketahui umum kehilangan enjin jet 2010.  Tiada laporan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2008.  Siapa menteri pertahanan waktu enjin jet hilang?  Najib Tun Razak.  Kenapa siasatan hanya dibuat 2009?  Ini sudah menunjukkan tidak amanahnya Najib Tun Razak.Nilai enjin jutaan ringgit. 

Manusia yang bernama Najib Tun Razak yang tidak amanah itu kini menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.  Orang yang tidak amanah apabila memimpin negara maka banyaklah yang hilang.  Antara yang hilang ialah

1)    2 enjin jet hilang
2)    altantuya hilang
3)    subsidi gula untuk rakyat hilang - akhirnya harga gula naik
4)    subsidi tepung untuk rakyat  hilang - akhirnya harga roti naik
5)   subsidi petrol untuk rakyat hilang - petrol naik
6)   subsidi untuk rakyat dihilangkan - datang GST (gasak semua tempat) 
7)   duit juta-juta hilang - komisten beli kapal selam dan kapalterbang

Apakah dengan bukti yang sudah ada di depan ini ada lagi orang yang hendak menyokong UMNO?  Menyokong pemimpin yang tidak amanah adalah berdosa.  Kalau sebahagian orang Melayu terus menyokong pemimpin yang tidak amanah bermakna anda mahu menyebarkan akhlak buruk.Anda berkongsi sama dengan tidak amanahnya pemimpin tersebut.  Jauhi dan jangan lakukan demikian.  Teruskan membuat perubahan.  Pemimpin yang korup hendaklah tidak diundi lagi dalam pilihanraya ke - 13.  Fikir-fikirkan.  Wahai pengundi Melayu dan BN anda boleh membuatnya.  Hanya membuat pangkah untuk Pakatan Rakyat di atas kertas pada pilihanraya ke - 13.

Read more...

UMNO MENCIPTA FITNAH MENGEKALKAN KUASA

>> Jumaat, Mac 19, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 22


UMNO MENCIPTA FITNAH UNTUK MENGEKALKAN KUASA


FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH 191



Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. 
Surah Al Baqarah (ayat 191)

"DAN ANGKARA FITNAH ITU ADALAH LEBIH BURUK DARIPADA MEMBUNUH"


     Ayat diatas adalah dasar kehidupan masyarakat yang hendak dibina oleh Islam.  Masyarakat Islam mestilah bebas dari angkara fitnah.  Fitnah adalah perkara yang diharamkan oleh Islam.  Dalam sebuah negara Islam kejujuran dan kebenaran adalah paksinya.  Semua bangsa akan mendapat keadilan yang sama.  Tanpa mengira bangsa dan warna kulit.  Kafir zimmi turut juga akan mendapat keadilan seperti orang yang beriman.  Dalam surah Al-Hujurat budaya mengintip kelemahan orang lain turut juga dilarang.  Mengintip kelemahan orang lain akhirnya akan tercetusnya budaya fitnah.

    UMNO untuk mengekalkan kuasa dengan beraninya melanggar perintah Al-Qur'an.  UMNO mencipta fitnah.  Apa itu fitnah?  Benda tiada diadakan.  Benda yang tidak wujud dikatakan ada. Inilah fitnah.  UMNO sanggup membuat fitnah demi mengekalkan kuasa.  Menteri UMNO bukan tak tahu bahawa yang direka itu adalah fitnah tetapi oleh kerana untuk mengekalkan kuasa mereka mengakui fitnah tersebut sebagai ada.  Apabila ditanya kepada mana-mana menteri mereka akan menjawab "biarlah mahkamah menentukannya?  Inilah bentuk keredhaan.  Menurut Yusuf Qardhawiy yang merancang fitnah (tuduhan Qazaf tanpa saksi) - berdosa besar yang mengakui wujudnya fitnah - fitnah dikatakan benar - fasiq

   Fitnah qazaf yang pertama ialah tuduhan terhadap DS Anwar Ibrahim meliwat Azizan.  Apa bukti ia adalah fitnah?  Mahkamah Persekutuan akhirnya membuat keputusan bahawa tuduhan tersebut tidak ada kes.  Penganiayaan berlaku terhadap

1)  DS Anwar Ibrahim di penjara 6 tahun
2)  Perjalanan kehakiman yang memalukan sehingga mengusung tilam ke dalam mahkamah
3)  melibatkan ramai orang yang turut juga teraniaya dalam kes ini, contoh Dr Munawar, 
4)  Keluarga DS Anwar dalam keadaan tertekan
5)  Kos perbicaraan yang ditanggung dengan wang rakyat dalam perkara fitnah dan lain - lain.

 UMNO sanggup buat untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.  Akhirnya Mantan PM Mahathir (Mantan Presiden UMNO) mengakui bahawa DS Anwar tidak bersalah.  Inilah watak pemimpin UMNO yang jahat.  Kejahatannya mendapat dokongan orang Melayu.

    Sekarang datang pula fitnah kedua.  Firnah yang dereka UMNO masih berkisar dengan liwat.  Seluruh instrumen kerajaan digunakan oleh pemimpin UMNO.  Polis dan Mahkamah terus digunakan oleh pemimpin UMNO untuk menunjukkan bahawa fitnah ini benar.  Tuduhan liwat ke 2 ini adalah fitnah kerana

1) Saiful telah diperiksa oleh doktor Pusat Rawatan Islam WP (PUSRAWI), 3 Doktor Pakar Hospital KL (HKL) mensahkan bahawa dubur Saiful masih "dara".  Dubur Saiful belum lagi ditembusi oleh "batang".
2.) Dalam konteks pembelaan, pihak peguambela (DS Anwar)  tidak memperolehi apa-apa atau sebarang bahan pendakwaan tuduhan yang hendak dibuat pembelaan.  Tiada mahkamah dalam dunia yang mengamalkan prosedur atau tatacara kehakiman seperti ini.  
3) Tiada kertas pendakwaan/pertuduhan.  Tetapi pihak pembelaan(DS Anwar) hendaklah membuat pembelaan.  Bukankah ini amalan hukum rimba oleh kerajaan UMNO-BN?  Dimanakah keadilan?

Inilah yang dikatakan fitnah.  UMNO akan buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.  Para menteri UMNO bukan tak tahu.  Tetapi tetap bersekongkol bagi mengekalkan kuasa.  

Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO, para ustaz yang menyokong UMNO segeralah tinggalkan UMNO.  Parti ini mengamalkan perkara yang bertentangan dengan Islam.

Para pengundi lakukanlah perubahan.  Apakah anda mahu melihat lebih ramai yang akan terus teraniaya?  Kezaliman mestilah dihentikan.  Inilah sabda Nabi yang bermaksud
"Bantulah saudara kamu yang kena zalim dan membuat zalim.  Sahabat bertanya Ya Rasullullah kami faham untuk membantu saudara kami yang kena zalim tetapi macam mana membantu saudara kami yang membuat zalim?  Nabi memjawab "hentikan kezalimannya" (jangan mengundi UMNO-BN)
      
Maka untuk menghentikan kezaliman UMNO-BN maka janganlah abang, kakak, yong, yob mengundi BN-UMNO dalam pilihanraya ke 13.  Dalam pilihanraya ke - 13 undilah PAS, Keadilan dan DAP.

Read more...

UMNO MEMBIARKAN GEJALA AKHLAK BERLELUASA

>> Khamis, Mac 18, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 21

UMNO MEMBIARKAN GEJALA AKHLAK BERLELUASA

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-IMRAN 104


DAN HENDAKLAH ADA DI KALANGAN KAMU SUATU GOLONGAN YANG MENYERU KEPADA KEBAIKAN, MENYERU YANG MA'RUF DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN, MAKA ITULAH GOLONGAN YANG MEMPEROLEHI KEJAYAAN
Chinese
你們中當有一部分人,導人於至善,並勸善戒惡;這等人,確是成功的。 
Tamil 
மேலும், (மக்களை) நன்மையின் பக்கம் அழைப்பவர்களாகவும், நல்லதைக் கொண்டு (மக்களை) ஏவுபவர்களாகவும் தீயதிலிருந்து (மக்களை) விலக்குபவர்களாகவும் உங்களிலிருந்து ஒரு கூட்டத்தார் இருக்கட்டும் - இன்னும் அவர்களே வெற்றி பெற்றோராவர்.
Surah Al Imran (ayat 104)


     UMNO membiarkan gejala akhlak berleluasa tanpa ada suatu dasar yang jelas untuk menyekatnya.  Malahan sekiranya gejala akhlak itu ada kaitan dengan kepimpinan UMNO ia dibiarkan.  Dibawah jelas statistik gejala yang mendapat perlindungan daripada UMNO-BN.  Antaranya

1)     Dr Mashitah Menteri UMNO mengeluarkan kaedah bagi janda mencari rezeki maka dibenarkan melakukan penzinaan.  Ini adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.  Allah Taala dengan jelas menyebutkan dalam surah Al Isra


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).     Surah Al Isra (ayat 32)


2)    Parlimen Malaysia mengeluarkan statistik bahawa anak luar nikah 1997-2008 ialah seramai 250,000.  Ini tidak termasuk yang dijumpai mati ditali air, dalam jamban, tepi tong sampah.  Apabila ditanya kepada Menteri Wanita apa tindakan maka dicadangkan tindakannya ialah kaunseling.  Inilah cadangan daripada pemimpin UMNO.  Dalam Islam sudah jelas hukum Allah sahaja yang dapat mengekang hawa nafsu sarakah manusia.  Dalam Islam hukum hudud zina bagi yang sudah kahwin direjam sampai mati dan masih bujang disebat 100 kali.  Islam telah membuktikan bahawa dengan menjalankan hukum Allah maka kes zina berada pada tahap yang sangat rendah.  Sepuluh tahun Nabi Muhammad saw di Madinah kes zina selama 10 tahun adalah 3 kes dan dihukum berdasarkan hukum hudud.  Anak luar nikah 1 shj. Inilah kesan baik hukum Allah.

3)  Kes penangkapan penyanyi di kelab Zauk, K.L. pada  27 Feb 2005.  Riuh 1 dunia.  Akhirnya penyanyi tersebut dilepaskan oleh JAWI bersama dengan 100 orang remaja.  Tiada tindakan yang jelas.  Tiada tindakan yang jelas ini menyebabkan tersuburnya budaya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. 

4)   Gejala dadah - Islam mengharamkan arak.  Pengharaman ini jelas menyelamatkan manusia.  Tetapi dasar ini tidak digunapakai oleh UMNO.

5)   rempit.  Rempit tidak berdiri sendiri.  Tetapi ia adalah suatu budaya yang terdiri daripada beberapa budaya lain seperti pertaruhan dan perjudian, budaya perempuan dan lain-lain.  Islam dengan jelas mencegah semua perbuatan yang tidak menurut norma kehidupan manusia.  UMNO mengiktiraf rempit dengan tidak ada sebarang penguatkuasa yang jelas.  Malahan pihak keselamatan turut takut dengan budaya mat rempit.

6) gejala dedah - Islam menyuruh menutup aurat.  Ayat jelas dalam surah An-Nur 31-33.  Namun UMNO sekali lagi tidak memakai dan menurut kehendak Allah.  Isteri Pemimpin UMNO sendiri tidak menutup aurat-macamana.? UMNO kata ini adalah hak peribadi.  Isteri pemimpin UMNO tidak ada daya mematuhi suruhan Allah.

7)   gejala arak-Malaysia adalah antara pengeluar arak terbesar.  Anak mantan PM (Bekas Presiden UMNO) membeli kilang arak terbesar di Filipina.  Macamana orang UMNO masih sokong lagi UMNO?  Siapa dia,  orang UMNO kena cari le!!

Cukuplah tujuh perkara gejala yang UMNO mendiamkan diri.  Abang, kakak, adik, yong dan yob moh le berubah.  Tinggalkan UMNO!!! Dalam pilihanraya ke 13 abang, kakak, adik, yong dan yon jangan le pangkah BN-UMNO.  Pangkah deme maknya kita benarkan gejala ini berleluasa.  UNDI PAKATAN RAKYAT.  Anda boleh mengubahnya.  Hanya memangkah diatas 1 petak pada sehelai kertas.  

Read more...

UMNO MENOLAK UNDANG SYARIAH

>> Rabu, Mac 17, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 20

UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-MAIDAH



Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.         Surah Al-Maidah (ayat 49)

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.    Surah Al-Maidah (ayat 50)


     Adalah malang bagi Pemimpin UMNO, ahli UMNO, para ustaz yang menyokong UMNO, penyokong-penyokong UMNO mereka adalah tergolong dalam golongan orang yang zalim kerana menolak hukum syariah.  Ibnu Abbas ketika mentakrifkan zalim ialah yang melanggar tuntutan asas Islam dalam kehidupan.  Sepatutnya dihukum mengikut hukum Islam tetapi tidak berlaku maka ini adalah zalim.  Orang yang zalim tidak akan masuk syurga Allah.

      Keengganan UMNO untuk melaksanakan hukum syariah amat jelas.  Antara insiden yang terdapat dihadapan mata adalah seperti berikut:

1)     Kes qazaf DS Anwar Ibrahim tidak dapat diadili di Mahkamah Syariah.  Mahkamah syariah membuat keputusan menunggu sehingga selesai pengadilan di mahkamah sivil.  Apakah ini piawaian Islam dalam UMNO?  Sedangkan kedudukan mahkamah syariah dan mahkamah sivil adalah setara dan telah diluluskan di Parlimen pada tahun 1988.  Kenapa Menteri Agama UMNO tidak mahu mengangkat kes qazaf dalam tuduhan liwat Anwar Ibrahim ke-2  ini di mahkamah Syariah?  Mungkin ada tangan ghaib yang menghalang perbicaraan di mahkamah syariah.

2)     Pada 10/6/06 terdapat 9 menteri kabinet UMNO-BN membantah artikel 121 (1a) mengenai bidang kuasa mahkamah syariah.  9 Menteri itu adalah pemimpin BN yang kanan-kanan.  Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO ketika itu diam dan mengekalkan menteri-menteri berkenaan.  Di mana semangat ketuanan Melayu Presiden UMNO?  Menteri itu kalau dipecat maka sudah pasti UMNO-BN akan kehilangan undi.

3)     UMNO dengan jelas menolak prosedur hukum Islam.  Dalam kes tuduhan liwat oleh Mahathir ke atas Anwar Ibrahim, beliau dalam ucapan di Parlimen menyatakan bahawa pada ketika ini tidak boleh dicari 4 saksi yang adil.  Dalam Islam jelas apabila 4 saksi tiada maka kes digugurkan.  Inilah keadilan Islam.  Tetapi Mahathir menolak dan meneruskan perbicaraan liwat tersebut.  Siapakah Mahathir?   Dia adalah bekas Presiden UMNO yang jelas menolak hukum Islam.

     Cukuplah 3 bukti yang sangat jelas untuk mengatakan bahawa UMNO tidak mahu melaksanakan hukum syariah.  Wahai ahli UMNO yong dan yob marilah kita kembali kepada keadilan Islam.  Hanya hukum Allah yang dapat menyelamatkan manusia.  Kalau kita buat tidak reti sahaja nanti di akhirat Allah akan buat tak reti juga kepada kita.  Ubah le yob dan yong.  Jangan le undi UMNO-BN lagi.  Anda mampu membuatnya

Read more...

UMNO LANTIK JK MASJID YANG ANTI MASJID

>> Selasa, Mac 16, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 19

UMNO RESTU JK YANG ANTI MASJID



FIRMAN ALLAH DALAM SURAH TAUBAH AYAT 18 YANG BERMAKSUD




"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

     Ayat diatas adalah nas daripada Al-Qur'an yang meletakkan ciri JK sebuah masjid.  Ciri tersebut adalah


1.     beriman kepada Allah
2.     beriman kepada hari akhirat
3.     mendirikan solat
4.     menunaikan zakat
5.     takut hanya kepada Allah

     Apa bukti JK masjid yang dilantik UMNO tidak suka kepada Islam

1.    Masjid sikit pengajian atau tiada pengajian.  Kalau ada pengajian sekitar 3-5 pengajian sebulan
2.    Ustaz yang mengajar di masjid jenis ini adalah ustaz yang tidak mengkritik kerajaan.
3.    Mata pelajaran yang paling disukai oleh masjid seperti ini Feqah bab Air, haid/nifas, tajwid
4.    Mata pelajaran yang paling dibenci oleh masjid seperti ini ialah Kanun Jenayah,  Tafsir, Hadis.  Saya sendiri yang mengajar kitab Kanun Jenayah di sebuah masjid telah diberi surat amaran oleh Pengerusi Masjid yang dilantik UMNO.  Dalam surat itu Pengerusi beri amaran "Kalau nak mengajar kitab ini jangan kritik kerajaan"
5.  Khutbah Jumaat masjid ini juga khutbah yang tidak mengkritik kerajaan.
6.   Masjid seperti ini tidak makmur

     Di Perak ada hampir 800 masjid.  Perlantikan JK Masjid yang baru telah dikuasai sepenuhnya oleh UMNO.  JK Masjid baru ini bertugas
1.  mencantas ustaz yang bercakap benar.  Saya sendiri dibeberapa masjid hendak dicantas oleh JK baru masjid ini.  Saya sendiri diintip oleh JK masjid.  Mereka merekod pengajaran berkitab saya.
2.   menggagalkan pengajian masjid.
3.   tahu-tahu sahaja nama sudah tidak ada dalam giliran mengajar bulan Mac 2010 tanpa dimaklumi.

     Inilah kerja jahat JK Masjid di Perak yang UMNO lantik.  UMNO tahu bahawa sekiranya masyarakat celik dengan ilmu agama maka UMNO tidak dapat sokongan daripada rakyat.  Rakyat akan lari dari UMNO dan mereka tidak sokong lagi UMNO.  Ilmu yang diperolehi akan membimbing jemaah jangan menyokong perkara mungkar.

   Masjid yang imarah dengan pengajian,  masyarakat akan celik dan berpedoman.  Itu sebab dihujung ayat diatas Allah Taala menegaskan bahawa sekiranya masjid imarah dengan keilmuan maka tergolonglah mereka dalam golongan yang mendapat petunjuk.  

     Maka oleh yang demikian marilah kita berubah.  JK masjid mestilah dari kalangan yang bertanggungjawab dengan Allah.  Sekarang ini ada JK masjid yang dilantik UMNO pakai seluar pendek, JK berada diluar Qariah,  bersyirik kepada Allah, menolak hukum Allah.  

     Hanya Pakatan Rakyat (PR) yang boleh berbuat seperti mana yang dikehendaki Al-Qur'an.  Yong dan Yob marilah kita berubah dengan kembali kepada kehendak Al-Qur'an.  Pakatan Rakyat nak imarahkan  masjid , ahli qariah yang berilmu dan tidak menyokong mungkar,  berusaha menegakkan perkara yang ma'ruf.  Tolong Yong dan Yob, kita undi PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya ke 13.  Anda mampu merubahnya.  Perubahan tersebut hanya di atas sehelai kertas undi.

Read more...

UMNO MEROBOHKAN RUMAH ALLAH (SURAU DAN MASJID)

>> Isnin, Mac 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 18

UMNO MEROBOHKAN RUMAH ALLAH (SURAU DAN MASJID)

FIRMAN ALLAH


 Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

(AL-BAQARAH : 120)

     UMNO secara bersungguh melakukan pengkhianatan terhadap agamanya.  UMNO secara terangan sama ada mengarahkan merobohkan masjid surau atau menutup operasi surau/masjid.  Masjid-masjid yang menjadi JK masjidnya adalah orang UMNO sepi daripada pengajian.  UMNO menjadikan masjid sebagai tempat hanya solat berjemaah dan membiarkan masyarakat terbiar daripada disirami dengan keilmuan Islam.

    Masjid yang dirobohkan dengan arahan pemimpin UMNO ialah Masjid Bujal di Kemaman.  Peristiwa ini adalah peristiwa yang menyedihkan umat Islam di seluruh negara.  Begitu juga dengan surau di KG Berembang, Selangor juga dirobohkan.  Dua peristiwa ini adalah peristiwa yang tercatat dalam sejarah negara sebagai sejarah hitam yang dibuat oleh UMNO.

     Perbuatan meroboh masjid atau surau (rumah Allah) biasanya dibuat oleh orang Yahudi dan Nasrani.  Dua kaum ini adalah musuh yang nyata untuk umat Islam.  Apabila UMNO sudah sanggup merobohkan masjid dan surau maka inilah yang disukai oleh Yahudi dan Nasrani.

  Oleh yang demikian bukti yang macam mana lagi yang dikehendaki oleh orang UMNO dan yang simpati dengan UMNO untuk berubah?. Sikap pemimpin UMNO membiarkan masyarakat terus buta maklumat.  UMNO tidak mahu majlis pengajian.  Majlis pengajian dikatakan majlis mengata orang.  Maka kita mahu bertanya kalau majlis bersembang bukankah ia juga majlis mengatakan orang.

     Marilah berubah seperti yang dibuat Nabi Muhammad saw.  Orang yang terikat dengan kebenaran tidak akan bersama dengan benda mungkar.  Inilah yang digeruni oleh UMNO.  Ubah Yob.  Ubah Yong.  Tinggalkan mungkar supaya selamat di dunia dan akhirat.  Anda mampu melakukannya di atas kertas undi dengan mengundi Pakatan Rakyat.






sila lihat http://mahaguru58.blogspot.com (runtuh masjid Kg bujal),
youtube; taip surau kg berembang

Read more...

UMNO MEMOTONG BANTUAN SAR

>> Ahad, Mac 14, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN KE 17

UMNO MEMOTONG BANTUAN SAR 2003 hingga kini dan    MENUTUP SEKOLAH AGAMA RAKYAT

     Inilah satu lagi petanda betapa buruknya akhlak pemimpin UMNO sehingga sanggup memotong bantuan sekolah agama Rakyat di seluruh negara.  UMNO tak mahu melihat sekolah yang diurus oleh lebih maju daripada sekolah di arus perdana.  UMNO dalam konteks perjuangan Islamnya bahawa Islam pada UMNO hanyalah solat, puasa, zakat dan haji.  Memperjuangkan menegakkan SAR ini bukan dalam lingkungan perjuangan Islam.


     Pelbagai tohmahan Presiden UMNO Dr Mahathir Mohamed (NST 13/1/03) menyatakan
"Those educated in SAR will grow up hating everything including the government.  They cannot work and are not qualifieid to do anything else"

Begitu juga dengan PM sekarang (Presiden UMNO ketika ini) yang pernah pada ketika menjadi Menteri Pertahanan membuat kenyataan di akhbar Berita Harian bertarikh 16/1/2003.  Kenyataan itu berbunyi " Sekiranya ia dibiar ia boleh menjadi bom jangka yang akan meletup tidak lama lagi.menjejaskan cara hidup yang kita hargai.....Kemungkinan sekolah agama ini dijadikan pusat merekrut pengganas"

     Ini adalah antara tohmahan para Presiden UMNO terhadap SAR. Mereka menyatakan bahawa SAR adalah pusat merekrut pengganas.  Ini adalah tohmahan yang berat terhadap agama dan bangsa.  Tetapi UMNO tanpa mengira selagi apa sahaja yang menggugat ketuanan Melayu maka UMNO akan berbuat apa sahaja untuk menghapusnya.   UMNO tidak pernah membetulkan perjuangannya.  Bantuan untuk SAR terus dipotong hingga hari ini.  Sedangkan peruntukan jelas dalam akta Parlimen bahawa Menteri Pendidikan mempunyai hak untuk meneruskan bantuan kepada SAR.  Tetapi pemimpin UMNO tidak mengendahkannya.

     Kesan dari pemotongan bantuan SAR, sekolah SAR di Perak sebelum pemotongan ada 36 buah, selepas bantuan di potong 8 buah ditutup.  Ini jelas kerana kesan pemotongan bantuan tersebut.  Begitu juga SAR di Kedah, hampir kesemua SAR ditutup.  Yang ada kini hanyalah Maktab Mahmud di setiap daerah.

     Wahai orang UMNO dan yang simpati pada UMNO apakah ini perjuangan yang anda perjuangkan?  Menutup SAR tempat anak-anak untuk belajar tentang Islam?  Wahai ahli UMNO dan orang yang simpati kepada UMNO dimanakah salahnya SAR?  Bantuan ke sekolah cina kerajaan UMNO-BN beri?  UMNO-BN Perak, Menteri Besar Mahkamah beri pada sekolah cina Perak (9 buah) dengan  RM4 juta.  SAR berapa gamaknya?  Sudah tentu tidak sampai dan tidak sama dengan sekolah Cina?  Inikah yang kamu perjuangkan wahai orang UMNO dan ketuanan Melayu?

    Islam menentang kezaliman dan penindasan.  Duit yang diurus adalah duit rakyat.  Bukan duit orang UMNO.  Pendidikan adalah antara perkara pokok yang mesti disediakan oleh sesebuah kerajaan yang adil.  Dalam Islam pendidikan adalah hak ibubapa menentukannya.  Tugas sebuah kerajaan yang baik ialah menyediakan ruang pendidikan untuk rakyat.  Kerajaan yang baik ialah membantu perkembangan pendidikan di peringkat rakyat.

     Moh Yob kita ubah.  Moh Yong kita ubah..  Kerajaan UMNO-BN sampai hari ini menyekat bantuan SAR di peringkat persekutuan.  Undi Pakatan Rakyat yang hendak menyediakan ruang pendidikan yang lebih besar pada rakyat dan percuma

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP