PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

Ceramah Umum di Kg Tersusun Tasek

>> Sabtu, Mac 13, 2010

Read more...

PEMIMPIN UMNO TIDAK HIRAU FATWA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN LARANGAN HARAM BERTAFAKUR DI DEPAN TUGU NEGARA

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 16

PEMIMPIN UMNO TIDAK HIRAU FATWA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN LARANGAN HARAM BERTAFAKUR DI DEPAN TUGU 


Surah Al-Ikhlas


Katakan (Wahai Muhammad) bahawa Allah itu Esa. Allah tempat bergantung.Dia tidak beranak dan diperanakkan.  Dan tiada satupun yang menyamai kekuasaan Allah"

     Pemimpin UMNO terutama Presiden UMNO yang jelas tidak komited dengan Islam.  Bertafakkur dihadapan tugu adalah seperti membuat sembahan terhadap patung.  Islam dengan jelas membuat larangan tersebut.  Bertafakur dihadapan tugu jelas kesyirikan terhadap Allah yang dilakukan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.  Dosa syirik adalah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah.  Nas tentang syirik ini ada didalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad saw.  Hampir semua Perdana Menteri Malaysia juga  merangkap Presiden UMNO mengkalungkan bunga dan bertafakkur dihadapan tugu negara. 

      Bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi sempena Hari Pahlawan pada 31/7/07 melakukan perbuatan syirik ini.  Begitu juga dengan Perdana Menteri Najib juga mengkalungkan bunga dan bertafakkur dihadapan tugu negara sebaik sahaja mengajdi PM.

      Maka oleh kerana keharamannya maka Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengezetkan fatwa pengharaman tafakkur di hadapan tugu negara. Namun para Pemimpin UMNO telah tidak mengikuti fatwa ini.  Pun begitu semua mufti masih lagi ikut telunjuk Presiden UMNO walau ia telah melakukan perbuatan syirik.Yang lebih parah masih ada lagi orang Melayu UMNO yang mengikuti Presiden UMNO yang sudah jelas melakukan dosa besar.  Apakah pemimpin begini wahai orang Melayu UMNO yang kamu nak ikut?  Pemimpin yang membuat perbuatan syirik dan dosa besar.

     Orang Melayu UMNO berhujah bahawa Presiden UMNO berbuat demikian adalah sebahagian dari perbuatan yang tidak ada kaitan dengan agama.  Begitulah kesesatan UMNO.  Dalam Islam tidak ada yang terpisah.  Semuanya akan dihitung dan diberi balasan oleh Allah. 

    Maka wahai orang UMNO keluarlah dari parti kamu yang menentang Allah.  Selamatkanlah diri kamu.  Jangan ikut pemimpin yang akan membawa kamu ke neraka.  Oleh yang demikian jangan undi mana-mana calon yang bertanding atas tiket BN kerana mereka sesat lagi menyesatkan.  Fikir-fikirkan. 

Read more...

UMNO MENGGUNAKAN KUASA MENSYIRIKKAN ALLAH MELALUI PERJUANGAN KALIMAH ALLAH

>> Jumaat, Mac 12, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 15

UMNO MENGGUNA KUASA MENSYIRIKAN ALLAH MELALUI PERJUANGAN KALIMAH ALLAH

     UMNO merancang menggunakan apa sahaja untuk mengekalkan perjuangannya, termasuk yang terkini ialah kalimah Allah.  Sehingga terlajak UMNO mengatakan bahawa Tuhan orang Melayu ialah Allah dan Tuhan orang cina dan India adalah Tuhan yang lain.  Dalam alam ini ada dua Tuhan.  Bukankah ini kesyirikan? Bukankah ini bertentangan dengan Islam?  Salah satu dosa yang tidak diampuni oleh Allah ialah dosa syirik kepadaNya. 

      Dari manakah asalnya polemik ini.  Ia berasal daripada apabila Majalah Herald Tribune mencabar kesahihan penggunaan perkataan Allah di Mahkamah Tinggi K.L.  Hakim yang mengadili kes ini adalah cina.  Siapakah Ketua Hakim Negara?  Bukankah dia orang Melayu Islam?  Kenapa tidak dilantik seorang hakim Melayu?  Kalau kes Perak Ketua Hakim melantik 5 hakim untuk mengadili kes Perak?  Walhal ada hakim berbangsa India dan Cina.  Kalau kes Perak Ketua Hakim lantik orang Melayu sahaja kenapa kes di Mahkamah Tinggi ini tidak juga dilantik hakim orang Melayu.  Jelas UMNO ambil kesempatan.

     Kesempatan kedua yang diambil oleh UMNO ialah mereka menentang hukuman yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.  Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ialah membenarkan majalah Herald Tribune menggunakan perkataan Allah.  UMNO mengerahkan seluruh negara lawan keputusan mahkamah ini.  Demontrasi dibuat dibeberapa negeri menunjukkan kononnya sensitiviti umat Islam cara UMNO.   Ada pertubuhan NGO Melayu yang berdemo.  Sepatutnya semua pihak ikut keputusan Mahkamah Tinggi KL.

     Dalam kes Perak UMNO suruh semua pihak menuruti keputusan mahkamah Persekutuan.  Inilah keadilan cara Kepentingan dia dipeliharanya manakala PR disuruh patuh kepada keputusan.,

     Jadi pemimpin UMNO menjaja bahawa Tuhan orang Melayu Allah.  Tuhan orang cina dan India adalah Tuhan lain.  Inilah kesesatan UMNO.  UMNO menyatakan bahawa Allah hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja.  Justeru Yusuf Al-Qardawiy berhujah

1)     Apa nama bapa Nabi Muhammad saw?  Jawab : Abdullah. Abdullah bapa Nabi ini orang Melayu ke?
2)   Apabila orang beriman solat mereka membaca surah fatihah  Ayat kedua bermaksud ""segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam" (Al-Hamdulillah hi rabbil 'alamin).  Bukan

    Al-hamdulillah hi rabbil muslimin (Segala puji bagi Allah Tuhan orang Islam)
    Al-Hamdilillah hi rabbil melayuwin (Segala puji bagi Allah Tuhan orang Melayu)

   UMNO sanggup sampai ketahap syirik kepada Allah.  Mahukah anda menyokong parti yang mensyirikkan Allah.  Sila tinggalkan UMNO.  Berpeganglah kepada Islam yang syamil.  Jangan lagi undi parti yang mensyirikkan Allah UMNO-BN

Read more...

UMNO MENGGUNAKAN KUASA MENGKHIANATI AGAMA

>> Khamis, Mac 11, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 14

UMNO MENGGUNAKAN KUASA MENGKHIANATI AGAMA

MENGHAPUSKAN TULISAN JAWI
مڠهاڤوسکن توليسن جاوي

     UMNO adalah parti yang berasaskan bangsa Melayu.  Tulisan bangsa Melayu adalah jawi.  Dari turun temurun tulisan jawi digunakan dalam tamadun Melayu.  Malahan tulisan jawi di tambah dengan huruf "nya", 'cha' dan 'gha'.

     Tulisan jawi adalah selaras dengan tulisan Al-Qur'an.  Justeru tiu generasi sebelum kita tidak pernah mengalami buta Al-Qur'an.  Ini kerana amalan harian dalam rumah adalah tulisan jawi.  Akhbar dicetak dengan tulisan jawi.  Kitab Al-Qur'an juga ditulis dengan huruf hijaiyah yang sepadan dengan huruf jawi.  Inilah keunggulan generasi silam sekitar tahun 60-an.

      UMNO menjadi pengkhianat dengan menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968.

Dengan penghapusan tulisan jawi maka

1)     tiada akhbar dalam jawi kini.
2)     buta jawi di kalangan generasi muda
3)     buta Al-Qur'an dan Hadis
4)     generasi muda hari ini ramai yang tidak terikat dengan Al-Qur'an dan Hadis
5)     yang paling parah generasi muda tidak kenal huruf hijaiyah. Alif, ba' , tidak dikenali.  Mereka lebih kenal huruf rumi 

     UMNO rasa tidak bersalah dengan wujud generasi buta Al-Qur'an.  Inilah pengkhianatan UMNO kepada agama.  Mereka menggunakan kuasa bukan untuk menguatkuasakan pendidikan beragama tetapi menggunakan kuasa untuk menghancurkan agama.  Maka datang budaya negatif dadah, dedah, lepak, bohsia, perzinaan,  anak luar nikah kerana timbul dari pengkhianatan ini.  Budaya negatif kerana generasi muda terlepas dari ikatan keagamaan dalam kehidupan. 

     Islam dengan jelas meletakkan bahawa kuasa mestilah dipergunakan untuk memperkukuh nilai KeIslaman dalam masyarakat.  Penguatkuasaan ini tidak sama sekali menafi hak kaum lain.  Tidak salah kaum lain boleh membaca jawi.  Tidak salah juga dengan boleh membaca jawi maka Al-Qur'an turut juga boleh dibaca.  Bagaimana peradaban hendak dibina sedang salah satu dari sendi tamadun itu telah dikhianati oleh UMNO?

     Bagaimana anda?  Sekiranya anda adalah pengundi Melayu yang mengundi BN apakah anda akan mengundi lagi BN?  Sekiranya anda mengundi juga BN bermakna anda redha dengan pengkhianatan ini.  Sekiranya anda mengundi BN lagi bermakna anda redha dengan dasar penghapusan tulisan jawi yang melepas ikatan keagamaan dalam kehidupan. Entah apa lagi pengkhianatan yang UMNO-BN akan buat sekiranya orang melayu mengundi BN.   Maka hentikan mengundi BN lagi.  Terjemahkan sokongan anda kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mengundi pemimpin dari Pakatan Rakyat.  Anda mampu mengubahnya.  Menentang kemungkaran adalah tanggungjawab bersama.

 

Read more...

UMNO MEMPERTAHANKAN AKTA ZALIM - ISA

>> Rabu, Mac 10, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 13

UMNO MEMPERTAHANKAN AKTA ZALIM ISA

      UMNO adalah parti zalim yang mempertahankan akta zalim - ISA (Internal Security Act).  Akta ini adalah akta yang zalim kerana

1)     Menahan sesiapa sahaja tanpa bicara selama 60 hari
2)     Kesalahan yang dikenakan ISA adalah tertakluk kepada Menteri Dalam Negeri
3)     Istilah mengancam keselamatan negara adalah istilah kabur dan tanpa takrif yang jelas
4)     Kezaliman yang melampau ialah memisahkan kasih sayang yang ditahan dengan ahli keluarganya
5)     Kesalahan ISA tidak dibicarakan di mahkamah

     ISA tidak dibicarakan dalam mahkamah. Ini bermakna kesalahan pesalah tidak diketahui.  Tetapi tetap ditahan.  Inilah kezaliman.   UMNO-BN tidak bercadang untuk menghapuskan ISA.  Memberi undi kepada UMNO-BN bermakna anda bersama dalam kezaliman ini.

Hujah Islam Menentang ISA- 1.  Sistem Keadilan Islam adalah telus
 -
     Islam menentang ISA.  Islam sangat percaya kepada sistem kehakiman.  Sistem kehakiman Islam adalah adil dan telus tanpa memilih kedudukan dan darjat.  Perbicaraan antara Saidina Ali dengan seorang Yahudi dalam bab baju besi adalah suatu ketetapan jelas keadilan Islam.  Dalam mahkamah Saidina Ali (khalifah kerajaan Islam ketika itu) tidak dapat berhujah bahawa baju besi itu adalah miliknya, lalu hakim membuat keputusan bahawa baju besi itu adalah milik Yahudi tersebut.  Keadilan Islam yang ditunjukkan oleh hakim tersebut menyebabkan orang Yahudi tersebut mengucap dua kalimah shahadah.  

2.     Kaedah hakim dalam Islam -  Lebih baik melepaskan orang yang bersalah daripada tersalah menjatuhkan hukum keatas pesalah.  Inilah kaedah Islam untuk mencernakan keadilan.

3.     Keadilan Islam ialah menegakkan hujah semasa perbicaraan.  Sekiranya terdapat kesalahan yang nyata maka pihak pendakwaraya mestilah membuat tuduhan dalam mahkamah.  Pesalah dibicarakan.  Bukan ditahan tanpa bicara.

4.     Tiada pendakwaan berpilih dalam Islam.  Yang salah terus dibicarakan tanpa mengira pangkat dan derjat, keturunan dan lain-lain

     Berdasarkan kepada hujah di atas maka ISA adalah haram disisi Islam.  Undi anda sahaja wahai orang Melayu termasuk UMNO akan melenyapkan kezaliman dengan tidak lagi mengundi BN.  Anda mampu mengubahnya.  Undi anda kepada parti dalam PR (PAS, Keadilan, DAP) akan menyebabkan tertegaknya keadilan yang telus dan bermakna.

     Dalam suatu hadis Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang membenarkan pembohongan pemimpin mereka dan siapa yang membantu pemimpin mereka melakukan kezaliman (mengundi UMNO-BN untuk mengekalkan ISA) maka dia bukan dari aku (Nabi Muhammad saw) dan aku (Nabi Muhammad saw) bukan darinya.  Dan dia tidak dapat minum dari air telaga Haud aku." Dan sabda Nabi lagi

" dan sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan pemimpin mereka dan tidak membantu pemimpin mereka dalam kezaliman (beri undi kepada parti dalam  PR) maka dia adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya dan dia boleh minum air telaga ku (telaga haud)" Hadis riwayat Imam Hadis

Fikir-fikirkan.  Tumbangkan UMNO dengan kezalimannya adalah tanggungjawab bersama

Read more...

UMNO MENGAMAL PERKAUMAN SEMPIT YANG BERTENTANG DENGAN QUR'AN

>> Selasa, Mac 09, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 12

UMNO MENGAMAL PERKAUMAN SEMPIT YANG 
BERTENTANG DENGAN QUR'AN


     UMNO jelas mengamalkan semangat perkauman sempit.  Semuanya tersudut dalam bidang perkauman yang sempit.  Jelas terbukti bahawa amalan ini dalam dasar peringkat negara.  Dasar tersebut ialah

1)     Dasar Negara - Biro Tatanegara Negara (BTN).  Modulnya ialah membenci bangsa lain.  Bangun tengah malam dan berterian "Hidup Melayu".  BTN hanya peserta Melayu yang majoriti.  Cina dan India adalah sangat terhad.

Dalam Islam memang suruh bangun malam dengan solat tahajud menyerah diri kepada Allah.  Inilah pertentangan yang sangat nyata.

2)     Dasar Parti UMNO - Sampai hari ini UMNO gagal membuka pintu kepada bangsa lain dalam keahliannya.  Sedangkan parti dalam PR sudah membuka pintunya kepada bangsa lain.  PAS (Melayu, Cina dan India), KEADILAN (Melayu, Cina dan India), DAP (Cina, India dan Melayu).  Jelas PR jauh lebih kehadapan berbanding UMNO-BN. 


3)    Kaum Cina lebih selesa dengan PAS atas dasar Islam berbanding kaum Cina dengan MCA (parti perkauman Cina).

4)    UMNO-BN atas dasar 1 Malaysia tidak membubarkan sekolah Cina dan Tamil.  Sekolah Cina dan TAMIL  masih kekal.  Sistem sekolah vernikular kekal hingga hari ini.  Kalaulah 1 Malaysia ada kekuatan bubarkan sekolah Cina dan Tamil dan wujudkan sekolah kebangsaan sahaja.

     Islam jelas menentang perkauman sempit.  Islam datang membawa keadilan yang meluas untuk seluruh manusia.  Islam hanya mengiktiraf taqwa sebagai kayu ukur di sisi Allah.  Dalam Islam keadilan seluruh manusia adalah lebih praktikal.

Bagaimana Islam berhadapan dengan orang kafir? Kafir ada 3

1) Kafir Harbi - kafir yang membenci Islam.  Ini Islam kena lawan.
Kafir yang membaca Al-Qur'an tak akan dia benci kepada Islam.  Kafir yang 

2)  Kafir Zimmi - kafir yang hendak duduk dibawah pemerintahan Islam. Kafir jenis ini mestilah mendapat perlindungan pemerintah.  Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud "sesiapa yang membuat permusuhan dengan kafir zimmi maka aku (Nabi Muhammad saw) akan menjadi musuhnya pada hari Qiyamat".  Oleh kerana Hukum Islam belum tertegak maka ini tidak dapat dilaksanakan.  

Sekiranya hukum Islam tertegak jaminan perlindungan yang sama seperti orang beriman dimaktubkan oleh Allah, antaranya surah Nisa' ayat 92

3)  Kafir ahadi - Kafir yang ada membuat ikatan janji dengan pemerintahan Islam.  Kafir jenis ini juga mestilah mendapat perlindungan daripada pemerintah atau sesiapa yang berikat janji dengannya.  Itu sebab dalam PR tidak ada sesiapa menjadi tunggangan siapa.  Semuanya bekerja untuk menegakkan keadilan. Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud "sesiapa yang membuat penganiayaan terhadap kafir ahadi maka dia tidak akan mencium bau syurga"
 
Isu orang Cina menunggang  orang Melayu telah berlaku di Pulau Pinang.  Apabila UMNO menang majoriti kerusi dalam salah satu Pilihanraya,  Ketua Menteri adalah orang Cina dari Parti Gerakan.  Ini betul tunggang.
Ini tidak berlaku di Perak dalam Pilihanraya ke-12 (2008).  DAP menang 18 kerusi, Keadilan 7 kerusi, PAS 6 kerusi.  Sepatutnya DAP Menteri Besar tetapi yang menjadi Menteri Besar ialah dari PAS. Jadi tidak timbul isu siapa tunggang siapa.  Permuafakatan PR hebat.  Ketua Pembangkang dalam sidang DUN Perak sekiranya jadi juga sepatutnya DAP.  Tetapi PR Perak bersetuju untuk melantik YB DS Nizar sebagai Ketua Pembangkang dalam sidang DUN.  

Wahai seluruh pengundi Melayu termasuk UMNO, bukalah mata anda seluasnya. Jangan terpengaruh dengan hujah cetek  UMNO yang sepatutnya anda tolak.  Berubahlah undi anda kepada PR dalam pilihanraya ke -13.  Undi anda adalah untuk keadilan kepada semua kaum.  Inilah keadilan Islam.  Inilah cara Islam melayan semua manusia dengan keadilan yang telus.  Undi anda dalam PRU-13 adalah untuk menegakkan Islam.

Read more...

UMNO AMAL DASAR ASOBIYAH - BUDAYA BAHAYA KE NERAKA

>> Isnin, Mac 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 11

UMNO AMAL DASAR ASOBIYAH 
BUDAYA BAHAYA HUMBAN PENGAMALNYA KE NERAKA

      UMNO dengan jelas melalui faham ketuanan melayu mengamalkan dasar asobiyah.  Apa itu asobiyah? Asobiyah menurut para ulama ialah semangat perkauman sempit yang salah iaitu membantu kaumnya walaupun dalam bentuk kemungkaran.   Banyak sekali mereka yang terlibat dengan UMNO secara langsung (ahli UMNO) atau mereka yang mengundi BN telah bersekongkol dengan UMNO dalam kemungkaran. Contoh

1)     UMNO menghalalkan judi - Judi dilarang dalam Islam
2)     isteri pemimpin UMNO tidak bertudung - Bertudung adalah wajib dalam Islam
3)     UMNO tidak mahu hukum Islam - Hukum Hudud dan Qisas adalah wajib
4)     UMNO menghalalkan riba -  Riba adalah haram dalam Islam
5)     UMNO tidak jujur - enjin jet hilang (hilang tahun 2007 baru dilapor 2009)
6)     UMNO sendiri bersifat sekular -  Islam mewajiblkan syumul (urus segala urusan dunia dengan Islam)
7)     Pemimpin UMNO mengamalkan rasuah - Rasuah haram dalam Islam.  SPRM jumpa RM2,000,0000 juta dalam rumah SETPOL Menteri Kewangan

     Yang dikatakan asobiyah ialah kamu menolong pemimpin bangsa kamu dalam perkara yang menentang Allah.  Yang dinyatakan dalam contoh diatas adalah sebahagian kemungkaran pemimpin UMNO.  Kalau nak disenaraikan banyak lagi

     Nabi Muhammad saw bersabda dengan maksudnya "Bukan dari kalangan kami yang menyeru kepada asobiyah"  Ada dua aspek dalam hadis ini

1)    Tidak boleh membantu dalam perkara asobiyah
2)     Nabi Muhammad saw tidak mengaku umat mereka yang menyeru kepada asobiyah.  Di akhirat kalau Nabi sudah tidak mengakui umatnya di manakah nanti kedudukan anda di akhirat?

     Anda bagaimana?  Sekiranya anda sudah menjadi ahli UMNO saya menyeru keluarlah dari UMNO.  Masuklah parti politik Islam seperti PAS.

     Bagaimana dengan undi anda dalam pilihanraya ke-13?  Sekiranya anda terus mengundi BN bermakna anda menyokong asobiyah. Asobiyah mestilah dihapuskan dalam kehidupan orang yang beriman.  Maka anda wajib mengundi PR.   Jangan sokong siapa sahaja dalam perkara kemungkaran.

Read more...

UMNO TUNJUK DASAR TIDAK ISLAM

>> Ahad, Mac 07, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 10

UMNO TUNJUK DASAR YANG TIDAK ISLAM

     Secara mudah untuk memahami dasar ini ialah bagaimana pembawaan PM.

                          PM Mahathir - Dasar Penerapan Nilai Islam (sesat)
                          PM Abdullah Badawi - Islam Hadhari (sesat)
                          PM Najib - 1 Malaysia

     Apabila Najib mengemukakan Dasar Malaysia ialah 1 Malaysia jelas UMNO bersetuju.  Seluruh ahli UMNO diam dan tidak menentang gagasan itu. Ahli UMNO semacam sudah dicucuk hidung.  Ahli UMNO mengaku mereka adalah orang Melayu tetapi apabila gagasan ini dikemukakan semacam sudah hilang ketuanan Melayu.

       DAP pernah sekitar 80-an mengemukakan tema Malaysian Malaysia.  Apakah perbezaan antara 1 Malaysia dengan Malaysian Malaysia?  Oleh kerana keluar dari Najib maka semua orang UMNO ikut. Siapa ikut siapa?  Jelas UMNO ikut DAP. 

       Wahai orang UMNO, gagasan 1 Malaysia direka oleh sekumpulan orang Yahudi yang dilantik Najib.  Yahudi ini duduk dalam syarikat APCO.  Mereka telah membina imej Israel dengan gagasan 1 Israel.  Kerajaan Malaysia berbelanja berjuta ringgit membayar syarikat ini.  Bukankah ini pembaziran?

       Islam dengan jelas menentang berdasarkan hujah Al-Qur'an

       1)     Yahudi adalah musuh berterusan orang Islam.  Dinyatakan dalam Al-Qur'an bahawa "Tidak akan reda kepada kamu Yahudi dan Nasrani sehingga kamu ikut cara hidup mereka".  UMNO kawan dengan Yahudi - ok.  Orang Yahudi jadi penasihat kepada PM - ok.   Orang Melayu lain kalau berkenalan dengan orang Amerika maka dikatakan kepadanya pengkhianat negara.

       2)  Kempen 1 Malaysia - pembaziran wang rakyat.  Pembaziran adalah budaya syaitan.  Tak kan UMNO tak tahu.  Setiap kempen seorang PM yang hendak turun ke akar umbi akan memakan belanja yang besar.  Segala-galanya sekarang adalah 1 Malaysia.  Seluruh iklan adalah 1 Malaysia.  Kursus seluruh peringkat jentera kerajaan adalah untuk memperkenalkan 1 Malaysia. Jutaan ringgit lagi wang rakyat akan dibelanjakan secara membazir.  Dasar Penerapan Nilai Islam zaman Mahathir juga berbelanja jutaan ringgit tetapi akhirnya hancur begitu sahaja.  Sama juga dengan Badawi dengan Islam Hadari juga berbelanja jutaan ringgit tetapi akhirnya rakyat menolak dasar tersebut.  

     3)  Kempen 1 Malaysia adalah perkara lagho.  Islam menentang perkara yang lagho dan sia-sia.  Perkara lagho dan sia-sia dalam Islam dikaitkan dengan kekhusyukkan dalam solat.  Dalam surah Al-Mukminin Allah Taala berfirman yang bermaksud "Beruntung jadi orang beriman (1) Yang khusyuk dalam solat (2) dan yang menjauhkan diri dari perkara lagho"

     Wahai seluruh rakyat Malaysia apakah anda perlu kempen yang membazir ini?  Tunjukkanlah sikap anda itu dengan tidak mengundi BN lagi.  Jelas UMNO  menentang Islam, UMNO membazir wang rakyat dan UMNO suka kepada perkara lagho.  Jauhi UMNO.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP