PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

UMNO MENGETUAI RAMPASAN KUASA PERAK

>> Sabtu, Mac 06, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 9

UMNO MENGETUAI RAMPASAN KUASA PERAK
HUKUM DI SISI AGAMA ADALAH HARAM

     UMNO akan berbuat apa sahaja untuk berkuasa termasuk membuat rampasan kuasa.  Dulu di Trengganu (1969).  Waktu PM Tun Razak.   Kini di Perak (2009) di ketuai oleh Najib anak Tun Razak.  Bapak borek anak rintik.

     Kenapa rampasan kuasa di Perak haram?  Rampasan kuasa di Perak guna 3 strategi jijik
  1. rasuah dalam bentuk wang - haram di sisi Islam 
  2. rasuah seks wanita dari cina - haram di sisi Islam
  3. culik dan ugut sehingga keluarga tergugat - haram di sisi Islam.  Mereka (katak lompat) tiba-tiba muncul di sisi Najib pada hari pengumuman keluar parti setelah beberapa hari diculik dan diugut 
     Berdasarkan kepada asas ini maka kesemua yang dilakukan oleh kerajaan rampasan ini adalah haram.  Gaji MB - haram, Gaji exco - haram, semua mereka yang mendapat manfaat dari rampasan ini adalah haram.  Tamsilan mudah ialah orang yang nak solat maka mereka mestilah berwudu'.  Tetapi mereka berwuduk dengan air mutanajis (air bercampur najis).  Maka sudah pasti solat mereka adalah tidak sah.  Inilah konteks dalam hal rampasan kuasa.  Asas pengambilan kuasa adalah haram maka yang mengikutinya adalah haram.

     Kenapa Mufti diam?  Anda tahu orientasi di Malaysia.  Siapa yang berkata benar maka terlucutlah segala kemewahan dunia.  Ada orang lebih sanggup melihat saudaranya memakan harta yang haram agar kemewahan yang dimilikinya tidak dihilangkan.  Inilah penyakit manusia - cinta dunia takut mati


     Islam dengan jelas menentang rampasan kuasa dengan apa cara sekalipun.  Islam sangat berpegang dengan amanah.  Rakyat telah membuat perlantikan melalui pilihanraya.  Itu sebab tahun 1999 Pas menang di Terengganu,  pilihanraya 2004 Pas kalah.  Namun kekalahan itu tidak pula PAS Terengganu membuat rampasan kuasa di Terengganu.  Inilah kemurnian Islam.  Sangat berpegang dengan amanah perlantikan rakyat walaupun pilihanraya penuh dengan penipuan.

     Selain daripada itu Islam dan penganutnya mahukan sumber rezeki yang halal.  Sumber rezeki yang halal akan membawa seseorang terus mengabdi diri kepada Allah.  Sumber rezeki yang halal akan melahirkan watak manusia yang benar, jujur dan berintegriti.

Read more...

MENGHALALKAN JUDI

>> Jumaat, Mac 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 8

MENGHALALKAN JUDI

     Sudah menjadi amalam dalam pemerintahan UMNO menghalalkan judi.  Ketika Najib menjadi Menteri Kewangan beliau telah meluluskan 10 lagi lesen judi.  Kelulusan ini mendapat tentangan langsung dari Parlimen.  Judi sudah menjadi sebahagian daripada pendapatan negara.  Ia dibelanjakan dalam bidang pendidikan.  Inilah kerja UMNO yang tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.

      
Kenapa Islam mengharamkan judi?  Ia adalah suatu penindasan.  Menindas yang miskin.  Mereka yang berjudi pada permulaannya kaya raya tetapi apabila menjadi taik judi akan menjadi miskin.  Yang terlibat dalam industri judi ialah mereka yang berpendapatan rendah.  Judi sebenarnya menekan kehidupan orang miskin sehingga menjadi papa.

     Pengalaman saya sendiri menjadi Ahli Majlis Dewan Bandaya IPOH (2008) berlaku suatu persetujuan dalam ahli mesyuarat untuk membendung sebarang premis judi yang baru.  Lesen judi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (Putra Jaya, kerajaan UMNO).  Mereka yang mendapat lesen akan memohon kepada mana-mana Majlis Perbandaran lesen premis perniagaan.  Ketika tahun 2008 terdapat 91 premis perjudian di sekitar Ipoh.  Ketika PR memerintah Perak ahli Majlis MBI bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen premis yang baru.  Saya tidak pasti apa yang berlaku setelah rampasan kuasa di Perak dengan UMNO-BN menjadi teras dalam pemerintahan.  Semasa PR memerintah tidak ada satu lesen premis judi diluluskan dalam mana-mana mesyuarat MBI.  Inilah keberkesanan PR memerintah.

    Dalam pengalaman lain pula, Tuan Guru Nik Aziz didatangi oleh satu rombongan nyonya-nyonya bangsa cina yang mengucapkan terima kasih atas mengecilnya premis perjudian.  Mereka menyatakan kepada MB Kelantan kini suami mereka berbelanja kepada perkara yang lebih bermakna.  Begitulah Islam menyelamat kehidupan umat manusia.  Kenapa kita tidak menyokong parti Islam?

     Wahai pengundi saluran 1 mahupun lain-lain saluran yang mengundi BN sebelum ini tukarlah undi anda untuk mengundi parti Islam yang lebih bertanggungjawab untuk menyelamatkan kehidupan umat manusia.  Semua bangsa ada terlibat dengan perjudian.  Melayu, cina, india dan lain-lain bangsa adalah terlibat dengan industri ini.  Parti Islam dan PR telah membuktikan.  Mari berubah dan berpindah undi untuk menyelamat kehidupan orang lain.  Anda mampu membuatnya.

Read more...

UMNO MENGAMALKAN AGAMA SECARA TERPISAH - SEKULAR

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 7


UMNO MENGAMALKAN AGAMA SECARA TERPISAH 
- SEKULAR

    UMNO adalah jelas parti yang memisahkan agama dari kehidupan.  Islam pada UMNO adalah berdoa, bersunat, bersolat, berzakat, berpuasa dan berhaji.  Lain-lain kegiatan hidup silalah urus macam mana yang dikehendaki. 

      Itu sebab 

1)     bertudung tidak wajib bagi UMNO dan pemimpin wanita mereka tidak bertudung. 
2)     rasuah dalam UMNO bermaharajalela sehingga ada mengatakan bukan le UMNO kalau tak rasuah
3)     mencuri wang rakyat tiada kisah dalam UMNO
4)     memeluk jantan yang bukan mahram tiada apa-apa pada pemimpin UMNO kerana ia adalah sosial
5)    meninggalkan solat pun tiada apa pada UMNO, nanti taubat sahaja pada Allah
6)    berdusta pun tiada apa pada UMNO
7)    akta yang zalim juga tidak beri kesan pada UMNO cth ISA, OSA, 
8)    penipuan adalah kerja UMNO - tipu dalam pilihanraya,  

     Islam jelas, arahan Allah ialah untuk mengurus kehidupan secara Islami berteraskan Islam, Al-Qur'an dan Sunnah.  Maksud ayat Al-Qur'an Al-Baqarah 208 maksud "wahai orang yang beriman masuklah kamu kedalam Islam seluruhnya".  Ruanglingkup yang hendak diurus secara Islam ialah

1)     akil baligh sehingga mati
2)     dari bangun sehingga tidur pada hari itu

Termasuk yang hendak diurus ialah memberi undi kepada parti mana.  UMNO tidak mahu hukum Allah maka ia mestilah ditolak.  PAS dan PR mahu kepada keadilan yang telus, maka undi mestilah diberikan kepada PAS, Keadilan dan DAP.  Asalkan jangan UMNO.  Anda boleh mengubahnya hatta keatas kertas undi.  Timbanglah kehendak agama.


Read more...

MENOLAK HUKUM ALLAH

>> Khamis, Mac 04, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 6

MENOLAK HUKUM ALLAH

     Antara faktor utama UMNO mesti ditolak dan ditentang ialah kerana UMNO menolak hukum Hudud dan Qisas.  Hudud dan Qisas mestilah dilaksanakan oleh mereka yang berkuasa.  PAS telah membuktikan komitmen untuk melaksanakan Hudud dan Qisas.  Ketika menang tahun 1990 di Kelantan, Pas Kelantan telah membentang enakmen hukum Hudud dan Qisas dalam Sidang DUN.  Sidang DUN Kelantan telah meluluskan sebulat suara.  Namun telah ditolak oleh Dr. Mahathir (UMNO).  Begitu juga di DUN Terengganu tahun 2000 telah dibentangkan enakmen Hudud dan Qisas juga telah diluluskan sebulat suara di DUN Terengganu. Namun Abdullah Badawi (UMNO) telah menolak pelaksanaan hukum ini.

     Wahai orang melayu yang beriman mahukah kamu bersama dengan UMNO yang menolak hukum Allah. Kenapa masih menyokong pemimpin UMNO-BN yang menolak hukum Allah.  Kehidupan akhirat adalah panjang dan tiada bertepi dan bersempadan.  Fikir-fikirkan.  Jangan lagi menyokong pemimpin UMNO yang menolak hukum hudud dan Qisas.  

Tekadkan perubahan.  UNDI kepada parti yang sudah menunjukkan komitmen untuk menegakkan hukum Allah.



Dermalah kepada Madrasah Kuliah Dhuha untuk kegiatan da'wah berterusan. Bayaran terus ke akaun CIMB 08160000065107. Cek atas nama Madrasah Kuliah Dhuha ke alamat Mad Kuliah Dhuha, 49 (lot 219) Pesiaran Seri Raia, Taman Seri Raia, Kg Kepayang, 31300 SIMPANG PULAI

Read more...

SYIRIK DALAM AGAMA

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE-5

SYIRIK DALAM AGAMA

       Inilah kemuncak UMNO mesti ditolak kerana syirik kepada Allah.  UMNO menduakan kekuasaan Allah.  Pegangan orang UMNO kalau UMNO tidak ada maka hancurlah Melayu.  Pegangan ini adalah menduakan Allah dalam Rububiyah (kekuasaan) Allah.

     Islam meletakkan bahawa seluruh alam adalah dijaga oleh Allah.  Seluruh makhluk adalah dibawah jagaan Allah.  Tiada satupun yang terpisah daripada Allah.

     Justeru segala amalan orang beriman mestilah bersih daripada syirik.  Maka tiada jalan lain melainkan orang melayu yang beriman mestilah keluar dan meninggalkan UMNO.  Orang Melayu yang beriman mestilah membersihkan amalan.  Jangan lagi mengundi UMNO pada bila-bila masa untuk masa hadapan

Dermalah kepada Madrasah Kuliah Dhuha untuk kegiatan da'wah berterusan. Bayaran terus ke akaun CIMB 08160000065107. Cek atas nama Madrasah Kuliah Dhuha ke alamat Mad Kuliah Dhuha, 49 (lot 219) Pesiaran Seri Raia, Taman Seri Raia, Kg Kepayang, 31300 SIMPANG PULAI

Read more...

KEKAYAAN NEGARA DIKUASAI BANGSA CINA

>> Selasa, Mac 02, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 4 

KEKAYAAN NEGARA DIKUASAI BANGSA CINA

Orang Melayu UMNO patut malu. Nak letak muka tang mana.  Orang paling kaya di Malaysia ialah orang cina.  Robert Kuok menjaga gula untuk 27 juta rakyat Malaysia.  Hartanya RM42.76 billion. Kenapa tak orang Melayu?  Patut Raja Gula ialah orang Melayu.  Baru betul ketuanan Melayu.  Tapi kenapa orang dan bangsa cina yang menjadi paling kaya.

Kedua paling kaya juga bukan orang melayu, ketiga, keempat dan kelima bukan juga orang melayu.  Kenapa jadi begini. Apa di buat pemimpin orang melayu sehingga kekayaan dikuasai oleh bangsa lain.

Islam jelas menentang manapoli.  Islam mensebarkan kekayaan.  Semua orang mampu memiliki kekayaan.  Kekayaan tidak dikuasai oleh satu orang.  Tapi pemimpin ketuanan melayu hanya mahu kekayaan terletak pada segelintir sahaja orang yang memberi keuntungan kepada mereka.  Berubahlah orang Melayu jangan lagi mengundi pemimpin yang ada ini.  Mereka sudah korup.  Anda boleh mengubahnya!!!!!!

Dermalah kepada Madrasah Kuliah Dhuha untuk kegiatan da'wah berterusan. Bayaran terus ke akaun CIMB 08160000065107. Cek atas nama Madrasah Kuliah Dhuha ke alamat Mad Kuliah Dhuha, 49 (lot 219) Pesiaran Seri Raia, Taman Seri Raia, Kg Kepayang, 31300 SIMPANG PULAI

Read more...

UMNO-BN TIDAK TUNAI AMANAH, RAKUS KUASA

>> Isnin, Mac 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
 KETUANAN MELAYU 3

UMNO-BN TIDAK TUNAI AMANAH,
RAKUS KUASA,

Kelantan sepatutnya dapat royalti dari tahun 1984, dinafi oleh UMNO-BN.  Macam-macam alasan diberikan.  Asas tidak beri ialah kerana Kelantan di perintah PAS. Itu sahaja.  Di Kelantan itu bangsa apa le agaknya?  Kalau benar orang UMNO adalah Melayu, kenape tidak diberikan royalti kepada kerajaan Kelantan? 

Dulu Sabah diperintah Pairin.  Waktu tu Pairin adalah pembangkang.  Tetapi UMNO-BN beri juga royalti.  Kenapa beri?  Bangsa apa le agaknya orang di Sabah?

Jelas nilai bangsa melayu yang dipertahankan UMNO keliru.  Di tempat bangsa melayu sepenuhnya tidak diberikan royalti.  Wahai orang UMNO jangan le pertahankan nilai yang keliru ini.  Jangan lagi beri undi anda kepada pemimpin UMNo dari bangsa melayu kerana mereka mengelirukan anda.

Islam jelas, yang dipertahankan adalah amanah bukan bangsa.  Kalau royalti maka royaltilah yang diberikannya.  Nilai ini hanya ada dalam PR - salah satu nilai dalam perjuangan PR ialah beramanah.  Fikir-fikirkan. Letak tangan di dahi.  Merdekakan undi anda kepada yang amanah sahaja.


Dermalah kepada Madrasah Kuliah Dhuha untuk kegiatan da'wah berterusan. Bayaran terus ke akaun CIMB 08160000065107. Cek atas nama Madrasah Kuliah Dhuha ke alamat Mad Kuliah Dhuha, 49 (lot 219) Pesiaran Seri Raia, Taman Seri Raia, Kg Kepayang, 31300 SIMPANG PULAI

Read more...

PENDAKWAAN TERPILIH DAN MEMPERSENDA KEADILAN

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
KETUANAN MELAYU 2

PENDAKWAAN TERPILIH DAN
MEMPERSENDA KEADILAN

SPRM tangkap Teoh Beng Hock isu wang RM2,400.  Disoal siasat oleh SPRM sehingga beliau mati. Bagaimana pula dengan Hasbie - Setpol Nor Yaakob ditangkap bersama dengan wang RM2 juta.  SPRM melaporkan dalam trooper itu ada wang RM1, RM5, RM10, RM50, RM100.  Apa yang SPRM buat kepada Hasbie.  SPRM main silap mata.  Ini adalah pendakwaan terpilih.  Kalau UMNO-BN lepas.  Kalau PR disoal siasat sampai mati.  UMNO-BN mempersenda keadilan. 

Wahai seluruh pengundi BN bukankah ini bukti bahawa UMNO mempersenda keadilan.  Apakah jenis keadilan seperti ini yang hendak ditegakkan dalam negara?  Udah le tu yong-yop.  Pilihanraya ke 13 moh kita undi PR yang mahu keadilan-ketelusan-kebenaran.



Dermalah kepada Madrasah Kuliah Dhuha untuk kegiatan da'wah berterusan.  Bayaran terus ke akaun CIMB 08160000065107.  Cek atas nama Madrasah Kuliah Dhuha ke alamat Mad Kuliah Dhuha, 49 (lot 219) Pesiaran Seri Raia, Taman Seri Raia, Kg Kepayang, 31300 SIMPANG PULAI

Read more...

ORANG MELAYU MENYOKONG LELAKI DAYUS, LELAKI DAYUS TIDAK MASUK SYURGA.

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 1

ORANG MELAYU MENYOKONG LELAKI  DAYUS.  
LELAKI  DAYUS TIDAK MASUK SYURGA.

Isu Rosmah peluk lelaki,  ini bukan lagi isu yang terpencil.  Sudah dua lelaki yang dipeluknya.  Apa dibuat oleh suaminya.  Diam sahaja.  Tidak buat apa-apa.  Malaysia bukan negara Barat.  Barat tak pe.  Kau peluklah berapa banyak jantan, tak kisah.

Kita pun keliru. Kalau bini aku peluk lelaki lain senelah petang belum malam aku dah ceraikan.  Inilah prinsip kejantanan.  Suami Rosmah diam aje.  Dia seorang lelaki.  Nabi bersabda lelaki dayus tak masuk syurga.    
Udah dua jantan dipeluknya tengah ramai tetapi suami Rosmah tak buat ape-ape pun.  Betul suaminya seorang dayus.

Wahai sebahagian orang Melayu kamu menyokong lelaki dayus.  Lelaki ini akan membawa semua penyokongnya ke neraka. Udah le tu.  Berhentilah menyokong orang yang dayus.  Wahai kaum lelaki yang menyokong lelaki dayus ini, kalaulah isteri kamu memeluk jantan, apakah kamu diam?  Fikir-fikirkanlah. Buat le perubahan.  Jangan beri undi anda kepada lelaki dayus ini dan parti yang dipimpinnya yang menegakkan ketuanan melayu

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP